Your Ad Here

PONDOK HABIB

   

<< July 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31

Ya Saiyidi Ya Rasulallah - Salim Bin Hafidz dan Alwi Al-Haddad

Sesungguhnya Allah hendak menghapuskan noda dan kotoran dari kamu sekalian, ahlulbaiyt, dan mensucikan kamu sekalian dengan sesuci-sucinya." (al-Quran s.al-Ahzab:33) Nabi s.a.w.bersabda, "Yang terbaik diantara kamu sekalian ialah yang terbaik perlakuaannya terhadap ahlulbaiytku, setelah aku kembali kehazirat Allah." (Hadis Sahih dari Abu Hurairah r.a. diriwayatkan oleh al-Hakim, Abu Ya'la, Abu Nu'aim dan Addailamiy) Imam Syafi'i r.a. dalam banyak syair beliau telah melahirkan rasa cinta dan kasih sayang beliau kepada Ahlulbaiyt Rasulallah s.a.w.antara syair beliau yang banyak itu, beliau pernah bermadah: "Wahai Ahlulbait Rasulallah ! Kecintaan kepadamu adalah kewajiban dari Allah, yang turun dalam al-Quran. Cukuplah bukti betapa tingginya kamu sekalian. Tiada sempurna sholat tanpa shalawat untuk anda sekalian."

HADIS NABI Berkaitan Ahlulbait : 1.Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Penduduk Yaman datang, mereka lebih lembut hatinya. Iman ada pada orang Yaman. Fekah juga ada pada orang Yaman. Kemudian hikmat juga ada pada orang Yaman

2.Hadis Abi Mas'ud Uqbah bin Amru r.a katanya: Nabi s.a.w memberi isyarat dengan tangan ke arah Yaman, seraya bersabda: Ingatlah, sesungguhnya iman ada di sana sedangkan kekerasan dan kekasaran hati ada pada orang-orang yang bersuara keras berhampiran pangkal ekor unta ketika muncul sepasang tanduk syaitan, iaitu pada Bani Rabi'ah dan Bani Mudhar

3. Nabi s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang dilambatkan oleh amalannya, tidaklah dia dipercepatkan oleh nasab keturunannya.”

4. Dari Abdul Muthalib ibnu Rab’ah ibnul Khariif, katanya Rasulullah SAW telah bersabda : ” Sesungguhnya sedeqah itu berasal dari kotoran harta manusia dan ia tidak dihalalkan bagi Muhammad mahupun bagi keluarga Muhammad .” (HR Muslim)

5. At-Thabarani dan lain-lain mengketengahkan sebuah Hadeeth yang bermaksud; “Belum sempurna keimanan seorang hamba Allah sebelum kecintaannya kepadaku melebihi kecintaannya kepada dirinya sendiri; sebelum kecintaannya kepada keturunanku melebihi kecintaannya kepada keturunannya sendiri; sebelum kecintaannya kepada ahli-baitku melebihi kecintaannya kepada keluarganya sendiri, dan sebelum kecintaannya kepada zatku melebihi kecintaannya kepada zatnya sendiri .”

6. Diriwayatkan oleh Ahmad dan At-Tarmizi dari `Ali RA bahawa Rasulullah SAW bersabda :”Barangsiapa mencintai kedua orang ini, yakni Hassan,Hussein dan ayah serta ibunya, maka ia bersama aku dalam darjatku di Hari Kiamat

7. Ibnu `Abbas RA berkata bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda : “Cintailah Allah atas kenikmatan yang diberikanNya kepadamu sekelian dan cintailah aku dengan mencintai Allah dan cintailah ahlul-baitku kerana mencintaiku”

8. Ad- Dailami meriwayatkan sebuah Hadeeth dari `Ali RA yang menyebut sabda Rasulullah SAW: “Di antara kalian yang paling mantap berjalan di atas sirath ialah yang paling besar kecintaannya kepada ahlul-baitku dan para sahabatku.”

9. Diriwayatkan oleh At-Thabarani, bahawa Jabir RA mendengar `Umar ibnu Khattab RA berkata kepada orang ramai ketika mengahwini Ummu Kalthum binti `Ali bin Abu Thalib : “Tidakkah kalian mengucapkan selamat untukku? Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: ` Semua sabab (kerabat) dan nasab (salasilah keturunan) akan terputus pada hari kiamat kelak kecuali kerabat dan nasabku’.

10. Hadeeth Thaqalain riwayat Zaid bin Al-Arqam RA menyebut : “Kutinggalkan di tengah kalian dua bekal. (Yang pertama): Kitabullah, di dalamnya terdapat petunjuk dan cahaya terang. Hendaklah kalian ambil dan berpegang teguh padanya.dan (kedua) :Ahli Baitku. Kalian kuingatkan kepada Allah mengenai Ahli-Baitku! Kalian kuingatkan kepada Allah mengenai Ahli-Baitku!”

11.Imam Ahmad bin Hambal meriwayatkan dalam Hadeeth lain: “Apabila bintang-bintang lenyap, lenyaplah penghuni langit; dan apabila ahli-baitku lenyap, lenyap pula penghuni bumi.”

12.Sebuah Hadeeth riwayat Al Hakim dan disahihkan oleh Bukhari & Muslim menyebut : “Bintang-bintang merupakan (sarana) keselamatan bagi penghuni bumi (yang sedang belayar) dari bahaya tenggelam/karam sedangkaan ahlul-baitku sarana keselamatan bagi umatku dari perselisihan (dalam agama). Bila ada satu kabilah Arab yang membelakangi ahlul-baitku, mereka akan berselisih kemudian menjadi kelompok Iblis.”

13. Hadeeth Rasulullah SAW dari Abu Dzar menyatakan :” Ahlul- baitku di tengah kalian ibarat bahtera Nuh. Siapa yang menaikinya ia selamat dan siapa yang ketinggalan ia binasa.”

14. Abu Dzar Al- Ghiffari RA menuturkan bahawa ia mendengar sabdaan Rasulullah SAW :”"Jadikanlah ahlul-baitku bagi kalian sebagai kepala bagi jasad dan sebagai dua belah mata bagi kepala.”

15. Hadeeth riwayat Imam At-Tarmidzi, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : “Dunia tidak akan berakhir sehingga bangsa Arab dipimpin oleh seorang lelaki dari keluargaku yang namanya menyerupai namaku.



SUMBANGAN DERMA UNTUK ANAK YATIM

Bagi yang ingin menderma dan memberi sumbangan kepada Rumah Kebajikan bagi anak yatim, bantuan pendidikan, bantuan fakir miskin, bantuan saudara baru, kaunseling, motivasi dan kem bina insan yang diuruskan oleh Pengurusan Dar Ar Rahman boleh membuat bayaran ke Maybank Akaun : 56-454-8121-325. Untuk keterangan lanjut hubungi saudara Nur Muhammad : HP: 017-2602690. Semoga sumbangan anda diberkati oleh Allah S.W.T.

LAMAN MENARIK :

  • FAMILY SYED
  • KITAB HABIB
  • AL-HAWI
  • ASYRAAF
  • PONDOK HABIB
  • MAJELIS RASULULLAH
  • BAHRUS SHOFA
  • PROTAJDID
  • BICARA SUFI
  • MALAKIAN
  • AL FANSHURI
  • MUKHLIS
  • PONDOK TAMPIN
  • AL BAZRAH
  • ROUDHAH

  • web analysis
    Maybank Akaun : 56-454-8121-325 . Untuk keterangan lanjut hubungi saudara Nur Muhammad : HP: 017-2602690. Semoga sumbangan anda diberkati oleh Allah S.W.T.


    Subscribe to familysyed

    Powered by us.groups.yahoo.com


    If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed



    Tuesday, June 17, 2008
    Wahabbi 7 - Zaini Dahlan dan Bin Baz

    Wahabbi 7 - Zaini Dahlan dan Bin Baz

    Ada orang kata: Jangan kita nak pertikaikan keilmuan Sheikh Bin Baz. Kan dia tu bekas Mufti Besar Mekah. Takkan lah Mufti Besar Mekah jahil mana yang betul dan mana yang salah..mana yang hak dan mana yang batil.

    Siapakah Bin Baz ini? Seperti yang telah diceritakan sepintas lalu pada bab yang lepas, beliau adalah bekas Mufti Besar Mekah yang telah pun kembali ke rahmatullah pada tahun 1999. Nama penuhnya adalah Abdul Aziz bin Baz. Beliau adalah antara rujukan utama puak-puak Wahhabi. Dari segi kontemporari, beliau adalah rujukan nombor 2 selepas Sheikh Albani. Nama Bin Baz akan anda jumpai dengan mudah dalam hasil-hasil karya dan tulisan puak-puak Wahhabi. Begitu juga dengan nama Sheikh Albani. Jadi, kalau baca mana-mana tulisan yang ada memetik pandangan dan tulisan Sheikh Bin Baz, berhati-hatilah. Takut-takut termakan racun ideologi Wahhabi.

