Your Ad Here

PONDOK HABIB

   

<< May 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31

Ya Saiyidi Ya Rasulallah - Salim Bin Hafidz dan Alwi Al-Haddad

Sesungguhnya Allah hendak menghapuskan noda dan kotoran dari kamu sekalian, ahlulbaiyt, dan mensucikan kamu sekalian dengan sesuci-sucinya." (al-Quran s.al-Ahzab:33) Nabi s.a.w.bersabda, "Yang terbaik diantara kamu sekalian ialah yang terbaik perlakuaannya terhadap ahlulbaiytku, setelah aku kembali kehazirat Allah." (Hadis Sahih dari Abu Hurairah r.a. diriwayatkan oleh al-Hakim, Abu Ya'la, Abu Nu'aim dan Addailamiy) Imam Syafi'i r.a. dalam banyak syair beliau telah melahirkan rasa cinta dan kasih sayang beliau kepada Ahlulbaiyt Rasulallah s.a.w.antara syair beliau yang banyak itu, beliau pernah bermadah: "Wahai Ahlulbait Rasulallah ! Kecintaan kepadamu adalah kewajiban dari Allah, yang turun dalam al-Quran. Cukuplah bukti betapa tingginya kamu sekalian. Tiada sempurna sholat tanpa shalawat untuk anda sekalian."

HADIS NABI Berkaitan Ahlulbait : 1.Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Penduduk Yaman datang, mereka lebih lembut hatinya. Iman ada pada orang Yaman. Fekah juga ada pada orang Yaman. Kemudian hikmat juga ada pada orang Yaman

2.Hadis Abi Mas'ud Uqbah bin Amru r.a katanya: Nabi s.a.w memberi isyarat dengan tangan ke arah Yaman, seraya bersabda: Ingatlah, sesungguhnya iman ada di sana sedangkan kekerasan dan kekasaran hati ada pada orang-orang yang bersuara keras berhampiran pangkal ekor unta ketika muncul sepasang tanduk syaitan, iaitu pada Bani Rabi'ah dan Bani Mudhar

3. Nabi s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang dilambatkan oleh amalannya, tidaklah dia dipercepatkan oleh nasab keturunannya.”

4. Dari Abdul Muthalib ibnu Rab’ah ibnul Khariif, katanya Rasulullah SAW telah bersabda : ” Sesungguhnya sedeqah itu berasal dari kotoran harta manusia dan ia tidak dihalalkan bagi Muhammad mahupun bagi keluarga Muhammad .” (HR Muslim)

5. At-Thabarani dan lain-lain mengketengahkan sebuah Hadeeth yang bermaksud; “Belum sempurna keimanan seorang hamba Allah sebelum kecintaannya kepadaku melebihi kecintaannya kepada dirinya sendiri; sebelum kecintaannya kepada keturunanku melebihi kecintaannya kepada keturunannya sendiri; sebelum kecintaannya kepada ahli-baitku melebihi kecintaannya kepada keluarganya sendiri, dan sebelum kecintaannya kepada zatku melebihi kecintaannya kepada zatnya sendiri .”

6. Diriwayatkan oleh Ahmad dan At-Tarmizi dari `Ali RA bahawa Rasulullah SAW bersabda :”Barangsiapa mencintai kedua orang ini, yakni Hassan,Hussein dan ayah serta ibunya, maka ia bersama aku dalam darjatku di Hari Kiamat

7. Ibnu `Abbas RA berkata bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda : “Cintailah Allah atas kenikmatan yang diberikanNya kepadamu sekelian dan cintailah aku dengan mencintai Allah dan cintailah ahlul-baitku kerana mencintaiku”

8. Ad- Dailami meriwayatkan sebuah Hadeeth dari `Ali RA yang menyebut sabda Rasulullah SAW: “Di antara kalian yang paling mantap berjalan di atas sirath ialah yang paling besar kecintaannya kepada ahlul-baitku dan para sahabatku.”

9. Diriwayatkan oleh At-Thabarani, bahawa Jabir RA mendengar `Umar ibnu Khattab RA berkata kepada orang ramai ketika mengahwini Ummu Kalthum binti `Ali bin Abu Thalib : “Tidakkah kalian mengucapkan selamat untukku? Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: ` Semua sabab (kerabat) dan nasab (salasilah keturunan) akan terputus pada hari kiamat kelak kecuali kerabat dan nasabku’.

10. Hadeeth Thaqalain riwayat Zaid bin Al-Arqam RA menyebut : “Kutinggalkan di tengah kalian dua bekal. (Yang pertama): Kitabullah, di dalamnya terdapat petunjuk dan cahaya terang. Hendaklah kalian ambil dan berpegang teguh padanya.dan (kedua) :Ahli Baitku. Kalian kuingatkan kepada Allah mengenai Ahli-Baitku! Kalian kuingatkan kepada Allah mengenai Ahli-Baitku!”

11.Imam Ahmad bin Hambal meriwayatkan dalam Hadeeth lain: “Apabila bintang-bintang lenyap, lenyaplah penghuni langit; dan apabila ahli-baitku lenyap, lenyap pula penghuni bumi.”

12.Sebuah Hadeeth riwayat Al Hakim dan disahihkan oleh Bukhari & Muslim menyebut : “Bintang-bintang merupakan (sarana) keselamatan bagi penghuni bumi (yang sedang belayar) dari bahaya tenggelam/karam sedangkaan ahlul-baitku sarana keselamatan bagi umatku dari perselisihan (dalam agama). Bila ada satu kabilah Arab yang membelakangi ahlul-baitku, mereka akan berselisih kemudian menjadi kelompok Iblis.”

13. Hadeeth Rasulullah SAW dari Abu Dzar menyatakan :” Ahlul- baitku di tengah kalian ibarat bahtera Nuh. Siapa yang menaikinya ia selamat dan siapa yang ketinggalan ia binasa.”

14. Abu Dzar Al- Ghiffari RA menuturkan bahawa ia mendengar sabdaan Rasulullah SAW :”"Jadikanlah ahlul-baitku bagi kalian sebagai kepala bagi jasad dan sebagai dua belah mata bagi kepala.”

