Sesungguhnya Allah hendak menghapuskan noda dan kotoran dari kamu sekalian, ahlulbaiyt, dan mensucikan kamu sekalian dengan sesuci-sucinya."
(al-Quran s.al-Ahzab:33)
Nabi s.a.w.bersabda, "Yang terbaik diantara kamu sekalian ialah yang terbaik perlakuaannya terhadap ahlulbaiytku, setelah aku kembali kehazirat Allah." (Hadis Sahih dari Abu Hurairah r.a. diriwayatkan oleh al-Hakim, Abu Ya'la, Abu Nu'aim dan Addailamiy)
Imam Syafi'i r.a. dalam banyak syair beliau telah melahirkan rasa cinta dan kasih sayang beliau kepada Ahlulbaiyt Rasulallah s.a.w.antara syair beliau yang banyak itu, beliau pernah bermadah:
"Wahai Ahlulbait Rasulallah !
Kecintaan kepadamu adalah kewajiban dari Allah, yang turun dalam
al-Quran. Cukuplah bukti betapa tingginya kamu sekalian. Tiada sempurna sholat tanpa shalawat untuk anda sekalian."
HADIS NABIBerkaitan Ahlulbait :
1.Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Penduduk Yaman datang, mereka lebih lembut hatinya. Iman ada pada orang Yaman. Fekah juga ada pada orang Yaman. Kemudian hikmat juga ada pada orang Yaman
2.Hadis Abi Mas'ud Uqbah bin Amru r.a katanya:
Nabi s.a.w memberi isyarat dengan tangan ke arah Yaman, seraya bersabda: Ingatlah, sesungguhnya iman ada di sana sedangkan kekerasan dan kekasaran hati ada pada orang-orang yang bersuara keras berhampiran pangkal ekor unta ketika muncul sepasang tanduk syaitan, iaitu pada Bani Rabi'ah dan Bani Mudhar
3. Nabi s.a.w. bersabda:
“Sesiapa yang dilambatkan oleh amalannya, tidaklah dia dipercepatkan oleh nasab keturunannya.”
4. Dari Abdul Muthalib ibnu Rab’ah ibnul Khariif, katanya Rasulullah SAW telah bersabda : ” Sesungguhnya sedeqah itu berasal dari kotoran harta manusia dan ia tidak dihalalkan bagi Muhammad mahupun bagi keluarga Muhammad .” (HR Muslim)
5. At-Thabarani dan lain-lain mengketengahkan sebuah Hadeeth yang bermaksud; “Belum sempurna keimanan seorang hamba Allah sebelum kecintaannya kepadaku melebihi kecintaannya kepada dirinya sendiri; sebelum kecintaannya kepada keturunanku melebihi kecintaannya kepada keturunannya sendiri; sebelum kecintaannya kepada ahli-baitku melebihi kecintaannya kepada keluarganya sendiri, dan sebelum kecintaannya kepada zatku melebihi kecintaannya kepada zatnya sendiri .”
6. Diriwayatkan oleh Ahmad dan At-Tarmizi dari `Ali RA bahawa Rasulullah SAW bersabda :”Barangsiapa mencintai kedua orang ini, yakni Hassan,Hussein dan ayah serta ibunya, maka ia bersama aku dalam darjatku di Hari Kiamat
7. Ibnu `Abbas RA berkata bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda : “Cintailah Allah atas kenikmatan yang diberikanNya kepadamu sekelian dan cintailah aku dengan mencintai Allah dan cintailah ahlul-baitku kerana mencintaiku”
8. Ad- Dailami meriwayatkan sebuah Hadeeth dari `Ali RA yang menyebut sabda Rasulullah SAW: “Di antara kalian yang paling mantap berjalan di atas sirath ialah yang paling besar kecintaannya kepada ahlul-baitku dan para sahabatku.”
9. Diriwayatkan oleh At-Thabarani, bahawa Jabir RA mendengar `Umar ibnu Khattab RA berkata kepada orang ramai ketika mengahwini Ummu Kalthum binti `Ali bin Abu Thalib : “Tidakkah kalian mengucapkan selamat untukku? Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: ` Semua sabab (kerabat) dan nasab (salasilah keturunan) akan terputus pada hari kiamat kelak kecuali kerabat dan nasabku’.
10. Hadeeth Thaqalain riwayat Zaid bin Al-Arqam RA menyebut : “Kutinggalkan di tengah kalian dua bekal. (Yang pertama): Kitabullah, di dalamnya terdapat petunjuk dan cahaya terang. Hendaklah kalian ambil dan berpegang teguh padanya.dan (kedua) :Ahli Baitku. Kalian kuingatkan kepada Allah mengenai Ahli-Baitku! Kalian kuingatkan kepada Allah mengenai Ahli-Baitku!”
11.Imam Ahmad bin Hambal meriwayatkan dalam Hadeeth lain: “Apabila bintang-bintang lenyap, lenyaplah penghuni langit; dan apabila ahli-baitku lenyap, lenyap pula penghuni bumi.”
12.Sebuah Hadeeth riwayat Al Hakim dan disahihkan oleh Bukhari & Muslim menyebut : “Bintang-bintang merupakan (sarana) keselamatan bagi penghuni bumi (yang sedang belayar) dari bahaya tenggelam/karam sedangkaan ahlul-baitku sarana keselamatan bagi umatku dari perselisihan (dalam agama). Bila ada satu kabilah Arab yang membelakangi ahlul-baitku, mereka akan berselisih kemudian menjadi kelompok Iblis.”
13. Hadeeth Rasulullah SAW dari Abu Dzar menyatakan :” Ahlul- baitku di tengah kalian ibarat bahtera Nuh. Siapa yang menaikinya ia selamat dan siapa yang ketinggalan ia binasa.”
14. Abu Dzar Al- Ghiffari RA menuturkan bahawa ia mendengar sabdaan Rasulullah SAW :”"Jadikanlah ahlul-baitku bagi kalian sebagai kepala bagi jasad dan sebagai dua belah mata bagi kepala.”
15. Hadeeth riwayat Imam At-Tarmidzi, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : “Dunia tidak akan berakhir sehingga bangsa Arab dipimpin oleh seorang lelaki dari keluargaku yang namanya menyerupai namaku.
SUMBANGAN DERMA UNTUK ANAK YATIM
Bagi yang ingin menderma dan memberi sumbangan kepada Rumah Kebajikan bagi anak yatim, bantuan pendidikan, bantuan fakir miskin, bantuan saudara baru, kaunseling, motivasi dan kem bina insan yang diuruskan oleh Pengurusan Dar Ar Rahman boleh membuat bayaran ke Maybank Akaun : 56-454-8121-325. Untuk keterangan lanjut hubungi saudara Nur Muhammad : HP: 017-2602690. Semoga sumbangan anda diberkati oleh Allah S.W.T.
web analysis Maybank Akaun : 56-454-8121-325 . Untuk keterangan lanjut hubungi saudara Nur Muhammad : HP: 017-2602690. Semoga sumbangan anda diberkati oleh Allah S.W.T.
