PONDOK HABIB

   

<< July 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31

Ya Saiyidi Ya Rasulallah - Salim Bin Hafidz dan Alwi Al-Haddad

Sesungguhnya Allah hendak menghapuskan noda dan kotoran dari kamu sekalian, ahlulbaiyt, dan mensucikan kamu sekalian dengan sesuci-sucinya." (al-Quran s.al-Ahzab:33) Nabi s.a.w.bersabda, "Yang terbaik diantara kamu sekalian ialah yang terbaik perlakuaannya terhadap ahlulbaiytku, setelah aku kembali kehazirat Allah." (Hadis Sahih dari Abu Hurairah r.a. diriwayatkan oleh al-Hakim, Abu Ya'la, Abu Nu'aim dan Addailamiy) Imam Syafi'i r.a. dalam banyak syair beliau telah melahirkan rasa cinta dan kasih sayang beliau kepada Ahlulbaiyt Rasulallah s.a.w.antara syair beliau yang banyak itu, beliau pernah bermadah: "Wahai Ahlulbait Rasulallah ! Kecintaan kepadamu adalah kewajiban dari Allah, yang turun dalam al-Quran. Cukuplah bukti betapa tingginya kamu sekalian. Tiada sempurna sholat tanpa shalawat untuk anda sekalian."

HADIS NABI Berkaitan Ahlulbait : 1.Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Penduduk Yaman datang, mereka lebih lembut hatinya. Iman ada pada orang Yaman. Fekah juga ada pada orang Yaman. Kemudian hikmat juga ada pada orang Yaman

2.Hadis Abi Mas'ud Uqbah bin Amru r.a katanya: Nabi s.a.w memberi isyarat dengan tangan ke arah Yaman, seraya bersabda: Ingatlah, sesungguhnya iman ada di sana sedangkan kekerasan dan kekasaran hati ada pada orang-orang yang bersuara keras berhampiran pangkal ekor unta ketika muncul sepasang tanduk syaitan, iaitu pada Bani Rabi'ah dan Bani Mudhar

3. Nabi s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang dilambatkan oleh amalannya, tidaklah dia dipercepatkan oleh nasab keturunannya.”

4. Dari Abdul Muthalib ibnu Rab’ah ibnul Khariif, katanya Rasulullah SAW telah bersabda : ” Sesungguhnya sedeqah itu berasal dari kotoran harta manusia dan ia tidak dihalalkan bagi Muhammad mahupun bagi keluarga Muhammad .” (HR Muslim)

5. At-Thabarani dan lain-lain mengketengahkan sebuah Hadeeth yang bermaksud; “Belum sempurna keimanan seorang hamba Allah sebelum kecintaannya kepadaku melebihi kecintaannya kepada dirinya sendiri; sebelum kecintaannya kepada keturunanku melebihi kecintaannya kepada keturunannya sendiri; sebelum kecintaannya kepada ahli-baitku melebihi kecintaannya kepada keluarganya sendiri, dan sebelum kecintaannya kepada zatku melebihi kecintaannya kepada zatnya sendiri .”

6. Diriwayatkan oleh Ahmad dan At-Tarmizi dari `Ali RA bahawa Rasulullah SAW bersabda :”Barangsiapa mencintai kedua orang ini, yakni Hassan,Hussein dan ayah serta ibunya, maka ia bersama aku dalam darjatku di Hari Kiamat

7. Ibnu `Abbas RA berkata bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda : “Cintailah Allah atas kenikmatan yang diberikanNya kepadamu sekelian dan cintailah aku dengan mencintai Allah dan cintailah ahlul-baitku kerana mencintaiku”

8. Ad- Dailami meriwayatkan sebuah Hadeeth dari `Ali RA yang menyebut sabda Rasulullah SAW: “Di antara kalian yang paling mantap berjalan di atas sirath ialah yang paling besar kecintaannya kepada ahlul-baitku dan para sahabatku.”

9. Diriwayatkan oleh At-Thabarani, bahawa Jabir RA mendengar `Umar ibnu Khattab RA berkata kepada orang ramai ketika mengahwini Ummu Kalthum binti `Ali bin Abu Thalib : “Tidakkah kalian mengucapkan selamat untukku? Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: ` Semua sabab (kerabat) dan nasab (salasilah keturunan) akan terputus pada hari kiamat kelak kecuali kerabat dan nasabku’.

10. Hadeeth Thaqalain riwayat Zaid bin Al-Arqam RA menyebut : “Kutinggalkan di tengah kalian dua bekal. (Yang pertama): Kitabullah, di dalamnya terdapat petunjuk dan cahaya terang. Hendaklah kalian ambil dan berpegang teguh padanya.dan (kedua) :Ahli Baitku. Kalian kuingatkan kepada Allah mengenai Ahli-Baitku! Kalian kuingatkan kepada Allah mengenai Ahli-Baitku!”

