Sesungguhnya Allah hendak menghapuskan noda dan kotoran dari kamu sekalian, ahlulbaiyt, dan mensucikan kamu sekalian dengan sesuci-sucinya."
(al-Quran s.al-Ahzab:33)
Nabi s.a.w.bersabda, "Yang terbaik diantara kamu sekalian ialah yang terbaik perlakuaannya terhadap ahlulbaiytku, setelah aku kembali kehazirat Allah." (Hadis Sahih dari Abu Hurairah r.a. diriwayatkan oleh al-Hakim, Abu Ya'la, Abu Nu'aim dan Addailamiy)
Imam Syafi'i r.a. dalam banyak syair beliau telah melahirkan rasa cinta dan kasih sayang beliau kepada Ahlulbaiyt Rasulallah s.a.w.antara syair beliau yang banyak itu, beliau pernah bermadah:
"Wahai Ahlulbait Rasulallah !
Kecintaan kepadamu adalah kewajiban dari Allah, yang turun dalam
al-Quran. Cukuplah bukti betapa tingginya kamu sekalian. Tiada sempurna sholat tanpa shalawat untuk anda sekalian."
HADIS NABIBerkaitan Ahlulbait :
1.Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Penduduk Yaman datang, mereka lebih lembut hatinya. Iman ada pada orang Yaman. Fekah juga ada pada orang Yaman. Kemudian hikmat juga ada pada orang Yaman
2.Hadis Abi Mas'ud Uqbah bin Amru r.a katanya:
Nabi s.a.w memberi isyarat dengan tangan ke arah Yaman, seraya bersabda: Ingatlah, sesungguhnya iman ada di sana sedangkan kekerasan dan kekasaran hati ada pada orang-orang yang bersuara keras berhampiran pangkal ekor unta ketika muncul sepasang tanduk syaitan, iaitu pada Bani Rabi'ah dan Bani Mudhar
3. Nabi s.a.w. bersabda:
“Sesiapa yang dilambatkan oleh amalannya, tidaklah dia dipercepatkan oleh nasab keturunannya.”
4. Dari Abdul Muthalib ibnu Rab’ah ibnul Khariif, katanya Rasulullah SAW telah bersabda : ” Sesungguhnya sedeqah itu berasal dari kotoran harta manusia dan ia tidak dihalalkan bagi Muhammad mahupun bagi keluarga Muhammad .” (HR Muslim)
5. At-Thabarani dan lain-lain mengketengahkan sebuah Hadeeth yang bermaksud; “Belum sempurna keimanan seorang hamba Allah sebelum kecintaannya kepadaku melebihi kecintaannya kepada dirinya sendiri; sebelum kecintaannya kepada keturunanku melebihi kecintaannya kepada keturunannya sendiri; sebelum kecintaannya kepada ahli-baitku melebihi kecintaannya kepada keluarganya sendiri, dan sebelum kecintaannya kepada zatku melebihi kecintaannya kepada zatnya sendiri .”
6. Diriwayatkan oleh Ahmad dan At-Tarmizi dari `Ali RA bahawa Rasulullah SAW bersabda :”Barangsiapa mencintai kedua orang ini, yakni Hassan,Hussein dan ayah serta ibunya, maka ia bersama aku dalam darjatku di Hari Kiamat
7. Ibnu `Abbas RA berkata bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda : “Cintailah Allah atas kenikmatan yang diberikanNya kepadamu sekelian dan cintailah aku dengan mencintai Allah dan cintailah ahlul-baitku kerana mencintaiku”
8. Ad- Dailami meriwayatkan sebuah Hadeeth dari `Ali RA yang menyebut sabda Rasulullah SAW: “Di antara kalian yang paling mantap berjalan di atas sirath ialah yang paling besar kecintaannya kepada ahlul-baitku dan para sahabatku.”
9. Diriwayatkan oleh At-Thabarani, bahawa Jabir RA mendengar `Umar ibnu Khattab RA berkata kepada orang ramai ketika mengahwini Ummu Kalthum binti `Ali bin Abu Thalib : “Tidakkah kalian mengucapkan selamat untukku? Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: ` Semua sabab (kerabat) dan nasab (salasilah keturunan) akan terputus pada hari kiamat kelak kecuali kerabat dan nasabku’.
10. Hadeeth Thaqalain riwayat Zaid bin Al-Arqam RA menyebut : “Kutinggalkan di tengah kalian dua bekal. (Yang pertama): Kitabullah, di dalamnya terdapat petunjuk dan cahaya terang. Hendaklah kalian ambil dan berpegang teguh padanya.dan (kedua) :Ahli Baitku. Kalian kuingatkan kepada Allah mengenai Ahli-Baitku! Kalian kuingatkan kepada Allah mengenai Ahli-Baitku!”
11.Imam Ahmad bin Hambal meriwayatkan dalam Hadeeth lain: “Apabila bintang-bintang lenyap, lenyaplah penghuni langit; dan apabila ahli-baitku lenyap, lenyap pula penghuni bumi.”
12.Sebuah Hadeeth riwayat Al Hakim dan disahihkan oleh Bukhari & Muslim menyebut : “Bintang-bintang merupakan (sarana) keselamatan bagi penghuni bumi (yang sedang belayar) dari bahaya tenggelam/karam sedangkaan ahlul-baitku sarana keselamatan bagi umatku dari perselisihan (dalam agama). Bila ada satu kabilah Arab yang membelakangi ahlul-baitku, mereka akan berselisih kemudian menjadi kelompok Iblis.”
13. Hadeeth Rasulullah SAW dari Abu Dzar menyatakan :” Ahlul- baitku di tengah kalian ibarat bahtera Nuh. Siapa yang menaikinya ia selamat dan siapa yang ketinggalan ia binasa.”
14. Abu Dzar Al- Ghiffari RA menuturkan bahawa ia mendengar sabdaan Rasulullah SAW :”"Jadikanlah ahlul-baitku bagi kalian sebagai kepala bagi jasad dan sebagai dua belah mata bagi kepala.”
15. Hadeeth riwayat Imam At-Tarmidzi, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : “Dunia tidak akan berakhir sehingga bangsa Arab dipimpin oleh seorang lelaki dari keluargaku yang namanya menyerupai namaku.
SUMBANGAN DERMA UNTUK ANAK YATIM
Bagi yang ingin menderma dan memberi sumbangan kepada Rumah Kebajikan bagi anak yatim, bantuan pendidikan, bantuan fakir miskin, bantuan saudara baru, kaunseling, motivasi dan kem bina insan yang diuruskan oleh Pengurusan Dar Ar Rahman boleh membuat bayaran ke Maybank Akaun : 56-454-8121-325. Untuk keterangan lanjut hubungi saudara Nur Muhammad : HP: 017-2602690. Semoga sumbangan anda diberkati oleh Allah S.W.T.
web analysis Maybank Akaun : 56-454-8121-325 . Untuk keterangan lanjut hubungi saudara Nur Muhammad : HP: 017-2602690. Semoga sumbangan anda diberkati oleh Allah S.W.T.
Tidak syak lagi bahawasanya Imam As-Syafi'e terlalu kuat dalam berpegang dengan Al-Qur'an dan As-Sunnah.
Kedua: Mengikut Kebenaran dan Dalil
Ini merupakan antara ciri-ciri keistimewaan mazhab Imam As-Syafi'e di mana tiada apa yang dapat memisahkannya daripada berusaha untuk berpegang dengan kebenaran. Beliau tidak mengikut amalan mana-mana penduduk sesuatu tempat dan sebagainya. Didapati bahawasanya ada sebahagian imam yang menjadikan amalan sesuatu penduduk sesuatu tempat adalah sebagai hujah sepertimana yang dilakukan oleh Imam Malik r.a. yang menjadikan amalan penduduk Madinah sebagai hujah dan tidak mengambil riwayat-riwayat daripada penduduk negeri lain.
Imam Abu Hanifah r.a. pula mengambil riwayat daripada ahli Iraq sahaja, dan tidak akan bercanggah pendapat dengan mereka. Tetapi,keterbukaan Imam As-Syafi'e dengan mengambil ilmu dari pelbagai sumber, dari mana-mana ulama' di serata dunia.
Ketiga: Mengambil Berat Tentang Perkataan Para Sahabat
Imam As-Syafi'e r.a. menganggap bahawasanya perkataan para sahabat r.a. yang bersepakat dalam sesuatu perkara sebagai hujah dalam mengambil hukum. Adapun jika para sahabat r.a. berselisih dalam sesuatu perkara, maka Imam As-Syafi'e mencari dalil-dalil untuk mentarjihkan (menguatkan) antara pendapat-pendapat para sahabat r.a. tersebut.
Imam As-Syafi'e berpendapat bahawasanya jika seorang sahabat r.a. memberi fatwa dalam sesuatu masalah dan fatwanya adalah satu-satunya perkataan yang wujud dalam masalah tersebut, tanpa ada nas-nas lain daripada Al-Qur'an dan As-Sunnah, maka perkataan sahabat tersebut lebih utama dijadikan hujah daripada qiyas.
Adapun jika perkataan sahabat r.a. tersebut dalam masalah-masalah yang diberi keluasan untuk berijtihad padanya (masalah ijtihadiyah), maka perkataan sahabat r.a. tidaklah dianggap lebih utama daripada para mujtahidin yang lain, menurut Imam As-Syafi'e r.a..
Keempat: Berpegang dengan Kaedah Qiyas
Imam As-Syafi'e berpegang dengan manhaj yang sederhana berkenaan penggunaan kaedah qiyas. Beliau tidak terlalu bersikap keras sepertimana Imam Malik r.a. dan tidak juga bersikap terlalu terbuka dalam penggunaan qiyas seperti keterbukaan Imam Abu Hanifah r.a. dalam penggunaannya. Imam As-Syafi'e r.a. menganggap bahawasanya qiyas juga mempunyai kepentingan yang besar dalam perkembangan ilmu fiqh dan usul fiqh, lalu menjadikan qiyas dan ijtihad itu sendiri adalah satu makna yang sama.
Kelima: Mengambil kira Terhadap Asal bagi Sesuatu Perkara
Sesungguhnya, mazhab Imam As-Syafi'e dibina di atas asas-asas yang kukuh antaranya adalah asas yang kelima ini. Maka, asal bagi sesuatu perkara yang memberi manfaat, namun tidak ada nas mengenainya, maka hukumnya adalah mubah (boleh dilakukan dan boleh juga ditinggalkan: harus).
Keenam: Al-Istishab
Istishab ialah: Menetapkan sesuatu perkara di zaman kedua sepertimana ianya ditetapkan pada zaman yang pertama. Iaitu, jika kita mengetahui suatu hukum terhadap sesuatu pada zaman pertama, lalu tidak terzahir sesuatu petunjuk yang menunjukkan hukum tersebut dihilangkan pada zaman kedua, maka pada zaman kedua itu juga turut kita hukumkan dengan hukum asal pada zaman pertama tersebut.
Contohnya: Asal hukum itu ialah, seseorang itu “terlepas (bara’ah) daripada sebarang tanggungan terhadap manusia lain” sehingga ada dalil yang menunjukkan bahawasanya dia sudah memikul tanggungjawab terhadap orang lain. Maka, asal "keterlepasan"nya daripada tanggungan terhadap manusia lain itu digunakan secara istishab dalam kes seperti contohnya: seseorang itu (si A) dituduh mempunyai hutang dengan seseorang yang lain (si B), namun tidak ada bukti menunjukkan bahawasanya dia (si A) pernah berhutang dengan orang (si B) tersebut.
Maka, dengan kaedah istishab ini, kita mengembalikan orang (si A) tersebut kepada hukum asalnya sebelum tuduhan tersebut dilakukan iaitu "keterlepasan daripada tanggungan terhadap manusia lain", maka dia (si A) tidak perlu membayar hutang tersebut kepada si B.
Ketujuh: Al-Istiqra'
Istiqra' ialah: Mengkaji atau meneliti (tatabbu’) perkara-perkara yang cabang (furu') dan hukum perkara-perkara cabang yang saling berkaitan tersebut kepada suatu perkara yang turut berkait rapat dengan perkara-perkara tersebut. Ia merupakan suatu proses meneliti pelbagai perkara cabang yang mempunyai persamaan dari sudut-sudut tertentu, yang membawa kepada hukum yang sama, lalu menjadikan hukum tersebut sebagai hukum yang menyeluruh terhadap cabang-cabang yang termasuk dalam masalah tersebut.
Contohnya: Hukum solat witir.
Kalau kita mengkaji (tatabbu’)keadaan Nabi s.a.w. khususnya dalam masalah solat, kita dapati suatu kaedah umum daripada perbuatan-perbuatan Nabi s.a.w. secara menyeluruh tersebut bahawasanya, Nabi s.a.w. tidak pernah menunaikan solat fardhu di atas kenderaan sewaktu bermusafir sama sekali.
Jika Rasulullah s.a.w. menunaikan sesuatu solat di atas kenderaan, maka daripada kaedah umum yang kita fahami sebelum tadi, menunjukkan bahawasanya solat yang ditunaikan oleh Nabi s.a.w. di atas kenderaan tersebut adalah solat sunat.
Oleh yang demikian, bilamana kita ingin mencari hukum tentang solat witir, lalu kita menemui bahawasanya Rasulullah s.a.w. pernah menunaikan solat witir di atas kenderaan, maka kita meletakkan hukum sunat bagi solat witir hasil daripada kita mengaitkannya dengan hukum menyeluruh yang kita sebut sebelum tadi dalam kaedah "Rasulullah s.a.w. hanya menunaikan solat sunat sahaja di atas kenderaan". Maka, kaedah umum yang membawa hukum menyeluruh ini memberi petunjuk kepada hukum solat witir yang dicari, dengan menjadikan solat witir sebagai satu cabang daripada kaedah tersebut, dalam masa yang sama berkongsi hukum yang sama dengan yang lain iaitu: hukum solat witir adalah sunat. Jadi, dapat difahami juga, sebarang nas-nas yang mana zahirnya seolah-oleh mewajibkan solat witir sebenarnya adalah sekadar suatu bentuk "menguatkan lagi galakan terhadap menunaikan solat witir itu sendiri.
Fasal: Kaedah Mengambil Bilangan paling Sedikit dalam Perkataan-perkataan Para Mujtahidin
Imam As-Syafi'e r.a. berpendapat bahawasanya kita perlu mengambil pendapat yang menyebutkan bilangan yang paling sedikit dalam sesuatu masalah yang melibatkan bilangan, takkala berlaku perselisihan pendapat dalam kalangan para ulama', kerana bilangan yang paling sedikit juga termasuk dalam bilangan yang paling banyak itu sendiri (contohnya: 1 itu termasuk dalam bilangan 10 itu sendiri).
Kaedah ini digunakan oleh Imam As-Syafi'e r.a. bilamana tiada lagi dalil dijumpai dalam masalah tersebut melainkan perkataan-perkataan ulama' tersebut.
Contohnya:
Hukum diyyah (bayaran pampasan yang melibatkan nyawa)kafir zimmi
Para ulama' berselisih pendapat tentang hukum diyyah kafir zimmi:
Pendapat Pertama: sepertiga daripada diyyah seorang muslim.
Pendapat Kedua: separuh daripada diyyah seorang muslim (mazhab Maliki)
Pendapat Ketiga: sama seperti diyyah seorang muslim (mazhab Hanafi)
Maka, Imam As-Syafi'e mengambil pendapat yang pertama iaitu sepertiga dariapda diyyah seorang muslim kerana ianya merupakan pendapat yang paling sedikit dalam masalah ini. Ini kerana, bilangan yang terrendah ini turut mengandungi perkataan yang mengatakan separuh diyyah muslim dan turut mengandungi perkataan seluruh diyyah muslim.
Sepertiga diyyah muslim terkandung dalam pendapat kedua iaitu separuh diyyah muslim dan terkandug juga dalam pendapat yang ketika iaitu semua bilangan diyyah muslim.
Wallahu a’lam…
(diambil dan diadaptasi daripada buku Al-Madkhal ila dirasah Al-Mazahib Al-Arba'ah karangan Mufti Mesir, Prof. Dr. Ali Jum'ah)
Faktor-faktor Kemunculan Pendakwa Sufi (Ahli Sufi Palsu)
Faktor-faktor Kemunculan Pendakwa Sufi (Ahli Sufi Palsu)
Al-Arif biLlah Al-Imam Ahmad Az-Zarruq r.a. berkata:
Ada tiga faktor utama yang menyebabkan timbulnya bid'ah daripada golongan pendakwa tasawwuf (golongan pengaku sufi yang merosakkan nama baik golongan sufi):
Pertama: Kurangnya iman kerana tiada ilmu tentang hak-hak Allah s.w.t. dan lenyapnya cahaya keimanan yang membawa kepada mengikuti Rasulullah s.a.w..
Firman Allah s.w.t.:
Dan bahwa (yang kami perintahkan ini) adalah jalanKu yang lurus, Maka ikutilah Dia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), Karena jalan-jalan itu mencerai beraikan kamu dari jalannya. yang demikian itu diperintahkan Allah agar kamu bertakwa. (Surah Al-An'aam: 153)
Ahmad bin Hadhruwiyyah r.a. berkata: "Petunjuk (menuju Allah) itu bersinar dan jalan menujuNya juga jelas. Allah s.w.t. yang mengajak kamu (menujuNya) pun telah menyerumu (dengan wahyuNya). Tiada yang menyimpang dari jalanNya melainkan dia ialah seorang yang buta".
Al-Imam Ibn 'Atho'illah As-Sakandari r.a. berkata: "Tidak ditakuti ke atas kamu akan kesamaran dalam perjalanan. Tetapi yang ditakuti ke atas kamu ialah apabila hawa nafsumu menguasaimu".
Al-Imam berkata lagi: "Kelazatan hawa nafsu yang menguasai hati ialah penyakit yang memusnahkan".
Sebahagian ulama' sufi berkata: "Memahat gunung dengan kuku-kuku lebih mudah daripada melenyapkan penguasaan nafsu jika sudah menetap kukuh dalam hati".
Allah s.w.t. berfirman:
Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya berdasarkan ilmu-Nya dan Allah Telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka Mengapa kamu tidak mengambil pelajaran? (Surah Al-Jathiyaah: 23)
Maksudnya, sebab-sebab dan bukti tidak lagi bermanfaat untuk membawa seseorang kepada hidayah takkala kebatilan telah menguasai jiwa dan lenyap cahaya keimanan.
Firman Allah s.w.t. lagi:
barangsiapa yang tiada diberi cahaya (petunjuk) oleh Allah tiadalah dia mempunyai cahaya sedikitpun. (Surah An-Nur: 40)
Kedua: Kejahilan tentang usul tarikat (tarikat sufiyah yang muktabar)
Kejahilan ini menyebabkan mereka menyangkan bahawa syariat itu bercanggah dengan hakikat. Inilah sebenarnya merupakan punca terbesar yang membawa kepada asas-asas zindiq. Daripada fahaman inilah, lahirnya golongan-golongan zindiq yang pelbagai. Hal ini menyebabkan golongan yang jumud terus-menerus mencela kaum sufi (pukul sama rata) dan menyebabkan golongan yang mengaku sufi tetapi jahil menjauhi ilmu dan ahli ilmu. Akhirnya, mereka (pengaku sufi yang jahil) menyalahi syariat pada zahirnya lalu menganggap ia suatu kesempurnaan.
Ini merupakan suatu kekufuran dan kesesatan yang lahir daripada mereka yang jahil tentang tarikat itu sendiri. Adapun pegangan bahawa adanya perbezaan antara syariat dan hakikat ialah asas kemunculan golongan-golongan sesat. Mereka melakukan perbuatan-perbuatan yang menyalahi tuntutan agama. Mereka lalu menganggap golongan yang benar (yang mengamal syariat) sebagai golongan yang sesat.
Ketiga: Mencintai Kedudukan tetapi tidak mampu mencapainya.
Mereka ingin mendapat kedudukan dalam masyarakat tetapi tidak mempunyai jalan untuk mendapatkannya. Akhirnya, dia menzahirkan penampilan yang dapat menarik hati manusia, dan menipu mereka yang jahil dengan kepura-puraannya.
Dia menzahirkan perkataan-perkataan hakikat (yang dusta) beserta keanehan-keanehan syaitani (sesuatu yang luar dari adat yang berpunca dari pengaruh syaitan) atau menzahirkan kepada pengikutnya akan kelazatan rohani. Dia juga tertipu dengan diri sendiri kala menyangka sudah mencapai zauq-zauq padahal ianya tidak lebih dari sekadar perasaan tabi'ie (bukan zauq irfani atau zauq makrifat) yang mana dia menyangka apa yang dia rasa adalah futuh ataupun wusul (sampai kepada Allah).
Daripada asas ini, mereka membina kepercayaan bahawasanya, sesuatu maqam itu hanya dicapai dengan berlakunya keanehan. Menurut mereka lagi, ibadah tidak bermakna tanpa mempunyai perkara-perkara yang luar adat (yang mereka anggap sebagai karamah padahal ianya tidak lebih melainkan istidraj). Mereka bertambah semangat dalam beribadah jika hanya berlaku sesuatu yang aneh dalam dirinya. Mereka tidak lain melainkan orang-orang yang jahil dan hanya berpegang dengan waham (prasangka) semata-mata tanpa sebarang kefahaman (makrifatuLlah) yang kukuh.