15. Hadeeth riwayat Imam At-Tarmidzi, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : “Dunia tidak akan berakhir sehingga bangsa Arab dipimpin oleh seorang lelaki dari keluargaku yang namanya menyerupai namaku.



SUMBANGAN DERMA UNTUK ANAK YATIM

Bagi yang ingin menderma dan memberi sumbangan kepada Rumah Kebajikan bagi anak yatim, bantuan pendidikan, bantuan fakir miskin, bantuan saudara baru, kaunseling, motivasi dan kem bina insan yang diuruskan oleh Pengurusan Dar Ar Rahman boleh membuat bayaran ke Maybank Akaun : 56-454-8121-325. Untuk keterangan lanjut hubungi saudara Nur Muhammad : HP: 017-2602690. Semoga sumbangan anda diberkati oleh Allah S.W.T.

LAMAN MENARIK :

  • FAMILY SYED
  • KITAB HABIB
  • AL-HAWI
  • ASYRAAF
  • PONDOK HABIB
  • MAJELIS RASULULLAH
  • BAHRUS SHOFA
  • PROTAJDID
  • BICARA SUFI
  • MALAKIAN
  • AL FANSHURI
  • MUKHLIS
  • PONDOK TAMPIN
  • AL BAZRAH
  • ROUDHAH

  • web analysis
    Maybank Akaun : 56-454-8121-325 . Untuk keterangan lanjut hubungi saudara Nur Muhammad : HP: 017-2602690. Semoga sumbangan anda diberkati oleh Allah S.W.T.


    Subscribe to familysyed

    Powered by us.groups.yahoo.com


    If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed



    Tuesday, June 28, 2011
    Majlis Bersama Syeikh Muhammad bin Ibrahim al-Kittani di Masjid al-Falah, USJ9Majlis Bersama Syeikh Muhammad bin Ibrahim al-Kittani di Masjid al-Falah, USJ9

    Majlis Bersama Syeikh Muhammad bin Ibrahim al-Kittani di Masjid al-Falah, USJ9

    Majlis Bersama Syeikh Muhammad bin Ibrahim al-Kittani di Masjid al-Falah, USJ9


    MAJLIS BERSAMA AL-’ALLAMAH SYEIKH MUHAMMAD BIN IBRAHIM AL-KITTANI ÍÝÙå Çááå (ULAMA MESIR)
    DI MASJID AL-FALAH USJ 9, SUBANG JAYA
    PADA HARI RABU 27 RAJAB 1432/29 JUN 2011 (MAGHRIB)
    MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

    Posted at 10:30 am by ahlulbait
     

    Kuliah Ilmu Israk Mikraj

    Kuliah Ilmu Israk Mikraj

    Posted at 10:29 am by ahlulbait
     

    Thursday, June 16, 2011
    JADUAL PENGAJIAN DI PUSAT PENGAJIAN BAALAWI KL BULAN JUN 2011

    JADUAL PENGAJIAN DI PUSAT PENGAJIAN BAALAWI KL BULAN JUN 2011


    LAIN-LAIN MAJLIS ILMU TERKINI : http://pondokhabib.wordpress.com/category/majlis-ilmu/

    Posted at 12:58 pm by ahlulbait
     

    Wednesday, June 15, 2011
    KARNIVAL KHAZANAH ALAM MELAYU

    ARNIVAL KHAZANAH ALAM MELAYU

    Posted at 10:46 am by ahlulbait
     

    Wednesday, June 01, 2011
    Jalsah Bersama Al-’Allamah al-Muhaqqiq al-Faqih al-Murabbi al-Habib Zein bin Ibrahim BinSumaith حفظه الله ومتعنا الله بطول

    Jalsah Bersama Al-’Allamah al-Muhaqqiq al-Faqih al-Murabbi al-Habib Zein bin Ibrahim BinSumaith حفظه الله ومتعنا الله بطول حياته