11.Imam Ahmad bin Hambal meriwayatkan dalam Hadeeth lain: “Apabila bintang-bintang lenyap, lenyaplah penghuni langit; dan apabila ahli-baitku lenyap, lenyap pula penghuni bumi.”

12.Sebuah Hadeeth riwayat Al Hakim dan disahihkan oleh Bukhari & Muslim menyebut : “Bintang-bintang merupakan (sarana) keselamatan bagi penghuni bumi (yang sedang belayar) dari bahaya tenggelam/karam sedangkaan ahlul-baitku sarana keselamatan bagi umatku dari perselisihan (dalam agama). Bila ada satu kabilah Arab yang membelakangi ahlul-baitku, mereka akan berselisih kemudian menjadi kelompok Iblis.”

13. Hadeeth Rasulullah SAW dari Abu Dzar menyatakan :” Ahlul- baitku di tengah kalian ibarat bahtera Nuh. Siapa yang menaikinya ia selamat dan siapa yang ketinggalan ia binasa.”

14. Abu Dzar Al- Ghiffari RA menuturkan bahawa ia mendengar sabdaan Rasulullah SAW :”"Jadikanlah ahlul-baitku bagi kalian sebagai kepala bagi jasad dan sebagai dua belah mata bagi kepala.”

15. Hadeeth riwayat Imam At-Tarmidzi, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : “Dunia tidak akan berakhir sehingga bangsa Arab dipimpin oleh seorang lelaki dari keluargaku yang namanya menyerupai namaku.



SUMBANGAN DERMA UNTUK ANAK YATIM

Bagi yang ingin menderma dan memberi sumbangan kepada Rumah Kebajikan bagi anak yatim, bantuan pendidikan, bantuan fakir miskin, bantuan saudara baru, kaunseling, motivasi dan kem bina insan yang diuruskan oleh Pengurusan Dar Ar Rahman boleh membuat bayaran ke Maybank Akaun : 56-454-8121-325. Untuk keterangan lanjut hubungi saudara Nur Muhammad : HP: 017-2602690. Semoga sumbangan anda diberkati oleh Allah S.W.T.

LAMAN MENARIK :

  • FAMILY SYED
  • AL-HAWI
  • ASYRAAF
  • PONDOK HABIB
  • MAJELIS RASULULLAH
  • BAHRUS SHOFA
  • PROTAJDID
  • BICARA SUFI
  • MALAKIAN
  • AL FANSHURI
  • MUKHLIS
  • PONDOK TAMPIN
  • AL BAZRAH
  • ROUDHAH

  • web analysis
    Maybank Akaun : 56-454-8121-325 . Untuk keterangan lanjut hubungi saudara Nur Muhammad : HP: 017-2602690. Semoga sumbangan anda diberkati oleh Allah S.W.T.


    Subscribe to familysyed

    Powered by us.groups.yahoo.com


    If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed



    Wednesday, July 16, 2008
    Majlis Pengajian Kitab Bersama al-Fadhil asy-Syaikh Muhammad Noeruddin Marbu al-Banjari al-Makki

    Majlis Pengajian Kitab Bersama al-Fadhil asy-Syaikh Muhammad Noeruddin Marbu al-Banjari al-Makki

    Úáíßã ÈãÌÇáÓÉ ÇáÚáãÇÁ æÇÓÊãÇÚ ßáÇã ÇáÍßãÇÁ ÝÅä Çááå ÊÚÇáì íÍíì ÇáÞáÈ ÇáãíÊ ÈäæÑ ÇáÍßãÉ ßãÇ íÍíì ÇáÇÑÖ ÇáãíÊÉ ÈãÇÁ ÇáãØÑ



    Pengajian Kitab oleh Syaikh Noeruddin Marbu al-Banjari al-Makki - Bulan Julai 2008 - di Masjid al-Falah, USJ 9, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan


    Tarikh: 19 Julai 2008 / 16 Rejab 1429 (Sabtu)
    Masa: 9.00 pagi - 12.30 tengahari
    Kitab: Hadits riwayat 10 Sahabat dan Nasihat Agama dan Wasiat Iman.

    Masa: Selepas Maghrib
    Kitab: Zubdah al-Qawaid al-Fiqhiyyah

    Tarikh: 20 Julai 2008 /.17 Rejab 1429 (Ahad)
    Masa: 9.00 pagi - 12.30 tengahhari
    Kitab: Hadits riwayat 10 Sahabat dan Nasihat Agama dan Wasiat Iman

    Posted at 11:41 pm by ahlulbait
    Make a comment  

    Pengajian Kilat Kitab Safinah an-Najah

    Pengajian Kilat Kitab Safinah an-Najah

    MAJLIS PENGAJIAN KITAB SAFINAH AL-NAJAH AKAN BERSAMBUNG KEMBALI BERMULA HARI INI ( ISNIN - 11 RAJAB 1429 / 14 JULAI 2008)BERMULA JAM 9.30 MALAM.