    Menyentuh tentang kata-kata yang saya bold pada perenggan pertama, ia sebenarnya adalah kata-kata hujah yang dangkal. Yang mempertikaikan keilmuan Bin Baz bukannya orang-orang awam, tetapi sudah ramai para ulama kontemporari yang mempertikaikannya. Jawatan Mufti Besar Mekah tidak memberikannya lesen untuk menjadikan padangannya betul dan sentiasa betul.

    Kalaulah jawatan itu yang dijadikan kayu ukur keilmuan, jadi mengapakah puak-puak Wahhabi ini tidak menerima, malah menolak kitab Fitnatul Wahhabiyyah yang dikarang oleh Sheikh Ahmad Bin Zaini Dahlan (biasa disebut sebagai Zaini Dahlan), yang juga merupakan bekas Mufti Besar Mekah? Sheikh Zaini Dahlan datang dari keturunan Sheikh Abdul Qadir al-Jilani, maka beliau juga adalah dari susur-galur Rasulullah saw dari sebelah cucu Baginda, iaitu Saidina Hasan. Sheikh Zaini Dahlan menghembuskan nafas yang terakhir pada tahun 1309 Hijrah.

    Sheikh Zaini Dahlan hidup pada zaman awal kebangkitan Wahhabi di Arab Saudi. Maka, dengan berbekalkan keilmuan yang dimiliki, beliau telah membongkarkan kejahatan dan fitnah Wahhabi. Tetapi puak Wahhabi kata beliau itu pembohong dan sengaja ingin memfitnah Muhammad Bin Abdul Wahab yang menjadi pengasas fahaman Wahhabi. Oleh sebab itulah, puak Wahhabi amat-amat memusuhi Sheikh Zaini Dahlan yang bermazhab Shafi'i. Ini kerana, kitab Fitnatul Wahhabiyyah telah menjadi senjata kuat yang menunjukkan betapa terpesong dan melampaunya fahaman Wahhabi itu.

    Kalau anda bertanya saya percaya yang mana, saya jawab, "Saya percaya kepada Sheikh Zaini Dahlan. Saya tak percaya Muhammad bin Abdul Wahab, mahu pun Bin Baz." Anda akan berjumpa hujah-hujah tipikal puak Wahhabi apabila anda memetik fakta-fakta dari kitab Fitnatul Wahhabiyyah. Hujah mereka: Sheikh Zaini Dahlan itu pembohong. Begitu juga dengan kitabnya.

    Janganlah kita terikut-ikut dengan fahaman Wahhabi yang memecah-belahkan umat ini dan tak habis-habis mengaku hanya mereka sahajalah yang betul. Puak Syiah juga menganggap diri mereka sahaja yang betul, manakala yang lain semuanya sesat. Kalau nak selamat, ikutlah apa yang telah kita praktik dan amalkan sejak lebih seribu tahun lamanya. Mari ikut pandangan dan iktikad majoriti. Katakan tidak pada Wahhabi, Syiah, La Madhab dan sebagainya. InsyaAllah akan bersambung lagi pada siri-siri lain bagi membongkarkan fitnah-fitnah Wahhabi.

    Posted at 03:59 pm by ahlulbait
    Comments (2)  

    Wahabbi 4 - Laman Web Bahaya & Sikap Suka Menyesatkan!

    Wahabbi 4 - Laman Web Bahaya & Sikap Suka Menyesatkan!



    Saya rasa ada baiknya juga jika saya menyenaraikan beberapa laman-laman web Wahabbi yang harus kita elakkan. Saya akan kemaskini dari masa ke semasa. Sila beritahu saya jika anda tahu laman-laman web lain yang mesti dielakkan - sama ada untuk mengelakkan salah faham atau kerana laman tersebut begitu mudah menyesatkan sesuatu golongan. Buat masa ini, saya tidak tahu (atau mungkin terlepas pandang) laman-laman web Malaysia yang memiliki fahaman Wahabbi yang agak keras.

    1) Fatwa-Online
    2) Allaahuakbar.Net
    3) SalafiTalk
    4) Laman Sheikh Al-Albani
    5) Laman Sheikh Bin Baz
    6) Laman Sheikh Ibnu Utyahmeen
    7) Laman Bilal Philips

    Tujuan saya menyenaraikan adalah supaya anda tidak terpengaruh dengan dakyah mereka yang begitu mudah mengelaskan saudara seIslam mereka sebagai sesat atau deviant. Kebanyakkan orang Malaysia yang berjinak-jinak dengan fahaman Wahabbi tidak begitu tahu betapa 'teruknya' fahaman ini. Jika anda duduk di luar negara atau cuba untuk mengetahui perkembangan Islam secara global, maka anda akan tahu mengapa saya mewujudkan topik ini.

    Macam-macam perkara nak dilabelkan sebagai bida'ah dan wajib dihapuskan. Buka majlis dengan surah Al-Fatihah pun ditegur bida'ah. Berzikir guna biji tasbih pun bida'ah juga. Membaca qasidah yang memuji-muji Nabi SAW juga bida'ah. Duduk berzikir dan berdoa selepas solat juga dikatakan bida'ah oleh sesetengah Wahabbi [Berdasarkan pengalaman Ustaz Fauzi ketika bersolat di Masjidil Haram (atau Masjid Nabawi, maaf saya tak ingat)].

    Tentang menuduh orang sebagai sesat, ini lagi satu perkara yang haru-biru. Kita sendiri tidak menuduh mereka sebagai sesat. Saya tidak kisah jika mereka menuduh mana-mana kumpulan/fahaman sebagai sesat jika ia menjadi ijmak para ulama sedunia. Oleh itu, saya sertakan beberapa contoh golongan/fahaman yang mereka tuduh sesat.

    1) Jemaah Tabligh
    - Ulasan dari Allaahuakbar.Net
    - Ulasan dari Fatwa-Online

    Kumpulan jemaah tabligh yang banyak berjasa kepada umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia ini mereka katakan sesat? Walaupun saya tidak berapa ' ngam dan masuk' dengan jemaah tabligh ini, tetapi mengatakan mereka sesat adalah tidak sama sekali.

    2) Sufi
    - Ulasan dari Allaahuakbar.Net

    Di Allaahuakbar. Net, mereka turut menyatakan bahawa Sheikh Hamza Yusuf dan Sheikh Nuh Ha Mim Keller sebagai The Modern Deviated Sufi!!! Maka akhirnya saya menjadi tidak hairan apabila Bilal Philips menuduh secara terbuka bahawa Sheikh Nuh Ha Mim Keller sebagai melakukan syirik. Dr Said Ramadan Al-Buti pun dilabelkan sesat juga. Na'uzubillah... Nampaknya, Hassan Al-Banna pun sesat jugalah jika mengikut kayu ukur fahaman Wahabbi. Jadi saya rasa bagi Wahabbi tegar, mungkin tak mahu baca langsung tulisan saya ini kerana saya banyak menggunakan pendapat-pendapat Sheikh Hamza Yusuf, Sheikh Nuh Ha Mim Keller, dan ulama-ulama tradisional yang lain.

    Kenapakah Wahabbi ini membenci ajaran Sufi dan Tasawwuf yang menekankan pembersihan dan penyucian hati ini? Jawapan umum mereka mudah sahaja: "Kerana ia bukan dari Rasulullah saw, ajaran Islam dah sempurna dan tak perlu sufi. Ini semua bida'ah."

    Tapi apakah mereka lupa bahawa ramai ulama-ulama agung yang memiliki pengetahuan mendalam tentang ilmu tasawwuf atau kesufian ini? Contohnya, Imam Nawawi, Taqiyuddin Al-Subki, dan Imam Suyuti. Wahabbi bilang, sufi dan tasawwuf ini sesat. Jadi apakah Imam Nawawi itu sesat? Saya berani bilang, andai Imam Nawawi masih hidup pada hari ini, tiada seorang ulama pun yang ada pada zaman ini yang mampu menandingi beliau dari segi keilmuan, kewarakan, kezuhudan, dan segala macam sifat lagi.

    Dan lupakah mereka bahawa Hasan Al-Basri, salah seorang tokoh terkenal Islam, dilahirkan pada kurun Salaf, juga adalah seorang ahli sufi?

    Semestinya, saya tidak menafikan wujud sufi yang terpesong dan terlampau. InsyaAllah, ia akan turut menjadi fokus saya di akan datang.

    3) Gerakan Ikhwanul Muslimin
    - Ulasan dari Allaahuakbar.Net

    Saya rasa ramai umat Islam di Malaysia yang tertarik dengan fahaman Wahabbi, TIDAK TAHU bahawa Wahabbi ini juga menuduh Gerakan Ikhwanul Muslimin yang digagaskan oleh As-Syahid Hassan Al-Banna, yang juga merupakan seorang ahli Sufi, sebagai sesat. Fikirkan semula wahai umat Islam di Malaysia kalau anda ini sangat terpengaruh dengan doktrin Wahhabi ini yang suka sangat menuduh orang sebagai pembuat bida'ah yang sesat.