    Al-’Allamah al-Muhaqqiq al-Faqih al-Murabbi al-Habib Zein bin Ibrahim

    Jalsah Bersama Al-'Allamah al-Muhaqqiq al-Faqih al-Murabbi al-Habib Zein bin Ibrahim BinSumaith ÍÝÙå Çááå æãÊÚäÇ Çááå ÈØæá ÍíÇÊå Al-'Allamah al-Muhaqqiq al-Faqih al-Murabbi al-Habib Zein bin Ibrahim BinSumaith ÍÝÙå Çááå æãÊÚäÇ Çááå ÈØæá ÍíÇÊå : Faqihnya Umat Ini Yang Tabahhur Ilmunya Sempena kunjungan Al-'Allamah al-Muhaqqiq al-Faqih al-'Abid az-Zahid al-Murabbi ad-Da`ie ilaLlah as-Sayyid al-Habib Zein bin Ibrahim BinSumaith ÍÝÙå Çááå æãÊÚäÇ Çááå ÈØæá ÍíÇÊå maka inginlah al-Fagir mengambil kesempatan untuk memperkenalkan secara ringkas ulama ahlulbait yang terkenal. Al-'Allamah al-Muhaqqiq al-Faqih al-'Abid az-Zahid al-Murabbi ad-Da`ie ilaLlah as-Sayyid al-Habib Zein bin Ibrahim BinSumaith ÍÝÙå Çááå æãÊÚäÇ Çááå ÈØæá ÍíÇÊå adalah antara permata habaib zaman ini. Beliau seorang yang terkenal khumul, yang tidak sukakan kemasyhuran dan tinggi sebutan. Faqihnya umat ini yang tabahhur ilmunya. Nama dan nasab beliau: Beliau adalah al-'Allamah al-Muhaqqiq al-Faqih al-'Abid az-Zahid al-Murabbi ad-Da`ie ilaLlah as-Sayyid al-Habib Zein bin Ibrahim bin Zein bin Muhammad bin Zein bin 'Abdur Rahman bin Ahmad bin 'Abdur Rahman bin 'Ali bin Saalim bin `Abdillah bin Muhammad Sumaith bin 'Ali bin 'Abdur Rahman bin Ahmad bin 'Alwi bin Ahmad bin 'Abdur Rahman bin 'Alwi ('Ammul Faqih al-Muqaddam) bin Muhammad Shahib al-Mirbath bin 'Ali bin 'Alwi bin Muhammad bin 'Alwi bin 'Ubaidullah bin Ahmad al-Muhajir Ilallah bin 'Isa ar-Rumi. Bin Muhammad an-Naqib bin 'Ali al-Uraidhi bin Ja'far as-Shadiq bin Muhammad al-Baqir bin 'Ali Zainal 'Abidin bin asy-Syahid Hussin as-Sibth, putera Sayyidina 'Ali dan Sayyidatina Fathimah az-Zahra' bin Rasulullah Õáì Çááå Úáíå æÂáå æÓáã. Kelahiran dan pendidikan: Beliau dilahirkan pada tahun 1357H (1936M) di Jakarta, Indonesia. Beliau lahir dari keluarga yang sholeh. Ayahanda beliau, al-Habib Ibrahim bin Zein pernah menjadi imam di Masjid Habib 'Abdullah bin Muhsin di Bogor ketika di akhir umur beliau. Al-Habib Zein bin Ibrahim BinSumaith mendapat didikan awal agamanya oleh ayahandanya sendiri dan juga dengan para ulama dan pemuka habaib di Jawa. Sedari kecil beliau telah dibawa oleh ayahandanya untuk hadir ke halaqah ilmu, rohah dan mawlid yang dianjurkan oleh Habib 'Alwi bin Muhammad al-Haddad di Bogor yang merupakan naqib para saadah di Tanah Jawa. Habib 'Alwi ini adalah seorang ulama dan waliyUllah yang terkemuka pada masanya. Beliau wafat pada tahun 1373H dan dimakamkan di Empang, Bogor di mana hingga saat ini makamnya diziarahi dan terkenal sebagai Keramat Empang Bogor. Beliau inilah di antara guru awal Habib Zein. Selain itu, Habib Zein juga sering dibawa ayahandanya untuk meneguk ilmu dan hikmah di majlis seorang lagi ulama dan waliyUllah iaitu Habib 'Ali bin 'Abdur Rahman al-Habsyi (Habib 'Ali Kwitang). Guru-guru Habib Zein Guru-guru di Tarim: Dalam tahun 1371H (1950M), ketika usianya lebih kurang 14 tahun, Habib Zein telah dibawa oleh ayahandanya ke Tarim al-Ghanna, tempat asal keturunannya. Di sana, Habib Zein tinggal di rumah ayahnya yang telah lama ditinggalkan. beliau berguru kepada sejumlah ulama setempat, berpindah dari madrasah satu ke madrasah lainnya, hingga pada akhirnya beliau belajar di rubath Tarim Guru-guru Habib Zein Di antara guru-guru beliau di Tarim adalah:- Al-'Allamah al-Habib Muhammad bin Saalim Bin Hafidz – dengan guru beliau ini, al-Habib Zein bin Ibrahim BinSumaith belajar dan menghafal kitab Sofwah az-Zubad karya Imam Ibn Ruslan, kitab al-Irsyad karya Ibn Muqri (sehingga bab Jinayat) dan Nadzam Hadiyyah ash-Shaadiq karya al-Habib 'Abdullah bin Hussin bin Thohir. Selain itu beliau belajar kitab-kitab karangan al-Habib Muhammad bin Salim bin Hafidz dalam ilmu faraidh dan munakahat, sebahagian dari kitab Minhaj, kitab-kitab tasawwuf dan ilmu falak; Habib 'Umar bin 'Alwi al-Kaaf – beliau belajar ilmu Nahwu, Ma'ani dan Bayan. Dengan guru beliau ini juga beliau mempelajari kitab Mutammimah al-Ajrumiyyah dan Alfiyyah serta syarah-syarahnya. Beliau juga menghafal matan Alfiyyah; Habib 'Alwi bin 'Abdullah Bin Syihaabuddin – beliau mengikuti majlis-majlis pengajian al-Habib 'Alwi di Rubath Tarim, juga mengikuti rohah yang diadakan di kediamannya dan majelis Syeikh 'Ali bin Abu Bakar as-Sakran; Habib Ja'far bin Ahmad al-'Aydrus – beliau sering berulang-alik ke tempatnya dan beliau memperolehi banyak ijazah daripadanya; Habib Ibrahim bin 'Umar bin 'Aqil; Habib Abu Bakar 'Atthas bin 'Abdullah al-Habsyi – beliau membaca kitab al-Arbain al-Ushul karya Imam al-Ghazali; Habib Salim bin 'Alwi al-Khird – beliau membaca kitab Mulhaq al-'Irab karya Abu Muhammad al-Qaasim bin 'Ali al-Hariri al-Bashri; Habib 'Abdur Rahman bin Haamid as-Sariy – beliau mempelajari ilmu ushul, mempelajari matan Waraqat; 'Allaamah Syaikh Mahfuz bin Saalim az-Zubaidi – beliau mempelajari ilmu fiqih; Syaikh Saalim bin Sa`id Bukayyir BaGhitsaan al-Mufti – beliau belajar fiqih; Syaikh Fadhl bin Muhammad BaFadhl – beliau mempelajari ilmu ushul, mempelajari matan Waraqat; Berangkat ke Baidho': Setelah kira-kira 8 tahun menuntut di Tarim, Habib Zein telah disuruh oleh guru beliau Habib Muhammad bin Salim bin Hafidz untuk pindah ke Kota Baidha` untuk mengajar dan berdakwah di samping meneruskan pengajian dengan para ulama di sana antaranya kepada mufti Baidha`, Habib Muhammad bin 'Abdullah al-Haddar. Kedatangannya ke Baidha` disambut dengan penuh kegembiraan oleh Habib Muhammad bin 'Abdullah al-Haddar. Habib Zein telah ditugaskan oleh Habib Muhammad al-Haddar untuk mengajar dan membantu beliau dalam berdakwah. Kagum dengan beliau, akhirnya Habib Muhammad al-Haddar telah menikahkan beliau dengan puterinya. Habib Zein juga diijazahkan pelbagai riwayat oleh Habib Muhammad bin 'Abdullah al-Haddar. Habib Zein terus menetap di Baidha` dan meneruskan pengabdiannya terhadap ilmu dan dakwah di mana beliau menjadi tempat rujuk dan mufti. Ketinggian ilmunya diakui oleh para ulama sehingga Habib Muhammad al-Haddar menyatakan bahawa apabila sesuatu permasalahan itu telah dijawab oleh Habib Zein, maka tidaklah perlu untuk membuat rujukan lain. Ijazah di bidang keilmuan: Selain itu beliau juga mendapat ijazah daripada kalangan Saadah Ba'alawi dan para ulama' dunia Islam, seperti: Al-'Allamah