    SEMUA DIJEMPUT HADIR

    ___________________________


    Majlis pengajian kitab Safinah an-Najah



    Pengajar:
    Habib Abdullah bin Hussin al-Masyhor pendakwah dari Madinah. Beliau merupakan pengajar di Ribat al-Jufri di kota Madinah, yang mana ribat tersebut diketuai oleh Habib Zin bin Ibrahim bin Sumaith. [InsyaAllah ada penterjemah]

    Tempat:
    Madras Nur, 36, Jalan Pantai Murni 3, Pantai Dalam, Kuala Lumpur. Peta untuk ketempat pengajian boleh di dapati disini.

    Tarikh Pengajian:
    Bermula pada hari ini, Itsnin - 16 Jun 2008 sehingga hari Khamis, 19 Jun 2008. InsyaAllah kitab tersebut akan dipelajari sehingga khatam.

    Masa:
    Bermula jam 9.30 malam.

    Kitab [terjemahan] boleh dibeli di tempat pengajian. InsyaAllah.

    Muslimin dan muslimat di jemput hadhir.

    Posted at 11:39 pm by ahlulbait
    Make a comment  

    Sidi 'Abdullah Shadaqah Dahlan

    Sidi 'Abdullah Shadaqah Dahlan

    Sayyid 'Abdullah bin Shadaqah bin Zaini Dahlan al-Jilani adalah seorang ulama besar yang dilahirkan pada tahun 1290/1291H (1874/1875M) di Kota Makkah al-Mukarramah. Beliau lahir dalam keluarga ulama yang sholeh. Ayahanda beliau adalah saudara kandung Syaikhul Islam Mufti Haramain Sayyidi Ahmad Zaini Dahlan, ulama dan mufti Hejaz yang masyhur, manakala bonda beliau adalah saudara perempuan Sidi Abu Bakar Syatho ad-Dimyathi. Nasab penuh beliau adalah Sayyid 'Abdullah bin Shadaqah bin Zaini Dahlan bin Ahmad Dahlan bin 'Utsman Dahlan bin Ni'matUllah bin 'Abdur Rahman bin Muhammad bin 'Abdullah bin 'Utsman bin 'Athoya bin Faaris bin Musthofa bin Muhammad bin Ahmad bin Zaini bin Qaadir bin 'Abdul Wahhaab bin Muhammad bin 'Abdur Razzaaq bin 'Ali bin Ahmad bin Ahmad (Mutsanna) bin Muhammad bin Zakariyya bin Yahya bin Muhammad bin Abi 'Abdillah bin al-Hasan bin Sayyidina 'Abdul Qaadir al-Jilani, Sulthanul Awliya` bin Abi Sholeh Musa bin Janki Dausat Haq bin Yahya az-Zaahid bin Muhammad bin Daud bin Muusa al-Juun bin 'Abdullah al-Mahd bin al-Hasan al-Mutsanna bin al-Hasan as-Sibth bin Sayyidinal-Imam 'Ali & Sayyidatina Fathimah al-Batuul radhiyaAllahu`anhum ajma`in.

    Tatkala beliau berusia 6 tahun, ayahandanya wafat, Sidi Ahmad Zaini Dahlan telah mengambil tugas ayahandanya untuk menjaga dan memberi pendidikan yang sempurna kepadanya. Pamannya ini turut mengasihi dirinya serta memberikan perhatian besar terhadapnya. Beliau berada di bawah asuhan pamannya ini sehinggalah ulama besar Hejaz ini wafat di Kota Madinah al-Munawwarah pada tahun 1304H (1887M).

    Setelah pemergian pamannya yang mulia, Sayyid 'Abdullah kembali ke Kota Makkah dan menyambung pengajiannya dengan para ulama di sana, antaranya dengan pamannya Sidi Abu Bakar Syatho ad-Dimyathi, Syaikh Muhammad Husain al-Khayyath, Habib Husain bin Muhammad al-Habsyi dan lain-lain ulama terkemuka. Kedalaman ilmunya diakui para ulama sehingga beliau diberi kepercayaan untuk menjadi Imam dalam Masjidil Haram di Maqam Ibrahim (tempat bagi Imam mazhab Syafi'i) serta menjadi tenaga pengajar di Masjidil Haram yang mengendali halaqah ilmu di Babus Salam.

    Sayyid 'Abdullah terkenal sebagai ulama yang suka mengembara dari satu tempat ke satu tempat demi menyebarkan risalah dakwah dan ilmu. Beliau telah merantau ke banyak tempat seperti Zanzibar, Yaman, India, Mesir, Bahrain, Iraq, Syam, India, Sri Lanka, Tanah Melayu, Singapura, Jawa dan Sulawesi. Beliau juga telah mendirikan berbagai madrasah di tempat-tempat tersebut. Apa yang menarik ialah sewaktu di Tanah Melayu beliau telah dilantik menjadi Syaikhul Islam (Mufti) Kedah kedua. Namun jawatan tersebut hanya disandangnya kira-kira setahun iaitu dari 1904 sehingga 1905 dan dilepaskannya kerana beliau berhasrat untuk kembali ke Makkah.