Imam al-Bukhari dilahirkan pada 13 Syawwal 194 di Kota Bukhara. Beliau rahimahUllah adalah seorang amirul mukminin dalam bidang ilmu hadits. Kitab "Jami'ush Shohih" karyanya diakui sebagai kitab kedua paling shohih setelah al-Quran. Ramai ulama yang mensyarahkan karya ini, antaranya Imam Ibnu Hajar al-'Asqalani dengan "Fathul Bari", Imam al-Qasthalani dengan "Irsyadus Sari" dan Imam Badruddin al-'Ayni dengan "Umdatul Qari". Selain mensyarahkannya, maka ada pula ulama yang meringkaskannya agar kandungan kitab asalnya dapat dimanfaati pula oleh golongan awam yang mungkin kesibukan untuk mentelaah kitab asalnya. Antaranya yang terkenal adalah Imam az-Zabidi dengan "at-Tajridush Shorih", Imam al-Qasthalani dengan "Jawahirul Bukhari"nya dan Imam 'Abdullah bin Abu Jamrah dengan "Mukhtashar"nya.
Sungguh kitab shohih karya Imam al-Bukhari ini telah mendapat pandang istimewa para ulama. Selain dibaca untuk mendapat petunjuk daripada sabdaan Junjungan Nabi s.a.w., para ulama turut menyatakan keistimewaan lain bagi pembacaan kitab ini. Contohnya Imam 'Abdullah bin Abi Jamrah menukilkan dalam mukhtasharnya bagi kitab tersebut menyatakan seperti berikut:-
Aku memilih untuk menjadikan kitab al-Bukhari ini kerana ianya adalah kitab hadits yang paling shohih, juga kerana pengarangnya Imam al-Bukhari rhm. adalah seorang sholih yang mustajab doanya dan beliau telah mendoakan para pembacanya. Telah memberitahuku para qadhi yang ahli ma'rifah lagi luas perjalanan mereka (yakni dalam mencari ilmu) yang telah aku temui, daripada para pemuka agama yang diakui keutamaan mereka bahawasanya kitab Imam al-Bukhari ini tidaklah dibaca oleh seseorang pada waktu kesusahan melainkan dilepaskan dia dari kesusahan tersebut dan tidak tenggelam kenderaan yang membawa kitab tersebut sekali-kali.
Oleh itu, tidak pelik jika menjadi tradisi sebahagian ulama untuk menjadikan pembacaan dan pengajian kitab hadits ini sebagai wirid mereka. Di kalangan para habaib, tradisi membaca hingga khatam kitab Shohih al-Bukhari terutama sekali dalam bulan Rajab telah berjalan sudah ratusan tahun. Menurut penjelasan Habib Salim asy-Syathiri, tradisi Khatam Bukhari pada bulan Rajab telah dimulakan olehSyaikh Abul Khair Ahmad bin Manshur asy-Syammadz, seorang ulama ahli hadits yang 'abid dari Kota Zabid. Beliaulah yang telah mengajak kaum muslimin untuk membaca dan mentelaah sehingga tamat akan Shohih al-Bukhari di Masjid Jami' Zabid.
Kota Zabid ini telah melahirkan ramai ulama terkemuka, antaranya ialah Imam Zainuddin Ahmad bin 'Abdul Lathif az-Zabidi (w. 893H) . Beliau inilah yang telah menulis ringkasan Shohih al-Bukhari yang diberinya jodol "at-Tajridush Shorih li ahaadits al-Jami' ash-Shohih". Maka di sesetengah tempat, Khataman al-Bukhari dilaksanakan dengan membaca dan menamatkan kitab mukhtashar ini. Sungguh tradisi yang mendekatkan umat kepada kitab panduan kedua setelah al-Quran yang suci sepatutnya tetap dilestari dan dimakmurkan. Dan hendaknya mereka-mereka yang mendakwa diri mereka pengikut sunnah, jangan menuding jari kepada para ulama kami dengan menuduh mereka tidak mempedulikan hadits, bahkan para ulama kami sentiasa menjunjung tinggi sabdaan Junjungan Nabi s.a.w. bahkan menjadi tradisi mereka untuk mengkhatamkan setidak-tidaknya Shohih al-Bukhari setiap tahun. Maka kamu yang mendakwa ahli hadits, berapa kali sudah kamu khatam dan telaah karya Imam Bukhari ini?
Alhamdulillah, terima kiriman daripada Sidi Abu Zahrah, antaranya kitab "ad-Durratun Naafi'ah fi Asyraathis Sa'ah" karya Syaikh Utsman Jalaluddin Penanti. Dulu ambo ada kitab ni, tapi pastu pass three pass four tak return return, nasib baik Sidi Abu Zahrah kasi copy se, syukran jazilan. Insya-Allah, dah dapat ni kena tunai janji plak nak kasi secopy kat kawan (harap sabar no. ambo gi sepotet dulu, nanti ambo anta se).
Berbalik kepada Syaikh Utsman Penanti, sapa yang tak kenal ilmu, warak dan ketokohan beliau. Murid Tok Kenali dan pengasas pondok Manabi'ul Ulum yang terkenal sehingga sekarang. Rupa-rupanya beliau sejak dahulu lagi telah memberi peringatan mengenai kebejatan puak Wahhabi ni. Dalam kitabnya itu, beliau terang-terang menyatakan bahawa PUAK WAHHABI IALAH PUAK YANG KELUAR DARIPADA AHLUS SUNNAH WAL JAMA'AH. Ni kalu nak marah ngan ambo tak kene ni, sebab ni bukan kata ambo tapi kata orang alim besar Tanah Melayu, Tok Syaikh Utsman Penanti rahimahUllah.
Moh kita tengok tulisan Syaikh Utsman Penanti pada halaman 15-16 dalam bab "Kenyataan Alamat Kiamat Yang Telah Jatuh", dinyatakan, antara lain:-
....... Puak Mariqin (yang mencarikkan dan yang merosakkan agama) dan telah menyuruh oleh Nabi s.a.w. akan bahawa kami berperang bersama - sama dengan 'Ali akan puak Mariqin itu, maka tiada kami lihat akan mereka itu kemudian daripada itu. Maka difaham daripada hadis ini bahawasanya zaman segala sahabat Nabi ada puak yang merosakkan agama, maka istimewa pula pada masa kita ini.
Dan diriwayat daripada Abi Sa'id akan hadis yang marfu' (yang berhubung sanadnya dengan Nabi) bahawasanya lagi akan dikeluarkan daripada ahli puak Mariqin ini oleh satu kaum yang membaca ia akan kitab Allah (Quran) pada hal otaknya masih basah, maka tiada melampaui ia akan halqum mereka itu (di dalam hati) bahkan pada mulut jua, lagi mencarik oleh mereka itu akan agama sebagaimana mencarik oleh anak panah akan tempat lontar, lagi membunuh mereka itu akan ahli Islam dan meninggalkan oleh mereka itu akan segala kafir yang menyembah akan berhala daripada bunuh. Bersabda Nabi: "Demi Allah, jikalau aku dapat akan mereka itu di dalam masa aku, nescaya aku bunuh akan mereka itu sebagai bunuh kaum 'Aad dan kaum Tsamud."