al-Habib Muhammad bin Hadi as-Saqqaf, al-'Allamah al-Habib Ahmad bin Musa al-Habsyi, al-'Allamah al-Muhaddits Sayyid 'Alawi bin 'Abbas bin 'Abdul Aziz al-Maliki al-Makki al-Hasani, al-'Allamah al-Habib 'Umar bin Ahmad Bin Sumaith, al-'Allamah al-Habib Ahmad Masyhur bin Taha al-Haddad, al-'Allamah al-Habib 'Abdul Qaadir bin Ahmad as-Saqqaf, al-'Allamah al-Habib Hasan bin 'Abdullah bin 'Umar asy-Syathiri, asy-Syaikh Umar al-Haddad, al-'Allamah al-Habib Muhammad bin Ahmad asy-Syathiri, al-'Allamah asy-Syaikh 'Abdullah bin Sa'id al-Lahji al-Hadhrami dan Sayyid Yusuf ar-Rifai al-Kuwaiti. Berhijrah ke Madinah: Setelah kira-kira 21 tahun menetap di Baidho` menyumbang ilmu dan berdakwah, maka pada bulan Ramadhan 1406, Habib Zein telah berhijrah ke kota nenda beliau al-Mustafa r, Madinah al-Munawwarah, untuk menjadi pengasuh Rubath Habib 'Abdur Rahman bin Hasan al-Jufri. Beliau berganding dengan Habib Salim bin 'Abdullah bin Umar asy-Syaathiri untuk mengasuh Rubath al-Jufri tersebut. Setelah Habib Salim pulang ke Tarim untuk mengasuh Rubath Tarim, maka tanggungjawab di Rubath al-Jufri dipikul sepenuhnya oleh Habib Zein sehingga kini [menurut khabar yang abu zahrah dengar, rubath tersebut telah diarahkan tutup oleh pemerintah Saudi]. Walaupun beliau sudah mempunyai murid-murid di Madinah, beliau masih mengambil peluang untuk menimba ilmu dari ulama ulama Madinah seperti:- Syaikh Muhammad Zaidan asy-Syanqiti al-Maliki – beliau mempelajari ilmu ushul, membaca kitab at-Tiryaq an-Nafi' 'ala Masail Jam'ul Jawami' karya al-Imam Abu Bakar bin Syahab dan kitab Maraqi as-Su'ud karya Syarif 'Abdullah al-'Alawi asy-Syanqitiy; al-'Allamah an-Nihrir Ahmaddu bin Muhammad Hamid al-Hasani asy-Syanqiti – beliau membaca kitab Syarah al-Qathr, sebahagian daripada kitab Ibnu 'Aqil, Idha'ah al-Dujunnah karya Imam al-Maqqari, as-Sullam al-Munauraq karya al-Akhdhari, Isadguji karya Imam al-Abhari, Itmam ad-Dirayah li Qurra an-Naqayah karya as-Sayuthi, al-Maqsyur wa al-Mamdud dan Lamiyah al-Af'al karya Ibnu Malik, Mughni Labib karya Ibnu Hisyam, Jauhar al-Maknun dan kitab ilmu shorof. Guru beliau ini memuji al-Habib Zein kerana semangat dan kesungguhan beliau dalam menuntut ilmu. Selain daripada melahirkan ramai murid yang menjadi ulama dan da`ie, beliau juga telah menghasilkan beberapa karya yang berbobot, antaranya:- al-Manhaj as-Sawi syarhu Ushul Thoriiqah as-Saadah Ali Baa'Alawi – karya beliau yang unggul dalam mensyarahkan ushul thariqah aal Ba'Alawi. Pokok utama kitab ini mensyarahkan kata-kata al-Imam al-Muhaqqiq al-Habib Ahmad bin Zein al-Habsyi (wafat 1145H, murid dari al-Imam 'Abdullah al-Haddad) iaitu: "Thariqah Saadah Aal Ba'alawi adalah ilmu, 'amal, wara`, khauf (takut kepada Allah) dan ikhlas kepadaNya". al-Ajwibah al-Ghaliyyah fi 'Aqidah al-Firqah an-Naajiyyah – kitab ini di dalam bentuk soal-jawab (buku telah al-Fagir dan teman-teman terjemahkan, insyAllah akan berada di pasaran sedikit masa lagi ini). Kitab ini mengulas tentang aqidah ahlussunah wal jamaah, yang berisi tentang jawaban atas amaliyah golongan ahlussunah wal jamaah yang selama ini dianggap oleh sekelompok kecil umat islam (bahasa mudahnya Wahabi) sebagai amalan yang menyimpang dari ajaran Islam, sedangkan amaliyah tersebut telah dilakukan oleh generasi terdahulu, iaitu generasi sahabat, tabi'in, tabiut tabi'in dan terus menerus hingga sekarang. al-Fuyudhat ar-Rabbaniyyah min Anfas as-Sadah al-'Alawiyyah – kitab ini menghimpunkan tafsir isyari kepada beberapa ayat-ayat al-Quran dan hadits-hadits Nabawi yang beliau himpunkan daripada kalam Saadah 'Alawiyyin. al-Futuhat al-'Aliyyah fi al-Khutbah al-Minbariyyah (5 jilid) – merupakan himpunan khutbah-khutbah beliau. Hidayah ath-Thalibin fi Bayan Muhimmat ad-Din – kitab ini merupakan syarah kepada hadits Jibril iaitu mengenai pengertian Islam, Iman dan Ihsan. Hidayah az-Zairin ila Ad'iyyah az-Ziyarah an-Nabawiyyah wa Masyahid ash-Shalihin – merupakan kumpulan doa para salaf (ulama-ulama Saadah 'Alawiyyin terdahulu) yang diucapkan ketika menziarahi Nabi Õáì Çááå Úáíå æÂáå æÓáã dan makam-makam yang terletak di Haramain (Makkah dan Madinah) dan Hadramaut. an-Nujum az-Zahirah li Saliki Thariqi al-Akhirah – merupakan kumpulan daripada 'amalan-'amalan para Saadah Ba'alawi beserta dengan faedahnya. Kitab Tsabat (Sanad-sanad dan masyaikh beliau) – masih di dalam bentuk manuskrip dan lain-lain. Peribadi dan kegiatan harian beliau: Beliau seorang yang sangat 'alim, faqih dan 'arifbillah. Menghafal persoalan-persoalan di dalam mazhab Syafie. Oleh kerana itulah ada yang mengelar beliau sebagai syafie shaghir di zaman ini. Ketika di usia mudanya, beliau seorang yang bersungguh-sungguh di dalam menuntut ilmu. Guru-guru beliau sering memuji beliau kerana kelebihan beliau berbanding rakan-rakannya, juga kerana adab, suluk dan akhlaq beliau yang baik. Beliau seorang yang tawadhu. Terkenal khumul yang tidak sukakan kemasyhuran dan tinggi sebutan. Lidahnya sentiasa basah dengan dhikruLlah. Tasbih hampir tidak pernah berpisah daripadanya. Sentiasa berserban putih, memakai kain dan rida' sepertimana kebiasaan para salaf di Hadramaut. Beliau mempunyai tertib khusus dalam membaca aurad dan adzkar sepanjang siang dan malam disamping menjalankan tugas sebagai pengajar. Sentiasa berqiyamullail dan kemudiannya beliau keluar menunaikan sholat Shubuh di Masjid Nabawi dan duduk beri'tikaf sehingga terbit matahari. Setelah itu pulang ke rubath untuk mengajar. Selepas 'ashar beliau mengadakan rohah sehingga menjelang maghrib. Setelah maghrib mengajar sehingga 'Isya. Kemudian beliau bersholat 'Isya di Masjid Nabawi dan setelahnya menziarahi datuk beliau yang agong iaitu Rasulullah Õáì Çááå Úáíå æÂáå æÓáã . Beliau menziarahi Rasulullah Õáì Çááå Úáíå æÂáå æÓáã setiap pagi dan petang (malam), sejak beliau bermukim di Madinah. Setelah 'Isya, beliau mengajar dan mengadakan majlis di pelbagai tempat, mengikut hari-hari yang di jadualkan. Semoga Allah memelihara dan melanjutkan usia Habib Zein bin Ibrahim Bin Sumaith, agar kita dan sekalian umat dapat mengambil manfaat dengan keberadaan beliau di atas muka bumi ini. Çááåã Âãíä. al-Fagir memohon ampun maaf andaikata terdapat kesalahan/kesilapan di dalam nukilan ini. Sekian. Nukilan: Al-Fagir Abu Zahrah http://www.majlisilmu.blogspot.com/