    Setelah lama berkelana, akhirnya Sayyid 'Abdullah telah memilih untuk menetap di Desa Ciparay Girang, Karang Pawitan dalam daerah Garut, Jawa Barat. Di situlah beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tahun 1943, setelah menjalani hidup yang penuh ketaatan dan keberkatan. Beliau meninggalkan beberapa karangan, antaranya:-
    1. Irsyad Dzil Ahkam;
    2. Zubdatus Sirah an-Nabawiyyah;
    3. Tuhfatuth Thullab fi qawa'idil i'raab;
    4. Khulaashah at-Tiryaaq min samuum asy-Syiqaaq;
    5. Irsyadul Ghaafil ila maafiith thoriiqatit Tijaaniyyati minal baathil;
    6. Fatwa fi ibthal thoriqah wahdatil wujud.
    Mudah-mudahan Allah sentiasa mencucuri rahmat ke atas Sayyidi 'Abdullah Shadaqah Dahlan al-Jilani al-Hasani. ...... al-Fatihah.

    Selasa, Julai 15

    Nur Muhammad 20

    Hadits Jabir berhubung Nur Muhammad s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam 'Abdur Razzaq terus menjadi pertikaian. Sebahagian mentsabitkannya, manakala sebahagian lagi menolaknya dengan alasan ianya tidak dijumpai termaktub dalam Musannaf beliau. Sebahagian menjadikan ketakwujudan atau mungkin ketakjumpaan hadits tersebut dalam Musannaf sebagai alasan untuk menolak dan membid'ahsesatkan konsep Nur Muhammad. Manakala sebahagian lagi yang menolak tsabitnya hadits Jabir tersebut, tidak pula menolak konsep Nur Muhammad, cuma menolak pentsabitan hadits tersebut. Walau apa pun, wujudnya perbezaan pendapat ini jelas menunjukkan bahawa perkara ini termasuk dalam perkara khilafiyyah yang berlaku di kalangan ulama. Maka sewajarnya kita menjaga adab dalam perkara ini demi keutuhan ukhuwwah dan perpaduan umat sejagat.

    Majalah Dakwah Bulanan yang dibawah penyeliaan dan pimpinan Habib Taufiq as-Segaf, "Cahaya Nabawiy" edisi No. 63 Tahun VI Rajab 1429, turut memuatkan jawapan pengasuh ruangan Istifta'nya, Ustaz Muhibbul Aman Aly, berhubung hadits Nur Muhammad ini.

    Hadits tentang Nur Nabi Muhammad SAW ini diriwayatkan oleh Imam Abdur Rozaq. Hadits ini disebutkan oleh beberapa ulama dengan riwayat dari Abdur Rozaq, diantaranya disebutkan oleh Syekh Sa'dud Din at-Taftazani dalam kitab "Syarh Burdatul Madikh", Syekh Sulayman al-Jamal dalam kitab "Syarh al-Syamail", Syaikh Ibnu Hajar al-Haytami dalam kumpulan fatwa haditsnya, Syekh Ahmad al-Showi al-Maliki dalam kitab "Bulghotus Salik", Syekh Abdulloh al-Khifaji dalam kitab "al-Siroh al-Halabi" dan ulama-ulama lainnya. Ada sebahagian orang yang meragukan keberadaan hadits ini, karena redaksi hadits ini tidak ditemukan dalam kitab Musnad (kumpulan hadits) Abdur Rozaq yang beredar saat ini, tetapi alasan ini tidak kuat, karena terbukti para ulama dahulu banyak mengutip hadits ini dari riwayat Abdur Rozaq. Ini bererti redaksi hadits ini termuat dalam manuskrip kitab Musnad Abdur Rozaq yang beredar pada zaman dahulu, dan yang beredar saat ini bukan manuskrip yang lengkap sebagaimana yang diterima oleh para ulama pada masa dahulu.