Jenayah Riddah atau Jenayah Murtad mesti ditangani dan dibendung dengan sewajarnya. Janganlah dibiarkan berlaku tanpa sebarang tindakan, jika dibiarkan begitu saja, jawablah nanti depan Allah. Murtad adalah termasuk dalam jenis kekufuran yang terdahsyat dan merupakan jenayah besar terhadap Islam dan penganutnya. Sebagaimana dinyatakan oleh Imam an-Nawawi rhm. dalam "Raudhatuth Thoolibin", jilid 7, halaman 283, di mana beliau menulis:-
åí ãä ÃÝÍÔ ÃäæÇÚ ÇáßÝÑ æ ÃÛáÙåÇ ÍßãÇ
Ianya adalah dari sekeji-keji kekufuran dan yang paling berat hukumannya.
Islam mengajar bahawa tiada paksaan dalam beragama, yakni dalam menjadikan Islam sebagai agama anutan. Oleh itu, kita tidak memaksa orang yang bukan Islam untuk menukar agama mereka tanpa kerelaan hati mereka. Jika paksaan menjadi amalan umat Islam, maka tiadalah lagi penganut agama Hindu di India atau penganut Kristian di Sepanyol. Kewujudan penganut-penganut agama Hindu dan Kristian tersebut menjadi bukti nyata bahawa umat Islam tidak pernah menukar agama seseorang secara paksa walaupun umat Islam beratus-ratus tahun menguasai negeri-negeri tersebut.
Seseorang yang berada di luar Islam, tidaklah dipaksa memeluk Islam. Tetapi apabila dia masuk Islam, maka dia terpaksalah tunduk dan patut dengan segala ajaran Islam termasuklah kepada hukum riddah atau murtad. Seseorang itu tidak dibenarkan untuk murtad dengan sewenang-wenangnya kerana tindakannya untuk murtad akan mengakibatkan hukum hadd dijalankan ke atasnya. Haddnya tidak lain melainkan dibunuh dengan dipancung kerana tindakannya menjadikan agama sebagai persendaan dan permainan. Sungguh kita umat yang beragama, kita tidak akan membiarkan ghirah kita kepada agama dipermain-mainkan.
Pada halaman 296, Imam an-Nawawi rhm. menyebut:-
"... Dan orang yang murtad itu hukumannya adalah dibunuh dengan dipancung lehernya, dan bukannya dibakar atau lain-lain. Hukuman tersebut hendaklah dilaksanakan oleh pemerintah atau orang yang diberinya kuasa. Jika hukuman tersebut dilaksanakan oleh selain pemerintah (yakni tanpa kebenaran pemerintah) maka orang yang melaksanakan hukuman tersebut hendaklah dihukum ta'zir.
Orang yang murtad itu hendaklah disuruh bertaubat sebelum dibunuh. Adakah suruhan bertaubat ini hukumnya wajib atau mustahab? Dalam perkara ini terdapat dua qawl atau wajah; Yang adzharnya suruhan bertaubat ini adalah wajib. Berhubung kadar tempoh yang diberi untuk orang yang murtad itu bertaubat sebelum hukuman bunuh dilaksanakan terdapat dua qawl; Qawl yang pertama menyatakan bahawa tempoh penangguhan tersebut adalah tiga (3) hari, manakala qawl yang adzharnya ianya adalah ketika itu juga, jika orang murtad itu enggan bertaubat setelah disuruh, maka dia dibunuh ketika itu juga (yakni tidak diberi penangguhan 3 hari atau lainnya kerana dia enggan bertaubat dan tetap dengan keputusannya untuk murtad). Menurut pendapat yang lemah (qil) penangguhan tiga (3) hari tersebut adalah tidak wajib sekali-kali....."
Inilah pegangan para ulama kita, asy-Syafi'iyyah, terhadap hukuman ke atas orang murtad. Yakni hukumannya adalah dibunuh dengan dipancung, tetapi sebelum hukuman dilaksanakan wajib kita suruh orang yang murtad itu bertaubat dan kembali kepada Islam. Jika dia enggan, maka tidaklah ditangguh hukuman tersebut 3 hari, bahkan bolehlah dilaksanakan hukuman pancung itu pada ketika itu juga.
Hukuman bunuh bagi orang lelaki yang murtad telah disepakati oleh para ulama kita dari kalangan mazhab 4. Adapun jika yang murtad itu perempuan, maka terdapat khilaf di mana Hanafiyyah berpendapat dia tidak dibunuh tetapi hendaklah disuruh bertaubat dan jika dia enggan maka dia hendaklah dipenjarakan sehingga dia mau bertaubat dan kembali kepada Islam atau dia mati dalam penjara. Manakala ulama mazhab Syafi'iyyah, Malikiyyah dan Hanabilah menyatakan hukuman bagi jenayah murtad adalah bunuh, tanpa mengira jantina.
Qadhi Abu 'Abdullah Shadruddin Muhammad bin 'Abdur Rahman bin al-Husain ad-Dimasqi al-Utsmani asy-Syafi'i (w. 780) pengarang kitab "Rahmatul Ummah fi Ikhtilaf al-Aimmah" pada halaman 228 menulis:-
" ... Telah ittifaq (sepakat) para Imam bahawa sesiapa yang murtad dari Islam dia wajib (mesti) dibunuh. Yang menjadi pertikaian ialah:-
sama ada hukuman bunuh tersebut dilaksanakan serta-merta atau ditangguh untuk orang murtad yang disuruh bertaubat itu bertaubat?
sama ada suruhan bertaubat itu wajib atau mustahab?
sama ada orang murtad yang enggan bertaubat setelah disuruh diberi penangguhan hukuman?
Imam Abu Hanifah rhm. berpendapat:- Tidak wajib disuruh bertaubat, orang murtad boleh dibunuh serta-merta melainkan jika dia memohon penangguhan, maka diberi penangguhan selama 3 hari. Di kalangan sebahagian sahabat beliau (yakni para ulama Hanafiyyah) berpendapat bahawa memberi penangguhan itu dihukumkan sunnat walaupun si murtad tidak memohon penangguhan.
Imam Malik rhm. berpendapat: Wajib menyuruhnya bertaubat, dan jika dia bertaubat ketika itu maka diterima taubatnya. Jika dia enggan bertaubat pada ketika disuruh untuk bertaubat, maka dia diberi penangguhan 3 hari agar dia bertaubat, dan jika dia enggan bertaubat setelah tempoh penangguhan tersebut, barulah dia dibunuh.
Imam Syafi'i rhm. mempunyai dua pendapat berhubung menyuruh orang murtad untuk bertaubat dan yang adzhar ianya adalah wajib. Begitu pula dengan memberi penangguhan, beliau juga mempunyai dua pendapat dan yang adzhar ianya adalah wajib. Jika penangguhan tidak memberi apa-apa faedah yakni si murtad memang telah nekad untuk keluar Islam walaupun sudah disuruh bertaubat, maka Imam Syafi'i mempunyai dua pendapat berhubung penangguhan ketika itu, dan yang adzharnya adalah tidak wajib diberi penangguhan walaupun diminta oleh orang yang murtad itu dan dia dibunuh ketika itu juga (yakni jika disuruh bertaubat, si murtad enggan, maka dia dibunuh tanpa diberi penangguhan kerana keengganan untuk bertaubat itu).
Imam Ahmad rhm. mempunyai dua riwayat berhubung suruhan bertaubat bagi orang yang murtad. Pendapat yang pertama adalah sama seperti pendapat mazhab Maliki, manakala pendapatnya yang kedua menyatakan yang suruhan bertaubat itu bukanlah satu kewajipan (yakni tidak wajib). Berhubung hukum memberi penangguhan, maka berlaku perbezaan pendapat dalam mazhabnya kepada 3 pendapat yang berbeza.
..... Imam Malik, Imam Syafi'i dan Imam Ahmad berpendapat bahawa hukuman bagi orang yang murtad adalah sama, tanpa mengira jantina. Imam Abu Hanifah pula berpendapat bahawa orang perempuan yang murtad hendaklah dipenjarakan dan tidak dihukum bunuh.
Syaikh 'Abdul Qaadir 'Awdah dalam "at-Tasyrii' al-Jinaa-i al-Islamiy" halaman 720 memperjelaskan lagi pendapat Abu Hanifah tersebut dengan menyatakan bahawa menurut Imam Abu Hanifah perempuan tersebut hendaklah dikembalikan kepada Islam dengan setiap hari disuruh bertaubat dan diajarkan dia ajaran Islam sehingga dia mau bertaubat atau dia mati dalam penjara tersebut. Jadi bukanlah ertinya dia dipenjarakan semata-mata sehingga ajalnya tiba.
Allahu ... Allah, berat - berat hukuman terhadap pelaku jenayah murtad ini. Dalam Kes Mal No. 07100-043-0191-2006 kes murtad Siti Fatimah bt. Abdullah @ Tan Ean Hung (ini adalah kes murtad kerana Siti ni telah memeluk Islam pada 25/7/1998, jadi tak timbul isu "menentukan status agama", tok sahlah nak kelentong, ini adalah kes murtad), Y.A. Tuan Haji Othman bin Ibrahim, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang dalam alasan penghakimannya menyatakan bahawa "riddah" itu adalah sekeji-keji kekufuran dan mendapat seberat-berat hukuman. Y.A. Tuan Hakim juga menyatakan kesepakatan ulama mengenai hukuman bunuh terhadap orang murtad dan beliau turut menukilkan beberapa nash mengenainya antaranya hadits:
ãä ÈÏá Ïíäå ÝÇÞÊáæå
"Sesiapa yang menukar keIslamannya, bunuhlah dia. (Terjemahan beliau)
Juga beliau nukilkan keterangan kitab "Kifayatul Akhyar" yang menyatakan:-
"Barangsiapa yang keluar daripada Islam, ia diminta bertaubat tiga kali. Jika bertaubat (diterima taubatnya dan ia kembali kepada Islam) dan jika tidak, dia dibunuh, dan tidak boleh dimandikan, tidak boleh disembahyangkan dan tidak boleh dikuburkan di perkuburan orang Islam." (Terjemahan beliau)
Maka di sini, aku ingin bertanya:- Adakah Siti Fatimah Tan bt. Abdullah ini telah disuruh atau diperintahkan untuk bertaubat dan kembali kepada Islam? Pertanyaanku ini adalah kerana dalam alasan penghakiman yang ada padaku tak nampak pulak suruhan tersebut yang merupakan satu kewajipan menurut mazhab jumhur termasuk asy-Syafi'iyyah dilaksanakan. Ni bukan nak pertikai, sekadar mendapatkan kepastian. Pihak kami yang jahil ini sentiasa mengharapkan tunjuk ajar daripada Mahkamah yang mulia.
Imam 'Abdur Rahman bin 'Ali yang terkenal dengan nama Imam Ibnul Jawzi ulama besar bermazhab Hanbali yang dilahirkan pada tahun 509/510H di Baghdad. Beliau adalah pengarang dan daie yang terkenal yang banyak menyedarkan umat serta ramai yang memeluk Islam di tangannya. Beliau adalah guru kepada Ibnu Qudamah al-Maqdisy yang masyhur itu.Tersebutlah dalam karya beliau yang berjodol "al-Wafaa bi ahwaalil Musthofa s.a.w." akan kisah penciptaan Junjungan Nabi s.a.w. yakni penciptaan benih asal jasad baginda s.a.w. Kisahnya adalah sebagai berikut:-
Daripada Ka'ab al-Ahbar: " Tatkala Allah ta'ala berkehendak untuk menciptakan Nabi Muhammad s.a.w., Dia memerintahkan Jibril a.s. untuk membawakan segenggam tanah putih yang merupakan tanah tempat Junjungan Nabi s.a.w. dimakamkan nanti. Maka diulilah tanah tersebut dengan air Tasniim (air syurga) lalu dicelupkan ke dalam sungai-sungai syurga. Setelah itu, dibawakan dia berkeliling ke serata langit dan bumi. Para malaikat pun mengenali Junjungan Nabi s.a.w. dan keutamaan baginda sebelum mereka mengenali Nabi Adam a.s. Ketika nur Junjungan Nabi s.a.w. kelihatan di kening dahi Nabi Adam a.s., dikatakan kepadanya: "Wahai Adam, inilah sayyid (penghulu) keturunanmu daripada para anbiya' dan mursalin.
Tatkala Siti Hawa mengandungkan Nabi Syits berpindahlah Nur Muhammad tersebut kepada Siti Hawa. Siti Hawa yang biasanya melahirkan anak kembar setiap kali hamil, tetapi pada hamilnya ini dia hanya melahirkan seorang anak sahaja iaitu Nabi Syits kerana kemuliaan Junjungan Nabi s.a.w. Maka sentiasalah berpindah-pindah Nur Muhammad daripada seorang yang suci kepada orang suci yang lain sehinggalah baginda dilahirkan.
Begitulah keistimewaan penciptaan Junjungan Nabi s.a.w., sama ada penciptaan roh baginda yang agung, juga penciptaan asal benih bagi jasad baginda yang mulia lagi suci. Patutlah peluh baginda merupakan wangian yang teristimewa lagi penuh keberkatan kerana benih bagi jasad baginda telah diuli dan diadun serta dicelup dengan air Tasniim dan sungai-sungai syurga. Imam Muslim meriwayatkan bahawa Ummu Sulaim telah mengumpul titisan peluh Junjungan Nabi s.a.w. demi memperolehi keberkatan baginda s.a.w. Allahu .. Allah, mari kita banyakkan ucapan sholawat dan salam ke atas Junjungan Nabi s.a.w. kerana ucapan tersebut yang berhubung kait dengan Junjungan Nabi s.a.w. pun turut menghasilkan keberkatan dan keharuman yang istimewa yang boleh dihidu oleh sekalian makhluk selain jin dan manusia.
Cahaya hati bertambah ia tatkala kita sholawatkan Nabi Nabi keturunan Hasyim cahayanya tak akan sirna sekali-kali Maka sinar cahaya kita adalah daripada sinar cahaya Nabi Bersholawatlah atas nabi yang terutama itulah Junjungan Nabi
4. Memperlihatkan perhiasan(bersolek) di depan lalaki lain
5. Menolak panggilan suami untuk tidur bersama
6. Membuka rahsia hubungan suami isteri
7. Berpuasa sunat tanpa izin suami
8. Membelanjakan harta suami, tanpa izin suami
9. Derhaka kepada suami
10. Meminta cerai tanpa sebab yang jelas
11. Mengingkari kebaikan suami
12. Bersama lelaki lain yang bukan mahram
13. Memandang lelaki yang bukan mahramnya
14. Bersalaman dengan lelaki bukan mahram
15. Menyerupai lelaki
16. Membuka rahsia wanita lain kepada suami
17. Memandang aurat wanita lain
18. Keluar rumah tanpa ada keperluan
19. Masuk permandian awam
20. Mencakar-cakar tubuh ketika dapat musibah
21. Meratapi kematian
22. Berhias atas meninggalnya seseorang
23. Menghantar jenazah
24. Mempercayai dukun dan peramal
25. Menyumpah anak-anak sendiri
26. Tidak bertegur sapa dengan sesama muslim
27. Menganiaya pembantu
28. Mengganggu jiran
29. Minta cerai kerana suami sakit
30. Minta cerai kerana suami menikah lagi
SEMBILAN BELAS HADITH RASULLULLAH S.A.W MENGENAI WANITA
1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.
4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.
7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".
13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
16 Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
17 Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.
18 Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
19 Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."
EMPAT GOLONGAN LELAKI DITARIK WANITA
Seseorang wanita itu apabila di yaumal alkhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka? Na'uzubillah, artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya iaitu supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama serta berwaspada akan tanggung-jawab yang kita pikul!
PERTAMA - AYAHNYA
Apabila seseorang yngg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat, tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.
KEDUA - SUAMINYA
Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan ditarik oleh isterinya.
KETIGA ABANG-ABANGNYA
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pundak abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
KEEMPAT - ANAK LELAKINYA
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak nantikan tarikan ibunya maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar dan tidak silap.
Firman ALLAH SWT:-
"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU..."
TRADITIONAL ISLAMas understood by the vast majority of ulama' ofthe Ahli Sunnah wal Jamaah
MENJAWAB KRITIKAN TERHADAP FAHAMAN WAHABIYAH DI MALAYSIA
Merujuk kepada tulisan Mohd Asri "Buku Salafiyah Wahabiyah menyimpang" Berita Harian, Isnin 30 dan 31 Julai 2001. Selaku penulis buku tersebut saya merasakan bertanggungjawab untuk mempertahankan hujah, menghapus kesamaran dan menjawab semua tuduhan yang dilemparkan kepada saya dan Tuan Guru saya Hassan al-Saqqaf. Semoga Allah memberi taufiqNya kepada kita terhadap apa yang disukai lagi diredhaiNya.
Pada dasarnya, saya bersetuju dengan pendapat beliau yang mengatakan Syeikh Ibn Taimiyyah bukannya maksum. Akan tetapi kata-kata beliau yang menggambarkan "tersilap fakta" pada Ibn Taimiyyah mencerminkan sikap ta'sub beliau kepada Syeikh tersebut. Alasannya, jika dikatakan "tersilap fakta" bererti kesalahan itu bukannya datang dari Ibn Taimiyyah, akan tetapi fakta atau maklumat tentangnya tersilap. Justeru, dia boleh membuat andaian bahawa "tersilap" yang berlaku itu disebabkan oleh salah faham atau sikap ulamak lain yang dengkikan Ibn Taimiyyah sekaligus memfitnah beliau. Adakah para ulamak yang menentang pendapat Ibn Taimiyyah kesemuanya berada dalam situasi dan bersikap sedemikian.???
Dakwanya lagi: "Ada pendapatnya yang kuat dan ada pendapatnya yang lemah". Kenyataan ini menjelaskan kepada kita bahawa beliau begitu fanatik dengan pendapat Ibn Taimiyyah. Ternyata Mohd Asri masih belum mampu membuat perbandingan pendapat secara dogmatik antara ulamak. Pengklasifikasian pendapat Ibn Taimiyyah kepada kuat dan lemah sebenarnya tidak menampakkan beliau mengiktiraf kesilapan yang dilakukan imam itu. Sebaliknya beliau hanya ingin mempertahankannya walaupun terbukti pendapat Ibn Taimiyyah tersebut membawa ’fitnah' dan implikasi yang negatif kepada sebahagian muslimin yang tidak menurut pendapat beliau. Oleh itu, 'kemaksuman' yang dinafikannya hanya sekadar manis di bibir sahaja. lanya bukan dilakukan secara komparatif yang sedar lagi wajar. Sikap ini sudah menjadi kebiasaan bagi mereka yang beraliran Salafi-Wahabi.
Dakwaan beliau bahawa saya menjadikan cacian, penghinaan, fitnah dan pembohongan fakta sebagai metodologi penulisan adalah tidak benar sama sekali. Melalui secalit tulisan ini, pembaca akan dapat menilai sejauh mana ketaksuban Mohd Asri dan sesuci mana pendapat yang dikemukakan oleh Ibn Taimiyyah dalam bidang kesarjanaan Islam. Penilaian ini juga boleh dilihat menerusi buku saya Salafiyah Wahabiyah. Apa yang lebih penting ialah implikasi yang berlaku terhadap satu pendapat yang "rigid" perlu dinilai secara wajar. Sebab itulah dikemukakan judul buku saya "Salafiyah Wahabiyah: Satu penilaian" supaya pembaca boleh menilai antara dua pendapat. laitu satu penilaian pendapat Ibn Taimiyyah (disokong al- Wahabiyyah) dan satu lagi pendapat para ulamak sunni lain. Tapi sayang, apabila kita mengkontradiksi hujah Ibn. Taimiyyah, ianya dianggap sebagai musuh ahli sunnah oleh Mohd Asri. Tahukah beliau siapa ahli sunnah???
Sebenarnya, di muqaddimah penulisannya lagi, Mohd Asri telah membuat pendustaan ke atas diri saya. Buktinya, beliau mengatakan: "Penulis buku ini mengaku dia adalah pengikut Hasan b. Ali al-Saqqaf dari Jordan." Subhanallah. Sebenarnya, saya tidak pernah mengaku sebagai "pengikut" Hassan al-Saqqaf. Sebaliknya saya hanya mempelajari ilmu agama darinya semasa berada di Jordan dalam beberapa tahun. Umum mengetahui bahawa belajar tidak semestinya mengikut. Akan tetapi, ada kalanya manusia hanya mengikut bukannya dengan cara belajar. Seperti ikutan Mohd Asri terhadap pendapat Ibn Taimiyyah. Perkataan "pengikut" sengaja ditokok-tambah oleh Mohd Asri dengan niat yang buruk untuk menggambarkan sikap taksub saya kepada Hasan al-Saqqaf. Seolah-olah saya sentiasa mengikut Hassan al-Saqqaf secara taklid walaupun diketahui ada sesetengah pendapatnya tidak boleh diterima oleh saya. Hal ini situasi yang biasa antara Tuan guru dan muridnya. Maka secara jelasnya, dakwaan ini tidak berasas lagi dusta. Semoga Allah mengampuni anda.