    Adalah sesuatu yang kelakar kalau anda ini menjadikan Hassan Al-Banna sebagai tokoh yang anda kagumi, tetapi pada masa yang sama, terpengaruh pula dengan fahaman Wahabbi.

    4) Asha'ari dan Maturidi
    Secara ringkas, mazhab Hanafi, Hambali, Shafie dan Maliki mengambil doktrin akidah Asha'ari dan Maturidi. Saya tidak mahu menceritakan panjang lebar di sini tentang doktrin tersebut buat masa ini. Cuma anda perlu tahu bahawa Asha'ari dan Maturidi adalah doktrin akidah yang digunapakai dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah. Perbezaan dua doktrin ini adalah pada perkara minor sahaja. Anda boleh baca lebih lanjut jika mahu tentang doktrin tersebut di sini.

    Tetapi, mengapakah puak-puak Wahabbi dalam laman web Allaahuakbar.Net itu meletakkan Asha'ari dan Maturidi di bahagian Guard Your Faith??

    -------------------------
    Terima kasih buat Abadi kerana memberitahu tentang laman Allaahuakbar.Net. Sekarang kita boleh semakin nampak fitnah fahaman Wahabbi ini. Moga kita dielakkan.

    Saya fikir selepas ini saya mungkin patut menumpukan lebih perhatian dalam memberi penjelasan tentang Islam Tradisional berbanding aspek Fitnah Wahabbi. Penjelasan tersebut akan turut dimuatkan pada Index: Wahabbi. Tunggu dan lawat selalu ye =)

    Posted at 03:40 pm by ahlulbait
    Comment (1)  

    Wahabbi 2 - Elakkan Membaca Hasil Tulisan Mereka

    Wahabbi 2 - Elakkan Membaca Hasil Tulisan Mereka

    Saya menjangkakan, penulisan saya tentang topik ini mungkin akan berlangsung untuk satu tempoh yang sangat panjang. Bukanlah niat saya untuk berdebat dan menunjuk pandai. Saya hanya ingin membawa kita, umat Islam, melihat keindahan Islam tradisional yang kita warisi selama lebih 1,400 tahun.

    Rasanya, elok saya memberikan nama beberapa tokoh-tokoh besar Wahhabi. Saya nasihatkan, agar anda tidak membaca hasil-hasil tulisan mereka kerana ia akan menyebabkan anda bingung atau confuse dengan apa yang telah kita amalan selama ini. Contohnya, pernah sekali saya bingung apabila membaca fatwa oleh Allahyarham Sheikh al-Albani yang terdapat pada papan tazkirah Dublin Mosque. Secara ringkas fatwa itu mengatakan bahawa: "Wanita yang sedang dalam haid tidak ada salahnya membaca Al-Quran."

    Tidakkah ia sesuatu yang mengejutkan? Saya tidak akan mengulas panjang kerana entri ini hanya untuk menyenaraikan nama-nama tokoh Wahhabi yang patut kita elak dari membaca hasil-hasil karangan mereka. InsyaAllah, jika saya punya lebih masa, saya akan update bebeberapa nama lagi, berserta biodata mereka:

    1) Muhammad Bin Abdul Wahab. Beliau adalah pengasas kepada fahaman ini.
    2) Sheikh Muhammad Nasiruddin al-Albani (biasa ditulis sebagai al-Albani). Meninggal dunia pada 2 Oktober 1999.
    3) Sheikh Abdul Aziz Ibnu Baz (biasa ditulis sebagai Bin Baz). Meninggal dunia pada 13 Mei 1999. Bekas Mufti Besar Mekah.
    4) Muhammad Ibn Salih Ibnu Uthaymeen. Meninggal dunia pada 10 Januari 2001.
    5) Abu Ameenah Bilal Philips. Beliau adalah seorang tokoh Islam yang dikenali di Kanada.

    Dan jika anda ingin mencari fatwa, saya nasihatkan jangan lawati fatwa-online.com kerana ia bersifat Wahabbisma. Saya cadangkan pergi ke SunniPath atau IslamOnline untuk mendapatkan fatwa-fatwa masa kini.

    Satu perkara yang perlu anda perhatikan. Jika anda pergi ke fatwa-online.com dan melihat bahagian Biografi, anda akan melihat laman ini cuba untuk menyenaraikan tokoh-tokoh besar yang berfahaman sama dengan mereka sejak tahun 1H hinggalah ke hari ini. Tetapi, dari tahun 1H hinggalah tahun 699H, tidak ada satu pun tokoh yang disenaraikan. Saya berpendapat, mungkin tidak wujud tokoh-tokoh yang sama pendirian seperti mereka pada waktu itu.

    Kemudian, ada seorang tokoh disenaraikan pada bahagian kurun ke-8 Islam (700-799H), iaitu Ibnu Taimiyyah. Harus ditekankan di sini bahawa Ibnu Taimiyah tidak pernah mengaku dia berfahaman Wahabbi kerana Wahabbisma mula wujud sekitar awal 1200H. Cuma puak Wahhabi sahaja yang mengaku Ibnu Taimiyyah adalah tokoh mereka.

    Sebenarnya memang ada perbalahan di antara Ibnu Taimiyyah dengan tokoh-tokoh agung Islam yang sezaman dengannya. Namun demikian, Ibnu Taimiyyah telah mengakui kesilapannya dan akhirnya kontroversi itu diam selama beberapa ratus tahun.

    Oleh kerana itulah tiada tokoh-tokoh Islam Wahhabi yang disenaraikan diantara kurun ke-9 dan ke-13H pada laman fatwa-online itu. Namun demikian, pada awal kurun ke-13H, iaitu awal 1200H, fahaman Wahhabi ini mula membiak. Muhammad Bin Abdul Wahab telah 'menghidupkan' semula hal-hal kontroversi oleh Ibnu Taimiyyah itu. Sebab itulah Wahabbi hari ini menganggap Ibnu Taimiyyah itu sebagai tokoh mereka.

    Kemudian, barulah pada kurun ke-14 dan ke-15H, bahagian biografi itu penuh diisi oleh ulama-ulama yang cenderung kepada Wahabbisma ini - iaitu setelah fahaman ini berjaya membiak. Dan hari ini mereka mengubah nama fahaman ini dari Wahabbi kepada Salafi. Ia bertujuan untuk reverse psychology minda umat Islam hari ini. Kononnya, ia akan menunjukkan mereka berusaha untuk mencontohi 3 generasi umat Islam yang pertama (Salaf bermaksud tiga yang pertama).

    Namun kalau demikian, mengapa golongan Wahabbi ini mempetikaikan umat Islam yang mengikut Imam Abu Hanifah (meninggal pada tahun 149H), Imam Malik (meninggal pada tahun 179H), Imam Shafi'e (meninggal pada tahun 204H) dan Imam Ahmad bin Hambal (meninggal pada tahun 240H) sebagai tidak 'Salafi'? Bukankah keempat-empat Imam ini dilahirkan di dalam kurun Salaf??

    Jika benar fahaman Wahabbi ini 'Salafi', mengapa pula mereka mengikut Muhammad bin Abdul Wahab yang tidak dilahirkan pada kurun Salaf? Iaitu bukan pada 3 generasi Islam yang pertama? Bukankah beliau dilahirkan pada 1114H? Sekarang, siapa yang Salafi? Wahhabi atau kita yang mengikut mazhab?
    http://hembusan.blogspot.com

    Posted at 03:20 pm by ahlulbait
    Make a comment  

    FATWA-FATWA AL-ALBAANY YANG SYAZ

    FATWA-FATWA AL-ALBAANY YANG SYAZ



    Di sediakan oleh ;
    Abu Lehyah al-Kelantany
    (0133005046)