    Posted at 04:36 pm by ahlulbait
     

    Tuesday, May 31, 2011
    Majalah Al Kisah Terkini

    Majalah Al Kisah Terkini

    Posted at 12:39 pm by ahlulbait
     

    Wednesday, May 25, 2011
    Majlis Nuruzzahro’ (KHAS UNTUK MUSLIMAT)

    Majlis Nuruzzahro’ (KHAS UNTUK MUSLIMAT)

    Posted at 11:51 am by ahlulbait
     

    Pengajian/Diskusi Kitab Bersama Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki (Bulan JUN)

    Pengajian/Diskusi Kitab Bersama Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki (Bulan JUN)

    Posted at 11:50 am by ahlulbait
     

    Wednesday, May 18, 2011
    Majlis Bacaan Kitab Shohih al-Bukhari (InsyaAllah sampai khatam) Bersama Syeikh Muhammad ‘Awadh al-Manqoush

    Majlis Bacaan Kitab Shohih al-Bukhari (InsyaAllah sampai khatam) Bersama Syeikh Muhammad ‘Awadh al-Manqoush

    Posted at 11:01 am by ahlulbait
     

    Wednesday, May 11, 2011
    Antara Hak-Hak Ahlul Bait Nabi SAW

    Antara Hak-Hak Ahlul Bait Nabi SAW
    Editor: al-Faqir Ila ALLAH Ta’ala – Date: 15.4.11

    Sekadar perkongsian bersama, berikut adalah petikan sebahagian kecil dari penulisan ilmiah pelajar di bawah seliaan saya, Syed Husaini bin Syed Hassan berkaitan hak-hak dan keutamaan Ahlul Bait. Saya telah membuat sedikit olahan ke atasnya.

    ————————————

    Antara Hak-Hak Ahlul Bait:

    1. Menerima Cinta dan Kasih Sayang Dari Umat Islam

    Firman Allah SWT:

    Þõáú áÇóø ÃóÓúÃóáõßõãú Úóáóíúåö ÃóÌúÑðÇ ÅöáÇóø ÇáúãóæóÏóøÉó Ýöí ÇáúÞõÑúÈóì

    Maksudnya:

    “Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah ke atasnya (tentang ajaran Islam yang aku sampaikan itu), kecuali (yang aku minta hanyalah) kasih sayang pada pertalian keluarga/kerabat (yang menghubungkan daku dengan kamu)”. Al-Syura (42) : 23

    Sesungguhnya Rasulullah SAW telah menjelaskan bahawa orang-orang yang dimaksudkan dengan ayat di atas ialah orang-orang yang wajib dikasihi dan ditaati serta diikuti perjalanan hidup mereka. Ahli-ahli tafsir, hadis dan sirah telah meriwayatkan bahawa yang dimaksudkan dengan qarabat Nabi SAW dalam ayat ini ialah ‘Ali, Fatimah, Hasan dan Husain. (Dr. Mahfodz bin Mohamed. 1989. Ahl al-Bayt Dalam Al-Quran dan Al-Sunnah. Kuala Lumpur: Pustaka Warisan. Hlm.15)

    Al-Zamakhsyari dalam tafsirnya, al-Kasysyaf (3/402) menyatakan: “Telah diriwayatkan bahawa sekumpulan orang-orang musyrikin telah berhimpun dalam satu perhimpunan dan telah berkata-kata sesama mereka: “Tahukah kamu bahawa Muhammad ada meminta upah buat sesuatu yang dilakukannya”. Kemudian turun ayat di atas.