Demi kerana bencikan penilaian saya terhadap Ibn Taimiyyah, Mohd Asri juga membuat tuduhan yang palsu lagi melampau kepada Tuan Guru kami, Sayyid Hasan al-Saqqaf. Katanya: "Dikalangan orang yang mengenalinya (Hassan al-Saqqaf) menyatakan dia seorang agak pro Syiah seperti mana ada sesetengah rumpun itu di Malaysia yang berpegang kepada Syiah." Beliau menambah lagi: "Sementara yang seorang lagi mengaku ahli Sunnah dan meyembunyikan racun syiahnya." Katanya lagi: "Nampaknya sejarah itu cuba hendak ditimbulkan semula oleh golongan yang bertopengkan ahli sunnah." Subhanallah. Kenapa Mohd Asri terlalu berani menghukum seseorang dengan "Syiah" dengan hanya berdasarkan andaian mendengar daripada sesetengah kalangan orang yang mengenali Hassan al-Saqqaf. Prasangka yang dilakukan beliau ini bertentangan dengan firman Allah S.W.T. di dalam surah al-Hujuraat ayat 12 yangbermaksud: "Wahai orang yang beriman, jauhilah sebahagian dari prasangka. Sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu adalah dosa. "
Suka juga saya pertanyakan: Apakah anda tidak cukup mengerti untuk menilai pendapat dan pandangan seseorang melalui karya dan penulisan beliau? Saya juga ingin bertanyakan anda, siapa dikalangan orang yang mengenalinya itu sehingga anda tergamak menukar tuduhan yang tak berasas itu kepada yakin? Bolehkah orang yang mengenalinya itu diterima kesaksiannya mengikut metod ilmu hadith yang saudara pelajari selama ini? Nampaknya saudara sendiri gagal mempratikkan surah al-Hujuraat ayat 6 yang saudara bacakan kepada saya. Dengan segala hormatnya saya minta saudara renungkan kembali sedalamnya kandungan ayat berkenaan secara insaf lagi sedar.
Buat pengetahuan pembaca, sebenamya Syeikh Hassan al-Saqqaf adalah seorang sunni-al-Asya'ri yang bermazhab al-Syafi'e. Beliau sendiri menulis "Sahih Sifatussolah al-Nabiy" (yang wujud ditangan saudara). laitu sebuah kitab fiqh-solat al-Syafi'e sebagai reaksi positif terhadap huraian tidak bermazhab Syeikh al-Baani di dalam "Sifat al-Solat al-Nabi". Saya nasihatkan saudara baca sendiri kitab tersebut sehingga tamat tanpa bias kepada mana-mana aliran teologi dan bandingkan dengan karya al-Baani. Lihatlah di sana bagaimana Syeikh Hassan menuqilkan pendapat Imam al-Syafi'e, Imam Ibn al-Solah, Imam al-Ghazali, Fakhruddin ar-Razi, al-Muhaqqiq al-Nawawi, Imam Ibn Hajar al-Haitami, Ibn Hajar Asqalani, Taqiyuddin al-Subki, al-Sakhawi dan beberapa pandangan ulamak hadis yang masyhur seperti al-Bukhari, Mus¬lim, Ahmad, Tirmidzi, al-Nasa'e, Abu Daud dan Iain-lain. Saya yakin, seorang yang terpelajar tinggi seperti saudara dapat memahaminya. Akan tetapi mengapa realiti ini tidak dinyatakan dalam penulisan saudara sebaliknya perkara yang bersifat andaian itu mahu dipaparkan kepada umum bahkan hendak dijadikan hukum.??? Ternyata, saudara sebenarnya yang bersikap 'tadlis' dan cuba membohongi kebenaran.
Sebagai bukti yang lebih jelas, Syeikh Hassan al-Saqqaf juga menulis syarah kitab Umdah al-Salik li Uddah al-Nasik sebagai sebuah kitab Haji juga dalam mazhab al-Syafi'e. Saudara juga boleh membaca Tahdzir al-Abd Awwah yang memuatkan tiga masalah agama. laitu Sembahyang sunat sebelum Jumaat (yang mana ia dikatakan bid'ah oleh aliran wahabi), masalah "menggerakkan jari ketika bertasyahhud" dan masalah Nur Muhammad. Tidakkah huraian di dalam kitab-kitab ini mengikut daerah mazhab al-Syafi'e. Bahkan betapa banyak juga pendapat al-Syafi'iyyah dikemukakan dalam ruangan ini, Kami sendiri turut diajar dengan Kifayatul Akhyar dan Tadrib al-Rawi hari berganti minggu dan bulan. Oleh itu, Saya mencabar saudara untuk mengemukakan nas Hassan al-Saqqaf yang menunjukkan beliau seorang Syiah daripada kitab-kitab karangan beliau. Adapun pendalilan kepada sesuatu permasalahan, lumrah ianya boleh berlaku secara kebetulan. Namun, itu bukannya dalil ilmu untuk membuktikan seseorang itu penganut kepada fahaman Syi'ah. Jika saudara gagal bererti saudara mendirikan hujah tanpa ilmu bahkan tuduhan saudara penuh pembohongan lagi melampau.
Tidak cukup dengan fiqh, Hassan al-Saqqaf juga menghasilkan karya usuluddin dalam mazhab al-Asya’ri. Buktinya, kitab Sahih al-Aqidah al-Thahawiyah diulas oleh beliau sebagai satu perbandingan dengan Syarh Aqidah al-Thahawiyah yang dikarang oleh Ibn Abi al-Izz. Kitab Akidah ahli Sunnah wal Jamaah dikarang oleh beliau hasil ulasan terhadap pendapat al-Ghazali daripada Ihya'. Beliau juga mengulas Jauharah al-Tauhid karangan Imam al-Laqqani dan diberi judul Iqd Zabarjad al-Nadhid. Selain itu beliau juga menulis Syarh Sullam al-Taufiq (feqh, tauhid dan Tasawwuf). Dan banyak lagi kitab-kitab yang ditulis oleh beliau samada yang telah dicetak dan masih dalam percetakan mencapai 70 buah kitab dalam usia yang masih muda.
Akan tetapi, apabila kitab-kitab tadi dilihat dapat mengkontradiksi kitab-kitab al-Albaani dan aliran al-Wahabiyyah serta Ibn Taimiyyah, beliau mula dituduh sesat, penyebar fahaman Mu'tazilah, penganut Syi'ah dan sebagainya. Tuduhan ini turut menjalar kepada Syeikh al-Muhaddith Mahmud Said Mamduh, Syeikh al-Muhaddith Muhammad A'lawi al-Makki, Syeikh Muhammad Sa'id Ramadhan al-Buthi, Syeikh Ali al-Majzub, Syeikh Sa'id Foudeh, Syeikh Abi Hasnain al-Makki dan Iain-lain yang seangkatan dengan beliau. Atau mana-mana sahaja ulamak yang beraliran Asya'irah nusantara. Hal ini seakan menjadi satu tradisi bagi aliran salafiyah-wahabiyyah yang amat bencikan Asya'irah. Dan penularan kebencian ini turut subur sehingga membawa konflik semasa dan fitnah dalam masyarakat Nusantara. Sehinggakan berlaku di sesetengah tempat mengatakan al-Asya'irah bukannya Ahli Sunnah, (rujuk Ismail Omar, Badan Perkhidmatan Penerangan Islam Selangor dan Wilayah Persekutuan, Jadual C), Sembahyang sunat sebelum Jumaat itu adalah bid'ah (Abdullah al-Qari, 200 Bid'ah Jumaat di dunia Is¬lam), Tasawwuf bukan ajaran Islam (Rasul Dahri) dan berbagai isu lagi. Sengaja saya jelaskan bab akidah, feqh dan Tasawwuf supaya pembaca jelas akan kedudukan sub-perbincangannya.
Hasilnya, sebagai membalas budi terhadap Hassan al-Saqqaf, buku-bukunya dilarang daripada masuk ke Mesir oleh Syarikat percetakan yang memiliki perpustakaan besar yang bernaung di bawah aliran al-Salafi-Wahabi. Jika masuk pun ia dikenakan harga yang mahal. Dan paling menyedihkan maktabah yang menerima karyanya dipulau oleh aliran Salafi. Saya pernah bersama Sayyid Hassan ke Mesir dan berinteraksi dengan pemilik maktabah di sana. Dan dalam masa yang sama, tuduhan Syi' ah kepada beliau terus diwawarkan ke serata dunia. Dan disuburkan kembali oleh Mohd Asri yang tidak mengetahui hujung pangkalnya. Dan pengenalan Mohd Asri terhadap nama al-Saggof membuatkan awam masyarakat prejudis dengan rangkaian keiuarga ini. Begitu juga dengan mereka yang berketurunan Syed (al-Sayyid), al-ldrus, al-Bahr, al-Jufri, al-Alawi, al-Haddad dll. Jelasnya, perkaitan ini sengaja mencari keruh.
Saudara Mohd Asri juga ada menyentuh tentang sikap Hassan al-Saqqaf berhubung peperangan yang berlaku dikalangan sahabat. Sebenarnya, itu adalah istidrak beliau berkenaan pihak yang menentang dan memerangi Sayyidina Ali sebagai khalifah. Sungguhpun beliau tidak berpuashati dengan penentangan terhadap Sayyidina Ali namun beliau tidak mencela para sahabat yang lain atau menghukum mereka ke dalam neraka. Keadaan ini biasa berlaku bagi mereka yang cuba mencari titik pertemuan dalam membahaskan sesuatu masalah. Saudara juga tentu faham apakah hukum bagi seseorang yang telah mengambil inisiatif sendiri dalam sesuatu tindakan dan membelakangi khalifah sekalipun berijtihad atas nama sahabat. Dan para sahabat pula bukannya in¬san yang maksum. Tegasnya, bila kita membicarakan hal ini bukan bererti kita mencela mereka. Tetapi isu ini sengaja dicetuskan supaya kami dapat digambarkan sebagai mencela sahabat r.a. Dan kesalahan dapat diletak diatas tengkuk-tengkuk kami manakala salafiyah-wahabiyah pula dikatakan membela sunnah. Inilah sebenamya bentuk kezaliman baru dunia teologi hari ini.
Seterusnya, Mohd Asri turut menyentuh tentang kandungan kitab Sahih Sifatussolah al-Nabi karangan Hassan al-Saqqaf. Akan tetapi sebarang hala tuju ulasannya tidak difokus secara ilmiah. Mungkin kaitannya dengan hadis "Kamu tidak akan sesat selagi berpegang dengan kitab Allah dan kaum keluargaku" untuk membuktikan kesyiahan Hassan al-Saqqaf. Namun ianya jauh dari bukti ilmiah. Apatah lagi bersikap hukmiah. Sebenarnya, hadis tersebut diulas oleh Tuan Guru kami di akhir kitab Sahih Sifatussolah al-Nabiy dari halaman 289-294. Akan tetapi Mohd Asri sengaja menyentuhnya dengan sedutan yang terlalu ringkas untuk menipu dan mendapat simpati pembaca supaya lebih condong kepada Salafiah. Secara ringkas, saya jelaskan sedikit komplikasi yang cuba dicetus oleh Mohd Asri.
Berkenaan hadis: "Aku tinggalkan kepada kamu (dua perkara), jika kamu berpegang dengan kedua-duanya kamu tidak akan sesat sampai ke bila-bila. laitu kitab Allah dan sunnah NabiNya." Menurut Hassan al-Saqqaf hadis ini tidak sahih dari sudut sanad dan matannya. Alasannya ialah terdapat hadis yang terlebih kuat dan sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim berbunyi: "Daripada Sayyidina Zaid b. Arqam r.a mengatakan: "Suatu hari Sayyidina Rasulullah SAW berdiri dihadapan kami, seraya berkhutbah di suatu tempat yang lapang di antara Makkah dan Madinah. Baginda memuji Allah dan menyanjungNya dan menasihati serta mengingatkan umatnya. Kemudian Baginda bersabda: "Ingatlah wahai sekalian manusia, sesungguhnya aku ini adalah manusia biasa. Sebentar lagi akan datang utusan Tuhan menjemputku. Lalu aku pun menyahutnya. Dan aku akan meninggalkan kalian dua pusaka. Pertama, Kitab Allah (Al-Qur'an) yang mana di dalamnya terdapat petunjuk dan cahaya. Maka ambillah Kitab Allah itu dan pegangilah ia dengan teguh." Zaid menambah: "Baginda memerintahkan agar umatnya berpegang teguh pada Kitab Allah dan menggalak untuk mengamalkannya. Kemudian baginda bersabda lagi: "Dan kaum keluargaku. Aku memperingati kamu semua dengan kaum keluargaku," (dilafaz sebanyak tiga kali). (Sahih Muslim m/s 1873-1874 juz 4 no: 2408 sunt: Muhd Fuad Abd Baqi, t.t, cet, Dar al-Fikr, Bayrouth).
Selain itu hadis ini juga diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnadnya m/s 366 juz 4, al-Baihaqi di dalam Sunan al-Kubra m/s 148 juz 2 serta al-Darimiy di dalam Sunannya m/s 431 -432 juz 2. Manakala pada riwayat al-Tirmidzi m/s 663 juz 5 no: 3788 hadis ini datang dengan lafaz: "Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kalian jika kalian berpegang pasti kalian tidak akan sesat sesudah ketiadaanku. Satu darinya lebih agung dari yang lain iaitu Kitab Allah. la merupakan tali yang memanjang dari langit ke bumi.. Dan keturunanku (ahli baitku). Kedua pusaka ini tidak berpisah sehingga di datangkan Haudh kepadaku (sampai kiamat). Perhatikanlah bagaimana kalian memperlakukan mereka setelah peninggalanku." (Sunan al-Tirmidzi, sunt: Ahmad Muhammad Syakir, t.t, Dar Ihya’ Thuras al-Arabi, Bayrouth). Seterusnya Hassan al-Saqqaf mensahihkan hadis ini. (Sahih Sifatussolat al-Nabi, 1993, Dar Imam al-Nawawi, Jordan).
Bagi saya, hadis ini turut di ulas oleh al-Mubarakfuriy di dalam Tuhfat al-Ahwazi dan didatangkan beberapa kesaksian padanya, seperti riwayat Muslim di atas. Di samping itu, lihat juga Syarh al-Nawawi ke atas Sahih Muslim m/s 180 juz 15 1392, cet, Dar al-Ihya' Thuras al-Arabiy, Bayrouth.) Ternyata huraian ini mampu membuktikan bahawa sanad dan matannya adalah sahih dan teriebih kuat daripada apa yang diriwayatkan oleh al-Hakim di dalam al-Mustadrak walaupun ianya juga ditashihkan oleh Ibn Taimiyah.
Hadis tersebut berbunyi: "Wahai sekalian manusia, sesungguhnya aku telah meninggalkan kepada kamu yang mana jika kamu berpegang teguh dengannya pasti kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitu Kitab Allah dan sunnah NabiNya." Hassan al-Saqqaf menjelaskan: "Bagi saya, hadis ini diriwayatkan oleh al-Hakim di dalam al-Mustadrak m/s 93 juz 1. Pada sanadnya terdapat Abu U'wais dan anaknya. Imam al-Hafiz Jamaluddin al-Mizzi, Tahdzib al-Kamal fi Asma at-Rijal m/s 127 juz 3, (Muassasah al-Risalah, Bayrouth, 1406H) ketika menyentuh tentang biografi Ibn Abi Uwais, beliau memuatkan pendapat orang yang mentajrihkannya. Diriwayatkan daripada Ibn Ma'in mengatakan bahawa kedua-duanya adalah lemah dan mencuri hadis, serta mukhallith (hafalan mereka bercampur baur) dan berdusta."
Kemudian Hassan al-Saqqaf memuatkan pendapat Abu Hatim, al-Nisa'ie, Abu Qasim al-Laalakaei, dan Ibn Adiyy tentang biografi Ibn Abu Uwais. Majoriti mereka mentajrihkannya. Seterusnya Hassan al-Saqqaf juga menuqilkan pendapat Ibn Hajar al-Asqalaniy yang berbunyi: "Atas dasar itu, hadis Ibn Abi Uwais tidak boleh dijadikan huj ah selain yang terdapat di dalam sahih kerana tajrih yang dilakukan oleh al-Nisa'ie dan Iain-lain." (Muqaddimah Fath al-Bari m/s 391, t.t, Dar al-Ma'rifah).
Menurut Hassan al-Saqqaf lagi,: "Sesungguhnya Imam al-Hakim telah mengiktiraf kedhaifan hadis tersebut sehingga beliau tidak mentashihkannya. Sebaliknya, beliau hanya mendatangkan (syahid) kesaksian terhadap hadis tersebut melalui riwayat Abu Hurairah.(al-Mustadrak m/s 171 juz 1, 1990, Dar al-Kutub al-Ilmiah, Bayrouth). Sambung beliau lagi: "Akan tetapi, hadis tersebut (riwayat Abu Hurairah) adalah wahin (terlalu lemah) dan isnadnya jatuh sehingga nampak ketara kelemahannya." (Sahih Sifat al-Solat al-Nabi m/s 290,1993, Dar al-Imam al-Nawawi, Jordan)
Melalui perbincangan singkat ini, ternyata jelas kepada kita bahawa riwayat Muslim dan Ahmad itu terlebih sahih berbanding al-Hakim. Lagi pula hadis yang disebut al-Hakim bermasalah dari sudut sanadnya. Permasalahan itu secara jelas menentang lafaz Muslim. Tegasnya, apakah halatuju ilmiah Mohd Asri untuk mengaitkan hadis ini dengan al-Saqqaf sebagai Syiah?
Seterusnya Mohd Asri cuba memperlekehkan saya-semoga Allah mengampuni anda- ketika memaparkan Ijazah Am yang saya perolehi dari Hassan al-Saqqaf. Beliau sebagai memetik : "Aku berpesan kepada engkau agar beriltizam dengan jalan ahli al-Haq dan ahli al-Bait." Sebenarnya lafaz ijazah itu berdhamir "ha" bukannya"kafal-Mukhattab" yang bermaksud engkau. Walaupun maksudnya sama, tapi tujuan percakapan atau khitab ijazah itu ditujukan kepada orang ramai bukannya kepada saya. Nampaknya beliau bukannya seorang yang professional dalam penterjemahan. Berkenaan dengan Ijazah pula, saya Sebenarnya meriwayatkan daripada Hassan al-Saqqaf daripada Syeikh Abdullah b. al-Siddiq al-Ghumari daripada al-Qadhi Abd al-Hafiz al-Faasi daripada Yusuf al-Suwaidi al-Baghdadi daripada Sayyid al-Murtadza al-Zabidi daripada Abu Muhammad al-Mazjaji daripada Sayyid Imaduddin Yahya b. Umar al-Ahdal al-Husaini daripada Sayyid Abu Bakar b. Ali al-Battah al-Husaini daripada Sayyid Yusuf b. Muhammad al-Battah daripada Sayyid al-Hujjah Tahir b Husin al-Ahdal daripada Abd Rahman b. Ali al-Syaibani daripada al-Hafiz al-Sakhawi daripada al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani daripada al-Burhan al-Tanuukhi daripada Abu Abbas al-Hujjar al-Salihi daripada Abd Awwal al-Sajzi al-Harawi daripada Abu Hasan Abd Rahman al-Dawudi daripada Abu Muhammad b. Abdullah al-Sarkhi daripada al-Firbari daripada al-Hafiz Abu Abdullah Muhammad b. Ismail al-Bukhari.
Pemaparan ijazah ini hanyalah sekadar makluman sahaja. la bukanlah dengan niat untuk mengkhayalkan diri saya pada dunia riwayat yang telah terputus sejak tahun kebelakangan ini. Saya rasa Mohd Asri tentunya sempat memiliki sanad atau meriwayatkan karya daripada al-Baani ataupun daripada Ibn Taimiyyah sendiri. Kita boleh melihat kefahamannya tentang sesuatu permasalahan dengan jelas hasil dari sanad ini. Atau dengan kata lain, dia bukannya menyatakan sesuatu yang hanya menurut tanggapan dirinya dan boleh dianggap benar.
Selanjutnya Mohd Asri mengatakan (sebagai intipati besar suratkhabar): "Hassan al-Saqqaf juga memarahi Ibn Taimiyyah kerana menyatakan ulamak bersepakat bahawa Sayyidina Abu Bakar dan Umar lebih afdal daripada Sayyidina Ali. Muridnya (saya) yang menulis buku itu turut membantah sama dalam buku itu." (Berita Harian, 30 Julai). Sememangnya saya menyenaraikan dakwaan Ibn Taimiyyah ini di dalam buku saya "Salafiyah Wahabiyah" pada m/s 99 dan 111. Di dalam buku tersebut saya cuba membuat perbandingan antara pendapat ibn Taimiyyah dengan para ulamak yang lain mengenai "kesepakatan" yang di dakwa oleh beliau tentang siapakah yang paling afdal selepas Rasulullah s.a.w. Di dalam Minhaj al-Sunnah m/s 3-15 juz 3 Ibn Taimiyyah mendakwa telah berlaku kesepakatan dikalangan ulamak (termasuk sufi) bahawa Sayyidina Abu Bakar lebih afdal dari Sayyidina Ali kwh.