    ÈíÇä ÇáÍÞ æßÔÝ Ãåá ÇáÖáÇá

    ÈÓã ááå ÇáÑÍíã ÇáÑÍãä ÇáÍãÏ ááå ÑÈ ÇáÚÇáãíä ¡ÇáãäÜÒå Úä ÇáÔÈíå æÇáãËíá æÇáÒæÌÉ æÇáæáÏ æÇáÅÎæÇä¡ ÇáãæÌæÏ ÈáÇ ÌåÉ æáÇ ãßÇä¡ ÇáãäÜÒå Úä ßá ãÇ áÇ íáíÞ Èå ãä ÇáÕÝÇÊ æÇáäÚæÊ¡ æÇáãáß ÇáÞåÇÑ Ðí ÇáÌáÇá æÇáÌÈÑæÊ¡ æÃÝÖá ÇáÕáÇÉ æÃÊã ÇáÓáÇã Úáì ÓíÏäÇ ãÍãÏ ÎíÑ ÇáÃäÇã¡ æÎÇÊã ÃäÈíÇÁ ÇáÅÓáÇã¡ æÚáì ÁÇáå ÇáØÇåÑíä¡ æÕÍÈå ÇáÛÑ ÇáãíÇãíä¡ æãä ÇÊÈÚ ãäåÇÌåã æÇÞÊÝì ÃËÑåã Åáì íæã ÇáÏíä.Ü"ÞÇá ÑÓæá Çááå Õáì Çááå Úáíå æÓáã: "ÍÊì ãÊì ÊÑÚæä Úä ÐßÑ ÇáÙÇáã ÇÐßÑæå ÈãÇ Ýíå ÍÊì íÍÐÑå ÇáäÇÓ




    1. AL-ALBAANY MENGINGKARI PENAMAAN ãáß ÇáãæÊ SEBAGAI ÚÒÑÇÆíá
    2. MENGHARAMKAN PENGGUNAAN TASBIHKUNTUK BERZIKIR KEPADA ALLAH.
    3. MELARANG PENAMBAHAN RAKAAT SOLAT TERAWIH LEBIH DARIPADA 11 RAKAAT.
    4. BELIAU JEGA MENGATAKAN QIAMULLAIL LEBIH DARIPADA 11 RAKAAT ADALAH BIDA’AAH.DAN MEMANDANG ITU BUKANLAH KETAATAN..PASTU APA??
    5. BELIAU MELARANG JUGA SOLAT JUMAAT QABLIYAH.
    6. AL-ALBAANY JUGA MENGHARAMKAN MELEBIHKAN JANGGUT LEBIH DARIPADA SEGENGAM.
    7. BELIAU MENGATAKAN TIDAK WAJIB QADHA’ SOLAT YANG TELAH LUPUT WALAUPUN BAGI BUKAN MEMPUNYAI KEUZURAN.
    8. MENDAKWA MENARA YANG DI BUAT DI MASJID ADALAH BIDA’AH.
    9. DAN HIJRAH( PERPINDAHAN) KE NEGARA BARAT ADALAH BERDOSA BESAR (( ÇáßÈÇÆÑ)).KALU ORANG BARAT KE TIMUR??HEHE..MANA NASH??
    10. MELARANG DARIPADA MENTALQINKAN MAYAT.
    11. MENGHARAMKAN PUASA SUNAT PADA HARI SABTU.
    12. MENGATAKAN BAHAWA TIDA QADA’ DAN TIADA KIFARAH KEPADA SESIAPA YANG SENGAJA BERBUKA PUASA DI BULAN RAMADHAN.
    13. BERKATA BAHAWA TALAK TIGA TIDAK JATUH.
    14. MENGATAKAN ÈíÚ ÇáÊÞÓíØ ( JUAL BELI SECARA ANSURANS) ADALAH RIBA.
    15. DAN MEMBACA AL-QURAN KEPADA SI MATI TIDAK SEKALI-KALI SAMPAI.

    JANGAN LUPA WAHAI PEMBACA YANG BUDIMAN FATWA-FATWA SESAT INI ADALAH BERPUNCA DARIPADA SIKAP MEMANDAI AL-ALBAANY MENSOHIHKAN DAN MENDHAIFKAN HADITS,DAN MENCAMPUR-ADUKKAN NAMA-NAMA PERAWI,MENCELA ULAMAK-ULAMAK AGUNG,BEGITU JUGA ULAMAK MUHADDITSIN TIDAK SELAMAT DARIPADA CERCAAN BELIAU. SEBAHAGIAN YANG DINUKILKAN DI SINI ADALAH DI AMBIL DARIPADA KARANGAN TULISAN BELIAU SENDIRI DAN RAKAMAN YANG DIREKOD DENGAN SUARA AL-ALBAANY SENDIRI..

    SOALAN CEPU EMAS :

    ADAKAH AL-ALBAANY BOLEH DI KETEGORIKAN SEBAGAIMANA BERIKUT :

    A- PENGKHIANAT AGAMA
    B- MENGKAFIRKAN IMAM BUKHARI
    C- DAJJAL
    D- FATTAN
    E- KAZZAB
    F- SEMUANYA BETUL..

    SILA HANTAR JAWAPAN ANDA..


    DISEDIAKAN OLEH :


    ABULEHYAH AL-KELANTANY


    0133005046

    Posted at 03:18 pm by ahlulbait
    Make a comment  

    SIAPA TOKOH-TOKOH AL-ALBAANY DI MALAYSIA??!

    Sunday, June 15, 2008

    SIAPA TOKOH-TOKOH AL-ALBAANY DI MALAYSIA??!



    Di sediakan oleh ;
    Abu Lehyah al-Kelantany
    (0133005046)

    ÈíÇä ÇáÍÞ æßÔÝ Ãåá ÇáÖáÇá

    ÈÓã ááå ÇáÑÍíã ÇáÑÍãä

    ÇáÍãÏ ááå ÑÈ ÇáÚÇáãíä ¡ÇáãäÜÒå Úä ÇáÔÈíå æÇáãËíá æÇáÒæÌÉ æÇáæáÏ æÇáÅÎæÇä¡ ÇáãæÌæÏ ÈáÇ ÌåÉ æáÇ ãßÇä¡ ÇáãäÜÒå Úä ßá ãÇ áÇ íáíÞ Èå ãä ÇáÕÝÇÊ æÇáäÚæÊ¡ æÇáãáß ÇáÞåÇÑ Ðí ÇáÌáÇá æÇáÌÈÑæÊ¡ æÃÝÖá ÇáÕáÇÉ æÃÊã ÇáÓáÇã Úáì ÓíÏäÇ ãÍãÏ ÎíÑ ÇáÃäÇã¡ æÎÇÊã ÃäÈíÇÁ ÇáÅÓáÇã¡ æÚáì ÁÇáå ÇáØÇåÑíä¡ æÕÍÈå ÇáÛÑ ÇáãíÇãíä¡ æãä ÇÊÈÚ ãäåÇÌåã æÇÞÊÝì ÃËÑåã Åáì íæã ÇáÏíä.Ü"ÞÇá ÑÓæá Çááå Õáì Çááå Úáíå æÓáã: "ÍÊì ãÊì ÊÑÚæä Úä ÐßÑ ÇáÙÇáã ÇÐßÑæå ÈãÇ Ýíå ÍÊì íÍÐÑå ÇáäÇÓ

    TOKOH-TOKOH YANG CUBA MENYEBARKAN AJARAN SESAT WAHHABI DI BAWAH NAMA AL-ALBAANY:


    1. MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN, MUFTARY PERLIS
    2. ZAHAZAN, PENCERAMAH BEBAS IKIM
    3. ABD QARI HAJI SALLEH

    so, siapa pula ASWJ yang bangkit yang membantah dan menentang Al-albaany?? Sepatutnya perkara karut yang di bawa oleh Al-Albaany tidak boleh dibiarkan merebak dalam masyarakat..


    ULAMAK-ULAMAK ASWJ YANG HEBAT BANGKIT MENENTANG AL-ALBAANY

    ÇáÌæÇÈ : BERLAMBAK…ANTARA MEREKA YANG MENOLAK DAN BANGKIT MENENTANG AL-ALBAANY DALAM KARYA-KARYA TULISAN MEREKA IALAH :

    1. MUHADDITS AD-DIYAR AL- HINDIYYAH ASY-SYEIKH BABIB AR-RAHMAN AL-A’DZOMIY, INI DALAM KARYA BELIAU :

    (( ÇáÃáÈÇäí ÔÐæÐå æÃÎØÇÆå )).
    KITAB INI DI TULIS SEBANYAK 4 JUZUK.