    Pada tahun 1428H / 2007M, Syekh 'Isa bin Abdulloh al-Khimyari, seorang ulama ahli hadits, mengaku telah menemukan manuskrip kuno kitab Musnad Abdur Rozaq yang didalamnya tertulis beberapa hadits yang tidak ditemukan dalam cetakan yang beredar saat ini. Termasuk di dalamnya hadits tentang Nur Muhammad SAW ini. Meskipun penemuan ini masih diragukan oleh sebahagian kalangan, yang jelas hadits ini telah banyak dinukil oleh para ulama terdahulu. Ini sudah cukup membuktikan keberadaannya. Terlepas dari perbedaan pendapat para ahli hadits tentang kesahihannya.
    Beginilah kedudukan hadits Nur Muhammad yang diriwayatkan oleh Sayyidina Jabir r.a. Dalam penolakan sebahagian, sebahagian pula menerima dan mentsabitkannya. Apa yang jelas, para ulama daripada kalangan habaib Bani 'Alawi pada umumnya menerima dan berpegang dengan hadits tersebut sebagaimana termaktub dalam karya Habib 'Ali bin Muhammad al-Habsyi yang termasyhur "Simthud Durar" yang menyatakan sebagai berikut:-



    http://bahrusshofa.blogspot.com/

     

    Posted at 11:38 pm by ahlulbait
    Make a comment  

    Friday, July 11, 2008
    Ceramah Umum & Ceramah Isra Mi'raj

    1. 10 Julai 2008 / 7 Rajab 1429 (Khamis): Ceramah Umum oleh al-Muhaddits Syaikh Muhammad Ibrahim Abdul Baa’its al-Husaini al-Kattani (Mesir) dan Dr. Usamah el-Said (Universiti Al-Azhar, Mesir) di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Majlis bermula jam 8 malam.

    2. 11 Julai 2008 / 8 Rajab 1429 (Jum'at): Ceramah Isra Mi'raj dan Aqidah Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah oleh Syaikh Dr. Ahmad Ajur (pensyarah di Universiti Beirut) di Masjid al-Falah, USJ 9, Subang Jaya. Majlis bermula selepas sholat maghrib.

    Posted at 10:05 am by ahlulbait
    Make a comment  

    Majlis Silaturrahim Pondok Se Malaysia

    Majlis Silaturrahim Pondok Se Malaysia


    Sukacita di maklumkan, ITMAM menganjurkan Majlis Silaturrahim Pondok Se Malaysia pada masa dan tarikh seperti berikut :

    Tarikh: 9 - 10 Rajab 1429H / 12 - 13 Julai 2008
    Tempat : Madrasah Darul Muhajirin
    Bukit Jong, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman
    Anjuran : ITTIHAD AL-MADARIS ISLAMIYAH (ITMAM) dan Madrasah Darul Muhajirin

    Tema: Memahami Aqidah Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah Berdasarkan Pengajian Sifat 20

    Tetamu Khas

    • Al-Muhaddits asy-Syaikh Muhammad Ibrahim Abdul Baa’its al-Kattani
    • Asy-Syaikh Dr. Usamah el-Said (Pensyarah Universiti al-Azhar)


    Atucara (tentatif):

    Sabtu (9 Rajab 1429H/12hb Julai 2008)

    8.50 pagi : Ketibaan Para Jemputan
    9.00 pagi : Ucapan Pengerusi Majlis
    9.05 pagi : Bacaan al-Quran
    9.10 pagi : Bacaan Sholawat ad-Daiba’ie oleh pelajar Madrasah Darul Muhajirin.
    9.30 pagi : Ucapan Aluan Wakil ITMAM- Tuan Guru Hj Wan Zukir b. Hj Wan Ismail
    9.40 pagi : Ucapan Aluan Wakil Madrasah Darul Muhajirin –Tuan Guru Mohd. Suplar b.Yahya
    9.50 pagi : Ucapan Perasmian

    10.00 pagi: PENGAJIAN 1
    Oleh: Dr. Abdul Rahman bin Mahmud
    Tajuk: “Menolak Tanggapan Sifat 20 dari Falsafah Greek dan Yunani - Suatu Kajian dan Analisa”.

    12.30 tengahari: Makan tengahari dan sholat Zohor

    2.30 ptg : PENGAJIAN 2
    Oleh: Ustaz Hj Abdullah Zaidi b Hassan (Pencakna Budaya Kelantan)
    Tajuk: Sifat 20 Memberi Jawaban Kepada Sains Moden

    4.30 ptg : Khidmat diri dan sholat ‘Ashar

    5.00 -7.00 ptg : PENGAJIAN 3
    Oleh Syaikh Dr Usamah el-Said
    Tajuk:Asy’ariyyah dan Maturidiyyah Adalah Manhaj Salaf

    6.30 ptg : Makan malam & Aktiviti bebas

    7.30 mlm : Sholat Maghrib

    8.30 mlm : Sholat Isyak
    9.00 – 11.00 mlm: PENGAJIAN 4
    Oleh: al-Muhaddits Syaikh Muhammad Ibrahim al-Kattani
    Tajuk: Beberapa Penyelewengan Takrifan Hadits Mengikut Ahl al-Sunnah


    AHAD (10 Rejab 1429H /13 Julai 2008)

    6.45 pagi : Kuliah Shubuh oleh Ustaz Hj Sahul Hamid b Seeni Mohd. (Mudir Madrasah Darul Tahzib,Teluk Kumbar, Pulau Pinang).Tajuk: Tauhid Tasawuf

    7.30 pagi : Sarapan pagi dan aktiviti bebas

    9.00 pagi : PENGAJIAN 5
    Oleh Ustaz Muhammad Aleh Sholihin (YDP Pertubuhan Sinar Damsyik Malaysia merangkap Mudir Madrasah Tahzib wa Ta’lim) Ulasan Akidah Ibnu Taimiyyah berdasarkan Kitab Daf’u Syubahi man Syabbaha wa Tamarrada wa Nasaba zalika ila al-Sayyid al-Jalili Ahmad - Karangan Syeikh Taqiyuddin al-Hifni (Pengarang kitab Kifayatul Akhyar).