Akan tetapi, pabila kita membuka al-isti’ab m/s 32 juz 3, Imam Ibn Abd al-Barr menyatakan bahawa telah berlaku perselisihan pendapat dikalangan sahabat tentang siapakah sebaik-baik manusia secara keseluruhannya selepas Rasulullah SAW. Kemudian, Ibn Abd al-Barr menuqilkan perselisihan tersebut. Katanya: "Dan para salaf berbeza pendapat dalam menentukan siapakah yang paling baik (selepas Rasululah SAW) antara Ali dan Abu Bakar ra." Manakala pada halaman al-isti’ ab 27 juz 3, Ibn Abd al-Barr mencatatkan nama-nama sahabat yang menyatakan bahawa Ali bin Abi Talib adalah sahabat yang paling afdal. Manakala pada m/s 15 juz 3 ketika menterjemahkan Abi Thufail, Ibn Abd al-Barr kemudiannya mengatakan : "Dia (Ibn Thufail) mengakui keutamaan Sayyidina Abu Bakar dan Umar r.a akan tetapi dia mentaqdimkan Sayyidina Ali".
Penulis juga kami minta jawapan ke atas fakta sejarah sahabat Nabi yang menyatakan bahawa Ali bin Abi Talib lebih afdal dari Abu Bakar dan sahabat yang lainnya. Namun tanpa sedikitpun mengecilkan kedudukan sayyidina Abu Bakar dan pembesar sahabat yang lain. Seterusnya, kami persilakan penulis untuk menengok kitab al-Bahits an Ilalit ta ni' bil Harith karya Sayyid Abdul Aziz al-Ghumari hal 14. Beliau menyebut tidak kurang dari 18 nama sahabat Nabi SAW di tambah pendirian seluruh bani Hasyim dan bani Muttallib yang berpihak kepada Sayyidina Ali KWH. Apakah pendirian anda berhubung dengan masalah ini. Adakah anda masih tetap berpegang dengan pendapat Ibn Taimiyah atau dengan mengikuti dalil ilmiah yang benar lag! jelas.? Kemudian saya persilakan saudara untuk menghayati beberapa bukti lain yang menjelaskan perselisihan ini. Antaranya:
(a) Imam Ahmad bin Hanbal dan Ishaq al-Qodhi serta al-Nasa'ie mengatakan: "Tidak pernah diriwayatkan keutamaan seorang sahabatpun sebagaimana riwayat keutamaan terhadap Ali bin Abi Talib" (lihat al~Istia’b, Ibn Abd al-Barr m/s 3 juz 15, dan al-Hakim dalam al-Mustadrak m/s 3 juz 107, t.t, Dar al-Ma'rifah). (b) Abu Hurairah r.a berpendirian bahwa Ja'far bin Abi Talib adalah sahabat yang paling afdal (Sunan al-Kubra Lil al-Nasai'ie m/s 47 juz 5). (c) Sayyidina Umar al-Khattab r.a berkeyakinan bahawa manusia yang paling afdal dan paling dicintai Rasulullah s.a.w. adalah Fatimah binti Rasulillah s.a.w. Imam Malik juga berpendapat seperti itu. ( al-Hawi Lil Fatawa karya Imam al-Suyuthi m/293 juz 2, lihat pula Ali Imam al-Arifin karya al-Hafizd Ahmad bin Shiddiq al-Ghumari halaman 59,1969, Matbaah al-Saadah, Mesir.)
Dan keperihalan ini, saya saringkan secara mudah di dalam Salafiyah Wahabiyah. Akan tetapi sayangnya cuba digambarkan sebagai memusuhi Ibn Taimiyah dan memfitnah beliau. Gambaran ini sebenarnya adalah ilustrasi dari rasa fanatik dan taksub Mohd Asri kepada seseorang tokoh. Dan ketaasuban terhadap seseorang tokoh bukanlah metodologi Ahli Sunnah wal Jamaah.
Justeru, ketika mengakhiri perbincangan masalah ini, secara ringkasnya di dalam Salafiyah Wahabiyah m/s 111 saya mengatakan: "Tetapi sebenarnya Ibn Taimiyah tersilap, ini kerana perihal perselisihan tersebut telah kami bawakan di dalam contoh perselisihan al-Salaf (melalui al-Isti'ab-Ibn Abd al-Barr dan bukti yang lainnya). Oleh yang demikian, pendapat Ibn Taimiyyah ini tersanggah dan disanggah oleh para sufiyyah..."
Di sini, kita melihat kewajaran bagi sesuatu pendapat samada ianya diterima ataupun ditolak. Lebih-lebih lagi jika pendakwaan itu tidak benar sama sekali walau dari siapapun asalkan bukannya Anbiya'. Alasannya, sesiapa sahaja yang menghikayat atau menisbahkan sesuatu yang tidak benar secara automatik ditolak. Samada secara keras ataupun tidak ianya bergantung kepada sikap individu dengan nilai hakikat yang telah didakwa. Tegasnya, kemarahan Hassan al-Saqqaf dan ulamak yang lain terhadap Ibn Taimiyyah adalah bersebab dan ada musababnya yang tersendiri.
Sayangnya, sikap Mohd Asri yang cuba menyatakan pententangan kami terhadap Ibn Taimiyyah dalam masalah ini cuba digambarkan sebagai pelampau dan penyokong kepada fahaman Syiah. Hal ini terbukti dengan katanya: "Maka cara terbaik untuk mempertahankan Syiah ialah dengan menghentam habis-habisan Ibn Taimiyyah." Subhanallah. Apakah hanya Ibn Taimiyyah sahaja yang memperjuangkan ahli sunnah dan menolak syiah. Ataupun , ulamak lain tidak mempunyai jasa menentang hujah Syiah. Ketahuilah dengan mengkritik atau menolak pendapat Ibn Taimiyyah bukan bermakna seseorang itu penganut Syiah. Jika anda tetap dengan teori buta ini, bererti anda menghukum sesiapa sahaja yang bercanggah pendapat dengan Ibn Taimiyyah dianggap sebagai Syiah. Berapa ramai ulamak yang disyiahkan oleh saudara akibat kefahaman saudara yang keliru dengan makna 'syiah'. Sesungguhnya, kami berlepas diri dari tuduhan yang tidak berasas ini. Sebagai buktinya:
Pertama: Sayyid Hassan al-Saqqaf di dalam semua karyanya apabila menyebut nama Sayyidina Abu Bakar, beliau selalu mengakhirinya dengan kata-kata radhiyallahuanhu dan diawali dengan kata Sayyidina sebagai satu kemuliaan. Apakah perbuatan seperti ini melambangkan sikap seorang syiah seperti dituduhkan. Sila lihat lebih tujuh puluh karya Hassan al-Saqqaf sebelum membuat pertuduhan ke atas beliau.
Kedua: Hassan al-Saqqaf tidak pernah menyatakan baik dalam karyanya mahupun pengajarannya bahawa khilafah Sayyidina Abu Bakar ra tidak sah. Bahkan beliau mengakuinya sebagai khalifah Rashidin yang pertama.
Ketiga: "Jika seseorang menyatakan bahawa Sayyidina Ali bin Abi Thalib lebih afdal dari Sayyidina Abu Bakar maka dia seorang syiah yang sesat. Ini bererti penulis belum boleh mampu untuk membezakan antara syiah yang bererti cinta kepada keluarga Nabi s.a.w. (sebagai mana yang di perintahkan oleh al-Quran dan hadiths shahih dengan tidak sedikitpun melupakan keagungan shahabat nabi yang lain) dengan syiah yang bererti Rafidah (mazhab) yang tercela. laitu aliran bagi mereka menganggap para pembesar sahabat Nabi s.a.w. telah sesat serta khilafah tiga sahabat agung tidak sah, mentakfirkan sesetengah sahabat, kesilapan wahyu, penambahan al-Qur'an, mengharuskan nikah mut'ah dll.
Jelasnya, tuduhan semacam ini juga pernah di lakukan oleh mereka yang hasad dengan ulamak besar lebih-lebih lagi yang berketurunan Rasulullah s.a.w. yang dikenali dengan (al-Bayt). Imam Syafi'ie pernah difitnah dengan syiah sehingga beliau melantunkan syairnya yang terkenal berbunyi:
"Seandainya cinta kepada keluarga Nabi Muhammad s.a.w. dikira Rafidah, maka saksikanlah wahai jin dan manusia bahawa aku seorang Rafidhah". (Diwan Imam al-Syaf i, tahqiq Dr Abdul Mun' im al-Khofaji hal 89, lihatjuga pada halaman 75,106,126)
Imam al-Nasa'ie juga memilik nasib yang serupa bahkan lebih keras bentuk tohmahan yang tidak benar dilemparkan kepada beliau baik secara moral maupun keilmuan. Beliau juga dituduh syiah oleh Ibn Taimiyah, al-Zahabi, Ibn Khaliqan dll. Jika benar tuduhan ini ia membuatkan Sunan beliau tertolak dan inilah yang dikatakan salah satu daripada khazanah Imam ahli sunnah dirobohkan.
Menyentuh tentang ulamak yang menolak pendapat Ibn Taimiyah ianya bermula daripada ulamak yang sezaman dan selepas beliau hingga sekarang. Ibn Hajar al-Haithami dalam beberapa kitabnya seperti Fatawi Haditsiyah m/s 203 mengatakan: "Jangan sekali-kali kalian mendengar apa yang ada dalam kitab-kitab Ibn Taimiyah dan muridnya lbn Qayyim. Dan siapa saja selain mereka yang menuhankan hawa nafsunya." Lihat juga pada halaman 114, 116 dan pada Hasyiyah al-Idhoh. Anda juga disaran untuk melihat kitab^///mom al- 'Arifin karya al-Hafiz Sayyid Ahmad bin Siddiq al-Ghumari m/s 53- 57,1969, cet Matbaah al-Saadah, Mesir).
Seterusnya, Mohd Asri mendatangkan pujian Imam al-Suyuthi terhadap Ibn Taimiyah di dalam Tabaqat al-Huffaz sebagai tatapan pembaca. Bagi saya, perkataan Imam al-Suyuti bukanlah wahyu (dengan tidak mengurangi kemuliaan beliau selaku ulama besar) yang tidak mengandungi sebarang kesalahan. Apa erti sesuatu pujian jika kita dapati terdapat bukti penyelewengan ilmiah yang dilakukan oleh Ibn Taimiyah dalam masalah aqidah seperti qidamul alam (suatu yang baru tidak ada permulaan baginya), mengambil nas sifat secara zahir, takwil, maqam mahmud, nisbah al-Salaf, pendakwaan Injil, penafian majaz, talak tiga dan banyak lagi.
Begitu juga halnya terhadap pujian yang diberikan oleh Ibn Hajar al-Asqalani terhadap beliau di dalam Durar al-Kaminah sewaktu menulis biodatanya dari awal. Apakah tuduhan tajsim dan nifaq daripada ulama yang sezaman Ibnu Taimiyah seperti Syihabuddin Ibn Jahbal (630-733H) di dalam kitabnya al-Haqaiq al-Jaliyyah, Imam Ibn Hajar al-Haitahmi di dalam al-Fatawi al-Hadithiyyah, Imam Abd Wahab al-Ikhmimi di dalam Munqidz min al-Zulal itu adalah dusta. (lihat biografinya dalam Zail al-Ibar m/s 141 juz 1, Tabaqat al-Syafi'iyyah al-Kubra, Ibn al-Subki m/s l23 juz 10).
Bagaimana pula dengan penolakan hujah daripada ulamak yang lain seperti Imam Taqiyuddin al-Subki di dalam Durar al-Mudhi'ah dan I'tibar bifana al-Nar, Imam Waliyuddin al-Iraqi di dalam al-Ajubah al-Mardhiyyah, Imam Taqiyuddin al-Hishni di dalam Daf'u Shubhah man Syabbaha wa Tamarrad, Ibn Rejab al-Hanbali di dalam Syazarat al~Zahab, dan Imam al-Zahabi sendiri selaku murid yang pemah bergurukan kepada Ibn Taimiyah di dalam Bayan Zaghl al-Ilmi wa al-Thalab.
Selain itu, anda juga boleh melihat apa kata Sayyid Alwi bin Thohir bekas mufti Johor dalam kitabnya al-Qoulul Fashl juz 2 halaman 415-431. Di sana ada disebutkan pendapat mereka tentang kitab-kitab Ibn Taimiyah dan bahannya.
Dengan melihatkan kepada pendapat kebanyakkan ulamak muhaqqiq di atas, secara automatik boleh dikatakan bahawa pujian Abu Hasan an-Nadawi ra selaku president Rabitah al-Adab al-Islami hanyalah bersifat menuqil bukannya menganalisis fakta. Walaupun beliau banyak menulis karya-karya Islam (dengan segala penghormatan kami terhadap jasa-jasanya terhadap Islam) tetapi beliau bukanlah seorang pakar Islam yang biasa dikenal dengan alim muhaqqiq. Justeru, perkataan beliau bukanlah hujah terhadap orang yang berbeza pendapat dengannya. Masih ramai ulamak selain dari beliau yang sangat kami yakini dan diakui keimamam mereka berbanding Abu Hasan al-Nadawi. Lagipun menurut sumber yang rapat dari India beliau agak bios dengan aliran Salafiyah Wahabiyah. Akan tetapi keberkesanan ihnu dakwahnya mampu menjadikan beliau seorang salafiyah yang lembut.
Dalam ulasannya juga, Mohd Asri sekali lagi membohongi pembaca dengan membuat gambaran yang buruk tentang saya. Hal ini terbukti dengan dakwanya: 'dalam buku Salafiyyah Wahabiyah, penulisnya juga menghentam kitab Ibn Taimiyah itu berkali-kali sebagai mengikut jejak langkah gurunya itu dengan tuduhan sesat dan seumpamanya." Sebenarnya saya tidak pernah menyatakannya sedemikian (sesat). Sebaliknya perkataan ini adalah hasil kreativiti pembohongan dan tokok-tambah Mohd Asri sendiri. Suka saya ingatkan bahawa pada m/s 101 (ketika membicarakan tentang aliran salaf lbn Taimiyyah) saya mengatakan: "Mengapa semakin rancak seruannya ke arah al-Salaf, semakin ramai pula ulamak yang bangun menentang aliran salafnya."
Pada m/s 103 pula, saya mengatakan: "Sungguh aneh sekali apayang diperpegangi oleh Syeikh Islam ini." laitu pendapat beliau yang mengatakan bahawa Allah S.W.T itujisim tetapi bukan jisim. (Lihat Ta 'sis firadd ala Asas al-Taqdis, Ibn Taimiyah, m/s 101, 568 juz 1). Kemudian pada m/s 105 saya katakan: "Oleh itu, dakwaan Ibn Taimiyah adalah tidak benar sama sekali. (Salafiyah Wahabiyah).
Seterusnya, dalam membahaskan pegangan ke-3 Ibn Taimiyah yang menyifatkan bahawa: "Jikalau Tuhan kehendakan necsaya Dia boleh menetap di atas belakang nyamuk." Saya katakan "Sebagai ikutan kita terhadap Ibn Taimiyyah, kita memang mengakui bahawa Allah itu berkuasa atas segala-galanya. Tetapi Allah tidak akan melakukan sesuatu yang mustahil bagi zatNya yang maha suci. Seumpama Allah SWT menafikan dirinya dari beranak dan tidak pula diperanakkan di dalam surah al-Ikhlas" Di akhir perbincangan pula, saya rumuskan: "Justeru, sebagai kesimpulan, tidak seharusnya bagi kita mempraktikkan pendapat Ibn Taimiyyah ini. la banyak mengandungi kesamaran dan kemusykilan.(Salafiyah Wahabiyah) Pada m/s 108 saya katakan : "Berdasarkan kepada kupasan tentang riwayat di atas tadi dapatlah disimpulkan bahawa Ibn Taimiyyah kurang berhati-hati di dalam menggunakan hadis sebagai dalil aqidahnya." (Salafiyah Wahabiyah).
Di akhir perbahasan masalah aliran Salafi Ibn Taimiyyah, saya buat sedikit rumusan "Kesilapan beliau menyandarkan pegangan ini kepada salaf yang sebenar menjadi punca kekeliruan umat masa kini dalam mengenali perspektif akidah al-Salaf yang sebenar... Kita melihat jika pengakuan mereka sejajar dengan pegangan ulamak salaf yang asal, maka kita kena mengakui kebenarannya. Sebaliknya, jika pengakuan itu tidak menepati konsep sebenar sebagaimana yang telah diamalkan oleh ulamak salaf, maka apalah ertinya satu sandaran yang hanya menimbulkan perpecahan dan konflik yang berpanjangan." (Salafiyah Wahabiyah, m/s 126)
Setelah saya menuqilkan pendapat para ulamak berkenaan Ibn Taimiyyah, saya buatkan satu kesimpulan ringkas berbunyi "Sungguhpun Ibn Taimiyyah salah seorang ulamak ahli sunnah wal Jamaah, namun kredibiliti beliau sebagai seorang tokoh dipertikai oleh ulamak. Bahkan mereka mengenakan hukuman yang berat kepada beliau... .namun begitu, dalam beberapa penilaian, kita akan dapati penyokong Ibn Taimiyyah tetap berpegang dan taksub kepada pendapatnya. Manakala penentang beliau akan terus menentang kerana kebathilannya yang menyalahi ijma' dan pandangan ulamak besar yang Iain. Natijahnya, perlulah bagi kita membuat pertimbangan yang wajar antara pro dan kontra terhadap pemikiran Ibn Taimiyah untuk mencari jalan penyelesaiannya" (Salafiyah Wahabiyah m/s 131).
Justeru, kritikan saya terhadap Ibn Taimiyyah adalah jelas bahawa ianya bersumberkan kepada ulamak yang mu'tabar. lanya hasil daripada para ulamak yang tidak bersependapat dengan Ibn Taimiyah sebagimana yang telah saya kemukakan di dalam Salafiyah Wahabiyah m/s 127.
Maka jelaslah kepada kita bahawa dakwaan Mohd Asri adalah tidak berasas, mempunyai tokoh tambah dan berunsur fitnah terhadap saya. Andalah sebenarnya yang suka membuat pengkhianatan ilmu dan mewarisi sikap penulis orientalis dan tokoh Syiah.
Tidak cukup dengan itu, untuk mengelirukan pembaca, Mohd Asri cuba menggambarkan saya sebagai seorang yang mengkhianati ilmu (B. Harian 30 Julai). Dakwaan beliau bahawa saya menyenaraikan percanggahan pendapat itu adalah tidak wajar dan satu pengkhianatan adalah tidak benar sama-sekali. Sebenarnya, masalah perselisihan pendapat yang saya perbincangkan di dalamnya bukanlah diukur dan sudut jangkamasa hidup seseorang ulamak dengan seorang yang lain atau dalam erti kata sezaman. Akan tetapi fokus perbincangan saya ialah mengenai metologi Ibn Taimiyyah di dalam memahami dan mempraktikkan nusus al-Sifa tdan al-Dzat. Keengganan beliau untuk mentakwil bahkan mengambil nusus secara zahir itu adalah jelas bertentangan dengan para ulamak yang terdahulu dan selepasnya. Sebab itulah saya senaraikan percanggahan kaedah beliau dengan para ulamak yang lain supaya para pembaca mampu membuat perbandingan. Sekaligus rnenilai kaedah manakah yang lebih tepat dan praktikal antara keduanya.
Penentangan konsep takwil dan mengambil nas secara zahir sebenamya telah saya bincangkan pada m/s 65 lagi. Akan tetapi, Mohd Asri sengaja menggetus pada bahagian tertentu supaya simpati pembaca terhadap beliau dan al-Wahabi dapat diraih. Takkan seseorang yang berjiwa akademik tidak pandai untuk membezakan antara percanggahan pendapat yang didasarkan kepada metodologi dengan perselisihan pendapat semasa yang benlaku antara ulamak. Justeru itu, adalah tidak salah jikalau saya mendatangkan pendapat Imam al-Haramain, Imam al-Laqqani, Ibn Jauzi, AI-Bajuri, Imam al-Nawawi, Imam Qurtubi, Qadhi Abd Jabbar al-Mu'tazili, Imam Fakhruddin al-Razi, Ibn Hajar al-Haitahami, Imam al-Suyuthi, Ibn Asakir dan al-Zarqani.
Secara dasamya metodologi mereka bertentangan dengan apa yang dikemukakan oleh Ibn Taimiyah. Dan inilah sebenarnya yang perlu kita bincangkan apabila sesuaru perbincangan ini menyentuh sesuatu dasar atau idea yang dikemukakan oleh ulamak. Maknanya, bukan sakhsiyah, jasa dan ketokohan yang ingin dipaparkan. Akan tetapi kaedah atau metodologi dan kesannya yang perlu diperbahaskan. Oleh itu, sesuatu pendapat dari seorang ulamak walaupun tidak ditujukan kepada Ibn Taimiyah tetap boleh diambil kira berdasarkan kepada sesuatu metod tersebut. Perbandingan ini berhak untuk dianalisis walaupun tanpa mengambil kira tarikh wafat para ulamak. Dari sini, kita mampu melihat sejauh mana implikasi metod tersebut memberi kesan kepada masyarakat. Sayangnya, bilamana Mohd Asri tidak mengerti perbahasan yang saya kemukakan beliau menganggap saya telah membual pengkhianatan ilmu dan pembohongan terhadap ulamak. Dia sungguh tidak mengerti apa yang saya kemukakan kerana ketebalan taksubnya kepada Ibn Taimiyah tidak mampu dilucut dari mindanya.
Justeru, jika pertentangan kaedah mengambil zahir nas daripada Ibn Taimiyah ini didakwa beliau tidak wujud, saya dengan hormatnya mencabar beliau agar tajuk ini diperbincangkan dalam ruangan yang akan datang di Berita Harian.