    2. MUHADDITS SYAMAL AFRIQIYYA ASY-SYEIKH ABDULLAH AL- GHUMMARY AL-HUSAINY. INI DI SEBUT PADA SATU JUZUK DALAM KITABNYA SEBAGAI ROD KEPADA AL-ALBAANY DAN MENJELASKAN DAN MEMBONGKAR TENTANG SETENGAH DARIPADA TADLIS (PENIPUAN )AL-ALBAANY DAN PENGKHIANATAN ALBAANY TERHADAP ISLAM UMUMNYA DAN TERHADAP ILMU HADITS KHASNYA :

    (( ÇáÞæá ÇáãÞäÚ Ýí ÇáÑÏ Úáì ÇáÃáÈÇäí ÇáãÈÊÏÚ ))

    3. MUHADDITS AL-DIYAR AL-SYAMIYYAH AL-MUHADDITH AL-SYEIKH ABDULLAH AL HARARY YANG DI KENALI SEBAGAI AL HABASYI. BELIAU ADALAH SAHABAT BAIK KEPADA SYEIKH ABDULLAH AL-GUMMARY. BELIAULAH ANTARA PENULIS TERAWAL MEMBANTAH DAN MENENTANG AL-ALBAANY DAN MEMBONGKARKAN HAL KEADAAN SEBENARNYA ALBAANY. INI B0LEH DI DAPATI ALAM KARYA BELIAU :

    (( ÇáÊÚÞÈ ÇáÍËíË Úáì ãä ØÚä ÝíãÇ ÕÍ ãä ÇáÍÏíË ))

    DAN DALAM KITAB

    æäÕÑÉ ÇáÊÚÞÈ ÇáÍËíË

    4. AL-MUHADDITS ASY-SYEIKH ABDUL AZIZ AL-GHUMMARY AL-HUSAINY DALAM KARYA BELIAU :

    (( ááå ÈíÇä äßË ÇáäßË ÇáãÞÚÏí ÈÊÖÚíÝ ÇáÍÇÑË ááå ))

    5. ASY-SYEIKH MUHAMMAD BIN AHMAD ALKHAJRAJI, MENTERI AL-SYU`UN AL-ISLAMIYAH WAL AUQOF DI IMARAT AL-ARABIYYAH. PERKARA INI SEBUT DALAM KITAB BELIAU :

    ÇáÃáÈÇäí æÊØÑÝÇÊå.

    6. AL-USTAZ BADRUDDIN HASAN DIAB AL-DIMASYQIYYAH DALAM KARYA TILISAN BELIAU :

    ÇáÃäæÇÑÇáãÕÇÈíÍ Úáì ÙáãÇÊ ÇáÃáÈÇäí Ýí ÕáÇÉ ÇáÊÑÇæíÍ

    7. KITAB (( ßÔÝ ÇáÖáÇáÇÊ ÇáÃÈÇäí ÔíÎ ÇáæåÇÈíÉ ÇáãÊãÍÏË )) DI HIMPUNHAN OLEH ANAK DIDIK TERDIDIK AL-A’LLAMAH MUHADDITS DIYAR AL-SYAMIYYAH AL-MUHADDITH AL-SYEIKH ABDULLAH AL HARARY.

    8. ASY-SYEIKH MUHAMAD ‘ARIF AL-JUWAIJANY AL-DIMASHQIYY SYIRIA.

    9. ASY-SYEIKH MUHAMAD HAMIDIY AL-JUWAIJANY, IMAM JAMI’ AL-ROUDHAH DI DIMASYQ, SYIRIA.

    10. USTAZ ZAMIHAN MAT ZIN AL-GHARI AL-KELANTANY , DI DALAM BUKU BELIAU :

    “SALAFIYAH WAHABIYAH SUATU PENILAIAN”


    11. DR UTSMAN AL-MUHAMMEDY AL KELANTANY

    12. KEBANYAKAN ULAMAK-ULAMAK DAN MASYAIEKH PONDOK.

    13. BOLEH JUGA DILIHAT DI AKHBAR-AKHBAR AL-ARABIYYAH YANG PENULIS SEBUTKAN PADA ARTIKEL YANG LALU.

    14. BANYAK LAGI..

    BARANG SIAPA YANG MENGHALUSI DAN MENELITI TULISAN AL-ALBAANY, BERSEGERALAH MEREKA MENINGGALKAN AL-ALBAANY INI DAN TERPANCAR BELIAU MEMANG BUKAN SEORANG YANG ALIM MAHUPUN MUHADDITS. TETAPI BELIAU SEORANG YANG MENCARI POPULARITI DAN KEMASYHURAN DAN MENGEJAR HARTA KEDUNIAAN. KEPADA MEREKA YANG TELAH ATAU PUN CUBA MENGIKUTI JEJAK LANGKAH BELIAU, PENULIS MENASIHATI AGAR SIBUKKAN DIRI ANDA MENTHALAAH KITAB-KITAB MUHADDITS YANG MUKTABAR BUKANNYA KITB AL-ALBAANY YANG TIDAK BERHARGA.

    DI SEDIAKAN OLEH :

    Abu Lehyah Al-Kelantany
    0133005046

    Posted at 03:17 pm by ahlulbait
    Comment (1)  

    Monday, June 16, 2008
    HARI INI - PENGAJIAN KILAT KITAB SAFINAH AN-NAJAH

    PRORAM HARI INI

    Pengajian Kilat Kitab Safinah an-Najah
    Majlis pengajian kitab Safinah an-Najah
    Pengajar:
    Habib Abdullah bin Hussin al-Masyhor
    (pendakwah dari Madinah. Beliau merupakan pengajar di Ribat al-Jufri di kota Madinah, yang mana ribat tersebut diketuai oleh Habib Zin bin Ibrahim bin Sumaith)
    [InsyaAllah ada penterjemah]
    Tempat:
    Madras Nur, 36, Jalan Pantai Murni 3, Pantai Dalam, Kuala Lumpur.
    (Peta untuk ketempat pengajian boleh di dapati disini)
    Tarikh Pengajian:
    Bermula pada hari ini, Itsnin - 16 Jun 2008 sehingga hari Khamis, 19 Jun 2008.
    InsyaAllah kitab tersebut akan dipelajari sehingga khatam.
    Masa:
    Bermula jam 9.30 malam.
    Muslimin dan muslimat di jemput hadhir
     
     
    [map-rumah-pantaidalam2.jpg]

    Posted at 03:11 pm by ahlulbait
    Make a comment  

    FORUM DI AMBANG MERDEKA

    FORUM DI AMBANG MERDEKA
    tajuk
    MERDEKA DARI PERSPEKTIF ISLAM DAN PENGHAYATAN RAMADHAN
    ahli panel
    U NIK ZAWAWI (Mantan Pensyarah UM)
    U SYUKRI NAJIB (Jabatan Mufti Melaka)
    U ZULKIFLI AHMAD (Moderator)
    pada
    27 Syaaban 1429
    29 Ogos 2008, Jumaat
    waktu
    8.00 malam - 10.00 malam
    (SELEPAS SOLAT MAGHRIB)
    tempat
    DEWAN SOLAT , MAF.

    Posted at 03:10 pm by ahlulbait
    Make a comment  

    SYEIKH NURUDDIN MARBU AL-BANJARI

    bersama
    SYEIKH NURUDDIN MARBU AL-BANJARI

    pada
    Sabtu,19 Julai 2008
    (16 Rejab 1429)

    Jam 9.00 pg - 12.30 tghr
    (Kitab : Hadis 10 Sahabat & Nasihat Agama)
    &
    Selepas Maghrib
    (Kitab : Ringkasan Kaedah Fiqhiyyah)

    Ahad, 20 Julai 2008
    (17 Rejab 1429)
    Jam 9.00 pg - 12.30 tghr
    (Kitab : Hadis 10 Sahabat & Nasihat Agama)

    tempat
    Dewan Solat MASJID AL FALAH SUBANG JAYA

    Posted at 09:26 am by ahlulbait
    Comment (1)  

    FORUM PERDANA

    FORUM PERDANA
    tajuk
    HAL EHWAL ISLAM
    ahli panel
    DATO TUAN IBRAHIM TUAN MAN
    U ABD GHANI ABD RAHMAN
    U YUSAINI YAHYA (MEDERATOR)
    pada
    24 JAMADIL AKHIR 1429
    28 JUN 2008, HARI SABTU
    waktu
    SELEPAS SOLAT MAGHRIB
    8.00 MALAM - 10.00 MALAM
    tempat
    DEWAN SOLAT , MASJID AL-FALAH, SUBANG JAYA.

    Posted at 09:24 am by ahlulbait
    Make a comment  

    Perkataan Ulama Nusantara tentang Wahhabi oleh Ust Abdullah (al-fanshuri)

    Perkataan Ulama Nusantara tentang Wahhabi oleh Ust Abdullah (al-fanshuri) May 20, '08 12:28 AM
    for everyone

    Al-Marhum Tuan Guru Haji Abdullah bin Haji Ibrahim atau lebih dikenali dengan panggilan Haji Abdullah Fahim. Tokoh ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Seorang ulama tersohor. Perhatikan apa yang beliau katakan.


    بسم الله الرحمن الرحيم. الحمدلله والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه . اما بعد

    Tuan-tuan sedia maklum, beratus-ratus tahun bahawa orang bangsa Melayu se Malaya ini dari peringkat ke bawah hingga peringkat ke atas, awam-awam, qadhi-qadhi, ulama-ulama, menteri-menteri, hingga raja-raja, sekalian mereka itu bermazhab dengan Mazhab al-Imam asy-Syafie ijma'an. Tiada seorangpun yang bermazhab lain daripada mazhab Syafie (يحرم خرق الاجماع).