    Seterusnya al-Zamakhsyari menyatakan, telah diriwayatkan bahawa selepas turun ayat di atas, ada seorang bertanya kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah SAW, siapakah kerabat kamu yang diwajibkan ke atas kami untuk mengasihi mereka?” Rasulullah SAW menjawab: “Ali, Fatimah dan kedua-dua anak mereka.”

    Al-Suyuti di dalam kitabnya, Ihya’ al-Mayyit bi Fada’il Ahl al-Bayt (hlm.14) telah menyatakan bahawa telah dikeluarkan oleh Ibn al-Mundhir, Ibn Abi Hatim dan Ibn Mardawih (di dalam tafsir mereka), dan al-Tabarani di dalam al-Mu‛jam al-Kabir daripada Ibn ‘Abbas r.a katanya ketika turunnya ayat tersebut: Kami telah berkata: “Wahai Rasulullah SAW, siapakah kerabat kamu yang diwajibkan ke atas kami untuk mengasihi mereka?” Rasulullah SAW menjawab: “Ali, Fatimah dan kedua-dua anak mereka.”

    Al-Fakhr al-Razi dalam al-Tafsir al-Kabir (14/143) telah menyebutkan kata-kata al-Zamakhsyari mengenai Al (keluarga) Muhammad SAW. Al-Zamakhsyari mengatakan, mereka (Al Muhammad SAW) ialah orang yang dihubungkan terus urusan mereka dengan Rasulullah SAW. Oleh itu, setiap mereka yang mempunyai pertalian yang rapat dan dekat dengan Rasulullah SAW ialah keluarga Nabi SAW, dan tidak syak lagi bahawa Fatimah, ‘Ali, Hasan dan Husain adalah orang yang paling rapat hubungannya dengan Rasulullah SAW dan keadaan ini telah diketahui melalui dalil naqli yang mutawatir. Oleh itu, sabitlah di sini bahawa mereka berempat ialah Al Muhammad.

    Al-Tabari di dalam tafsirnya juga (12/250) telah memuatkan satu hadis dalam mentafsirkan ayat ini, iaitu satu hadis yang berasal dari Ibn ‘Abbas r.a yang mana apabila turunnya ayat al-Mawaddah ini, telah bertanya para sahabat kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah SAW, siapakah kerabat kamu yang diwajibkan ke atas kami untuk mengasihi mereka?” Rasulullah SAW menjawab: “Ali, Fatimah dan kedua-dua anak mereka.”

    Al-Quran ketika turunnya ayat ini menurusi lisan Nabi Muhammad SAW menyuruh baginda memberitahu umatnya dan sekalian manusia bahawa Nabi Muhammad SAW tidak meminta sebarang upah atau bayaran kerana menyampaikan risalah dakwah di jalan Allah SWT melainkan dengan mengasihi kerabatnya dan ikhlas terhadap mereka. Sesungguhnya, apa yang dimaksudkan dengan kasih sayang kepada keluarga Nabi SAW ialah untuk memelihara asas perjalanan umat dan mengikut batas-batas perjalanan mereka dari segi akidah dan syariah supaya manusia dapat memusatkan perhatian kepada Nabi SAW setelah al-Quran meminta umat manusia berbuat demikian.

    Selain itu, al-Quran juga memberitahu kita tentang perlunya ada pertalian yang erat dengan keluarga Nabi SAW dan mencontohi mereka kerana adanya jaminan kesucian dan istiqamah dalam keperibadian mereka. Apa yang dimaksudkan oleh al-Quran dalam perkara ini ialah kita akan mendapat ketenangan jiwa jika kita erat mengasihi ahl al-bayt dan iltizam dengan cara perjalanan mereka dengan mengambil agama dari jalan mereka, kerana jalan merekalah yang aman, yang dijamin ketahanan dan kelurusan mereka. Ini kerana Rasulullah SAW pernah bersabda:

    ÇáäõøÌõæúãõ ÃóãóÇäñ áÃóåúáö ÇáÃóÑúÖö ãöäó ÇáúÛóÑóÞö æó Ãóåúáõ ÈóíúÊöíú ÃóãóÇäñ áÃõãóøÊöíú ãöäó ÇáÅöÎúÊöáÇóÝö ÝóÅöÐóÇ ÎóÇáóÝóÊúåóÇ ÞóÈöíúáóÉñ ãöäó ÇáúÚóÑóÈö ÇöÎúÊóáóÝõæúÇ ÝóÕóÇÑõæúÇ ÍöÒúÈó ÅöÈúáöíúÓó.

    Maksudnya:

    “Bintang-bintang mengamankan ahli bumi daripada tenggelam dan ahli keluargaku mengamankan umatku daripada perselisihan. Apabila satu kabilah dari bangsa Arab mengingkarinya (ahl al-bayt), maka akan berpecah-belahlah mereka (kabilah itu), dan jadilah mereka kumpulan Iblis.” (Riwayat al-Hakim: 4715)

    Ibn Hajar al-Haytami dalam memberikan komentarnya berkaitan hadis ini mengatakan bahawa sebahagian ulama berkata: “Ditafsirkan di sini bahawa maksud ahl al-bayt yang mendatangkan keamanan ialah ulama dari kalangan mereka. Ini kerana petunjuk diambil daripada mereka yang diibaratkan seperti bintang, maka apabila mereka dilenyapkan dari permukaan bumi ini, akan datang kepada penduduk bumi ini tanda-tanda hari kiamat sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Allah SWT ke atas mereka. Yang demikian itu ialah selepas turunnya Imam Mahdi.” (Al-Haytami, Ahmad bin Hajar. 1993. Al-Sawa‛iq al-Muhriqah. Cet. 3. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah. Hlm. 233)