Melalui keterangan ini, sekali lagi saya dapat buktikan bahawa tuduhan Mohd Asri adalah melampau dan tidak berasas. Ternyata, dia sebenarnya seorang yang bias kepada Salafiyah Wahabiyah sehingga tidak mampu untuk membuka ruang mindanya berfikir secara terbuka dan kritis. Apabila Salafiyah-Wahabiyah dinilai, ianya seolah-olah terkena kepada batang hidungnya. Jika metodologi Ibn Taimiyah diperbincangkan seolah-olah kita mencela atau menghina idola mereka. Justeru untuk menyedapkan rasa pihak yang tidak sependapat dengan beliau, kami dituduh Syiah, pengkhlanat, orientalis dan sebagainya. Hanya Allah yang mengetahui apa yang ada di dalam dada manusia.
Perlu dinyatakan juga walaupun Ibn Hajar al-Asqalani menceritakan tentang fitnah yang berlaku, beliau tidak menolak fitnah tersebut satu persatu. Samada fitnah tersebut berpunca dan ulamak yang sengaja dengkikan Ibn Taimiyah ataupun fitnah itu datang dan Ibn Taimiyah sendiri. Apakah semua ulamak pada waktu itu bersubahat untuk menjatuhkan Ibn Taimiyah kerana irihati dengan kedudukan beliau,? Apakah kedudukan sebenar Ibn Taimiyah pada waktu itu? Oleh itu, kita perlu menilai fakta sejarah secara kritis tanpa didahulukan oleh bias yang menghalang minda dan terbuka supaya kita tidak terlalu sempit berfikir serta mentaqdiskan individu.
Harus diingat bahawa Ibn Hajar al-Asqalani sendiri mengecam dengan keras pendapat Ibn Taimiyah di dalam Path al-Bari m/s 66 juz 3 benbunyi "Hasilnya mereka telah berpegang dengan pendapat Ibn Taimiyah tentang haramnya bermusafir untuk menziarahi makam Rasulullah SAW dan kami mengingkarinya. Inilah seburuk-buruk masalah yang dinuqilkan daripada Ibn Taimiyah." (Path al-Bari, Ibn Hajar, t.t, Dar Ma'nifah, Bayrouth). Anda juga disarankan untuk menatapi penolakan hujah Ibn Hajar al-Asqalani terhadap Ibn Taimiyah di dalam Path al-Bari ketika beliau mengomentani hadis "Dan wujud Allah itu tidak ada sesuatupun sebelumNya."
Manakala gelaran syeikhul Islam yang diberikan oleh Imam al-Zahabi terhadap Ibn Taimiyah bukan bererti beliau mengikuti semua ajarannya walaupun di sana wujud kesilapan yang tidak boleh dimaafkan. Saya sarankan penulis untuk melihat Risalah an Nashihah al-Zahabiyah yang di sebut oleh al-Hafiz al-Sakhowi di dalam kitabnya I'lan at-Taubikh liman dzami at-Tarikh m/s 307. Di samping itu, saudara juga penlu melihat kitab Imam al-Zahabi di dalam Bayan Zaghlul Ilmi wa at-Thalab m/s 23, 43, 43 (tahkik al-Kauthari, 137411, cetakan Taufiq, Dimasq). Kedua' risalah ini mengandungi kritikan terhadap Ibn Taimiyah.
Bandingkanlah pujian dan kritikan yang dilakukan oleh al-Zahabi selaku bekas murid Ibn Taimiyah. Maknanya, sebab dan musabbab sesuatu pujian serta kritikan itu dilakukan atas dasar apa. Dan bilakah keduanya berlaku supaya maklumat terkini boleh ditakdim dan ditakhirkan untuk menjadi simpulan yang tepat.
Adapun gelaran al-Hafiz terhadap Ibn Taimiyah hanyalah disandarkan kepada had 100,000 hadis yang dihafaz. Beliau bukanlah seorang ulamak yang ulung dalam ilmu hadis sebaliknya hanyalah seorang hafiz dalam matan hadis sahaja. (al-A'lam,Zirikli m/s 237 juz . Sekiranya beliau benar-benar terkenal dalam bab ilmu riwayat dan dirayat nescaya nama beliau akan disenarai secara mutawattir dalam isnad bagi kitab-kitab hadis dalam dunia Islam hari ini. Muhammad Abdul Wahab sendiri tidak pernah meriwayat daripada beliau. Apatah lagi Mohd Asri atau yang seangkatan dengannya, Sekiranya Ibn Taimiyah amat diperlukan dalam disiplin ilmu ini necscaya para ulamak akan menumpu riwayat daripada beliau sebagai tokoh agung ilmu hadis. Di samping itu, pendapat beliau juga tidak dikira muktamad dalam ilmu mustalah hadis. Jelasnya, apa yang terzahir pada hari ini adalah satu hakikat kebenaran yang tidak dapat dimungkiri lagi. Di mana letaknya nama Ibn Taimiyah dipersada Ilmu hadis jikalau beliau benar-benar beliau dinobatkan imam segala imam, lautan ilmu, para cendiakawan terbilang dan Iain-lain itu.? Oleh yang demikian segala pujian di dalam Manakib lbn Taimiyah itu perlu dianalisis dan dibandingkan dengan kritikan untuk menzahirkan fakta yang sebenamya.
Di zaman Ibn Taimiyah sendiri masih ramai lagi terdapat pakar ilmu hadis. Antaranya ialah al-Hafiz Jamaluddin al-Mizziy. laitu seorang tokoh yang paling tinggi taraf penguasaannya di dalam Jarh wa Ta'dil. Beliau merupakan orang yang paling mengetahui kedudukan perawi hadis merangkap tokoh hadis negara Syam. Tokoh hadis yang bermazhab al-Asy'arie ini dilantik menjadi mahaguru di Dar al-Hadis at-Asyrafiyyah. (Tabaqat al-Huffaz, al-Suyuthi, m/s 522). Ini bermakna, kedudukannya adalah jauh lebih tinggi berbanding Ibn Taimiyah. Imam Ibn Katsier sendiri banyak mengambil ilmu daripada beliau berbanding Ibn Taimiyah. Sebagai bukti yang jelas, beliau menikahkan anak perempuan beliau dengan Ibn Katsier. Justeru jika ada yang mengatakan Ibn Katsier banyak bergurukan kepada Ibn Taimiyah kata-kata itu adalah satu manifestasi taksub yang keterlaluan.
Mohd Asri juga begitu lantang menggambarkan kepada pembaca bahawa saya telah melakukan satu pembohongan kepada Syeikh Muhammad Abu Zahrah. (B. Harian, 31 Julai 2001). Marilah kita melihat sejauh manakakah benarnya dakwaan tersebut. Di dalam Salafiyah Wahabiyah (subtajuk Pengaruh Ibn Taimiyah terhadap Muhammad Abd Wahab) m/s 132 saya ada membuat kesimpulan kepada pendapat Imam Abu Zahrah berkenaan dengan pengaruh Ibn Taimiyah terhadap Muhammad Abd Wahab. Saya nuqilkan: "Beliau (Muhammad Abd Wahab) begitu bersungguh-sungguh mempelajari kitab Ibn Taimiyah. Bahkan begitu fanatik dengan pendapatnya (Ibn Taimiyah)." Kemudian saya mengisyaratkan angka 24 sebagai nota kaki. laitu merujuk kepada buku 'Ibn Taimiyah' m/s 411 dan Tarikh al-Mazahib al-Istami' m/s 210. Kedua-duanya hasil karya Muhammad Abu Zahrah. Pokoknya, ia tidak ada kena mengena langsung dengan isu yang dibangkitkan oleh Mohd Asri yang mendakwa bahawa saya telah melakarkan gambaran pembohongan bahawa Abu Zahrah tidak menyukai Ibn Taimiyah secara sakhsiyah, (lihat B. Harian 31 Julai).
Lalu dengan dakwaan ini dia mendabik dada dengan mengatakan: "Maka jelas, ini adalah satu pembohongan terhadap al-Syeikh Abu Zahrah selaku tokoh feqah besar pada zaman ini .” Dakwaan beliau ini sebenamya lebih jelas membuktikan pembohongan dan penokok-tambahan dan beliau terhadap saya. Buktinya, apa yang saya perbincangkan tidak dapat ditangkap dengan fikiran yang waras dan jelas oleh beliau. Semangat fanatik yang menjiwai lubuk hatinya membuatkan beliau tidak mampu memahami apa yang saya kemukakan. Akhimya, lain yang dibincang lain pula yang didakwa. Jika pembaca memiliki buku saya ini, bukalah pada m/s 132 itu. Bandingkanlah apa yang saya kemukakan dengan apa yang didakwa oleh Mohd Asri (B. Harian 31 Julai). Anda pasti akan dapat mengetahui siapakah sebenarnya yang berbohong dan tidak memahami hakikat perbincangan.
Walaupun Imam Abu Zahrah pemah memuji Ibn Taimiyah di dalam bukunya berjudul IJbn Taimiyah' namun pujian tersebut bukan boleh mengangkat Ibn Taimiyah melebihi Imam mazhab yang lain. Begitu juga dengan kedudukan beliau jika diperbandingkan dengan syeikh Muhaqqiq Mazhab. Ini kerana tidak ada ulamak pun (dalam mazhab) yang memuktamadkan pendapat beliau. Begitu juga halnya dalam disiplin ilmu hadis. Malahan pujian itu juga tidak semestinya menjadikan Ibn Taimiyah tidak boleh dikritik atau pendapatnya tidak boleh ditolak.
Bila menyentuh tentang buku 'Ibn Taimiyah', saya berkeyakinan saudara juga tidak membaca buku tersebut. Bahkan hanya mengambil bahagian tertentu sahaja dan kacamata Salafiyah sebagai tatapan. Lupakah saudara bahawa Muhammad Abu Zahrah juga ada mengkritik metodologi Salaf Ibn Taimiyah. Buktinya, pada m/s 246 beliau mengatakan "Selepas kami menilai dari berbagai sudut, kami tidak cenderung kepada aliran al-Salaf yang dirintis oleh Ibn Taimiyah di dalam memahami ayat-ayat yang mutasyabih kerana ia akan membawa kami samar-samar, tasybih (penyerupaan) dan tajsim (memvisualisasikan Allah) khususnya terhadap orang awam. Kami redha tanpa syak bahawa aliran al-Salaf yang dirintis oleh Imam al-Ghazali itu lebih mendekatkan kepada pemikiran yang lurus" ... secara ringkas)" (Muhammad Abu Zahrah, 1991, Ibn Taimiyah, Dar al-Fikr al-Arabi, Bayrouth).
Pada perenggan yang lain pula, Saya menuqilkan "Imam Muhammad Abu Zahrah di dalam kitabnya Tarikh Mazahib al-Islami m/s 208 mengesahkan bahawa gerakan ini (Wahabiyah) sebenarnya tidak menambahkan apa-apa di dalam bab aqidah. Bahkan hanya menerima apa sahaja yang dibawa oleh Ibn Taimiyah." Sayangnya, nuqilan ini dikatakan satu pembohongan oleh Mohd Asri. Oleh itu, dengan hormatnya saya sanankan agar anda membuka buku saya m/s 132 dan bandingkan dengan apa yang telah dikemukakan oleh Muhammad Abu Zahrah di dalam Tarikh al-Mazahib al-Islamiyah m/s 208, 1981, Dar al-Fikr al-Arabi, Bayrouth). Natijah perbandingan ini akan membuktikan kepada pembaca bahawa dakwaan Mohd Asri adalah tidak berasas sama sekali. Dia sebenarnya Cuba membohongi pembaca dengan dakwaan yang bohong terhadap saya. Ternyata dia tidak memahami kaedah feqhiah yang mengatakan: "Orang yang mendakwa hendaklah mempunyai bukti. Manakala orang yang mengingkar hendaklah bersumpah." Semoga Allah mengampuni anda.
Melalui keterangan ini, kami berlepas diri dari membuat pembohongan kepada Imam Muhammad Abu Zahrah. Dan sesungguhnya terbukti juga kepada kita bahawa matlamat pujian yang dipaparkan oleh Mohd Asri hanyalah ingin mengangkat martabat Ibn Taimiyah dengan rangsangan taksub yang menebal yang seterusnya menghapus daya perbandingan pendapat. Dan situasi ini lazimnya adalah satu metodologi Salafiah-Wahabiyah yang asalnya bermazhab Hanbali tetapi cuba melupuskan nama Imam Ahmad dalam kesarjanaan. Tambahan pula, dakwah ini turut dibantu dengan kuasa wang untuk mempengaruhi dunia teologi mereka atas nama islah. Mana-mana individu, badan, pertubuhan atau Universiti yangmenyokong bantuan akan diberikan. Manakala siapa yang menentang aliran teologinya akan dibiarkan dalam kemelaratan. Inikah dakwah islah yang diagungkan.
Pengulas buku saya juga ada menyentuh tentang Imam Muhammad Zahid al-Kauthari. Katanya: "(al-Kauthari) memang tidak menyukai Ibn Taimiyah. Tetapi itu semua bukan satu hujah yang diterima sebagai bukti Ibn Taimiyah tertolak." Seterusnya beliau mendatangkan pendapat Abd Fattah Abu Ghuddah sebagai satu penolakan terhadap Imam al-Kauthari.
Soalnya, adakah saringan pendapat Abd Fattah Abu Ghuddah sebagai salah seorang murid al-Kauthari sudah cukup untuk menolak pendapat atau ijtihad al-Kauthari terhadap karya-karya Ibn Taimiyah. Ternyata ini adalah satu pengukuran yang singkat dan tidak telus. Sebenarnya, Imam al-Kauthari (lahir di Kg Haji Hasan Afendi, Istanbul, meninggal 1371 di Mesir) adalah salah seorang ulamak muhaqqiq kerajaan Othmaniah. Beliau bertalaqqi dengan ulamak Dozjah, Qadhi Hasan Afendi, Syeikh Musa al-Kazim, Syeikh Ibrahim al-Uyaini, Syeikh Ali Zainal alSuni. Merupakan tenaga pengajar Jami' al-Fateh sehingga meletusnya perang dunia pertama. Beliau dilantik sebagai Wakil Dars yang setaraf dengan jawatan Syeikh al-Azhar di Mesir. Kemampuan beliau menguasai semua ilmu agama amat dikagumi ulamak sehingga dianggap bintang ulamak zamannya dan mujaddid tauhid abad20.
Antara penulisan beliau yang paling menonjol ialah dibidang hadis, feqh Hanafi dan aqidah. Jumlahnya melebihi 80 buah karya. Malahan masih banyak lagi manuskrip yang tidak tercetak. Antara kitabnya yang mengkritik Ibn Taimiyah ialah al Ta'qib al Hasis lima yanfihi Ibn Taimiyyah win al-Hadis, al Isyfaq fi Ahkam al-Tolaq, Muhaqal-Tawassulfi Masalah al-Tawassul. Manalaka kritikan itu dipatrikan juga dalam ulasan beliau terhadap Dafu Syibhu al Tasyhbih li Ibn Jauzi, al Tanbih wa al Rad a'la Ahll Ahwa wa al Bida' li Abi al Husainie al Maltie, al-Intisar al Mazhab al Sahih li Ibn Jauzi dan ulasan beliau terhadap Maratib al Ijmak li lbn Hazim al-Andalusi. Anda juga boleh melihat ulasan pendapat al-Kauthari di dalam himpunan makalahnya yang beijudul Maqalaat, Di sana ada penilaian pendapat yang perlu ditelusuri dalam memahami kritikan uiamak terhadap Ibn Taimiyah. (lihat Maqalaat al-Kauthari m/s 35, 241, 258 dan 350, 1998, cet Dar al-Salam, al-Qaherah).
Di samping itu beliau juga mengkritik kitab Ijtima' Juyusy al-Islami dan Nuniyyah Ibn Qayyim. Beliau menyifatkan kitab tersebut adalah sumber kepada aqidah tasybih (menyerupakan Tuhan), (lihat Tabdid al-Dzallam al-Mukhim min Nuniyyah Ibn Qayyim karangan al-Kauthari dan al-Qaul al- Wajizfi Tanzihillah ani al-Tasybih oleh Abi Hasnain Abdullah b. Abd Rahman al-Makki,t.pt,1995)
Untuk mengetahui apakah sebab dan kewajaran al-Kauthari mengkritik Ibn Taimiyah, maka isi kandungan kitab-kitab ini perlu dinilai, diperbahas dan diperbandingkan dengan sebaik mungkin agar terzahirnya satu penyelesaian yang sahih. Setelah itu, cubalah saudara bandingkan dasar pujian Abd Fattah Abu Ghuddah terhadap Ibn Taimiyah. Ternyata pembaca juga akan mengetahui kesudahannya. Tegasnya, ulasan Abu Fattah Abu Ghuddah belum cukup kuat untuk menolak ijtihad gurunya al-Kauthari. Ini kerana pandangan al-Kauthari adalah isu manakala pujian Abu Ghuddah lebih tertumpu kepada sakhsiyyah yang bersifat bahawa Ibn Taimiyah juga turut berjasa kepada Islam.
Tambahan pula, perkataan Abd Fattah bukanlah muktamad untuk menjawab pandangan al-Kauthari. Isu-isu kontroversi yang diperbahaskan oleh ulamak yang sezaman dengan Ibn Taimiyah cukup mematangkan kita dalam masalah ini. Perlu juga diketahui bahawa selain Abd Fattah Abu Ghuddah, masih ramai lagi murid al-Kauthari yang berwibawa. Antaranya ialah Sayyid Hussam al-Qudsie, Syeikh Hussein bin Ismail, Syeikh Haj Jamal alSunie, Prince Hussein Khairuddin Ibn al-Sultan Abd al-A'ziz al-Uthmanie, Syeikh Abdullah b.Uthman al-Himsie, Syeikh Ahmad Khairie. Mereka tidak sealiran dengan Abd Fattah dalam masalah ini. Justeru, kita juga perlu sedar apakah intipati sebenar atau halatuju pujian yang diberikan oleh Abu Fattah terhadap Ibn Taimiyah. Oleh yang demikian pendapat Syeikh Abd Fattah Abu Ghuddah bukannya satu hujah ilmiah untuk menolak pandangan Imam Muhammad Zahid al-Kauthari.
Seterusnya, Mohd Asri sendiri pernah mengakui pertikaian silam uiamak terhadap Ibn Taimiyah (B. Harian 31 Julai) Akan tetapi, beliau cuba menutup pertikaian tersebut dengan sikap taksub agar tidak diketahui umum. Jika pembaca ingin memastikan apakah punca atau isu pertikaian tersebut cubalah fahami dengan sebaiknya pendapat ulamak dalam karya mereka sebagaimana yang telah kami isyaratkan dalam Salafiyah Wahabiyah dan dalam ruangan ini. Semoga isu sebenar yang menjadi pertikaian kepada Ibn Taimiyah lebih jelas. Siapakah sebenarnya yang menimbulkan salah faham dan membuatkan dirinya dipersalahkan. Kami buka ruang yang seluas-luasnya sebagai medan perbandingan.
Hujah Mohd Asri dengan mengaitkan ilmu Jarh wa Ta'dil temyata tidak memberi apa-apa erti dalam dakwaannya; "Bagi sesiapa yang mempelajari ilmu Jarh wa Ta'dil perkara seperti ini adalah fenomena yang biasa." Saya terkejut juga mendengar kenyataan ini. Bagaimana beliau boleh sifatkan ilmu Jarh wa ta'dil itu adalah satu fenomena yang biasa. Saya berkeyakinan bahawa disiplin ini adalah luar biasa. Alasan saya, dengan metodologi Jarh wa ta'dil lah yang menentukan samada seseorang perawi itu diterima atau ditolak. Apatah lagi Ibn Taimiyah bukannya seorang perawi kitab hadis muktabar.
Merujuk kepada masalah ini, memang disyaratkan tajrih seseorang perlu dijelaskan dengan bukti. Dan pemaparan bukti-bukti terhadap Ibn Taimiyah adalah jelas sebagai yang termaktub di dalam kitabnya seperti al-Minhaj al-Sunnah, al-Arsy, Muafaqah al-Ma'qul lisarih al-Manqul, al-Ta'sis fi rad ala Asas al-Taqdis, al-Ajubah al-Misriyyah, Fatawa al-Hamawiyah dan Iain-lain karya beliau yang disinggung hebat oleh ulamak. Walaupun Ibn Taimiyah menggunakan bahasa perbahasan yang tinggi dalam kitabnya apakah ianya tidak dapat difahami oleh ulakam muhaqqiq atau mujtahid yang lain? Buatlah satu penilaian dan anda akan dapati alasan yang jelas mengapa ulamak sunni yang lain mengkritik beliau. Jika anda masih belum mengoreksi bab mana yang dipertikaikan ulamak terhadap Ibn Taimiyah maka tidak hairanlah anda hanya mempertahankannya dengan alasan belas kasihan tanpa ilmu. Ini bermakna jika alasan pentajrihan terhadap Ibn Taimiyah itu ada, maka dan mana pula datangnya ta'dil beliau. Ternyata daripada mereka yang sealiran dengan beliau. Dalam hal ini dua perkara yang perlu diambil kira. Pertama alasan jarh dan ta'dil. Manakala yang keduanya kembali kepada kaedah:
"Apabila dijelaskan antara Jarh dan ta'dil maka Jarh perlu didahulukan." Akan tetapi, Mohd Asri lebih mendahulukan pujian sebagai ta'dil bukannya isu pertikaian yang jelas sebagai Jarh. Keadaan ini bertentangan dengan kaedah Jarh wa ta'dil itu sendiri. Dan kaedah ini sudah pastinya memakan dirinya sendiri.