     

     

    Ambil mereka itu hukum-hukum feqah Syafie daripada kitab Tuhfah, dan kitab Nihayah hingga kitab al-Umm dan mukhtasharatnya dan terjemahnya kepada bahasa Melayu seperti Sabil al-Muhtadin, Bughyah al-Tullab, dan Matla’ al-Badrain dan lainnya. Usuluddin atas perjalanan Abi al-Hasan al-Asy'ari. Diambil dari syuruh dan hawasyi Umm al-Barahin, dan Jauharah dan sebagainya daripada kitab-kitab Melayu. Ilmu tasawuf atas perjalanan al-Imam al-Ghazali diambilkan daripada Minhaj al-Abidin, Ihya' Ulumiddin dan terjemahnya kepada bahasa Melayu, seperti Sair as-Salikin. Maka ini kitab-kitab dan seumpamanya, segala hukum dalamnya kesemuanya mengistinbat daripada al-Quran dan hadits yang dihalusi dan ditapis oleh ulama-ulama ajilla', diamal dengan dia sudah lebih daripada seribu tahun dan diterjemah kepada bahasa Melayu beratus-ratus tahun.'

     

    [Dirumikan dari tulisan tangan Tuan Guru Hj Abdullah Fahim yang disiarkan di dalam buku Tokoh-tokoh Ulama’ Semenanjung Melayu (2); Terbitan Majlis Ugama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan; Cetakan Tahun 1996; Halaman 39]


    Antara pesanan al-Marhum Tuan Guru lagi:

    “(Nasihat) supaya jangan berpecah belah oleh bangsa Melayu sendiri. Sekarang sudah ada timbul di Malaya mazhab Khawarij yakni mazhab yang keluar dari mazhab empat mazhab ahli al-Sunnah wal Jamaah [yang beliau maksudkan adalah golongan kaum muda @ Wahabi][1]. Maksud mereka itu hendak mengelirukan faham awam yang sebati dan hendak merobohkan pakatan bangsa Melayu yang sejati. Dan menyalahkan kebanyakan bangsa Melayu……. hukum-hukum mereka itu diambil dari kitab Huda al-Rasul yang mukhasar daripada kitab Huda al-‘Ibad dikarang akan dia oleh Ibnu Qayyim al-Khariji, maka Ibnu al-Qayyim dan segala kitabnya ditolak oleh ulama' ahl as-Sunnah wa al-Jamaah

    Tuan-tuan bangsa Melayu jangan tertipu daya hasutan mereka itu dikeluar hukum-hukum yang tiada terpakai dalam mazhab Syafie, dan fatwa mereka itu masalah yang buruk-buruk, sudah terdengar kepada awam, harapan bangsa Melayu jangan berpecah belah sesama bangsa sendiri ……

     

     

    Bahkan pesanan beliau lebih keras lagi:

     

    “Siapa yang datang kepada kamu dan menyuruh kamu semua supaya taat kepada seorang lelaki tertentu tujuannya untuk memecahkan persatuan kamu dan menghancurkan kesatuan kamu, maka bunuhlah akan dia …….”

     

    [Tokoh-tokoh Ulama’ Semenanjung Melayu (2); Terbitan Majlis Ugama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan; Cetakan Tahun 1996; Halaman 37 dan 38]



    Notakaki:

    Menurut Sayyid Muhammad Amin ibn Sayyid Umar ibn Sayyid ‘Abdul al-‘Aziz ibn Sayyid Ahmad ibn Sayyid ‘Abdurrahim ibn Sayyid Najmuddīn ibn Sayyid Muhammad Shalahuddīn atau lebih dikenali sebagai ‘ Imam Ibn ‘Abidin asy-Syami [wafat 1252H/1836M] menyebut didalam kitabnya Raddul Muhtar ‘ala ad-Durrul Mukhtar:

     

    Bab: Berkenaan Pengikut-pengikut [Muhammad] Ibn Abdul Wahhab, Golongan Khawarij Dalam Zaman Kita.


    …sepertimana yang berlaku pada masa kita ini pada pengikut [Muhammad] Ibn Abdul Wahhab yang keluar dari Najd dan menakluki al-Haramayn (Mekah dan Madinah) dan mereka bermazhab dengan mazhab al-Hanbali tetapi mereka ber’iktikad bahawa hanya mereka sahajalah orang Islam dan orang-orang yang bertentangan akidah dengan mereka adalah kaum Musyrik. Dengan ini mereka pun menghalalkan pembunuhan Ahli Sunnah dan pembunuhan ulama’-ulama’ mereka sehingga Allah SWT mematahkan kekuatan mereka dan memusnahkan negeri mereka dan askar Muslim berjaya menawan mereka pada tahun 1233 H.

     

    [Terjemahan ini dan gambar kitab dan helaiannya berkenaan diambil dari blog al-ashairah]



    Al-Marhum Tuan Guru Haji Muhammad bin Haji Wan Idris Bermin al-Fathani atau lebih dikenali dengan panggilan Tok Bermin (1290H/1873M - Khamis 29 Zulkaedah 1376H/
    27 Jun 1957M). Beliau merupakan shahabat kepada Tok Kenali dan Tok Kelaba.

    Di dalam sebuah manuskrip tulisan tangan Tok Bermin yang dimiliki oleh al-Marhum Tuan Guru Haji Wan Muhammad Shaghir, dimana didalam kitab tersebut Tok Bermin meriwayatkan peristiwa kedatangan dua orang dari Minangkabau ke Legor menyebarkan ajaran Kaum Muda [Wahabi]. Mukadimah tulisan Tok Bermin adalah sebagai berikut:

    Dan adalah pada hari Sabtu, 26 Syawal, dan hari Isnin, 28 Syawal juga, pada tahun [atau] sanah 1347 [Hijrah], perhamba al-Haji Wan Muhammad Bermin, Jambu, periksa dan tanya akan ‘Abdullah dan Burhan orang Minangkabau. Yang keduanya [itu adalah] setengah daripada Kaum Muda [Wahabi] yang duduk berjalan menyesatkan orang-orang. Di dalam negeri Legor diperiksa di dalam Masjid al-Haji Mat, Kampung Baru. Dan di dalam Masjid al-Haji Mahmud di hadapan Imam Shiddiq, dan Penghulu Hamzah, dan al-Haji Mat sendiri dan al-Haji Mahmud, dan beberapa banyak daripada manusia.


    [Tarikh kejadian yang disebut oleh Tok Bermin iaitu 26 dan 28 Syawal 1347H itu adalah bersamaan dengan 6 dan 8 April 1929M. Memperhatikan tarikh ini bererti masih dalam lingkungan tahun-tahun yang sama dengan pertentangan Kaum Tua dan Kaum Muda di Sumatera. Tok Bermin lahir pada tahun 1290H/1873M, bererti dia lebih tua sekitar enam tahun daripada Syeikh Abdul Karim Amrullah, pelopor Kaum Muda di Minangkabau yang lahir pada 1296H/ 1879M. Kemungkinan Abdullah dan Burhan yang berasal dari Minangkabau yang disebut oleh Tok Bermin pada petikan di atas adalah termasuk murid Syeikh Abdul Karim Amrullah. Tidak dapat dinafikan bahawa Tok Bermin dan Syeikh Abdul Karim Amrullah telah kenal sejak di Mekah kerana kedua-duanya adalah belajar dengan para ulama Mekah yang sama.]

    Selanjutnya Tok Bermin menulis:

    Maka telah nyata bahawasanya ‘Abdullah dan Burhan bukan daripada orang yang mengikut Imam Syafie. Bahkan bukan daripada mazhab yang empat. Dan keduanya bawa bercakap dengan kitab bagi Imam Syafie itu kerana menipu dan supaya menyangka orang yang mendengar akan kedua-duanya itu orang yang mengikut Syafie, padahal bukan Syafie.Dan jika tiada keduanya bawa bercakap-cakap dengan ‘Kitab Umm’ itu, nescaya tiada seorang pun mengikut akan keduanya daripada permulaan masuk Abdullah dan Burhan ke dalam negeri Legor.


    Tulis Tok Bermin selanjutnya:

    Dan sebab keluar keduanya dari mazhab itu, kerana menafi oleh keduanya akan ijmak dan qiyas. Dan keduanya ikut nas al-Quran dan hadits sahaja. Dan padahal ijmak dan qias itu, keduanya adalah setengah daripada dalil-dalil yang buat menghukum ‘ulama’ dengan dia.

     

    Tok Bermin membahaskan perkara tersebut dengan panjang lebar dan mendalam menggunakan hujah-hujah yang mantap ditinjau daripada pelbagai ilmu sebagaimana yang digunakan oleh jumhur ulama. Oleh sebab Tok Bermin memang pakar dalam banyak bidang ilmu, terutama ilmu alat, iaitu nahu dan sharaf. Abdullah dan Burhan kurang mengetahui tentang kedua-dua ilmu itu terpaksa diam saja.