    10.45 pagi : Rehat

    11.00 pagi : Sambungan Pengajian 5

    12.40 tengahari: Makan tengahari dan sholat Zohor

    2.30 ptg : Bengkel

    4.30 ptg : Khidmat diri & sholat ‘Asar

    6.30 ptg : Makan malam & aktivit bebas

    7:30 mlm : Sholat Maghrib

    8:30 mlm : Sholat ‘Isya’

    9.00 mlm : Majlis Penutup. Tuan Guru Hj Abdul ‘Aziz Haji Shafie (Ulama Fathoni) Tajuk: Kepentingan Sanad Ilmu, Amalan Sufiyah dan Dakwah di dalam Pendidikan Pengkaderan Ulama’.

    Kehadiran Tuan/Puan sangat dialu-alukan. Kerjasama Tuan/Puan menghebahkan makluman ini sangatlah kami hargai dan kami dahului dengan ucapan setinggi terima kasih. Bersama untuk mempertahankan dan memartabatkan aliran Aqidah Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah

    Keterangan lanjut, sila hubungi :
    Badrul: 019 991 7771
    Mohd Razlan: 016 921 1682
    En Rashid: 019 915 1568

    Posted at 10:03 am by ahlulbait
    Make a comment  

    Thursday, July 10, 2008
    Habib Abu Bakar Al-Attas, Rutinnya Penuh Dengan Ibadah

    Habib Abu Bakar Al-Attas, Rutinnya Penuh Dengan Ibadah

    Habib Abu Bakar Al-Attas(1) bin Abdullah bin Alwi bin Zain bin Abdullah bin Zain bin ‘Alwi bin Muhammad bin ‘Ali bin Muhammad bin ‘Alwi bin Abu Bakar Al-Habshi di lahirkan di Hottah, Hadramaut pada bulan Zulkaedah 1327H (1909M). Beliau adalah merupakan salah seorang daripada guru kepada Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz bin Abdullah bin Abu Bakar bin Aidrus bin Umar bin Aidrus bin Umar bin Abu Bakar bin Aidrus bin al-Husain bin Syeikh Abu Bakar bin Salim, pengasas Rubath Darul Musthofa di Tarim.

    Guru-guru beliau

    Semasa kecilnya ditarbiah oleh ayahandanya sendiri. Selepas ayahandanya, Habib Abdullah wafat pada tahun 1342H, tugas tersebut diambilalih oleh kekandanya Habib Hussin. Sebelum meningkat umur remaja, Habib Abu Bakar telah menghafal dan mendalami sebahagian besar isi al-Quran. Beliau menghadiri majlis-majlis ilmu, mendalami kitab-kitab ilmu dan menceduk rahsia-rahsianya yang bagaikan lautan dari ramai ulama. Diantara masyaikh beliau adalah:

    • Habib Hussin bin Abdullah al-Habshi
    • Habib Alwi bin ‘Abdullah al-Habshi
    • Habib Alwi bin Abdullah Benshahab
    • Habib Abdullah bin Idrus al-Idrus
    • Habib Abdullah bin Umar asy-Syatrie
    • Habib Abdul Bari bin Sheikh al-Idrus
    • Habib Ahmad bin Abdurrahman as-Saggaf (as-Saqqaf)
    • Habib Ahmad bin Mohsin al-Hedhar
    • Habib Ali bin Abdurrahman al-Habshi
    • Habib Muhammad bin ‘Ali al-Habshi
    • Habib Muhammad bin Salim Asree
    • Habib Muhammad bin Hadi as-Saggaf
    • Habib Umar bin Muhammad Bensmeth
    • Habib Hasan bin Muhammad Balfaqih
    • Syeikh Mahfuz bin Utsman
    • Syeikh Salim Said Bakayir


    Apabila kekandanya wafat pada tahun 1369H, ia beruzlah. Beliau menghampirkan diri kepada Ilahi dan tenggelam dengan zikrullah. Ia menghabiskan sepenuh masanya dengan beribadah di dalam keadaan tenag dan juga mengulangkaji kitab-kitab para ulama yang sholeh yang memberi manfaat.