Seterusnya Mohd Asri mendakwa bahawa "dengan jatuhnya Ibn Taimiyah dapatlah bermaharajanya kesesatan". Perkataan ini adalah jelas untuk membuktikan sikap ketaksuban beliau yang melampau terhadap Ibn Taimiyah. Kalau (dulu) dikatakan jatuhnya Ibn Taimiyah bermaharaja kesesatan, bagaimana pula halnya dengan kematian beliau pada realiti sekarang, Apakah kesesatan itu bertukar menjadi agung. Jelasnya ini adalah satu teori yang bathil kerana kejahilan dan kesesatan itu sumbangan besarnya adalah berpunca dari sikap manusia. Bukannya kerana satu-satu tokoh. Lagi pula Rasulullah Saw pernah bersabda : "Umat aku sentiasa berdiri di atas jalan kebenaran mereka itulah para alim ulamak." Pendek kata, kebenaran dan kesesatan tidak terikat dengan satu tokoh sahaja. Ini bermakna, bukan Ibn Taimiyah sahaja yang benar dan pengkritiknya adalah sesat. Bahkan kebenaran itu sentiasa sahaja wujud pada tokoh-tokoh lain (ulamak) yang diberi taufiq oleh Allah. Dialah yang menunjukkan kebenaran kepada sesiapa yang dikehendakiNya.
Adapun dakwaan yang mengatakan bahawa Imam al-Bukhari dituduh sebagai mengatakan al-Qur'an adalah makhluk adalah tidak benar sama sekali. Ia jauh dari sumber ilmu yang asli. Sebenarnya, Imam al-Bukhari (termasuk Muslim, Ibn Kullab, Abu Thur, Daud b. Ali, al-Haris al-Muhasibi, Muhammad Ibn Nasr al-Maruzi) secara peribadinya mengatakan al-Qur'an yang ada pada tangan manusia, boleh dibaca, ditulis dan disentuh adalah makhluk. Buktinya, jika anda membaca biografi Imam al-Karabisi di dalam Mizan al-1'tidal karangan al-Zahabi m/s 544 juz 1 anda akan dapati butiran perselisihan antara beliau dengan Imam Ahmad. Makala al-Qur'an yang dikatakan sifat Allah adalah kalam Allah azali bukannya makhluk. Inilah penafian yang difokus oleh ahli sunnah. Dan penafian ini sebenarnya lebih merujuk kepada menolak kesamaran yang berlaku dan bakal berlaku. Tetapi Mohd Asri yang tidak tahu hujung pangkal dengan mudah membuat kesimpulan yang menghasilkan penyembunyian realiti ilmiah sebenar.
Selain itu, anda juga disarankan agar membuka al-Intiqa' karangan Ibn Abd al-Barr m/s 106. Dan penjelasannya telah saya huraikan di dalam Salafiyah Wahabiyah. Silalah menatapinya. Akan tetapi, mungkin juga jikalau masalah ini diperbincangkan saya dituduh pula sebagai muktazilah. Terpulanglah, saya hanya ingin menjelaskan kedudukan yang sebenar sahaja. Hanya Allah tempat kita meminta perlindungan.
Di akhir perbincangan ini, saya amat tertarik dengan wasiat Mohd Asri yang berbunyi: "Berpeganglah kepada ajaran
Hadith Najd – Kebenaran Yang Digeruni dan Pembohongan Fakta
Hadith Najd – Kebenaran Yang Digeruni dan Pembohongan Fakta
Terdapat sepotong hadith yang amat digeruni oleh sesetengah pihak hinggakan mereka sanggup mengeluarkan pelbagai helah termasuk memalsukan fakta serta memutarbelitkan kesahihan maksud supaya tidak terkena pengertian hadith tersebut kepada mereka.
Hadith yang saya maksud itu adalah hadith yang popular disebut sebagai “hadith Najd”.
Sebelum saya teruskan penghujahan ini izinkan saya maklumkan kepada para pembaca sekelian bahawa saya bukan seorang ustaz mahupun seorang “protaz” yang mahir bab hadith. Apa yang saya cuba tulis hanyalah semata-mata setakat kadar kemampuan orang umum seperti saudara semua yang mampu untuk berfikir serta meneliti fakta yang ada secara akademik.
Saya tidak mengulas dari aspek Fiqh dan Syariah yang cukup kemas telah dihujahkan oleh ilmuan Ahlus Sunnah wal Jamaah. Pendekatan saya lebih kepada “common-sense” menurut fakta geografi dan yang berkaitannya.
Hadith dari Sahih Bukhari tersebut adalah seperti berikut (terjemahannya):
Ibn 'Umar meriwayatkan bahwa Nabi s.a.w. berdoa, “Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Syam kami, Ya Allah Ya Tuhanku! berkatilah negeri Yaman kami”. Mereka (para Sahabat) berkata: “Wahai Rasulullah! (Doakanlah) juga untuk negeri Najd kami”. Baginda (terus) berdoa: “Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Syam kami, Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Yaman kami”. Mereka (para Sahabat) berkata: “Wahai Rasulullah! (Doakanlah) juga untuk negeri Najd kami”. Aku agak pada (permintaan) yang ketiga Baginda bersabda: “Padanya (Najd) (berlaku) gempa bumi, fitnah dan tempat terbit tanduk syaitan”
Hadith tersebut dengan jelas menyatakan bahawa tiada apa yang boleh diharapkan dari Najd kecuali mala petaka dan fitnah yang dahsyat serta tempat keluarnya tanduk shaytan.
Bagi menjustifikasi tempat yang dimaksudkan dalam hadith tersebut bukan terkena kepada kepada mereka yang gerun dilabel dari pengikut ajaran berasal dari Najd, mereka akan cuba mencari helah serta memalsukan fakta agar Najd itu diterjemahkan sebagai terletak di Iraq bukan di Hijaz Arab.
Bagi orang-orang arab dari zaman dahulu lagi, Najd memang difahami bahawa ianya ialah tanah tinggi sebelah timur Madinah di tengah-tengah Hijaz. Dan sememangnya terdapat tempat yang bernama sedemikian sejak dari zaman itu lagi. Malah di zaman Rasulullah s.a.w. telah pun berlaku Peperangan Najd pada tahun 4H.
Najd terletak di timur Madinah al Munawwarah
Dalam banyak hadith lain, Najd itu disebut sebagai terletak di sebelah timur Madinah. Dan sememangnya jika dilihat kedudukan koordinat geografi, Najd/Riyadh terletak pada 2443N 04644E, manakala Madinah terletak pada 2433N 03942E. Kedudukan Riyadh/Najd hampir pada garis darjah latitude yang sama (beza 10 minit sahaja – bukan ukuran waktu tetapi ukuran latitude) dengan Madinah betul-betul sebelah timur.
Helah yang digunapakai bagi mereka yang gerun dengan hadith ini ialah mereka mengatakan bahawa Iraq sememangnya di sebelah timur. Tetapi yang sebenarnya, latitude yang paling rendah bagi Iraq ialah sekitar 3040N (kota Basrah). Baghdad pula 3340N.
Dengan kedudukan latitude sedemikian, Iraq terletak di antara 0 – 40 darjah ke utara Medinah. Bukan timur. Kalau nak dikatakan timur, ianya sepatut disekitar 90 +/- 20 darjah dari Medinah.
Saya petik di sini pemalsuan fakta yang dilakukan seorang yang bergelar ustaz dalam sebuah artikel beliau “Maksud Najd”:
“Dari sudut geografi pula, kawasan Najd yang meliputi daerah Hijaz dan Al-Yamamah (tempat lahir Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab) secara tepatnya terletak di sebelah Timur Makkah, dan bukannya di sebelah Timur Madinah. Justeru oleh kerana Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam telah mengisyaratkan bahawa fitnah itu datang dari sebelah Timur Madinah, maka ia sudah tentu bermaksud negeri Iraq kerana ia sememangnya terletak pada arah yang berkenaan. Dengan mengambil kira tafsiran daripada keseluruhan riwayat hadith, penjelasan para ulama, asal usul bahasa, geografi dan realiti sejarah, maka sahlah bahawa perkataan Najd yang dimaksudkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam dalam hadith itu ialah negeri Iraq dan kawasan persekitarannya yang turut merangkumi negeri Iran pada masa kini.”
Bandingkan fakta geografi yang beliau kemukakan dengan apa yang telah saya perturunkan di atas. Cari di mana kedudukan Mekah dan Medinah dan bandingkan dengan kedudukan Riyadh/Najd dan Iraq. Bagaimana pula Riyadh/Najd boleh dikatakan terletak di timur Mekah?
Saya rasa peta di bawah ini mampu memberi gambaran yang amat jelas kecuali bagi mereka yang tidak bersedia menerima penghujahan yang:
Lihat garis latitude (biru) Madinah dengan Riyadh/Najd. Bandingkan kedudukan Iraq yang sebelah utara Madinah. Saya serahkan kepada para pembaca yang arif untuk membuat kesimpulan apa yang kedudukannya di timur Medinah dan apa yang di utara Medinah.
Najd terletak di tanah tinggi
Sememangnya Najd/Riyadh di Hijaz terletak di kawasan tanah gurun yang dipanggil pergunungan Najd (memang nama asalnya) yang terletak di sebelah timur Madinah. Ianya pada paras sekitar dari 2,500-5,000 kaki dari paras laut.
Helah Najd dimaksudkan kawasan tanah tinggi itu yang dikatakan mereka sebagai terletak di Iraq adalah tidak benar. Ini kerana permukaan topologi Iraq lebih banyak tanah rendah dari tanah tinggi. Ternyata hujah itu sekali lagi tidak benar. Sebagai contoh Baghdad terletak sekitar 100+ kaki dari paras laut dan begitu juga Karbala dan Najaf yang berdekatan dengan Baghdad.
Kawasan yang dikatakan tanah tinggi di Iraq (berdasarkan peta politik kini) hanya terdapat kawasan tingginya di sempadan Turki (yang dikira sebagai Kurdistan) dan sempadan Iran. Ianya merangkumi sekitar 1/5 dari seluruh topologi bumi Iraq moden. Dan kawasan-kawasan tinggi Iraq ini jauh lebih utara lagi.
Izinkan saya petik tulisan ustaz yang saya rujuk itu lagi:
“Sumber rujukan bahasa yang utama seperti Lisan Al-’Arab, Mu’jam Maqayis Al-Lughah dan Al-Qamus Al-Muhi telah mengesahkan bahawa makna asal perkataan najd ialah kawasan tanah tinggi, sama seperti yang telah dinyatakan oleh Al-Khattabi dan Al-Hafiz Ibn Hajar. Justeru gelaran Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam kepada negeri Iraq dengan nama najd mesti dilihat sebagai penjelasan bagi bentuk muka bumi negeri berkenaan yang berada di kawasan tanah tinggi dan bukannya panggilan bagi suatu tempat yang khusus.”
Apakah ustaz itu hendak menolak fakta geografi yang menunjukkan “Plateau of Nejd” ini adalah kawasan tanah rendah yang tidak pula terletak di timur Madinah?
Najd memang tempat mula berlaku fitnah dan kacau-bilau pertama
Kemudian disabitkan pula dengan Iraq kerana di Iraq itu berlakunya pelbagai peperangan, pembunuhan dan sebagainya termasuk yang dikaitkan dengan pembunuhan cucunda Rasulullah s.a.w. dan kejatuhan kota Bahgdad oleh Tartar.
”Begitu juga dengan fitnah yang berlaku di kalangan umat Islam, bermula dari zaman Sahabat sehinga ke hari ini, kebanyakannya berpunca di Iraq. Gerakan bughah (penentang khalifah), Khawarij dan Syiah pada zaman Khalifah ‘Uthman dan ‘Ali radhiallahu ‘anhuma yang menjadi punca tercetusnya fitnah perselisihaan di kalangan umat Islam bermula di Kufah. Begitu juga Perang Jamal, Siffin, Nahrawan, fitnah pembunuhan Husain cucunda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, fitnah Mukhtar Ath-Thaqafi yang mendakwa kenabian dan serangan tentera Tartar pada zaman kerajaan Bani Abbasiyyah, semuanya berlaku di Iraq.”
Jelas yang amat ketara mereka ini sengaja melupakan peristiwa yang lebih besar dan lebih awal dari peristiwa-peristiwa yang beliau petik iaitu peristiwa pemberontakan Musailamah al-Kadzab. Pemberontakan itu adalah antara yang pertama berlaku selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. Apakah pemberontakan Musailamah itu lebih kecil lagi dari perselisihan yang berlaku di zaman terkemudian?
Kenapa “peristiwa Musailamah” ini cuba diperkecilkan oleh mereka? Sebenarnya Musailamah al-Kadzab ini juga dari Najd. Ini jelas sekali puak mereka ini berusaha sesungguhnya untuk mengelakkan peristiwa besar pemberontakkan Musailamah yang tempat asalnya juga Najd dikaitkan dengan Hadith Najd yang amat digeruni mereka.
Garis gempa bumi – “Najd Fault System”
Disebutkan dalam hadith tersebut peristiwa yang akan berlaku antaranya ialah gempa bumi. Dan dikatakan mereka yang gerun dengan hadith Najd ini bahawa Najd tidak pernah berlaku gempa bumi.
Pertamanya, dari sudut tidak pernah berlaku tidak menjamin gempa tidak akan berlaku.
Keduanya, tidak terletak digarisan yang kerap berlaku gempa tidak juga menjamin gempa tidak akan berlaku.
Namun, kedua-dua hujah yang diguna di atas ialah satu lagi contoh mereka gemar memalsukan fakta.
Di tengah-tengah negara Saudi terdapat satu garisan “fault” yang berpotensi untuk berlaku gerak gempa yang para ahli geologis memanggil garisan itu dengan nama yang mereka geruni - Najd Fault System. Malah satu letupan gunung berapi pernah tercatat pada tahun kurun 13 masehi. Dan gegaran yang terakhir dikesan dari “fault-line” ini ialah pada tahun 1999.
Walaubagaimanapun, jika tiada “fault system” di kawasan Najd pun apakah kita boleh jamin 100% bahawa gempa tidak boleh berlaku? Apakah pula kemungkinan gempa yang disebut dalam hadith itu sebagai suatu gambaran kepada peristiwa lain yang mengambarkan suasana seolah-olah gempa yang berlaku yang menjadikan masyarakat dan segala sistem perjalanan hidup kacau-bilau?
Hadith Albani disandarkan untuk mengantikan Hadith Najd dengan perkataan Iraq
Hujah yang dipegang kuat oleh mereka bagi mengatakan hadith tersebut sebenarnya dimaksudkan sebagai Iraq dan bukan Najd disandarkan kepada hadith yang dikeluarkan oleh Albani. Tidak ada seorang pun pengumpul hadith yang besar meriwayatkan hadith tersebut dalam kitab-kitab mereka.
Dan selain dari menukarkan Najd kepada Iraq, hadith Albani itu ditokok tambah lagi mengaitkan keberkatan kepada Mekah dan Madinah di samping Syams dan Yaman.
Apa kaitan Najd dengan Riyadh
Dalam tulisan ini saya kerap mengguna perkataan Riyadh bersilih-ganti dengan Najd. Nanti ada pula yang menuduh apakah saya tidak tahu bahawa itu adalah dua perkataan yang berbeza. Nanti ada pula mereka yang menuduh saya tidak tahu fakta.
Sebelum saya dituduh sedemikian dan bagi mereka yang kurang tahu kedudukan bandar-bandar dan wilayah di Saudi biar saya perjelaskan di sini.
Bandaraya Riyadh lahir dan membangun hasil dari mula pemerintahan gandingan kuasa keluarga Ibn Saud dan Ibn Wahhab. Ianya terletak di wilayah yang dulunya dipanggil sebagai Wilayah Najd. Namun kini, wilayah tersebut telah turut ditukar (saya tidak dapat mencari tarikh penukarannya) dan secara rasminya kini dipanggil Wilayah Riyadh.
Dan Muhammad bin Abdul Wahhab sememangnya lahir dari sebuah perkampungan di daerah atau wilayah Najd itu. Dan begitu juga dengan Musailamah.
Penutup
Apakah yang sebenarnya mereka takut dengan hadith Najd ini? Apakah mereka gerun jika tempat timbulnya ajaran baru Wahhabi dari Najd ini dikaitkan dengan Musailamah dan dikaitkan pula dengan erti “tempat terbitnya tanduk syaitan?
Saya serahkan kepada para pembaca budiman untuk membuat rumusan sendiri. Bagi saya, setakat fakta yang mampu saya cari dan diberi pertunjuk, saya yakin dan percaya tanpa syak bahawa hadith yang dibicarakan ini memang dimaksudkan kepada ajaran bawaan Muhammad Abdul Wahhab ini.
TRADITIONAL ISLAM as understood by the vast majority of ulama' of the Ahli Sunnah wal Jamaah
TRADITIONAL ISLAMas understood by the vast majority of ulama' ofthe Ahli Sunnah wal Jamaah
ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã
äÍãÏå æäÕáì Úáì ÑÓæáå ÇáßÑíã
KONSEP NUR MUHAMMAD DI DUNIA MELAYU
DALAM KONTEKS WACANA SUNNI
- SATU PENGAMATAN AWAL
OLEH:
MUHAMMAD ‘UTHMAN EL-MUHAMMADY (UEM)
Tulisan ini insha’ Allah akan membicarakan konsep “Nur Muhammad” sebagaimana yang ada dalam beberapa teks Islam Dunia Melayu seperti teks Nur al-Din al-Raniri, Syaikh Zain al-‘Abidin al-Fatani, antara lainnya, semoga Allah memberi rahmat kepada mereka semuanya. Juga akan diberikan perhatian kepada “Madarij al-Su’ud” dalam Bahasa Arab, karangan Syaikh Nawawi al-Bantani, rahimahu’Llahu Ta’ala. Pengamatan akan diberikan berdasarkan sumber-sumber tafsir dan hadith yang muktabar di kalangan Ahlis-Sunnah wal-jama’ah. Dengan ini diharapkan sangkaan yang tidak enak dan tidak manis terhadap para ulama kita akan dihilangkan, dan kita beradab dengan mereka sebagaimana yang dikehendaki dalam hadith “al-din al-nasihah” dalam hubungan dengan ‘a’immatul-Muslimin’, antaranya sebagaimana yang dihuraikan oleh al-muhaddithin seperti Imam al-Nawawi rd. Sudah tentu ini adalah satu keperluan dalam menunjukkan kemuliaan Nabi s.a.w. yang bukan hanya “basyar” atau manusia yang terjadi daripada tanah seperti anak-anak Adam yang lain. Ini adalah selain daripada keperluan kita mencari kejernihan dan kebenaran dalam ilmu.
Penulis ini yang menyedari dirinya bukan ahli dalam bidang ini bergantung kepada panduan teks-teks ulama Sunni dalam bidang yang berkenaan dan amat memerlukan teguran mereka yang pakar di dalamnya. Mudah–mudahan kita ini mengenali Nabi kita sebenarnya, mencintainya dan dengan itu kita cinta kepada Allah dan mendapat rahmatNya. Amin.
Kitab Syaikh Nur al-Din al-Raniri rh
Syaikh Nur al-Din al-Raniri menulis tentang tajuk ini dalam kitabnya Bad’ Khalq al-Samawat wa al-Ard yang tercetak di tepi kitab Taj al-Muluk (tanpa tarikh). (Lihat tulisan penulis ini “Kosmologi para Fuqaha & Ulama Sufiah Dalam pemikiran Melayu”, dalam Kosmologi Melayu, penyelenggaraan Yaacob Harun, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2001, hal.10-22). Antara nas-nas yang disebut di dalamnya ialah hadith qudsi yang terkenal yang bermaksud: “Aku adalah perbendaharaan yang tersembunyi, maka Aku kasih bahawa Aku dikenali, maka Aku jadikan makhluk, maka dengannya mereka mengenaliKu”. (Bad’ Khalq al-Samawat wa al-Ard, hal. 10). Juga dinukilnya hadith bermaksud: “Sesungguhnya Allah menjadikan ruh nabi dari zatNya dan Ia menjadikan alam semuanya dari ruh Muhammad s.a.w.” (ibid. 10). Maksudnya Ia menjadikan ruh nabi daripada tidak ada kepada ada dari SisiNya, bukannya bermakna bahawa sebahagian daripada Tuhan dijadikan ruh nabi. Dinukilnya juga hadith yang bermaksud: “Aku (Nabi s.a.w.) dari Allah, dan orang mu’min dariku”. (ibid. 10). Ertinya sebagaimana yang dihuraikannya sendiri bahawa nabi adalah makhluk yang pertama yang dijadikan Allah dan sekelian orang mu’min itu dijadikan Allah daripada Baginda (iaitu daripada nurnya). (ibid. hal. 10). Dinukilkan beliau juga hadith yang bermaksud: “Aku (Tuhan) menjadikan segala perkara kerana engkau (wahai Muhammad) dan Aku jadikan engkau keranaKu” (ibid. 10). Juga dinukilkannya hadith yang bermaksud “kalaulah tidak kerana engkau Aku tidak jadikan sekelian falak ini.” (ibid. 11). Dinukilkan beliau juga hadith yang bermaksud: “Aku telahpun menjadi nabi walhal Adam berada antara air dan tanah” (ibid. 11).