     [Tulisan ini adalah merupakan petikan dari tulisan al-Marhum Tuan Guru Haji Wan Muhammad Shaghir Wan Abdullah didalam akhbar Utusan
    Malaysia, ruangan Ulama Nusantara, Tok Bermin al-Fathani. Semoga Allah melimpahkan rahmatNYA kepada kedua orang ulama' ini.]

    Jelas Tok Burmin menolak fahaman kaum muda atau Wahabi ini. Jika kita terima ajaran Wahhabi, maknanya kita tolak fatwa ulama-ulama kita yang dahulu-dahulu yang terkenal dengan ke’aliman dan ketaqwaannya.



    Haji Abu Bakar bin Haji Hasan al-Muari bin Haji Ahmad bin Anggak bin Datuk Sijo Bukit Moh, Muar Bandar Maharani, Johor. Beliau dilahirkan pada tahun 1292 Hijrah/1875 Masihi, dan meninggal pada tahun 1357 Hijrah/1938 Masihi. Selama 34 tahun beliau berada di Mekah untuk menuntut ilmu, iaitu ketika usianya enam tahun (1881M/1299H.) dan pulang ke tanah air pada tahun 1915 Masihi.

    Antara guru-guru beliau di Mekah ialah Syeikh Ahmad bin Muhammad Yunus Lingga. [kepada ulama ini, beliau mendalami kitab hadits Bukhari], Syeikh Abdullah bin Qasim as-Sanquri, iaitu ulama yang berasal dari dunia Melayu yang menjadi ketua qiraat tujuh di Hijaz pada zaman itu. Syeikh Muhammad Nur al-Fathani [mendalami ilmu falak], Syeikh Muhammad Mukhtar bin Atharid Bogor dan Syeikh Umar bin Abdur Rasyid as-Sumbawi.

    Dalam mempertahankan kaum tua [yang berpegang kepada ‘asya’irah dalami ilmu tauhid dan bermazhab Syafie dalam fiqih] Haji Abu Bakar Qadhi mengarang beberapa risalah menolak pendapat Hasan Bandung dan Shaikh Thahir Jalaluddin, yang merupakan ulama kaum muda dan sebuah karya di dalam bahasa Arab untuk menolak beberapa pendapat Sayid Rasyid Ridha, ulama Mesir yang merupakan, tokoh reformis yang sangat terkenal. Antara kitabnya itu bertajuk Taman Persuraian Membatalkan Perkataan asy-Syaikh MuhammadThahir Jalaluddin al-Minankabawi …, Mustika ‘Ajaaib Pada Menyatakan Hukum dan Kelebihan Membaca Maulid Nabi Kita
    صلى الله عليه وسلم, Cogan Perikatan Pada Menyatakan Sunat Berlafadz Usolli, Taufan Yang Memalui Atas Huraian Haji Thahir Al-Minankabawi dan lain-lain.

    Tuan Guru Haji Abdul Qadir Sekam atau Ayah Dir Sekam atau nama penuhnya ialah Syaikh 'Abdul Qadir bin Haji Wangah bin 'Abdul Lathif bin Utsman. Tokoh mutakhir Fathani Darussalam [sehingga penghujung abad 20] yang paling banyak menulis. Lahir pada 1340H/1921M di Kampung Sekam. Di dalam kitab beliau Irsyadul Jawiyyin ila Sabilil Ulama-il ‘Amilin mengandungi bahasan mengenai kesesatan dan kesilapan Wahhabi dan Muhammad Abdul Wahab.

    Tuan Guru Syaikh Abdul Qadir bin Abdul Muthalib al-Indonisi al-Mandili. Seorang ulama yang terkenal mengajar di Masjidil Haram di Mekah. Merupakan mahaguru ulama seNusantara disekitar tahun 50an.

    Beliau menulis beberapa kitab untuk menolak fahaman kaum Muda [Wahabi] antaranya kitab bertajuk Sinar Matahari Buat Penyuluh Kesilapan Abu Bakar al-‘Asy’ari [pelopor fahaman kaum muda @ wahabi di negeri Perlis Indera Kayangan]. Kitab tersebut ditulis di Makkah al-Mukarramah dan selesai penulisannya pada hari Sabtu 4 Syawal 1378H.

    Sebuah lagi kitab yang beliau tulis, bertajuk al-Mazhab atau Tiada Haram Bermazhab. Kitab ini beliau tulis untuk memenuhi permintaan Tuan Guru Haji Hasan Ahmad al-Fathani bagi menjawab sebuah kitab tulisan seorang pemuka kaum muda @ Wahabi bernama Hasan Ahmad Bandung bertajuk al-Mazhab, Wajibkan atau Haramkah Bermazhab? Selain itu beliau juga mentahqiqkan kitab karangan murid beliau, Ismail bin Ahmad bin Muhammad Salleh at-Fathani al-Langgoori bertajuk Minhaaj al-Saalimin fi Thoriqah al-Mutaqaddimin Maka jelas menunjukkan beliau menolak akan fahaman Wahabi yang mengeliru dan menyesatkan itu.

    Jelas bahawa ulama-ulama diatas menolak fahaman/ajaran yang dibawa oleh kaum muda atau Wahabi. Jika kita terima ajaran Wahhabi, maknanya kita tolak fatwa ulama-ulama kita yang dahulu-dahulu yang terkenal dengan ke’aliman dan ketaqwaannya.

    Syaikh Ahmad Khatib bin Abdul Lathif bin Abdullah al-Minankabawi lahir pada hari Isnin, 6 Zulhijjah 1276H/26 Jun 1860M di Sumatera dan pada wafat 9 Jumadilawwal 1334H/13 Mac 1916M di Mekah. Salah seorang ulama melayu yang telah mengangkat martabat ulama melayu kerana beliau pernah menjadi imam dan khatib dalam Mazhab Syafie di Masjidilharam Mekah. Antara guru-guru beliau adalah Sayid Bakri Syatha, Sayid Ahmad bin Zaini Dahlan, Syeikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki. Antara muridnya pula adalah Syaikh Hasan Ma’sum dan Syaikh Abdul Karim Amrullah [ayahanda kepada Buya HAMKA]. Seketika berlaku polemik diantara kedua murid beliau iaitu Syaikh Hassan Ma’sum yang beraliran ‘kaum tua’ dan Syaikh Abdul Karim Amrullah [ dikenali juga dengan Haji Rasul Amrullah, wafat 2 Jun 1945 - gambar sebelah] yang beraliran ‘kaum muda’, Syaikh Ahmad Khatib telah menyebelahi muridnya Syaikh Hassan Ma’sum dan dengan tegas menulis Ibnu Taimiyah, Ibnu Qayyim dan Wahabiyah yang diikuti oleh anak murid beliau [Syaikh Abdul Karim Amrullah] adalah sesat. Menurut Syaikh Ahmad Khatib Minangkabau, golongan tersebut sesat kerana keluar daripada fahaman Ahl as-Sunnah wa al-Jamaah dan menyalahi pegangan mazhab yang empat. Antara tulisannya ialah al-Khiththah al-Mardhiyah fi Raddi fi Syubhati man qala Bid’ah at-Talaffuzh bian-Niyah, Nur al-Syam’at fi Ahkam al-Jum’ah dan lain-lain.

    Diantara nasihatnya: “Maka betapakah akan batal dengan fikiran orang yang muqallid yang semata-mata dengan faham yang salah dengan taqlid kepada Ibnu al-Qaiyim yang tiada terpakai qaulnya pada Mazhab Syafie. ……………Maka wajiblah atas orang yang hendak selamat pada agamanya bahawa ia berpegang dengan segala hukum yang telah tetap pada mazhab kita. Dan janganlah ia membenarkan akan yang menyalahi demikian itu daripada fatwa yang palsu.”



    Datuk Saiyid Alwi bin Thahir al-Haddad lahir di Bandar Qaidun, Hadhramaut, Yaman pada 14 Syawal 1301H/7 Ogos 1884M dan beliau wafat pada pada 17 Jumadilakhir 1382H bersamaan14 November 1962M. Dilantik menjadi Mufti Johor sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1934 – 1941 dan 1947 - 1961. Antara guru-guru beliau ialah Habib Ahmad bin al-Hasan al-Attas, Habib Thahir bin Umar al-Haddad, Habib Muhammad bin Thahir al-Haddad, Habib Abdullah bin Thaha al-Haddad, Habib Thahir bin Abi Bakri al-Haddad dan al-Mu'ammar Sirajuddin Umar bin Utsman bin Muhammad Ba Utsman al-Amudi ash-Shiddiqi al-Bakari.