Dan dikehendakkan dengan suatu kaum itu ialah kaum yang keluar daripada Ahlus Sunnah wal Jama'ah seperti kaum Wahhabi dan kaum Rafidhi dan yang lain daripada mereka itu, kerana diriwayat hadis Ibnu 'Umar daripada Nabi s.a.w. bersabda ia akan keluar oleh manusia daripada pihak masyriq Madinah, hal keadaan mereka itu membaca oleh mereka itu akan Quran padahal tiada melampaui ia akan segala halqum mereka itu. Tiap-tiap diputuskan suatu kurun, nescaya digantikan oleh kurun yang lain pula hingga akhir mereka itu berhubung dengan keluar dajjal bersama-sama dengan Nabi 'Isa a.s. Kerana puak Wahhabi dan Rafidhi itu diam mereka itu pada pihak masyriq Makkah Madinah dan mereka itulah membaca akan Quran tiada melampaui ia akan halqum mereka itu. Bahkan pada mulut jua, tiada mesra ia pada memberi faedah ia akan mengikut mereka itu akan barang yang menyuruh ia akan mereka itu.
Allahu ... Allah, begitulah tulisan Syaikh Utsman Penanti berhubung puak Wahhabi yang dianggapnya sebagai terkeluar daripada kelompok Ahlus Sunnah wal Jama'ah. Lihat sahaja betapa mudahnya puak-puak ini mengeluarkan hujjah dengan nas al-Quran yang ditafsir mengikut fahaman mereka, tetapi sayang nas-nas tersebut digunakan untuk menghukum orang yang tidak sefaham dengannya sebagai kafir, musyrik, mubtadi' dan sebagainya. Ini bid'ahhhhhh, harrraaaaaaaaaaaammmmmmm, sesaaaaattttttt dan sebagainya. Hujjah orang lain deme tak nak dengar, khilafiyyah dianggap sebagai perkara pokok dan usul agama. Bukannya nak bawak orang ke jalan Allah tetapi nak memecahbelahkan perpaduan umat yang telah sedia ada. Ngan kapiaq tak berani pulak deme nak berhujjah, dengan kapiaq buleh plak deme tasamuh. Macam Mamat kat Indera Kayangan tu, dengan kapiaq buleh plak kata- tak pa buleh jawab salam orang kapiaq sebab ada khilaf ulama dalam hal ini, bahkan sampai buleh hukumkan wajib menjawab salam kapiaq zaman ini atas alasan ianya kewajipan dari segi nas dan dakwah, tetapi kenapa masuk bab-bab Barzanji, marhaban, baca yaasin, talqin, tahlil, kamu garang sangat, takkah itu pun termasuk perkara khilaf? Kalu ko tak nak, itu ko punya pasal, karang ko mati kita humban je dalam lubang kubuq. Tapi yang ko sibuk ngan orang nak buat tahlil, buat talqin apasal. Betul sungguhlah apa yang Tok Syaikh Utsman tulis dalam kitabnya tersebut, rahmat Allah atas beliau .... al-Fatihah.
Multaqa Ulama dan Hol Al-Habib Alwi B Tohir Al-Haddad
Multaqa Ulama dan Hol Al-Habib Alwi B Tohir Al-Haddad
Assalamualaikum.
Majlis Multaqa Ulama Dan Hol Al-Habib Alwi Bin Tahir Al-Haddad akan diadakan diMasjid Al-Muhajirin Bukit Siput, Segamat akan diadakan pada 9.8.08(Sabtu).Muslimin dan muslimat di jemput hadir kemajlis tersebut. Ramai ulama samada dari luar negeri atau dalam negeri akan hadir kemajlis tersebut.
IMAM MALIK : MELETAKKAN TANGAN DI ATAS PUSAT DAN DIBAWAH DADA. IMAM HANAFI : MELETAKKAN TANGAN DI BAWAH PUSAT. IMAMA HAMBALI : MELETAKKAN TANGAN DI BAWAH PUSAT. IMAM SYAF’E : MELETAKKAN TANGAN DI ATAS PUSAT DAN DIBAWAH DADA.
INI LAH PENDAPAT 4 MAZHAB DALAM MASAALAH MELETAKKAN TANGAN SELEPAS TAKBIR DIDALAM SEMBAHYANG.
PENDAPAT YANG MENGATAKAN MELETAKKAN TANGAN DI BAWAH DAGU ,DI ATAS DADA TIADA PENDAPAT MAZHAB YANG MENGATAKAN BEGITU MELAINKAN KEPALA WAHABI ,NASIRUDDIN AL-ALBANI.
DALAM GAMBAR DIATAS MEREKA MENGANJURKAN SALAT DENGAN MELETAKKAN TANGAN DIATAS DADA.
SEMENTARA GAMBAR YANG KE-2 MENYARANKAN SALAT DENGAN SUJUD DIATAS KAIN SERBANNYA,INI ADALAH MEMBATALKAN SALAT,KERANA SUJUD PADA SEBAGAIAN PAKAIN YANG BERGERAK BERSAMA PERGERAKKAN TUBUH ANGGUTA KITA.
RUJUK KITAB SEPERTI SABILALMUHTADIN,BUGHIAH DAN SEBAGAINYA.
DALAM MASAALAH MELETAKKAN TANGAN SELEPAS TAKBIR AL-IHRAM TELAH DISEPAKATI DUA MAZHAB YANG MU'TABAR DENGAN MENFATWAKAN DIATAS PUSAT SEDIKIT DAN DUA MAZHAB YANG LAIN DIBAWAH PUSAT.
AJARAN MELETAKKAN TANGAN DIATAS DADA ADALAH AJARAN YANG BERTENTANGAN DENGAN APA YANG DISEPAKATI ULAMA' MU'TABAR.
MEREKA YANG KELIHATAN DI MASJID-MASJID BERSALAT DENGAN KEADAAN BEGITU ADALAH MEREKA YANG TELAH DIPENGARUHI FAJAMAN WAHABI.
