|
Wahabbi 2 - Elakkan Membaca Hasil Tulisan Mereka
Saya menjangkakan, penulisan saya tentang topik ini mungkin akan berlangsung untuk satu tempoh yang sangat panjang. Bukanlah niat saya untuk berdebat dan menunjuk pandai. Saya hanya ingin membawa kita, umat Islam, melihat keindahan Islam tradisional yang kita warisi selama lebih 1,400 tahun. Rasanya, elok saya memberikan nama beberapa tokoh-tokoh besar Wahhabi. Saya nasihatkan, agar anda tidak membaca hasil-hasil tulisan mereka kerana ia akan menyebabkan anda bingung atau confuse dengan apa yang telah kita amalan selama ini. Contohnya, pernah sekali saya bingung apabila membaca fatwa oleh Allahyarham Sheikh al-Albani yang terdapat pada papan tazkirah Dublin Mosque. Secara ringkas fatwa itu mengatakan bahawa: "Wanita yang sedang dalam haid tidak ada salahnya membaca Al-Quran." Tidakkah ia sesuatu yang mengejutkan? Saya tidak akan mengulas panjang kerana entri ini hanya untuk menyenaraikan nama-nama tokoh Wahhabi yang patut kita elak dari membaca hasil-hasil karangan mereka. InsyaAllah, jika saya punya lebih masa, saya akan update bebeberapa nama lagi, berserta biodata mereka: 1) Muhammad Bin Abdul Wahab. Beliau adalah pengasas kepada fahaman ini. 2) Sheikh Muhammad Nasiruddin al-Albani (biasa ditulis sebagai al-Albani). Meninggal dunia pada 2 Oktober 1999. 3) Sheikh Abdul Aziz Ibnu Baz (biasa ditulis sebagai Bin Baz). Meninggal dunia pada 13 Mei 1999. Bekas Mufti Besar Mekah. 4) Muhammad Ibn Salih Ibnu Uthaymeen. Meninggal dunia pada 10 Januari 2001. 5) Abu Ameenah Bilal Philips. Beliau adalah seorang tokoh Islam yang dikenali di Kanada. Dan jika anda ingin mencari fatwa, saya nasihatkan jangan lawati fatwa-online.com kerana ia bersifat Wahabbisma. Saya cadangkan pergi ke SunniPath atau IslamOnline untuk mendapatkan fatwa-fatwa masa kini. Satu perkara yang perlu anda perhatikan. Jika anda pergi ke fatwa-online.com dan melihat bahagian Biografi, anda akan melihat laman ini cuba untuk menyenaraikan tokoh-tokoh besar yang berfahaman sama dengan mereka sejak tahun 1H hinggalah ke hari ini. Tetapi, dari tahun 1H hinggalah tahun 699H, tidak ada satu pun tokoh yang disenaraikan. Saya berpendapat, mungkin tidak wujud tokoh-tokoh yang sama pendirian seperti mereka pada waktu itu. Kemudian, ada seorang tokoh disenaraikan pada bahagian kurun ke-8 Islam (700-799H), iaitu Ibnu Taimiyyah. Harus ditekankan di sini bahawa Ibnu Taimiyah tidak pernah mengaku dia berfahaman Wahabbi kerana Wahabbisma mula wujud sekitar awal 1200H. Cuma puak Wahhabi sahaja yang mengaku Ibnu Taimiyyah adalah tokoh mereka. Sebenarnya memang ada perbalahan di antara Ibnu Taimiyyah dengan tokoh-tokoh agung Islam yang sezaman dengannya. Namun demikian, Ibnu Taimiyyah telah mengakui kesilapannya dan akhirnya kontroversi itu diam selama beberapa ratus tahun. Oleh kerana itulah tiada tokoh-tokoh Islam Wahhabi yang disenaraikan diantara kurun ke-9 dan ke-13H pada laman fatwa-online itu. Namun demikian, pada awal kurun ke-13H, iaitu awal 1200H, fahaman Wahhabi ini mula membiak. Muhammad Bin Abdul Wahab telah 'menghidupkan' semula hal-hal kontroversi oleh Ibnu Taimiyyah itu. Sebab itulah Wahabbi hari ini menganggap Ibnu Taimiyyah itu sebagai tokoh mereka. Kemudian, barulah pada kurun ke-14 dan ke-15H, bahagian biografi itu penuh diisi oleh ulama-ulama yang cenderung kepada Wahabbisma ini - iaitu setelah fahaman ini berjaya membiak. Dan hari ini mereka mengubah nama fahaman ini dari Wahabbi kepada Salafi. Ia bertujuan untuk reverse psychology minda umat Islam hari ini. Kononnya, ia akan menunjukkan mereka berusaha untuk mencontohi 3 generasi umat Islam yang pertama (Salaf bermaksud tiga yang pertama). Namun kalau demikian, mengapa golongan Wahabbi ini mempetikaikan umat Islam yang mengikut Imam Abu Hanifah (meninggal pada tahun 149H), Imam Malik (meninggal pada tahun 179H), Imam Shafi'e (meninggal pada tahun 204H) dan Imam Ahmad bin Hambal (meninggal pada tahun 240H) sebagai tidak 'Salafi'? Bukankah keempat-empat Imam ini dilahirkan di dalam kurun Salaf?? Jika benar fahaman Wahabbi ini 'Salafi', mengapa pula mereka mengikut Muhammad bin Abdul Wahab yang tidak dilahirkan pada kurun Salaf? Iaitu bukan pada 3 generasi Islam yang pertama? Bukankah beliau dilahirkan pada 1114H? Sekarang, siapa yang Salafi? Wahhabi atau kita yang mengikut mazhab? http://hembusan.blogspot.com |
| Leave a Comment: |