    Saiyid Alwi al-Haddad ialah seorang ulama yang berpendirian keras dan tegas mempertahankan hukum syarak menurut aliran ‘kaum tua’. Beliau sangat menyanggah pendapat dan pegangan Syaikh Ahmad bin Muhammad as-Surkati dan yang lebih keras dibantahnya ialah A. Hassan bin Ahmad Bandung, bahkan Saiyid Alwi al-Haddad yang mengharamkan karya-karya A. Hassan Bandung di Johor demi untuk membendung menularnya fahaman kaum muda @ wahabi. [Syaikh Ahmad bin Muhammad as-Surkati dan A. Hassan Bandung – wafat pada
    10 November 1958 - adalah merupakan ulama ‘kaum muda’]




    Didalam Fatwa Mufti Kerajaan Johor yang telah difatwakan oleh Allahyarham al-‘Allamah Dato’ Sayyid Alwi bin Thahir al-Haddad, Mufti Kerajaan Johor 1936 – 1961M = 1356 – 1381H, dikumpul dan diterbitkan oleh Bahagian Penerbitan Jabatan Agama Johor, halaman 397 – 399:

    PERKARA: MENGENAL KAUM MUDA –WAHHABI-DAN MUSUH-MUSUH ISLAM.

    Soalan: Bagaimanakah dapat kenal atau ketahui alamat-alamat kaum muda (wahhabi) itu? Adakah kaum muda itu terjumlah dalam golongan Islam?

    Jawab: Jawab Soalan Pertama:Yang dikatakan Kaum Muda (Wahhabi) pada pertuturan orang-orang zaman ini (zaman beliau) ialah suatu kumpulan orang-orang yang tiada mengerti dan faham tentang Islam, mereka bersungguh-sungguh hendak menghampir dan menyatukan agama Islam kepada agama lain. Apa jua perkara yang terbit daripada agama Kristian atau Majusi, mana yang dipandang mereka molek dan elok pada zhohirnya berkehendaklah mereka memalingkan hukum-hukum Islam kepadanya seperti berkata setengah mereka itu (wahhabi): Babi itu suatu binatang yang suci, dan berkata setengah yang lain pula; Tiada sah ruju’ dengan tiada redha perempuan, dan berkata yang lain pula; Nabi Allah ‘Isa
    عليه السلام berbapa seperti perkataan orang-orang Yahudi.”

    Setengah dari alamat (ciri-ciri) mereka itu (wahhabi):

    Mereka marahkan Imam-Imam Mazhab yang empat dan ulama’ fiqh, mereka mengaku mengetahui al-Quran dan al-Hadits Nabawi.

    Mereka membangkang ijma’, menyebarkan masalah khilaf di antara umat-umat Islam supaya menambah porak peranda umat-umat Islam sebagai mana disukai oleh seteru-seteru Islam.

    Apabila mereka melihat orang-orang Islam tiada menyentuh al-Quran melainkan kemudian daripada mengambil air sembahyang, mereka (wahhabi) berkata; Harus menyentuh al-Quran dengan tiada air sembahyang.

    Apabila mereka melihat orang Islam tiada membaca al-Quran melainkan kemudian daripada bersuci daripada hadats besar, mereka (wahhabi) berkata; Harus membaca al-Quran kalau ada hadats besar sekalipun.

    Apabila mereka melihat orang-orang Islam menjauhkan diri daripada najis seperti arak dan babi, mereka berkata ; Kedua-dua perkara itu suci. Mereka mencita-cita (bercita-cita) supaya orang Islam menjadi seperti orang Majusi. Mereka berlumur dengan lemak babi dan mencurahkan arak kepada bajunya kemudian sembahyang.

    Setengah mereka itu sepanjang hari memain (bermain) kemaluannya atau menyentuh kemaluan isterinya beberapa kali kemudian boleh dia sembahyang (‘la za’mihim) dengan tiada mengambil air sembahyang.

    Lagi demikian jua kalau ia membuat rantai leher daripada daging babi atau memakai kulit babi yang basah kemudian pergi sembahyang, nescaya sah sembahyang disisi mereka.

    Kalau mereka bergelumbang dalam reban ayam atau kandang kambing atau lembu dan jadi baunya sebusuk-busuk manusia, kemudian ia sembahyang sah juga sembahyang disisi mereka.

    Dan setengah dari ‘alamat mereka itu (wahhabi), mereka bersungguh mengamat-amati dan mengambil susah dalam perkara yang kecil-kecil seperti talqin, tahlil dan seumpamanya dan tiada menghiraukan perkara-perkara yang besar-besar seperti dosa-dosa besar yang telah membiak setengah daripadanya berzina, riba, was-was sangka pada Allah dan mengajar kanak-kanak Islam agama yang bukan Agama Islam. Perkara ini semua tiada disebut (dititik beratkan oleh wahhabi)dan tiada dihiraukannya.

    Dan setengah daripada ‘alamat mereka itu, mereka berseteru dan merekakan masalah-masalah fiqh yang tiada padanya khilaf, barangsiapa menyalahi akan mereka itu pada satu daripada masalah-masalah fiqah seperti suatu hukum daripada hukum-hukum sembahyang atau sujud sahwi atau tayammum atau sunnah talqin, nescaya mereka jadikan orang itu seteru, terus diingkarkannya.

    Semuanya ini ialah adat orang-orang khawarij (orang-orang yang benci akan Sayyidina ‘Ali karramahu wajhah) dan ‘adat ahlul bid’ah yang menyalahi puak-puak Islam kerana sahabat-sahabat Nabi صلى الله عليه وسلم, al-Tabi’in, mereka yang kemudian daripada Imam-imam mazhab yang empat dan sekalian ‘ulama’ mazhab, mereka bersalah-salahan (berselisihan pendapat) pada beberapa masalah dalam masalah fiqah (furu’ fiqhiyyah) tetapi mereka tiada berseteru diantara setengah dengan setengahnya dengan sebab bersalah-salahan ambilnya itu kerana bukannya bersalahan itu pada usul (asal masalah) bahkan pada furu’ (cawangan-cawangan) sahaja. …….


    Syaikh Hasan Ma’shum Mufti Kerajaan Deli yang nama lengkapnya ialah Hasanuddin bin Muhammad Ma’shum bin Abi Bakar ad-Dali (Deli). Namun lebih dikenali dengan Syaikh Hasan Ma’shum. Asal keturunan dari Acheh kemudian berpindah ke Deli. Lahir di Labuhan Deli, Sumatera Utara pada tahun 1300H/1882M dan wafat di
    Medan pada 24 Syawal 1355H/7 Januari 1937M. Ayah dan datuknya juga merupakan ulama. Seorang pembela kamu tua ketika berlaku pertembungan pendapat antara kaum tua dan kaum muda. Antara kitab yang beliau tulis untuk menyanggah pendapat kaum muda adalah Al-Quthufat as-Saniyah fi Raddi Ba’dhi Kalam al-Fawaid al-‘Aliyah [kitab ini mendapat pujian dari gurunya Syeikh Ahmad Khatib Minangkabau dan Syeikh Abdul Qadir Shabir al-Mandaili], Beberapa Masail [untuk menangkis 19 perkara yang dilemparkan oleh Kaum Muda @ Wahabi yang dianggap bidaah oleh mereka iaitu antaranya tentang melafazkan ‘Usalli’, membaca talkin, mengaji (membaca al-Quran) di kubur,berdiri ketika marhaban, mempercayai ulama, lafaz ‘Saidina’ dalam shalawat, qadha sembahyang, mengangkat tangan ketika qunut, ziarah makam Nabi صلى الله عليه وسلم , membaca al-Quran untuk orang mati, fidyah sembahyang, ziarah kubur dan lain-lain lagi. Kitab ini dicetak pada tahun 1929 (cetakan kedua)]

    Jelas bahawa ulama-ulama diatas menolak fahaman/ajaran yang dibawa oleh kaum muda atau Wahabi. Jika kita terima ajaran Wahhabi, maknanya kita tolak fatwa ulama-ulama kita yang dahulu-dahulu yang terkenal mereka itu dengan ke’aliman dalam pelbagai cabang ilmu, kewarakan dan ketaqwaannya.

    Kata al-Marhum Tuan Guru Syaikh Wan Muhammad Shaghir bin Wan Abdullah:

    Ada orang jadi masyhur namanya kerana mempertahankan sesuatu pegangan yang diamalkan oleh orang ramai. Tidak dinafikan juga bahawa seseorang jadi masyhur kerana membantah amalan orang lain. Seseorang yang mempertahankan pegangan, sama ada yang betul ataupun yang salah, ada yang terikat dengan adab-adab yang tertentu, tetapi tidak sedikit yang tiada beradab. - Walau bagaimana hebat pun seseorang memperoleh kemasyhuran sanjungan manusia, tetapi jika pemikiran, pekerjaan dan perbuatannya tiada diredhai Allah, dia bukanlah seorang yang bijak. Hakikatnya dialah orang yang paling bodoh”

     



    (sumber: http://al-fanshuri.blogspot.com/ )

    Posted at 09:22 am by ahlulbait
    Make a comment  

    Next Page