Abu Al-‘Ijji Al-Dimasqiyi menyebutkan dalam Syarh Al-Aqidah Al-Thahawiyah, menurut ahli Sunnah wa Al-Jama‘ah, puasa, sembahyang atau sedekah untuk dijadikan pahalanya kepada orang lain sama ada yang telah mati dan yang hidup adalah harus. Pahala tersebut juga sampai kepada mereka. Begitu juga pendapat ulama Syafi‘eyah bahawa doa yang dihadiahkan kepada orang mati dan orang hidup akan sampai kepada mereka sama ada kepada keluarga yang dekat atau jauh, dengan wasiat atau sebaliknya. Perkara ini dijelaskan oleh hadis-hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. (Syarh Al-Aqidah At-Thahawiyah: 664 / Hukm Al-Syari‘ah Al-Islamiyah Fi Ma’tam Lailah Al-Arba‘in: 19 & 37)
Allah Subahanahu wa Ta‘ala juga menjelaskan di dalam Al-Qur‘an bahawa doa orang yang hidup kepada orang yang telah mati itu memberi manfaat kepada si mati. Dalam hal ini Allah Subahanahu wa Ta‘ala memerintahkan supaya beristiqfar (memohonkan keampunan) untuk para sahabat, tabi‘en, orang-orang alim, termasuk keluarga, sanak saudara, rakan dan taulan dan orang-orang Islam yang lain yang telah meninggalkan kita terlebih awal termasuk sebagaimana Allah berfirman:
Tafsirnya: “Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah dalam hati kami perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang”.
(Surah Al-Hasry: 10)
Dalam hal ini Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam juga memerintahkan para sahabat memohon keampunan bagi Raja Najasyi yang telah meninggal. Begitu juga Baginda memerintahkan umat Islam memohon keampunan bagi si mati ketika dikuburkan,sebagaimana sabda Baginda:
Maksudnya: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah mengkhabarkan kepada kami bahawa Najasyi, Raja Habsyah meninggal pada hari itu, lalu Baginda bersabda: “Pohonkanlah keampunan bagi saudara kamu”.
(Hadis riwayat Al-Bukhari)
Dalam riwayat yang lain, Osman bin ‘Affan Radhiallahu ‘anhu berkata:
Maksudnya: “Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam apabila selesai menguburkan mayat, Baginda berdiri di atasnya seraya bersabda: “pohonkanlah keampunan bagi saudara kamu, pohonkanlah baginya ketetapan menjawab kerana ketika ini dia sedang disoal”
(Hadis riwayat Abu Daud)
Begitu juga dengan bersedekah, pahala sedekah tersebut akan memberi manfaat kepada si mati jika diniatkan sedemikian, sebagaimana Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam apabila ditanya: “Adakah sesuatu yang bermanfaat bagi seseorang yang meninggal apabila disedekahkan sesuatu untuknya? Hal ini diceritakan oleh Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma, beliau berkata:
Maksudnya: “Sesungguhnya Sa‘ad bin Ubadah saudara Bani Sa‘edah, pada masa kematian ibunya, dia tidak berada di sisinya, lalu beliau datang kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam dan bertanya: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya ibu ku telah meninggal sedang aku tidak berada di sisinya, oleh kerana itu adakah sesuatu boleh memberi manfaat kepadanya jika aku sesuatu itu untuknya?” Baginda bersabda: “Ya”, Sa‘ad berkata: “Maka sesungguhnya aku bersaksi kepada engkau bahawa kebunku yang berbuah itu adalah sedekah untuk ibuku”
(Hadis riwayat Al-Bukhari)
Dalam hadis yang lain juga ada menyatakan:
Maksudnya: “Sesungguhnya seorang lelaki telah berkata kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Sesungguhnya ibuku telah meninggal secara tiba-tiba dan aku menyangka apabila dia (dapat) berkata-kata maka pasti dia akan bersedekah, apakah aku (dapat) bersedekah untuknya?” Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Ya, bersedekahlah untuknya”.
(Hadis riwayat Al-Bukhari)
Berdasarkan ayat Al-Qur‘an dan hadis-hadis di atas, amal kebajikan yang dilakukan sama ada amalan mengadakan kenduri arwah atau bersedekah, memberikan wang kepada orang yang menyembahyangkan mayat, membaca Al-Qur‘an hingga khatam, berdoa dan sebagainya dengan niat pahalanya untuk si mati lebih diyakini bahawa pahalanya akan sampai kepada si mati.
Memberi Wang Kerana Menyembahyangkan Mayat
Kadang-kadang menguruskan mayat itu menggunakan perbelanjaan yang banyak keranakeluarga si mati akan memberi wang kepada orang-orang yang menyembahyangkan mayat. Berhubung dengan perbelanjaan ini jika orang yang memberi itu bukan ahli waris seperti kaum kerabat yang terdiri daripada zawilarham, anak menantu atau sahabat-sahabat si mati dan harta yang diberikan itu pula bukan daripada harta si mati, maka adalah harus diberikan kepada orang-orang yang menyembahyangkan mayat, membaca Al-Qur‘an dan tahlil dengan maksud pahalanya untuk si mati.
Jika yang memberi wang itu terdiri daripada ahli waris dan wang yang diberikan itu pula ialah harta atau wang pusaka (warisan), maka hendaklah terlebih dahulu mendapat persetujuan daripada semua ahli waris yang berkenaan. Sekiranya hal ini terjadi, perlu juga diingat bahawa hendaklah penggunaan wang atau harta pusaka itu tidak menjejaskan perkara-perkara wajib bagi si mati seperti menunaikan wasiat, zakat, hutang dan lain-lain.
Maka dalam hal ini sama ada pemberian berupa wang atau seumpamanya kepada orang yang menyembahyangkan, pembaca-pembaca Al-Qur‘an, atau kepada jemputan yang hadir yang turut mendoakan si mati, pemberian wang tersebut boleh sahaja diterima sebagai sedekah kerana si mati, bukannya upah sembahyang. Si penerima juga boleh membuat pilihan sama ada menerima sedekah tersebut atau menerimanya kemudian menyedekahkannya semula kepada keluarga si mati. Ini yang elok, kiranya keluarga si mati itu lebih memerlukannya atau sangat berhajat kepada wang berkenaan.
Di sini perlu diperjelaskan bahawa pemberian sedekah seperti wang kepada orang-orang yang menyembahyangkan mayat, membaca Al-Qur‘an, tahlil dan kepada jemputan yang hadir tidaklah termasuk perkara yang dituntut di dalam penyelenggaraan mayat dan ia bukanlah suatu perkara yang wajib atau sunat yang disyari‘atkan oleh agama.
Maka sewajarnya perbuatan pemberian sedekah seperti itu hendaklah mengambil kira tidak memberatkan atau membebankan kepada keluarga atau ahli waris si mati. Firman Allah Subahanahu wa Ta‘ala:
Tafsirnya: “Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya”.
(Surah Al-Baqarah: 286)
Hal ini juga sesuai dengan ajaran dan pimpinan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam sebagaimana diriwayatkan oleh Anas Radhiallahu ‘anhu, beliau berkata:
Maksudnya: “Kami berada di sisi Umar lalu beliau berkata: “Kami dilarang daripada sebarang perbuatan yang memberatkan”.