    Disebabkan tekanan dari pemerintah Yaman (pada ketika itu Yaman diperintah oleh komunis) beliau telah meninggalkan Hadramaut dan akhirnya bermastautin di Mekah sehingga akhir hayatnya.

    Rutin Harian Beliau

    Habib Abu Bakar tidak pernah membuang masa. Masanya dibahagikan untuk amal-amal ketaatan, beribadah, kerja-kerja kebajikan, memberi nasihat dan petunjuk di dalam hal urusan orang Islam. Beliau selalu tenggelam dalam zikrullah. Beliau berjaga malam dan terus beribadah sehingga waktu syuruk. Selepas shalat ia memakan sarapan yang ringan dan tidur sebentar.

    Pada jam 10 pagi beliau shalat dhuha dan terus berzikir sehingga waktu zohor. Beliau shalat sunat qabliah zohor sebanyak 4 rakaat dan membaca surah Yasin disetiap rakaat. Selepas shalat zohor dan ba’diahnya, beliau makan tengahari dan berehat.

    Jam 4 petang ia terus beribadat. Selepas shalat sunat asar 4 rakaat dan beristighfar 70 kali, beliau menunaikan shalat asar dan diikuti dengan zikir, wirid dan mengadakan majlis roha sehingga maghrib Kemudian diikuti dengan shalat fardhu maghrib, sunat ba’diah dan sunat awwabin sehingga masuk waktu isyak.

    Habib Abu Bakar membaca ratib al-Haddad selepas selesai shalat isya’ dan ba’diahnya. Selepas makan malam beliau tidur pada jam 10 malam dan bangun semula pada jam 2 pagi untuk memulakan rutin ibadah hariannya.

    Amalan beliau ini mencerminkan sebenar-benar isi kandungan kitab tariqah Ba’alawi – al-ilmu Nabras fi Tanbih ‘ala Manhaj al-Akyas oleh kerana beliau:

    “….. mengikuti jejak salaf mereka yang berteraskan ilmu dan amal, pembersihan hati dari pekerti buruk, ketaatan dan amal shalih dengan niat yang bersih, berteman dengan orang baik, tidak bergaul dengan orang-orang yang buruk kelakuan, tidak suka terkenal, menjauhi keramaian dan keriuhan disertai mengaku kekurangan diri, berakhlak mulia, bertekad tinggi, warak, zuhud, lemah-lembut, berhati-hati, meninggalkan orang yang memusuhi mereka dan menumpukan perhatian pada hal-hal akhirat ….”

    Penulisan

    Al-Habib Abu Bakar menghasilkan enam buah risalah dan salah satu daripadanya bertajuk “al-Tazkir al-Mustaffa”

    Wafat

    Habib Abu Bakar Attas wafat pada 28 Rejab 1416H dan jenazahnya di shalatkan di Masjidilharam dan diusung hingga ke perkuburan Ma’ala oleh ribuan manusia yang berzikir dan bertahlil yang tidak pernah di lihat ditanah haram.

    __________________________________

    Notakaki:


    (1): Gelaran ‘al-Attas’ telah diberikan [kepadanya] oleh Habib Abdullah bin Alwi Al-Habshi. Rupanya ada rahasia disebalik nama gelaran tersebut. Semasa pemerintahan komunis di Hadramaut, hampir semua alim-ulama diburu dan diseksa dan ada yang dibunuh oleh kerana mempertahankan yang hak Allah. Contohnya ialah Habib Muhammad bin Salim bin Hafiz Benshaikh Abu Bakar [ayahanda kepada Habib Umar], mufti Hadramaut yang ditangkap oleh pihak tentera selepas memberi khutbah dan shalat di Masjid Jame’ Tarim. [ketika terjadinya peristiwa ini, Habib Umar yang ketika itu berusia 9 tahun ada bersama ayahandanya] Ianya hilang ghaib begitu sahaja. Habib Abu Bakar termasuk golongan di dalam ‘hit list’. Dengan izin Allah, ia mengetahui rancangan kejam kerajaan dan sempat mengumpulkan kelurganya dan berlepas ke Jeddah melalui pesawat di Aden. Kepungan oleh pihak tentera dibuat merata-rata untuk mencari Habib Attas tetapi ia terselamat oleh kerana di dalam paspotnya tercatat nama Abu Bakar sahaja.

    Posted at 02:26 pm by ahlulbait
    Make a comment  

    Bulan Allah

    Bulan Allah

    Rajab bulan mulia yang termasuk dalam senarai bulan-bulan haram yang empat. Berbagai peristiwa penting berlaku dalam bulan ini, antaranya yang ialah peristiwa isra' dan mi'raj di mana Junjungan Nabi s.a.w. dianugerahkan dengan amalan utama bersholat lima waktu sehari-semalam. Malang sekali, tempat bermulanya mi'raj Junjungan Nabi s.a.w. ke langit dan seterusnya ke Mustawa masih belum dibebaskan daripada penjajahan Zionis. Justru, ketika memperingati peristiwa isra' dan mi'raj, jangan lupa kepada nasib tanah suci Baitul Muqaddis. Hulurkanlah bantuan menurut kemampuan bagi membela nasib Baitul Muqaddis dan jangan lupa berdoa agar Allah memeliharanya dan mengembalikannya kepada kita suatu hari nanti.