Kemudian beliau menukil hadith nur Muhammad. Antaranya ialah yang bermaksud: “Perkara yang paling awal yang diciptakan Allah ialah akal” (ibid. 11); dan yang bermaksud: “Perkara yang paling awal yang diciptakan Allah ialah al-Qalam”, (ibid. 11); dan yang bermaksud: “Perkara yang awal sekali yang diciptakan Allah ialah ruh-ruh” (ibid. 11). Beliau menghuraikan bahawa akal, qalam, dan ruh itu ialah kejadian nur Muhammad s.a.w. sebagaimana yang ternyata daripada hadith yang dinukilkan beliau yang bermaksud: “Perkara yang paling awal yang diciptakan Allah ialah nurku” (ibid. 11). Dinukilkannya juga hadith yang bermaksud: “Perkara yang paling awal yang dijadikan Allah ialah ruhku”. (ibid. 11).
Mengikut Syaikh Nur al-Din, Allah menjadikan Nur Muhammad itu daripada pancaran Nur AhadiahNya, yang beliau nukilkan ialah kenyataan kitab al-Manzum yang bermakna: “Telah berdempeklah sifat Jalal dan Sifat Jamal, maka ghaliblah Jamal itu atas sifat jalal, maka dijadikan Allah daripada dua sifat itu Ruh Muhammad, iaitu daripada ‘adam kepada wujud (daripada tidak ada kepada ada - uem) (Bad’ Khalq al-Samawat wa al-Ard.12). Kita perlu nyatakan bahawa yang dijadikan itu makhluk juga, bukannya sambungan daripada zat atau Diri Tuhan, sebab kalau demikian ada dua yang kadim, dan itu kesyirikan.
Kata beliau bahawa selepas Allah menjadikan Nur Muhammad atau Ruh Muhammad itu Ia tilik kepadanya dengan tilik mahabbah atau kasih, maka ia malu dan berpeluh, dari peluhnya itulah dijadikan ruh-ruh sekelian anbia, aulia dan nyawa sekelian orang mu’min yang salih, dan daripada nyawa sekelian mu’min yang salih itu dijadikan nyawa sekelian mu’min yang fasik, daripada mu’min yang fasik dijadikan nyawa sekelian mu’min yang munafik dan mereka yang kafir. (ibid. 13).
Dan dijadikan daripada insan nyawa insan itu nyawa sekelian malaikat, dan daripada malaikat itu nyawa sekelian jin, dan daripada jin itu nyawa sekelian syaitan, dan daripada syaitan itu nyawa sekelian binatang, daripada binatang itu nyawa sekelian tumbuh-tumbuhan, setengahnya mempunyai martabat yang melebihi yang lainnya; jadilah pula segala jenis nafas tumbuh-tumbuhan itu dan segala anasir itu iaitu hawa, api, air dan angin (ibid. 13).
Kemudian beliau menyebut bagaimana Allah menilik dengan tilikan haibah pula, hancurlah ia, setengahnya menjadi air, setengahnya menjadi api yang menghanguskan air, keluarlah asap, naik ke angkasa, daripadanya di Allah tujuh petala langit. Setelah itu ada bakinya yang tinggal, daripadanya dijadikan matahari, bulan, dan bintang. (ibid.13). Demikian seterusnya.
Beliau menukilkan pula riwayat yang lain, yang masyhur, bahawa Allah menjadikan sepohon kayu dengan empat dahannya, dinamakan Syajaratul-Yaqin. Kemudian dijadikan Nur Muhammad dalam bentuk burung merak, diletakkan atas pohon itu, lalu ia mengucap tasbih kepada Allah, selama tujuh puluh ribu tahun. Bila merak itu terpandang terlalu cantik rupanya, dengan elok bulunya, dan lainnya, sujudlah ia lima kali sujud, jadilah sujud itu kemudiannya sembahyang lima waktu yang wajib atas umat Muhammad s.a.w.
Kemudian dikisahkan bahawa Allah menjadikan kandil daripada akik yang merah. (ibid. 15).
Kemudian Syaikh Nur al-Din menukil riwayat yang menyebut Nur Muhammad dalam bentuk burung merak
Kitab “Kashf al-Ghaibiyyah” oleh Zain al-‘Abidin al-Fatani rh:
Antara kitab Jawi yang popular sebagai rujukan ialah kitab “Kashf al-Ghaibiyyah”
Dalam kitab “Kashf al-Ghaibiyyah” (berdasarkan karangan asalnya “Daqa’iq al-Akhbar fi Dhikr al-Jannah wa al-Nar” karangan Imam ‘Abd al-Rahim bin Ahmad al-Qadhi, dan kitab “Durar al-Hisan” karangan al-Suyuti, dan “Mashariq al-Anwar” oleh Shaikh Hasan al-‘Adawi antara lainnya), oleh Syaikh Zain al-‘Abidin al-Fatani rh (Maktabah wa Matba’ah dar al-Ma’arif, Pulau Pinang, t.t.) Kitab ini dikarang oleh beliau pada tahun 1301 Hijrah. Pada halaman 3 dst. terdapat bab awal berkenaan dengan penciptaan roh teragung, (al-Ruh al-A’zam), iaitu nur Nabi kita Muhammad ‘alaihis-salatu was-salam. Kata beliau:
“Sesungguhnya telah datang pada khabar oleh bahawasanya Allah taala telah menjadi ia akan satu pohon kayu baginya empat dahan, maka menamai akan dia Syajarat al-Muttaqin (Pokok Orang-orang yang bertaqwa), dan pada setengah riwayat Shajarah al-yaqin (Pokok Keyakinan), kemudian telah menjadi ia akan Nur Muhammad di dalam hijab daripada permata yang sangat putih seu(m)pama rupa burung merak dan dihantarkan ia akan dia atas demikian pohon kayu itu , maka mengucap tasbihlah oleh Nur itu atas pohon kayu itu kadar tujuh puluh ribu tahun, kemudian menjadi akan cermin kemaluan maka dihantarkan akan dia dengan berhadapannya; maka tatkala menilik oleh merak itu di dalam cermin itu melihat ia akan rupanya terlebih elok dan terlebih perhiasan kelakuan, maka malu ia daripada Allah taala, maka lalu berpeluh ia maka titik daripadanya enam titik, maka menjadi oleh Allah taala daripada titik yang pertama akan ruh Abu Bakar radiya’Llahu ‘anhu, dan daripada titik yang kedua itu akan ruh ‘Umar radiya’llahu ‘anhu dan daripada titik yang ketiga itu akan ruh ‘Uthman radiya’Llahu ‘anhu, dan daripada titik yang keempat itu akan ruh ‘Ali radiya’Llahu ‘anhu, dan daripada titik yang kelima itu akan pohon bunga mawar dan daripada titik yang keenam itu akan padi” (hal. 3).
Kemudian disebut bagaimana Nur Muhammad itu sujud lima kali, dengan itu, menjadi fardu sujud, lalu difardukan sembahyang yang lima waktu atas Muhammad dan ummatnya. Kemudian disebut Allah menilik kepada nur itu, lalu ia malu, berpeluh kerana malunya. Daripada peluh hidungnya Allah jadikan malaikat, daripada peluh mukanya Allah jadikan ‘Arasy, Kursi, Lauh dan Qalam, matahari, bulan, hijab, segala bintang, dan barang-barang yang ada di langit. Daripada peluh dadanya dijadikan anbia, mursalin, ulama, syuhada dan solihin. Daripada peluh belakangnya dijadikan Bait al-ma’mur, Ka’bah, Bait al-Maqdis, dan segala tempat masjid dalam dunia. (hal. 3-4).
Disebutkan beberapa kejadian lagi daripada peluhnya itu:
Daripada peluh dua kening: mukminin dan mukminat dari umat Muhammad;
Daripada peluh dua telinganya: arwah Yahudi dan Nasrani, dan Majusi, golongan mulhid, kafir yang engkar kebenaran, munafikin.
Daripada peluh dua kaki: segala bumi dari Timur dan Barat dan yang ada di dalamnya (hal. 4)
Kemudian Allah memerintah nur itu supaya memandang ke hadapan, di hadapannya ada nur, di kanan dan kirinya juga nur. Mereka itu ialah Abu Bakar, ‘Umar, ‘Uthman, dan ‘Ali. Kemudian Nur itu mengucap tasbih selama tujuh puluh ribu tahun.
Kata pengarang: dijadikan nur para anbia daripada Nur Muhammad s.a.w.; ertinya dijadikan arwah para anbia daripada peluh ruh Muhammad s.a.w., dan dijadikan segala ruh umat anbia itu daripada peluh arwah anbia mereka itu.
Kemudian diriwayatkan bahawa dijadikan oleh Allah kandil daripada akik yang merah, dilihat orang akan zahirnya itu daripada bahagian dalamnya, kemudian dijadikan rupa Muhammad seperti Baginda di dunia ini, kemudian diletakkan di dalam kandil tersebut, berdiri Baginda di dalamnya seperti berdirinya di dalam sembahyang; kemudian berkeliling roh segala anbia dan lainnya di sekeliling kandil nur Muhammad ‘alaihis-salam, mengucap tasbih dan mengucap tahlil mereka itu selama seratus ribu tahun; kemudian Allah menyuruh segala ruh itu menilik kepadanya; yang menilik kepada kepalanya menjadi khalifah dan sultan antara sekelian makhluk; yang menilik kepada dahinya menjadi amir yang adil; yang menilik kepada dua matanya menjadi hafiz kalam Allah; yang melihat dua keningnya menjadi tukang lukis; yang melihat kepada dua telinganya jadilah ia menuntut dengar dan menerima (pengajaran); yang melihat dua pipinya jadilah ia berbuat baik dan berakal; yang melihat dua bibir mulutnya menjadi orang-orang besar raja. Yang melihat hidung menjadi hakim dan tabib dan penjual bau-bauan. Yang melihat mulut menjadi orang puasa. Demikian seterusnya dengan melihat anggota tertentu, jadilah orang itu mempunyai sifat-sifat tertentu di dunia nanti. Misalnya yang melihat dadanya menjadi orang alim, mulia dan mujtahid. (hal. 5). Dan orang yang tidak menilik sesuatu kepadanya jadilah ia mengaku menjadi Tuhan seperti Fir’aun dan yang sepertinya. (hal. 5).
Adalah Aku perbendaharaan yang tersembunyi maka Aku kehendak akan diperkenal akan daku maka Aku jadikan segala makhluk supaya dikenalnya akan daku. (hal. 6)
Kemudian beliau menyebut hadith Nabi s.a.w. Ãæá ãÇ ÎáÞ Çááå ÊÚÇáìäæÑì æÝì ÑæÇíÉÑæÍì
Ertinya yang awal-awal barang yang suatu dijadikan Allah taala itu nurku dan pada suatu riwayat ruhku. Kata pengarang ini: Maka adalah sekelian alam ini dijadikan Allah subhanahu taala daripada sebab nur Muhammad s.a.w. seperti yang teleh tersebut. Lalu ia menyebut pula haditrh qudsi:ÎáÞÊ ÇáÇÔíÇÁ áÇÌáß æÎáÞÊßáÇÌáì
Ertinya: Aku jadikan segala perkara itu kerana engkau ya Muhammad dan Aku jadikan akan dikau itu kerana Aku, yakni dijadikan nur Muhammad itu dengan tiada wasitah suatu jua pun. (hal. 6)
Melalui kitab terkenal ini tersebar fahaman tentang konsep Nur Muhammad di kalangan Muslimin sebelah sini.
Bab yang berikutnya ialah tentang penciptaan Adam a.s. (hal 6 dst).
Kitab al-Kaukab al-Durri fi al-Nur al-Muhammadi oleh Syaikh Muhammad bin Isma’il Daud al-Fatani rh
Kitab ini (terbitan Khazanah al-Fattaniyyah, Kuala Lumpur, 2001). Kitab ini yang dikarang oleh penulisnya pada tahun 1304 Hijrah, di Makkah, berbicara tentang tajuk yang berkenaan dari halaman 2-7. Isinya berdasarkan riwayat Ka’ab al-Akhbar, sebagaimana yang ada dalam kitab “Kashf al-Ghaibiyyah” karangan Syaikh Zain al-‘Abidin al-Fatani. Antaranya maklumatnya ialah: Tuhan menggenggam satu genggam daripada NurNya, diperintah ia menjadi Muhammad, ia menjadi Muhammad, ia menjadi tiang, ia sujud kepada Allah, dibahagi nur itu kepada empat bahagi, pertama menjadi Lauh, kedua Qalam, perintah menulis kepada Qalam, sampai kepada umat nabi-nabi, yang taat dan yang derhaka, dengan akibat-akibat mereka. Sampai disebutkan riwayat tentang sesiapa yang melihat nur itu pada bahagian-bahagian tertentu jadilah ia mempunyai sifat-sifat tertentu. Sekelian makhluk dijadikan daripada nurnya. Ia berakhir dengan menyebut makhluk sembahyang dengan huruf nama Ahmad dan Muhammad, berdiri qiyam seumpama alif, ruku’ seumpama ha’, sujud seumpama mim, duduk seperti rupa dal. Juga dikatakan makhluk dijadikan atas rupa huruf nama Muhammad, kepala bulat seperti mim, dua tangan seperti rupa ha’, perut seperti rupa mim, dua kaki seperti rupa dal.
Kitab “Daqa’iq al-Akhbar fi Dhikr al-jannah wa al-Nar” terjemahan Melayu oleh Syaikh Ahmad ibn Muhammad Yunus Langka:
Kitab ini diterjemahkan oleh beliau pada 1312 Hijrah di Makkah dahulunya diterbitkan oleh dar Ihya’ al-Kutub al-‘Arabiyyah, Mesir. Kemudian ia diterbitkan oleh Maktabah wa matba’ah al-ma’arif, Pulau Pinang, tanpa tarikh. Isi kitab ini berkenaan dengan nur Muhammad s.a.w., asal kejadiannya, bagaimana semua makhluk dijadikan daripadanya adalah sebagaimana yang telah disebutkan oleh Syaikh Zain al-‘Abidin dalam “Kasshf al-Ghaibiyah”nya yang menjadikan kitab ini sebagai satu daripada sumber-sumbernya, sebagaimana yang dinyatakan dalam bahagian permulaan kitabnya. Bab pertamanya sama isinya dengan apa yang ada dalam kitab terjemahan ini.
Kitab Madarij al-Su’ud oleh Nawawi al-Bantani rh
Kitab “Madarij al-Su’ud ila ‘ktisa’ al-Burud”, dalam Bahasa Arab, syarah bagi kitab “Maulid al-Barzanji”. Dalam mensyarahkan kata-kata dalam “al-Barzanji” hal. 2-3 (Surabaya, tanpa tarikh dan Singapura, tanpa tarikh) bermaksud “Segala puji-pujian bagi Allah yang membuka (seluruh) wujud ini dengan Nur Muhammad (‘al-Nur al-Muhammadi”) yang mengalir dalam tiap-tiap perkara (perkara yang ditakdirkannya oleh Allah taala sebelum daripada Ia menjadikan langit-langit dan bumi selama lima puluh ribu tahun.
Kemudian kata Syaikh Nawawi rh lagi menukil Ka’ab al-Akhbar Allah meredhainya: “Bila Allah hendak menjadikan sekelian makhluk dan mengamparkan bumi dan menegakkan langit, Ia mengambil segempal daripada nurNya firmanNya Jadilah kamu Muhammad, maka jadilah ia sebagai tiang daripada nur dan gemilang bercahaya sehingga sampai kepada hijab zulmah kemudian ia sujud, sambil katanya: Al-hamdulillah, kemudian Allah berfirman kerana itu Aku jadikan engkau dan menamakan engkau Muhammad, daripada engkau Aku memulakan penciptaan dan (dengan engkau) Aku mengkhatamkan sekelian rasul; kemudian Allah taala membahagikan nurnya itu kepada empat bahagian, dijadikan daripada yang pertamanya Lauh daripada yang keduanya al-qalam, kemudian Allah berfirman kepada Qalam tulislah, kemudian qalam … selama seribu tahun kepara kehebatan Kalam Allah taala kemudian ia berkata; Apa yang hamba hendak tuliskan, Tuhan berfirman ‘Tulislah ‘la ilaha illa’Allah Muhammadun Rasulullah’ maka Qalam pun menulis yang demikian itu, kemudian ia menjadi terbimbing kepada Ilmu Allah dalam makhlukNya, kemudian ia menulis anak-anak Adam sesiapa yang taatkan Allah dimasukkanNya ke dalam Syurga dan sesiapa yang derhaka kepadaNya dimasukkanNya ke dalam Neraka;
Kemudian (ia menulis) tentang umat Nuh, sesiapa yang taatkan Allah dimasukkanNya ke dalam Syurga dan sesiapa yang derhaka kepadaNya dimasukkanNya ke dalam Neraka…
Demikian seterusnya dengan menyebut umat nabi Ibrahim, … umat nabi Musa …, umat Nabi ‘Isa …, sampai kepada umat nabi Muhammad s.a.w., … kemudian bila Qalam hendak menulis sesiapa yang derhaka dari umat Muhammad akan dimasukkan ke dalam Neraka, terdengar suara dari Tuhan yang Maha Tinggi ‘wahai Qalam, beradablah, maka pecahlah Qalam kerana rasa haibah itu, …, kemudian ini diikuti dengan sebutan tentang bahagian ketiga dijadikan ‘Arasy, dan bahagian yang keempat dibahagi empat pula daripada yang awalnya dijadikan akal, daripada yang kedua dijadikan ma’rifah, daripada yang ketiga dijadikan cahaya ‘Arasy, dan cahaya mata, serta cahaya siang, maka tiap-tiap cahaya ini adalah daripada Nur Muhammad.
Kemudian dinyatakan yang bahagian yang keempat itu diletakkan di bawah ‘Arasy sehinggalah Allah menjadikan Adam a.s., maka Allah letakkan nur itu pada belakangnya, dan dijadikan para malaikat sujud kepadanya, dimasukkannya ke dalam Syurga, walhal para malaikat bersaf di belakang Adam, melihat kepada nur Muhammad. Bila Adam alaihis-salam bertanya mengapa malaikat berdiri di belakangnya bersaf Allah menjawab mereka itu sedang melihat kepada nur kekasihNya Muhammad yang menjadi khatam sekelian rasul dan anbia. Kemudian Adam meminta nur itu dipindahkan ke hadapan, lalu diletakkan pada dahi Baginda. Maka malaikat mengadap wajahnya pula. Adam meminta pula dipindahkannya lalu diletakkan pada jari telunjuknya supaya ia boleh melihatnya; maka bertambah-tambahlah cantiknya nur itu. Kemudian disebut nur itu dipindah kepada Hawwa’, kemudian kepada nabi Shith, dan seterusnya. Demikianlah nur itu berpindah daripada satu rahim yang suci kepada rahim suci yang lain, sampai ia kepada sulbi ‘Abdullah bapanya, kemudian keluarlah ia ke dunia melalui rahim ibunya. (hal. 3).
Perbincangan tentang punca-punca konsep Nur Muhammad:
Antara punca-punca konsep Nur Muhammad ini ialah sebutan-sebutan tentangnya dalam Qur’an dan Sunnah.
Dalam al-Qur’an terdapat sebutan tentang “nur” dalam ayat yang bermaksud “Sesungguhnya telah datang kepadamu Nur dari Allah dan Kitab yang nyata” (Al Quran 5:15).
Tentang ayat di atas “Tafsir al-Jalalain” oleh al-Suyuti menyatakan makna nur itu ialah “rasulullah s.a.w.”.
Telah datang kepada kamu Nur dari Allah, iaitu cahaya, dikatakan “Islam”, dan dikatakan: Muhammad s.a.w. dari al-Zajjaj. Dan “kitab” itu dikatakan Qur’an.
Dalam “Tafsir al-Tabari” “nur”: telah datang kepada kamu wahai ahli Taurat dan Injil Nur dari Allah, yakni Nur itu Muhammad salla’Llahu ‘alaihi wa sallam yang dengannya dicerahkan kebenaran dizahirkan Islam dan dihapuskan kesyirikan.
Telah datang kepada kamu Nur dari Allah dan kitab yang nyata, Allah taala memberi khabar berekenaan dengan diriNya sendiri bahawa Ia mengutuskan RasulNya Muhammad dengan Bimbingan Hidayat dan Agama yang hak kepada semua ahli bumi.
Berkenaan dengan ayat119 Surah al-Syu’ara’
æóÊóÞóáøõÈóßó Ýöí ÇáÓøóÇÌöÏöíäó
Dan perubahan gerak engkau di kalangan mereka yang sujud
Kata Mujahid dan Qatadah: (perubahan gerak engkau di kalangan mereka yang sujud) iaitu di kalangan mereka yang sembahyang. Kata Ibn ‘Abbas: dalam sulbi-sulbi bapa-bapa kamu (turun temurun) Adam, Nuh, dan Ibrahim, sehingga Allah keluarkan Baginda sebagai nabi (akhir zaman). Kata ‘Ikrimah: Melihat engkau berdiri, ruku’, sujud; Ibn ‘Abbas juga berpendapat demikian.