(Hadis riwayat Al-Bukhari)
Saat kedatangan ajal maut itu mustahak sentiasa dalam ingatan supaya setiap orang akan siap sedia dengan amalan yang membawanya ke syurga. Kenduri arwah atau seumpamanya selepas kematian seseorang itu hanyalah satu usaha daripada orang-orang yang hidup. Namun usahanya sendiri di samping rahmat Allah penentu kepada nasib sebenarnya.
(SELAMA INI DIHARAMKAN KEMASUKKANNYA DI SELANGOR..SEMACAM ADA GREEN LIGHT JER..)
PEHAK-PEHAK YANG BERWAJAIB SEWAJARNYA MEMANTAU PERGERAKKAN MEWAHABKAN ORANG-ORANG ISLAM DI MALAYSIA.TANPA PEMANTAUAN YANG BERTERUSAN GOLONGAN INI AKAN BERTERUSAN MEWAHABKAN RAMAI ORANG YANG SECARA TIDAK LANGSUNG MEMBAWA LEBIH BANYAK PERPECAHAN.ORANG ISLAM DIMALAYSIA SECARA MEJORITI ADALAH YANG BERPEGANG DENGAN MAZHAB ASWJ DAN FIKHNYA BERPEGANG DENGAN MAZHAB SHAFE'I.GOLONGAN YANG CUBA MEWAHABKAN ORANG RAMAI ADALAH DIANGGAP GOLONGAN SERPIHAN YANG BERPENYAKIT.KAWAL LAH PENYAKIT YANG MENYERANG MANA-MANA ANGGOTA TUBUH BADAN SESAORANG SEBELUM MEROSAKKAN SELURUH TUBUH.JABATAN MUFTI,JABATAN AGAMA ADALAH DISERU PEKA DENGAN PERGERAKKAN MEREKA DAN PERLU MENUNAIKAN TUGAS DENGAN PENUH TANGGUNG JAWAB DEMI MEMELIHARA AGAMA DAN KEHARMUNIAN UMMAH DARI SERANGAN GOLONGAN MEWAHABKAN ORANG ISLAM.
Sayyid 'Abdullah bin Shadaqah bin Zaini Dahlan al-Jilani adalah seorang ulama besar yang dilahirkan pada tahun 1290/1291H (1874/1875M) di Kota Makkah al-Mukarramah. Beliau lahir dalam keluarga ulama yang sholeh. Ayahanda beliau adalah saudara kandung Syaikhul Islam Mufti Haramain Sayyidi Ahmad Zaini Dahlan, ulama dan mufti Hejaz yang masyhur, manakala bonda beliau adalah saudara perempuan Sidi Abu Bakar Syatho ad-Dimyathi. Nasab penuh beliau adalah Sayyid 'Abdullah bin Shadaqah bin Zaini Dahlan bin Ahmad Dahlan bin 'Utsman Dahlan bin Ni'matUllah bin 'Abdur Rahman bin Muhammad bin 'Abdullah bin 'Utsman bin 'Athoya bin Faaris bin Musthofa bin Muhammad bin Ahmad bin Zaini bin Qaadir bin 'Abdul Wahhaab bin Muhammad bin 'Abdur Razzaaq bin 'Ali bin Ahmad bin Ahmad (Mutsanna) bin Muhammad bin Zakariyya bin Yahya bin Muhammad bin Abi 'Abdillah bin al-Hasan bin Sayyidina 'Abdul Qaadir al-Jilani, Sulthanul Awliya` bin Abi Sholeh Musa bin Janki Dausat Haq bin Yahya az-Zaahid bin Muhammad bin Daud bin Muusa al-Juun bin 'Abdullah al-Mahd bin al-Hasan al-Mutsanna bin al-Hasan as-Sibth bin Sayyidinal-Imam 'Ali & Sayyidatina Fathimah al-BatuulradhiyaAllahu`anhum ajma`in.
Tatkala beliau berusia 6 tahun, ayahandanya wafat, Sidi Ahmad Zaini Dahlan telah mengambil tugas ayahandanya untuk menjaga dan memberi pendidikan yang sempurna kepadanya. Pamannya ini turut mengasihi dirinya serta memberikan perhatian besar terhadapnya. Beliau berada di bawah asuhan pamannya ini sehinggalah ulama besar Hejaz ini wafat di Kota Madinah al-Munawwarah pada tahun 1304H (1887M).
Setelah pemergian pamannya yang mulia, Sayyid 'Abdullah kembali ke Kota Makkah dan menyambung pengajiannya dengan para ulama di sana, antaranya dengan pamannya Sidi Abu Bakar Syatho ad-Dimyathi, Syaikh Muhammad Husain al-Khayyath, Habib Husain bin Muhammad al-Habsyi dan lain-lain ulama terkemuka. Kedalaman ilmunya diakui para ulama sehingga beliau diberi kepercayaan untuk menjadi Imam dalam Masjidil Haram di Maqam Ibrahim (tempat bagi Imam mazhab Syafi'i) serta menjadi tenaga pengajar di Masjidil Haram yang mengendali halaqah ilmu di Babus Salam.
Sayyid 'Abdullah terkenal sebagai ulama yang suka mengembara dari satu tempat ke satu tempat demi menyebarkan risalah dakwah dan ilmu. Beliau telah merantau ke banyak tempat seperti Zanzibar, Yaman, India, Mesir, Bahrain, Iraq, Syam, India, Sri Lanka, Tanah Melayu, Singapura, Jawa dan Sulawesi. Beliau juga telah mendirikan berbagai madrasah di tempat-tempat tersebut. Apa yang menarik ialah sewaktu di Tanah Melayu beliau telah dilantik menjadi Syaikhul Islam (Mufti) Kedah kedua. Namun jawatan tersebut hanya disandangnya kira-kira setahun iaitu dari 1904 sehingga 1905 dan dilepaskannya kerana beliau berhasrat untuk kembali ke Makkah.
Setelah lama berkelana, akhirnya Sayyid 'Abdullah telah memilih untuk menetap di Desa Ciparay Girang, Karang Pawitan dalam daerah Garut, Jawa Barat. Di situlah beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tahun 1943, setelah menjalani hidup yang penuh ketaatan dan keberkatan. Beliau meninggalkan beberapa karangan, antaranya:-
Irsyad Dzil Ahkam;
Zubdatus Sirah an-Nabawiyyah;
Tuhfatuth Thullab fi qawa'idil i'raab;
Khulaashah at-Tiryaaq min samuum asy-Syiqaaq;
Irsyadul Ghaafil ila maafiith thoriiqatit Tijaaniyyati minal baathil;
Fatwa fi ibthal thoriqah wahdatil wujud.
Mudah-mudahan Allah sentiasa mencucuri rahmat ke atas Sayyidi 'Abdullah Shadaqah Dahlan al-Jilani al-Hasani. ...... al-Fatihah.