    Setelah Allah SWT menjadikan dunia ini dan isinya kerana Nabi Muhammad SAW, maka Allah AWT menjadikannya berterusan dengan hidupnya Nabi SAW dan ahl al-baytnya. Mereka (ahl al-bayt) adalah bidh’ah (bahagian ketulan daging) daripada baginda SAW dengan perantaraan Fatimah r.a yang menjadi ibu mereka sedangkan Fatimah r.a adalah bidh’ah Rasulullah SAW. Maka ini menempati tempat Rasulullah SAW di dalam memberikan keamanan. (Jalal al-Din al-Suyuti. 2010. 60 Hadith Kelebihan Aali Bait. Terj. Muhammad Fuad bin Kamaludin Al-Maliki. Cet. 3. Selangor: Sofa Production. Hlm. 67)

    Rasulullah SAW juga selalu mengingatkan umatnya agar mencintai ahli keluarganya. Sabda Rasulullah SAW:

    Úóäú ÇÈúäö ÚóÈóøÇÓò ÞóÇáó: ÞóÇáó ÑóÓõæáõ Çááóøåö Õóáóøì Çááóøåõ Úóáóíúåö æóÓóáóøãó: ÃóÍöÈõøæÇ Çááóøåó áöãóÇ íóÛúÐõæßõãú ãöäú äöÚóãöåö æóÃóÍöÈõøæäöí ÈöÍõÈöø Çááóøåö æóÃóÍöÈõøæÇ Ãóåúáó ÈóíúÊöí ÈöÍõÈöøí.

    Maksudnya:

    Dari Ibn’Abbas r.a bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda: “Cintailah Allah kerana nikmat kurniaan-Nya memberikan kamu makan. Cintailah aku kerana cintakan Allah dan cintailah ahli keluargaku kerana mencintaiku.” (Riwayat al-Hakim: 4716)

    Al-Hakim mengatakan bahawa hadis ini sahih sanadnya, namun tidak dikeluarkan oleh al-Bukhari dan Muslim di dalam kitabnya. Begitu juga dengan al-Zahabi di dalam kitabnya, al-Talkhis. Al-Zahabi mengatakan bahawa hadis ini sahih.

    Terdapat juga hadis Nabi SAW yang menganjurkan kita agar mengasihi ahl al-baytnya dan menjauhkan perasaan benci terhadap mereka, iaitu sebuah hadis yang telah diriwayatkan oleh Abu Sa’id al-Khudri bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

    æóÇáóøÐöíú äóÝúÓö ÈöíóÏöåö áÇó íõÈúÛöÖõäóÇ Ãóåúáó ÇáúÈóíúÊö ÃóÍóÏñ ÅóáÇóø ÃóÏúÎóáóåõ Çááåõ ÇáäóøÇÑó.

    Maksudnya:

    “Demi jiwaku yang berada berada di dalam kekuasaan-Nya (Allah)! Tidak membenci seseorang terhadap kami ahl al-bayt, melainkan Allah akan memasukkannya ke dalam neraka.” (Riwayat al-Hakim: 4717)

    Hadis ini sahih mengikut syarat Muslim dan tidak dikeluarkan oleh al-Bukhari dan Muslim di dalam kitab mereka. Begitulah peringatan dan ancaman yang telah dikhabarkan oleh Rasulullah SAW kepada umat Islam, betapa kita perlu untuk menyayangi ahl al-bayt baginda SAW dan jangan pula membenci mereka kerana sesungguhnya bagi mereka yang membenci ahl al-bayt baginda SAW, maka Allah akan memasukkannya ke dalam neraka.

    Begitu juga dengan sahabat-sahabat Rasulullah SAW. Mereka sangat mencintai ahl al-bayt baginda. Saidina Abu Bakar al-Siddiq r.a pernah berkata:

    æóÇáóøÐöí äóÝúÓöí ÈöíóÏöåö áóÞóÑóÇÈóÉõ ÑóÓõæáö Çááóøåö Õóáóøì Çááóøåõ Úóáóíúåö æóÓóáóøãó ÃóÍóÈõø Åöáóíóø Ãóäú ÃóÕöáó ãöäú ÞóÑóÇÈóÊöí.

    Maksudnya:

    “Demi jiwaku yang berada di dalam kekuasaan-Nya, aku lebih suka menghubungkan silaturrahim dengan kerabat Rasulullah SAW daripada kerabatku”. (Riwayat Muslim: 3435)

    Oleh yang demikian, mereka itu berhak menerima kasih sayang seperti yang dituntut oleh al-Quran dan hadis Nabi SAW. Saranan supaya mengasihi dan menyayangi keluarga Rasulullah SAW bukanlah setakat di bibir sahaja, bahkan, ianya perlulah disertakan dengan keikhlasan dalam menyayangi dan mencintai ahl al-bayt. Oleh yang demikian, kasih sayang yang sebenar kepada ahl al-bayt ialah dengan mencontohi mereka, menyusuri manhaj mereka, patuh dengan madrasah mereka dan apa jua yang datang dari mereka serta meletakkan mereka sebagai contoh teladan dan ikutan umat.

    Demikianlah apa yang telah dikemukakan daripada pendapat ahli-ahli tafsir dan para ulama yang telah sampai kepada kita mengenai tafsiran Rasulullah SAW kepada ayat yang diberkati. Moga dengan mengasihi ahl al-bayt, kita mendapat mencontohi mereka dan menjadikan mereka sebagai teladan dari segenap aspek.