Dalam “Tafsir Ibn Kathir” dalam hubungan dengan ayat yang sama terdapat kenyataan:
Firman Allah taala: Dan perubahan gerak engkau di kalangan mereka yang sujud. Kata Qatadah: Dia yang melihat engkau bila engkau berdiri dan perubahan gerak engkau di kalangan mereka yang sujud” dalam sembahyang Ia melihat engkau keseorangan dan dalam jemaah. Ini pendapat ‘Ikrimah dan ‘Ata’ al-Khurasani serta Hasan al-Basri. Kata Mujahid Rasulullah s.a.w. boleh melihat orang di belakang Baginda sebagaimana ia boleh melihat orang yang di hadapannya. Dan ia menyaksikan bagi yang demikian sebagaimana yang sahih dalam hadith.’Samakan saf-saf kamu, sesungguhnya aku melihat di belakangku’. Dan diriwayatkan oleh al-Bazzar danb ibn Abi Hatim dari dua jalan dari ibn “Abbas bahawa ia menyatakan tentang ayat ini iaitu ‘perubahan gerak Baginda dalam sulbi nabi sampai ke sulbi nabi (yang lain, dari Adam sampai seterusnya) sehingga Tuhan keluarkan Baginda (ke-dunia menjadi penamat sekelian) nabi.
Dalam Tafsir Ruh al-ma’ani karangan al-Alusi rh tentang huraian berkenaan dengan ayat 5:15, kenyataannya ialah seperti berikut:
(Berkenaan dengan ayat yang bermaksud: “Telah datang kepada dari Allah nur dan kitab yang nyata”)-nur yang agung (‘azim), ia cahaya bagi sekelian cahaya (nur al-anwar), nabi yang terpilih salla’Llahu ‘alaihi wa sallam, dan Qtadah berpegang kepada pendapat ini, juga (ahli bahasa yang terkenal) al-Zajjaj…Dan tidak jauh (daripada kebenaran) pada pendapatku bahawa maksud kitab yang nyata itu (juga) ialah nabi salla’llahu ‘alaihi wa sallam, dan ‘ataf atasnya adalah seperti ‘ataf yang dikatakan oleh al-Jubba’I (iaitu pada al-Jubbai Mu’tazilah itu nur dan kitab itu kedua-duanya maksudnya Qur’an)(maka pada al-Alusi, kedua-duanya itu adalah merujuk kepada nabi Muhammad s.a.w.), dan tidak ada syak bahawa sebutan itu tiap-tiap satunya adalah kepada nabi ‘alaihis-salatu was-salam (iaitu Nabi Muhammad), dan kalau anda teragak-agak untuk menerimanya dari segi ibaratnya, maka biarlah anda menerimanya dari segi isyaratnya (pula)…(jilid III,hal.369).
Dalam hubungan dengan ayat yang bermaksud: Tidaklah Kami mengutus engkau wahai Muhammad) melainkan sebagai rahmat untuk sekelian alam, al-Alusi dalam Tafsir Ruh al-Ma’ani (jilid IX.hal.99-100) menyatakan seperti berikut:
Hakikat keadaan nabi salla’Llahu ‘alaihi wa sallam sebagai rahmat untuk semuanya adalah dengan mengambil kira Baginda sebagai perantara (wasitah) untuk limpahan rahmat Ilahi (wasitah al-faid al-Ilahi) atas sekelian makhluk yang ada (al-mumkinat) daripada permulaan lagi; kerana itulah maka nurnya adalah perkara yang mula-mula sekali dijadikan Allah; dalam hadith ada kenyataan ‘Perkara awal yang dijadikan Allah taala ialah nur nabi engkau, wahai Jabir,’ dan ada hadith “Allah taala Maha pemberi dan aku Pembahagi’. (Allah taala al-Mu’ti wa ana al-Qasim).
Dalam “Tafsir Ruh al-Ma’ani” karangan Al-Alusi rh (men.1170 H.), tentang ayat yang bermaksud “telah datang kepada kamu dari Allah nur dan kitab yang nyata” (15.15), jilid III.369) terdapat penerangan bahawa “nur itu nur (yang agung), nur dari segala nur, dan nabi yang terpilih-salla’llahu ‘alaihi wa sallam- ini pandangan yang dipegang oleh Qatadah, dan al-Zajjaj (ahli bahasa yang terkenal itu) memilih pendapat ini…Dan pada sisiku tidak jauh (dari kebenaran) bahawa yang dimaksudkan nur dan kitab yang nyata itu adalah (kedua-duanya merujuk kepada ) nabi salla’llahu ‘alaihi wa sallam, dan penyambung yang digunakan itu adalah seperti penyambung yang dikatakan oleh al-Jubba’I (ulama Mu’tazilah yang terkenal itu)(pada al-Jubba’I kedua-dua nur dan kitab itu merujuk kepada Qur’an , adapun pada al-Alusi kedua-duanya merujuk kepada Nabi Muhammad s.a.w.), dan mungkin anda merasa teragak-agak untuk menerima pendapat ini dari segi ibaratnya, maka biarkanlah itu jadinya dari segi isyarat (iaitu kalau anda tidak boleh menerima pendapat saya ini dari segi ibaratnya biarlah itu boleh diterima dari segi isayaratnya)…” (ibid. III. 369).
Dalam kitab yang sama, (Ruh al-Ma’ani, juz IX.100) berhubung dengan ayat yang bermaksud “Tidaklah kami mengutus engkau (wahai Muhammad) melainkan sebagai rahmat untuk sekelian alam”, beliau memberi huraian dengan katanya: “Hakikat keadaan Nabi salla’Llahu ‘alaihi wa sallam sebagai rahmat untuk semua yangt wujud (“lil-jami’”) itu ialah dengan iktibar bahawa Baginda adalah penengah –wasitah- bagi limpahan rahm at Ilahi (“wasitah al-faid al-ilahi”) atas sekelian makhluk (“al-mumkinat”) dari awalnya, dan itu ialah kerana nur Baginda salla’Llahu ‘alaihi wa sallam adalah makhluk yang paling awal; maka dalam hadith dinyatakan “perkara awal yang dijadikan Allah taala ialah nur nabi engkau wahai Jabir…” dan datang hadith yang menyebut “Allah ta’ala adalah Maha pemberi dan aku adalah Pembahagi”.Di kalangan ulama sufiah – Allah menyucikan asrar mereka - ada terdapathuraian berkenaan dengan hal yang demikian itu yang leb ih lagi daripada ini.”
Kemudian al-Alusi rh menukil pendapat ibn al-Qayyim al-Jauziyyah dalam kitabnya “Miftah al-sa’adah”. Katanya “Kalaulah tidak kerana nubuwwat tidak akan ada langsung dalam alam ini ilmu yang bermenafaat, amal salih, dan kebaikan dalam hidup manusia, dan tidak ada asas bagi kerajaan, dan manusia akan berkedudukan seperti haiwan dan binatang buas serta anjing yang memudaratkan, yang setengahnya berseteru dengan yang lainnya.
Syeikh Abdul Malik atau lebih dikenali Tok Pulau Manis dilahirkan di Kampung Pauh, Hulu Terengganu pada tahun 1060an/1650an, berketurunan Sharif Mohammad, yang berasal dari Baghdad. Menerima pendidikan agama diperingkat awal dari kaum keluarganya sendiri.
Syeikh Abdul Malik kemudiannya belajar di Aceh yang digelar “Serambi Mekah. Adalah dipercayai beliau telah menerima pendidikan secara langsung dari ulama besar Acheh, Syeikh Abdul Rauf Singkel (1030-1050/1620-1693) yang juga seorang tokoh yang berusaha membawa kepada pengukuhan terhadap aliran al-Sunnah wal Jamaah di alam Melayu. Beliau telah menyalin kitab Tafsir Baydawi yang dikarang dalam Bahasa Melayu oleh Syeikh Abdul Rauf Singkel. Selanjutnya beliau menyambung pengajian di Mekah sekitar tahun 1680, ketika beliau dipercayai berumur 30 tahun.
Selama hampir satu dekad di Mekah, beliau telah berguru dengan ulama-ulama terkenal seperti Syeikh Ibrahim al-Kurani (1025-1011/1616-1690), yang juga menjadi guru kepada Syeikh Abdul Rauf Singkel, bersahabat dengan pelajar-pelajar yang seangkatan dan seperjuangan dengannya seperti Tuan Haji Mohd Salleh bin Omar al-Semarani dari Jawa, Dato?Syed Abdullah dari Terengganu, Fakeh Abdul Kadir Palimbang, Fakeh Abdul Rahman Patani, Fakeh Abdul Samad Kedah dan Haji Mohamad Siantan dan mengajar apabila terdapat peluang berbuat demikian. Semasa berada di Mekah dan juga Madinah, Syeikh Abdul Malik telah memberi penumpuan kepada keilmuan tiga serangkai, iaitu ilmu-ilmu Fikah, Usuluddin dan Tasawuf disamping Tafsir, Hadis dan ilmu-ilmu bantu seperti nahu, saraf dan sebagainya.
Beliau mendalami Fikah al-Shafie dengan berguru kepada Syeikh Ibrahim al-Kurani yang telah menggantikan Ahmad Qushashi yang menjadi pengajar kepada pengikut Imam Shafie di sana. Bidang Usuluddin yang diikutinya pula adalah berdasarkan pendekatan Imam al-Asya’ari yang menjadi pegangan umum pengikut ahl-al Sunnah wal Jamaah, manakala bidang Tasawuf yang diceburinya pula adalah berdasarkan etika ubudiyah kepada pengajian Tasawuf.
Syeikh Abdul Malik memilih Tarekat Shadhiliyah yang diasaskan oleh Abu al-Hasan al-Shadili (M. 656/1258) yang berasal dari Maghribi. Beliau berkenalan dengan tarekat ini menerusi pengajiannya iaitu melalui karangan pendukung utama dari kalangan generasi ketiga aliran sufi iaitu Ibnu ‘Athaillah (M. 709/1309). Tulisan yang menarik minatnya itu ialah Al-Hikam disamping al-Tanwir fi Isqat al-Tadbir, Lata’if al Minan dan Taj al-Arus.
Pengajaran al-Shadhili dan Ibnu ‘Athaillah dianggap lanjutan dari pendekatan Tasawuf al-Imam al-Ghazali dan kitab Ihya ‘Ulumuddin menjadi kitab penting bagi pengajaran bagi Imam Abu al-Hassan al-Shadhili dan pendokong-pendokongnya. Sebagai seorang yang kesedaran tentang peri pentingnya mendalami ilmu Syariat disamping Usuluddin sebagai asas mendalami ilmu Tasawuf, Syeikh Abdul Malik sendiri, sebelum pemergiannya ke Tanah Suci sudah pun mendalami beberapa bidang ilmu tersebut.
Ilmuan yang menjadi rujukannya berjumlah tidak kurang dari 143 orang, diantara yang terpenting di kalangan mereka itu ialah Ibn ‘Athaillah dan Abu al-Hasan al-Shadhili sendiri, Abu al-Abbas al-Mursi, Ibn Arabi, Abu Hafs Umar bin Muhammad bin Abd Allah al-Suhrawardi, Abu Turab al-Khashabi, Abu Yazid al-Bistami, Abu Talib al-Makki, Abu Hamid al-Gahzali, Abu al-Qasim al-Nasr Abadhi, Abu Bakar al-Shibli, Abu Nasr al-Sarrj, Ahmad al-Rifa’i, Ahmad Ibn Hanbal, iBn Abbad, Hassan Basari, Junayd al Baghdadi, Ahmad Zarruq, Shal bin Abdullah, Sirri al-Suqti, al-Sha’rani, Abd al-Salam bin Mashish dan Ma’ruf al-Karkhi. Selain itu, beliau juga banyak merujuk kitab Fusus al-Hikam oleh Ibnu Arabi, Qut al-Qulub oleh Abu Talib al-Makki, karya-karya al-Ghazali seperti Ihya Ulumuddin dan Minhaj al-Abidin, al-Luma oleh Abu Nasar al-Sarraaj al-Tusi, alRi’ayat Li Huquq Allah dan Amal al-Qulub wa al-Jawarib oleh al-Harith al Mushasibi, Sharh terhadap Hikam berjudul Hikam Ibn ‘Athaillah atau Qurrat al-Ayn oleh Ahmad Zarruq dan Halat Ahl al Haqiqat Ma’a Allah oleh Ahmad al-Rifa’i.
Peranan Syeikh Abdul Malik sebagai pengajar di Mekah menyerupai penglibatan sebahagian penting ulama-ulama lain dari seluruh dunia yang menjadikan Tanah Suci sebagai pusat pendidikan. Pelajar-pelajar yang menjadi tumpuan beliau adalah mereka yang datang dari Tanah Jawi. Kedudukan Syeikh Abdul Malik di sini mempunyai persamaan dengan kedudukan ulama-ulama Jawi yang lain seperti Syeikh Daud bin Abdullah Fatani, Syeikh Abdul Samad Palimbang, Syeikh Mohamad Nawawi al-Bentani dan Syeikh Mohamad Khatib bi Abdul Latif Minangkabau. Sebagai guru yang amat meminati Tasawuf beraliran etika Ubudiyah yang diperolehi oleh Imam al-Ghazali, beliau juga memilih mengajar dengan menggunakan karangan-karangan yang menjadikan hasil karya Hujjatul Islam itu. Kitab-kitab yang dimaksudkan itu termasuklah Ihya Ulumuddin. Matan Hikam Ibnu Ata’ul-Lah yang dianggap sebagai lanjutan dari pendekatan etika Ubudiyyah al-Imam al-Ghazali juga ternyata mendapat perhatian istimewa dari Syeikh Abdul Malik. Minat Syeikh Abdul Malik terhadap Matan Hikam diperkukuhkan lagi oleh permintaan sahabat-sahabatnya seperti terjelas dalam Hikam melayunya :
(Dan) sanya telah meminta akan daku setengah saudaraku yang salik bahawa menterjemakan aku akan dia dengan bahasa Jawi supaya memberi manfaat dengan dia segala orang yang mubtadi, maka ku perkenankan atas yang demikina itu dengan sekira-kira yang difahamkan Allah Taala akan daku (dan) adalah au memanjangkan sedikit perkataannya kerana aku memasukkan perkataan sharahnya dengan sekadar kifayah bagi orang mubtadi mengetahui dia......?.
Karangan di atas menunjukkan bahawa sahabat-sahabatnya di Mekah telah memintanya mengarang, sesuatu yang mencerminkan martabat kedudukannya di kalangan kawan-kawannya. Dengan penulisan tersebut Hikam Melayu merupakan sebuah kitab Tasawuf terbesar dan terawal menurut aliran ahli Sunnah wal-Jamaah di dalam Bahasa Melayu.
Adalah dipercayai bahawa Syeikh Abdul Malik pulang ke tanah air sekitar pertengahan tahun 1960an ketika berusia lebih kurang 40 tahun. Kehadirannya di dalam masyarakat tempatan, yang diperkukuhkan oleh Hikam Melayunya serta pertalian dengan pembesar tempatan di Negeri Terengganu. Malah disebabkan oleh pertalian Terengganu dengan Johor, peranan Syeikh Abdul Malik menjadi lebih penting lagi dalam kontek perkembangan sosial semasa. Mengikut sumber-sumber yang boleh dipercayai beliau dikatakan bertanggungjawab membawa dan menabalkan Zainal Abidin I menjadi sultan pemerintah Negeri Terengganu (1725-1734) yang berlangsung di Tanjung Baru. Raja tersebut juga telah berkahwin dengan anak perempuan Syeikh Abdul Malik. Apabila Syeikh Abdul Malik berpindah dari Hulu Terengganu dan menetap di Pulau Manis baginda juga telah turut sama berpindah dan menetap tempat yang baru sebelum memilih tempat persemayam tetapnya di Kuala Terengganu.
Syeikh Abdul Malik menjadi peneraju program pendidikan agama di Terengganu, sama ada selaku ulama istana atau sebagai guru kepada orang ramai. Di istana, Syeikh Abdul Malik berdampingan bukan sahaja dengan Sultan Zainal Abidin I tetapi juga dengan pembesar-pembesar yang turut berguru dengannya. Di dalam upacara keagamaan, beliau diberi peranan mengetuai majlis-majlis tersebut. Dalam penglibatannya sebagai Syeikh al-Ulama dan Mufti beliau mengeluar fatwa-fatwa berhubung dengan pegangan keIslaman dan hukum hakam. Dengan berpandukan pengalaman pengajian di Jawa, Aceh dan Mekah, beliau telah menjadikan Pulau Manis sebagai tempat pengajaran dan ibadat yang didatangi oleh pelajar-pelajar dari jauh dan dekat. Adapun kitab beliau yang kedua terbesar selepas Hikam Melayu, iaitu Kitab Kifayah merupakan sebuah karya yang merangkumi Usuluddin dan Fekah.
Syeikh Abdul Malik atau Tok Pulau Manis meninggal dalam lingkungan usia 86 tahun iaitu pada tahun 1149H bersamaan 1736 sebagaimana yang terakam pada makamnya.
Makrifatullah : Jalan Keselamatan Diri Dunia Akhirat
Makrifatullah : Jalan Keselamatan Diri Dunia Akhirat
Firman Allah dalam surah az-Zumar ayat 9 : “Adakah sama orang jahil dengan orang yang berilmu?”
Menurut ahli tasawuf, berilmu yang dimaksudkan di sini ialah Ilmu Makrifatullah. Inilah ilmu yang paling utama dan penyelamat bagi manusia. Mengenal Allah secara ilmu zahiri adalah sebagai pengenalan awal kepada diriNya sedangkan pengenalan melalui cahaya hati adalah pengenalan yang hakiki.
Hati yang bersih akan tersingkap baginya pelbagai rahsia ketuhanan. Semakin ia bersih, semakin memancarlah makrifat pada hatinya. Hati yang memancar ini adalah hati yang melalui proses ilmu, ibadah dan mujahadah yang istiqamah. Mereka yang tersingkap kepadanya rahsia ihsan (sentiasa melihat Allah atau Allah melihatnya) imannya tidak perlu kepada dalil atau bukti untuk membuktikan wujud Tuhan. Ini kerana hatinya sentiasa melihat Allah di dalam pandangan dan pendengarannya di mana saja ia berada.
Firman Allah : “Dimana kamu hadap di situlah wajah Allah SWT.” (Al-Baqarah : 115)
Hati yang bersih dari segala hijab keduniaan dan nafsu akan melihat dan merasai ayat-ayat Allah dengan pandangan hakikat. Inilah kasyaf yang hakiki di mana hatinya dapat menangkap rahsia ayat-ayat Allah dengan penglihatan yang haq.
Firman Allah : “Sesungguhnya tidaklah menyentuh Al-Quran itu melainkan mereka yang suci…”
Ayat ini ditafsir oleh ulama tasawuf dengan maksud bahawa ayat-ayat Allah tidak akan berada dalam jiwa yang kotor. Bacaan mereka hanyalah di lidah, bukannya di hati. Ilmu mereka hanyalah di akal tapi tidak di hati. Tanyalah diri sendiri, bagaimanakah perasaanmu bila membaca ayat :
“Dan Dia (Allah) bersama kamu di mana kamu berada.” (al-Hadid : 4)
Kalau hati kamu keras dan tidak merasa apa-apa, ayat di atas hanyalah sekadar suatu maklumat pada akalmu sahaja. Dan apabila hal keTuhanan berada pada akal, ia akan hilang apabila kamu berfikir pada perkara yang lain pula. Tetapi jika hatimu bersih, ayat ini dapat dirasai dan dilihat dengan pandangan cahaya hati sehingga merasai kebersamaan dengan Allah di mana saja berada.
Mereka yang mengingati Allah dalam penghayatan dan penglihatan akan merasai kelazatan iman dan makrifat yang tidak terhingga. Allah adalah kekasihnya dan ia meninggalkan apa jua yang boleh melalaikan ia dengan Allah. Allah adalah yang dirindui dan ia menjadi perindu, Allah menjadi pujaan dan ia sebagai pemuja.
Sesiapa yang mengenal Tuhan, ia akan mencintai Tuhan dan leburlah segala keindahan yang lain. Sesiapa yang mengenal Tuhan, tiadalah ia resah gelisah dengan apa jua yang menimpanya. Memancar pada hatinya sifat kecintaan, keyakinan, ketakwaan, kerinduan dan ia mendapat perlindungan dari Allah SWT. Ini disebabkan hatinya sentiasa bercahaya dengan zikrullah dan Allah memberi pengakuan dengan firmanNya :
“Dan ingatlah kepada-Ku, nescaya Aku ingat kepadanya…” (al-Baqarah : 152)
Apabila Allah mengingatinya, nescaya hatinya dipenuhi dengan cahaya kebenaran dan terhapuslah cahaya kebatilan yang datang dari syaitan.
Firman Allah : “Apabila datangnya kebenaran akan terhapuslah kebatilan...” (al-Isra’ : 81)
Ada juga yang mentafsirkan mengingati Allah dengan melakukan kebaikan sedangkan pentafsiran seperti ini adalah berbentuk umum dan tidak muafakat di kalangan mufassirin yang muktabar, apatah lagi tafsiran yang dihurai oleh ulama-ulama tasawuf yang merupakan pakar dalam bidang kejiwaan manusia.