KENYATAAN AL-'ALLAMAH ALLAH YARHAM DATUK SAYED ALWI TAHIR AL-HADDAD MUFTI KERAJAAN NEGERI JOHOR 1936-1961
Komen: Apa yang diamalkan oleh umat islam di Malaysia sejak dahulu adalah amalan yang diwarisi oleh para Ulama' Al-Ajilla' dan bukan warisan tok nenek moyang yang tidak faham tentang agama.
Mengapakan keperluan berpegang dengan Ulama'? kerana Ulama' adalah pewaris para Nabi-Nabi.Tanpa Ulama kita tidak dapat memahami Kalam Allah dan Rasulnya.
Tetapi harus berhati-hati dalam memilih Ulama'.Terkadang Ulama' itu benar(ulama' al-Akhirah) dan terkadang sesat dari jalan yang benar(Ulama' al-Su'/Ulama' al-Dunya)).
Awas dalam memilih Guru !!! cari lah Ulama' yang tidak menyanggah mejoriti(al-sawad al-a'zham)dan ketepikan mereka yang shazzz (pelik).
(JANGANLAH MUDAH TERPEDAYA HANYA DENGAN OMONGAN-OMONGAN USTAZ-USTAZ MUDA YANG SUKA MEMBID'AHKAN PELBAGAI AMALAN YANG KUNUNNYA MEREKA TIDAK MENEMUAI HADITH YANG MENDALILKAN AMALAN TERSEBUT.PERSOALANNYA ULAMA' DAHULU MEREKA TIDAK BERTEMU HADITH??USTAZ-USTAZ MUDA LEBIH MENGETAHUI HADITH??..OOOO AGAKNYA MEMANG IA...AL MAKLUM..LER NI ADA CD HADITH...KIH..KIH...)
KETURUNAN Nabi Muhammad s.a.w. berbangsa 'al-Haddad' adalah salah satu keluarga 'Saiyid' yang penting dalam penyebaran Islam, pendidikan dan dakwah di dunia Melayu. Contohnya, Habib Muhammad bin Thahir al-Haddad yang lahir di Hadhramaut.
Beliau pernah menyebarkan Islam di India, akhirnya meninggal dunia di Tegal, Indonesia. Makam beliau sentiasa diziarahi hingga sekarang kerana beliau diakui oleh masyarakat sebagai wali Allah. Yang diriwayatkan dalam artikel ini ialah bangsa 'al-Haddad' yang menjadi Mufti Johor. Nama lengkapnya ialah Datuk Saiyid Alwi bin Thahir al-Haddad bin Abdullah bin Thaha Abdullah bin Umar bin Alwi bin Muhammad bin Alwi bin Ahmad bin Abi Bakar Abu Thahir al-Alawi asy-Syarif al-Huseini. Sampai nasabnya kepada Saidina Ali bin Abi Thalib yang kahwin dengan Saidatina Fatimah binti Nabi Muhammad s.a.w. Saiyid Alwi bin Thahir al-Haddad lahir di Bandar Qaidun, Hadhramaut, Yaman pada 14 Syawal 1301 H/7 Ogos 1884 M.
Dalam Tasynif al-Asma' oleh Abi Sulaiman Mahmud Sa'id bin Muhammad Mamduh menyebut bahawa Saiyid 'Alwi bin Thahir al-Haddad meninggal dunia di Jakarta, ibu kota Indonesia, pada bulan Jamadilakhir 1382 H (hlm. 383). Nik Yusri Musa dalam kertas kerja berjudul Polemik Datuk Sayed bin Tahir al-Haddad dan A. Hassan Bandung: Gambaran Pemikiran Fiqh Nusantara menyebut bahawa Saiyid Alwi bin Thahir al-Haddad meninggal dunia pada 14 November 1962 M dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mahmudiah Johor Bahru (lihat Prosiding Nadwah Ulama Nusantara III, 2005 M/1427 H, hlm. 538).
Ditinjau dari segi tarikh wafat kedua-dua maklumat di atas adalah sepakat kerana 14 November 1962 M adalah bersamaan dengan 17 Jamadilakhir 1382 H. Tetapi tempat wafat masih perlu ditinjau kerana Tasynif al-Asma' hanya menyebut Saiyid Alwi bin Thahir al-Haddad wafat di Jakarta dan tidak menyebut di mana dikebumikan.
Dalam kertas kerja Nik Yusri Musa pula dinyatakan bahawa beliau dikebumikan di Johor Bahru, tetapi tidak menyebutkan di mana sebenarnya Saiyid Alwi bin Thahir al-Haddad wafat. Apakah memang benar beliau wafat di Jakarta kemudian jenazahnya dibawa ke Johor Baharu juga tidak dijelaskan. Sekiranya benar beliau wafat di Jakarta ada kemungkinan dikebumikan di Jakarta ataupun Bogor kerana Saiyid Alwi bin Thahir al-Haddad sebelum ke Johor memang tinggal di sana. Murid beliau pun memang ramai di Jakarta dan Bogor.
Seperkara lagi ketika tarikh wafat Saiyid Alwi bin Thahir al-Haddad, 14 November 1962 M itu, urusan penerbangan dari Jakarta ke Singapura mungkin sedikit terganggu kerana detik-detik awal konfrontasi Indonesia-Malaysia, sedangkan Singapura ketika itu dalam Malaysia. Oleh itu sejarah yang demikian perlu diselidiki dengan lebih kemas lagi.
Dalam kertas kerja Nik Yusri Musa juga dinyatakan bahawa Saiyid Alwi bin Thahir al-Haddad bertugas sebagai Mufti Kerajaan Negeri Johor dari tahun 1934 - 1961 (Ibid, hlm. 538). Maklumat ini berbeza pendapat dengan tulisan Othman bin Ishak dalam buku Fatwa Dalam Perundangan Islam yang menyebut bahawa Datuk Saiyid Alwi bin Thahir al-Haddad menjadi Mufti Johor tahun 1934 - 1941, Datuk Haji Hasan bin Haji Yunus menjadi Mufti Johor 1941 - 1947 dan Datuk Haji Abd. Jalil Hasan menjadi Mufti Johor 1961 - 1964 (lihat terbitan Fajar Bakti, 1981, hlm. 31).
Mufti Johor yang berikutnya ialah Datuk Haji Abd. Rahim bin Haji Yunus tahun 1965 - 1977. Sesudahnya ialah Datuk Saiyid Alwi bin Abdullah al-Haddad. Mengenai nama ini hendaklah diperhatikan bahawa pada hujung nama sama-sama menggunakan 'al-Haddad'. Jadi bererti ada dua orang keturunan 'al-Haddad' yang pernah menjadi Mufti Kerajaan Johor.
PENDIDIKAN
Guru-gurunya di Hadhramaut ialah Habib Ahmad bin al-Hasan al-Attas al-Alawi, Habib Thahir bin Umar al-Haddad, dan Habib Muhammad bin Thahir al-Haddad. Banyak bidang ilmu tradisi yang beliau peroleh daripada keluarganya sendiri yang berketurunan Nabi Muhammad s.a.w..