    2. Menerima Selawat Dari Umat Islam

    Firman Allah SWT:

    Åöäóø Çááóøåó æóãóáóÇÆößóÊóåõ íõÕóáõøæäó Úóáóì ÇáäóøÈöíöø íóÇÃóíõøåóÇ ÇáóøÐöíäó ÂãóäõæÇ ÕóáõøæÇ Úóáóíúåö æóÓóáöøãõæÇ ÊóÓúáöíãðÇ

    Maksudnya:

    “Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad, SAW); wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.” Al-Ahzab (33) : 56

    Dari segi bahasa, selawat bermaksud doa, rahmat dari Allah SWT, memberi berkat dan ibadat. Selawat adalah rahmat yang sempurna, dan kesempurnaan rahmat itu adalah bagi kekasih-Nya, serta tidak diciptakan selawat itu kecuali hanya kepada Nabi Muhammad SAW.

    Dr. Wahbah al-Zuhayli di dalam tafsirnya, al-Tafsir al-Munir (21/94) menyatakan al-Solah dari segi bahasa bermaksud doa. Di sisi Allah SWT, al-Solah bermaksud rahmat iaitu Allah SWT memberi rahmat. Di sisi malaikat pula, al-Solah bermaksud doa dan pengampunan dalam kata lain ianya bermaksud memohon pengampunan. Di sisi umat manusia, al-Solah bermaksud doa dan membesarkan Nabi Muhammad SAW. Al-Tabari dalam tafsirnya (10/329) mengatakan, yang dimaksudkan dengan Allah SWT berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW adalah Allah SWT merahmati Nabi Muhammad SAW.

    Imam al-Fakhr al-Razi (13/196) dalam menghuraikan ayat ini telah mengatakan bahawa mengucap selawat ke atas Nabi Muhammad SAW adalah demi melahirkan penghormatan kita terhadap Nabi Muhammad SAW kerana belas kasihannya Nabi Muhammad SAW kepada kita selaku ummatnya dan kita akan diberikan ganjaran kerana berselawat ke atasnya. Imam al-Fakhr al-Razi juga mengatakan bahawa ayat ini juga menjadi dalil wajibnya berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW di dalam solat, iaitu ketika tasyahhud menurut mazhab Syafi’i.

    Selaras dengan itu, Rasulullah SAW telah bersabda:

    Úóäú ÃóÈöí åõÑóíúÑóÉó Ãóäóø ÑóÓõæáó Çááóøåö Õóáóøì Çááóøåõ Úóáóíúåö æóÓóáóøãó ÞóÇáó ãóäú Õóáóøì Úóáóíóø æóÇÍöÏóÉð Õóáóøì Çááóøåõ Úóáóíúåö ÚóÔúÑðÇ.

    Maksudnya:

    Dari Abu Hurairah r.a, ia berkata: Bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda: “Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali (sahaja), nescaya Allah SWT akan berselawat kepadanya sepuluh kali.” (Riwayat Muslim: 616)

    Rasulullah SAW juga mengingatkan kita melalui sabdanya yang telah diriwayatkan oleh Husain bin Ali r.a. sabda Rasulullah SAW:

    Ãóäóø ÇáäóøÈöíóø Õóáóøì Çááóøåõ Úóáóíúåö æóÓóáóøãó ÞóÇáó: ÇáúÈóÎöíáõ ãóäú ÐõßöÑúÊõ ÚöäúÏóåõ Ëõãóø áóãú íõÕóáöø Úóáóíóø Õóáóøì Çááóøåõ Úóáóíúåö æóÓóáóøãó.

    Maksudnya:

    Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “Orang yang bakhil (kedekut) ialah orang yang apabila disebutkan namaku di sisinya, maka dia tidak berselawat ke atasku.” (Riwayat Ahmad: 1645)

    Selawat merupakan satu bentuk pengagungan dan penghormatan yang diberikan kepada Nabi Muhammad SAW. Melalui ayat ini, dapat diketahui bahawa wajib ke atas umat Islam agar berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Bagaimanapun, Nabi SAW telah mengajar umatnya agar berselawat bukan sahaja kepada dirinya, tetapi juga kepada ahli keluarganya. Al-Tabari telah membawakan sebuah hadis yang menerangkan mengenai ayat tersebut, iaitu sebuah hadis yang bersumberkan dari Ka‛ab bin ‘Ujrah yang berbunyi:

    Úóäú ßóÚúÈö Èúäö ÚõÌúÑóÉó ÑóÖöíó Çááóøåõ Úóäúåõ Þöíáó :íóÇ ÑóÓõæáó Çááóøåö ÃóãóøÇ ÇáÓóøáóÇãõ Úóáóíúßó ÝóÞóÏú ÚóÑóÝúäóÇåõ¡ ÝóßóíúÝó ÇáÕóøáóÇÉõ Úóáóíúßó. ÞóÇáó: ÞõæáõæÇ Çááóøåõãóø Õóáöø Úóáóì ãõÍóãóøÏò æóÚóáóì Âáö ãõÍóãóøÏò ßóãóÇ ÕóáóøíúÊó Úóáóì Âáö ÅöÈúÑóÇåöíãó Åöäóøßó ÍóãöíÏñ ãóÌöíÏñ Çááóøåõãóø ÈóÇÑößú Úóáóì ãõÍóãóøÏò æóÚóáóì Âáö ãõÍóãóøÏò ßóãóÇ ÈóÇÑóßúÊó Úóáóì Âáö ÅöÈúÑóÇåöíãó Åöäóøßó ÍóãöíÏñ ãóÌöíÏñ

    Maksudnya:

    Dari Ka’ab bin ‘Ujrah r.a telah berkata: “Wahai Rasulullah, ada pun cara mengucapkan salam kepadamu telah kami ketahuinya, maka bagaimana pula cara berselawat ke atasmu?” Rasulullah SAW menjawab: “Ucaplah: Ya Allah! berilah selawat kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah berselawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. Ya Allah! Berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” (Riwayat al-Bukhari: 4423)

    Maka jelas bahawa ayat di atas menunjukkan kepada kita akan kewajipan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan melalui sabda baginda pula, kita dapat mengetahui bagaimana caranya untuk berselawat ke atas baginda dan ahli keluarga baginda. Melalui huraian yang telah dikemukakan di atas, jelas bahawa di antara hak-hak ahl al-bayt ialah mereka berhak mendapatkan selawat sesuai dengan lafaz selawat yang telah diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW

    Posted at 09:59 am by ahlulbait
     

    Previous Page Next Page