Sungguhpun demikian yang lebih diutamakan ialah tentang hadis dan ilmu-ilmu yang dibangsakan kepada hadis itu. Berkali-kali Saiyid Alwi al-Haddad menamatkan kitab as-Sittah, Riyadh ash-Shalihin, Bulugh al-Maram, Jami' ash-Shaghir. Sehubungan dengan hadis Saiyid Alwi al-Haddad juga mempelajari kitab-kitab mengenai sanad hadis di antara kitab-kitab itu ialah ad-Dhawabidh al-Jaliyah fi al-Asanid al-'Aliyah karya Syeikh al-Allamah al-Musnid Syamsuddin Abdullah bin Fathi al-Farghali al-Hamisyi. Demikian juga kitab ats-tsabat yang berjudul as-Samth al-Majid karya Syeikh al-Allamah al-Musnid Shafiyuddin Ahmad bin Muhammad al-Qasyasy al-Madani. Saiyid Alwi al-Haddad telah berhasil memperoleh ilmu dan ijazah daripada para gurunya serta dengan sanad-sanad yang bersambung.
Selain guru tersebut, Saiyid Alwi al-Haddad juga memperoleh ilmu daripada ayah saudaranya Imam Habib Abdullah bin Thaha al-Haddad, juga dengan Habib Thahir bin Abi Bakri al-Haddad. Guru-guru beliau yang lain pula ialah al-Mu'ammar Sirajuddin Umar bin Utsman bin Muhammad Ba Utsman al-Amudi ash-Shiddiqi al-Bakari. Saiyid Alwi al-Haddad juga sempat mendengar riwayat hadis daripada al-Allamah as-Saiyid 'Abdur Rahman bin Sulaiman al-Ahdal yang wafat tahun 1250 H/1834 M.
Diriwayatkan bahawa Saiyid Alwi al-Haddad ialah seorang yang sangat cergas. Sedikit saja belajar namun pencapaian pengetahuan terlalu banyak. Ketika berumur 12 tahun Saiyid Alwi al-Haddad tamat belajar Ihya' 'Ulum ad-Din karya Imam al-Ghazali. Dalam usia 17 tahun beliau telah mulai mengajar dan mengajar kitab yang besar-besar dan ilmu yang berat-berat dalam usia 20 tahun. Ilmu-ilmu yang beliau ajar dalam usia itu ialah ilmu tafsir, hadis, fiqh, usul fiqh, tarikh, falak, nahu, sharaf, balaghah, falsafah dan tasawuf.
PEMIKIRAN
Saya mulai mengikuti tulisan-tulisan Saiyid Alwi al-Haddad sejak tahun 1966, iaitu yang dimuat dalam Warta Jabatan Agama Johor. Salah satu karya Saiyid Alwi al-Haddad bagi saya yang cukup menarik ialah sebuah karya yang diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia yang diberi judul Sejarah Islam di Timur Jauh. Saya ringkaskan saja bahawa karya Saiyid Alwi al-Haddad yang telah diketahui sebagai berikut:
1. Anwar al-Quran al- Mahiyah li Talamat Mutanabi' Qadyani (dua jilid). 2. Al-Qaul al-Fashl fi ma li al-Arab wa Bani Hasyim min al-Fadhal. Kitab ini terdiri daripada dua jilid. Kandungannya merupakan sanggahan terhadap fahaman pembaharuan Islam yang dibawa oleh Syeikh Ahmad bin Muhammad as-Surkati as-Sudani. 3. Al-Khulashah al-Wafiyah fi al-Asanid al-'Aliyah. Kitab ini menggunakan nama keseluruhan guru Saiyid Alwi al-Haddad tentang qiraat dan ijazah. 4. 'Iqd al-Yaqut fi Tarikh Hadhramaut. 5. Kitab as-Sirah an-Nabawiyah asy-Syarifah. 6. Dalil Khaidh fi 'Ilm al-Faraidh. 7. Thabaqat al-'Alawiyin (sepuluh jilid). 8. Mu'jam asy-Syuyukh. 9. 'Uqud al-Almas bi Manaqib al-Habib Ahmad bin Hasan al-'Athas.
Sekiranya kita sempat membaca keseluruhan karya Saiyid Alwi al-Haddad yang tersebut di atas, dapat disimpulkan bahawa sangat luas pengetahuan yang beliau bahaskan. Saiyid Alwi al-Haddad diakui sebagai seorang tokoh besar dalam bidang sejarah, ahli dalam bidang ilmu rijal al-hadis.
Lebih khusus lagi sangat mahir tentang cabang-cabang keturunan 'al-Alawiyin' atau keturunan Nabi Muhammad s.a.w. Setahu saya memang tidak ramai ulama yang berkemampuan membicarakan perkara ini selain Saiyid Alwi al-Haddad. Boleh dikatakan tidak ada ulama dunia Melayu menulisnya secara lengkap. Sekiranya ada juga ia dilakukan oleh orang Arab keturunan Nabi Muhammad s.a.w. seperti yang pernah dilakukan Saiyid Utsman bin Abdullah bin Aqil bin Yahya al-Alawi, Mufti Betawi.
Saiyid Alwi al-Haddad ialah seorang ulama yang berpendirian keras dan tegas mempertahankan hukum syarak. Gaya berhujah dan penulisan banyak persamaan dengan yang pernah dilakukan oleh Saiyid Utsman bin Abdullah bin Aqil bin Yahya al-Alawi, Mufti Betawi. Saiyid Alwi al-Haddad selain menyanggah pendapat dan pegangan Syeikh Ahmad bin Muhammad as-Surkati yang lebih keras dibantahnya ialah A. Hassan bin Ahmad Bandung.
Bukan Saiyid Alwi al-Haddad saja yang menolak pegangan A. Hassan bin Ahmad Bandung tetapi perkara yang sama juga pernah dilakukan oleh Haji Abu Bakar bin Haji Hasan Muar. Sanggahan Haji Abu Bakar Muar terhadap A. Hassan Bandung berjudul Majlis Uraian Muar-Johor. Di bawahnya dijelaskan judul, "Pada menjawab dan membatalkan Al-Fatwa pengarang Persatuan Islam Bandung yang mengatakan babi itu najis dimakan bukan najis disentuh dan mulut anjing pun belum tentu najisnya." Sebenarnya apabila kita meninjau sejarah pergolakan Kaum Tua dan Kaum Muda dalam tahun 1930-an itu dapat disimpulkan bahawa semua golongan 'Kaum Tua' menolak pemikiran A. Hassan Bandung itu khususnya Kerajaan Johor yang muftinya ketika itu Saiyid Alwi al-Haddad yang mengharamkan karya-karya A. Hassan Bandung di Johor.
MURID-MURID
Saiyid Alwi al-Haddad mengembara ke pelbagai negara, antaranya Somalia, Kenya, Mekah, Indonesia, Malaysia dan lain-lain. Di negara-negara yang pernah beliau singgah, beliau berdakwah dan mengajar.
Di Jakarta, Saiyid Alwi al-Haddad pernah mengajar di Madrasah Jam'iyah al-Khair yang diasaskan oleh keturunan 'Saiyid' di Indonesia. Madrasah Jam'iyah al-Khair ialah sekolah Islam yang mengikut sistem pendidikan moden yang pertama di Indonesia, Saiyid Alwi al-Haddad pula termasuk salah seorang guru yang pertama sekolah itu diasaskan. Bahkan beliau ialah Wakil Mudir sekolah itu.
Mudirnya ialah Saiyid Umar bin Saqaf as-Saqaf. Para guru didatangkan dari pelbagai negara. Antara mereka ialah Ustaz Hasyimi yang berasal dari Tunis, Syeikh Ahmad bin Muhammad as-Surkati yang berasal dari Sudan (mengajar di Madrasah Jam'iyah al-Khair tahun 1911 - 1914), Syeikh Muhammad Thaiyib al-Maghribi yang berasal dari Maghribi, Syeikh Muhammad Abdul Hamid yang berasal dari Mekah.
Selain mengajar di Jakarta beliau juga pernah mengajar di Bogor dan tempat-tempat lain di Jawa. Muridnya sangat ramai. Antara tokoh dan ulama besar yang pernah menjadi murid Saiyid Alwi al-Haddad ialah:
1. Saiyid Alwi bin Syaikh Bilfaqih al-Alawi. 2. Saiyid Alwi bin Abbas al-Maliki. 3. Saiyid Salim Aali Jindan. 4. Saiyid Abu Bakar al-Habsyi 5. Saiyid Muhammad bin Ahmad al-Haddad. 6. Saiyid Abdullah bin Abdul Qadir Bilfaqih. 7. Saiyid Husein bin Abdullah bin Husein al-Attas. 8. Syeikh Hasan Muhammad al-Masyath al-Makki. 9. Kiyai Haji Abdullah bin Nuh.
Menurut mazhab dan pegangan kita Ahlus Sunnah wal Jama`ah, perbuatan bertawassul dengan Junjungan Nabi s.a.w. adalah dibenarkan tanpa mengira sama ada tawassul dengan baginda s.a.w. tersebut dilakukan sewaktu baginda masih berada di alam dunia yang fana ni ataupun setelah keberangkatan baginda ke alam barzakh dan alam baqa. Ini adalah kerana kita Ahlus Sunnah wal Jama'ah beri'tiqad bahawa yang memberi bekas dan yang berkuasa hanya Allah dan orang yang dijadikan wasilah tidak mempunyai kuasa dan tidak memberi bekas, hanyasanya mereka dijadikan wasilah kerana maqam kedudukan dan kemuliaan mereka di sisi Allah yang Maha Berkuasa. Jadi keadaan hidup atau mati mereka, tidak menjadi halangan untuk menjadikan mereka wasilah. Yang penting adalah maqam dan darjat keutamaan mereka di sisi Allah s.w.t.
Telah tsabit bahawa Nabi Adam a.s. bertawassul dengan Junjungan Nabi s.a.w. sebelum kelahiran baginda di alam dunia ini. Ini adalah kerana yang dijadikan wasilah tersebut adalah keadaan maqam dan darjat Junjungan di sisi Allah s.w.t., maka perkara ini tidaklah bersangkutan dengan kehidupan baginda di alam dunia ini. Baginda adalah seorang nabi dan rasul yang paling utama dan paling mulia hatta sebelum baginda memulakan kehidupan duniawi baginda, dalam kehidupan duniawi baginda dan selepas kehidupan duniawi ini. Tidakkah para nabi dan rasul yang diutuskan sebelum baginda telah menyatakan keimanan mereka kepada kerasulan baginda. Bukankah para nabi terlebih lagi diri Junjungan s.a.w. adalah ma'shum sejak dilahirkan. Bi'tsah dan mulanya turun wahyu hanyalah sebagai titik permulaan menjalankan tugas-tugas kerasulan menyeru umat kepada Allah s.w.t. Maka kata-kata yang mengatakan bahawa sebelum menerima wahyu, Junjungan Nabi s.a.w. hanya seorang "budak kampung" adalah perkataan yang buruk adab dan mencarik kemuliaan Junjungan Nabi s.a.w. Marilah kita renungi firman Allah yang Maha Agung dalam surah ash-Shaff ayat 6:-
"Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi 'Isa ibni Maryam berkata: "Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku - bernama Ahmad". Maka tatkala ia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: "Ini ialah sihir yang jelas nyata!"
Sebagai umat Islam, kita tentu beriman dengan adanya kehidupan akhirat, maka maklumlah kita bahawa maqam dan kedudukan serta darjat ketinggian baginda Muhammad s.a.w. tetap tinggi bahkan terus meninggi biarpun baginda telah berpindah ke alam barzakh. Maka apa masalahnya jika seseorang bertawassul dengan baginda setelah kewafatan baginda. Orang yang menegah bertawassul dengan Junjungan s.a.w. selepas kewafatan baginda adalah orang yang tidak tahu ukuran darjat dan maqam Junjungan Nabi s.a.w. 'Allaamah al-Muhaddits Prof. Dr. Habib Muhammad bin 'Alawi al-Maliki al-Hasani rhm. dalam "Mafaahiim yajibu an tushahhah" halaman 50 menyatakan sebagai berikut:-
Beberapa faedah penting dari hadits tawassul Nabi Adam
Dalam hadits tersebut tawassul dengan Junjungan Rasulullah s.a.w. adalah sebelum alam ini menerima kemuliaan baginda dengan kewujudan (keberadaan) Junjungan s.a.w. padanya. Maka sesungguhnya pokok pangkal bagi keabsahan tawassul adalah orang dijadikan wasilah hendaklah ada padanya kadar kemuliaan yang tinggi di sisi Tuhannya 'azza wa jalla. Dan tidaklah disyaratkan keadaan orang tersebut hidup di alam dunia.
Dan dari itu, diketahui bahawasanya pendapat yang mengatakan tawassul tidak boleh dilakukan dengan seseorang melainkan pada waktu hidupnya di dunia, adalah pendapat orang yang menurut hawa nafsu tanpa petunjuk daripada Allah.
Allahu ... Allah, sungguh kalam orang yang menafikan bertawassul dengan para kekasih Allah selepas kewafatan mereka adalah kalam yang bahaya dan itulah sebenarnya yang boleh membawa kepada syirik kerana seolah-olah memberi gambaran orang yang hidup boleh memberi bekas, manakala orang yang mati sudah tidak boleh memberi bekas. Sedangkan di sisi Ahlus Sunnah wal Jamaah, yang memberi bekas hanya Allah 'azza wa jalla. Allahumma, janganlah Engkau jadikan kami dari kalangan orang - orang yang menurut hawanafsunya dan kosong daripada petunjukMu.