    Keadaan umat yang menyedihkan, ditindas dan dizalimi berterusan, seharusnya membawa keinsafan untuk kita memperkukuhkan ukhuwwah dan bukannya saling bermusuhan walaupun berbeza pendapat. Khilafiyyah dalam hukum-hakam furu' tidak sewajarnya dijadikan alasan untuk bermusuhan. Berbalik kepada Rajab, sebagaimana dalam bulan-bulan haram yang lain, antara amalan yang dianjurkan kita melakukannya dalam bulan - bulan tersebut adalah berpuasa sunnat. Antara anjuran tersebut adalah sabdaan Junjungan Nabi s.a.w. yang menyatakan:-

    Õã ÃÔåÑ ÇáÍÑã

    "Berpuasalah pada bulan-bulan haram."

    Maka tidaklah menjadi persoalan sangat bagi mereka-mereka yang melaksanakan puasa sunnat dalam bulan Rajab ini, walaupun hadits-hadits yang menceritakan kelebihan berpuasa dalam bulan ini dinilai dhoif atau tidak tsabit kesahihannya oleh ramai muhadditsin. Ini adalah kerana berpuasa dalam bulan Rajab termasuk dalam galakan atau anjuran umum untuk berpuasa dalam bulan-bulan haram. Justru, berpuasa dalam bulan-bulan haram termasuklah bulan Rajab, telah menjadi amalan para salaf terdahulu antaranya Sayyidina Ibnu 'Umar r.a. dan Imam al-Hasan al-Bashri.

    Menurut Imam Ibnu Rajab al-Hanbali dalam "Lathoiful Ma'aarif" walaupun hadits-hadits berhubung kelebihan berpuasa secara khusus dalam bulan Rajab tidak sahih, akan tetapi ada diriwayatkan daripada Abu Qilaabah yang menyatakan:-

    Ýí ÇáÌäÉ ÞÕÑ áÕæÇã ÑÌÈ

    "Dalam syurga ada mahligai bagi orang-orang yang berpuasa dalam bulan Rajab."

    Imam al-Baihaqi menyatakan bahawa Abu Qilaabah adalah sebesar-besar tabi'in, maka tidaklah dia berkata sedemikian melainkan ianya telah disampaikan kepadanya (yakni disampaikan daripada sahabat yang menerimanya daripada Junjungan Nabi s.a.w.).

    Maka, hentikanlah bid'ah membid'ah, keji-mengeji dan sebagainya, sesiapa yang hendak berpuasa biarkanlah mereka, sesiapa yang tidak mahu, maka terpulang. Renungilah keadaan umat ini, dan fikirkanlah serta berusahalah untuk mengembalikan kedaulatan Islam di bumi Baitul Muqaddis dan Masjid al-Aqsha.
    http://bahrusshofa.blogspot.com/
     

    Posted at 02:26 pm by ahlulbait
    Make a comment  

    Lailatur Raghaib

    Lailatur Raghaib

    "Lailatur Raghaib" adalah nama yang diberikan oleh sesetengah umat, terutama sekali para pengamal thoriqat sufiyyah, bagi malam Jumaat pertama bulan Rajab. Menurut mereka, pada malam inilah bonda Junjungan Nabi s.a.w. mula mengandungkan baginda. Maka malam di mana Junjungan Nabi s.a.w. berpindah daripada sulbi ayahanda baginda yang mulia ke rahim bondanya mereka namakan "Lailatur Raghaib" yang, antaranya, membawa pengertian "malam yang amat menggembirakan atau malam kegembiraan atau malam pengharapan dan anugerah yang banyak." Inilah antara peristiwa besar yang berlaku dalam bulan Rajab.

    Imam al-Qasthalani dalam "al-Mawaahibul Laduniyyah bi Minahil Muhammadiyyah", juzuk 1, halaman 60-61 menulis:-

    Telah berkata Sahl bin 'Abdullah at-Tustari [yakni Abu Muhammad Sahl bin 'Abdullah bin Yunus at-Tustari (200H - 283H) seorang 'alim lagi sufi yang wafat di Bashrah] sebagaimana diriwayatkan oleh Imam al-Hafiz al-Khathib al-Baghdadi [ yakni Abu Bakar Ahmad bin 'Ali bin Tsabit al-Baghdadi (392h - 463H) seorang ahli tarikh dan ahli hadits bertaraf al-hafiz yang wafat di Baghdad] : "Tatkala Allah ta'ala berkehendak untuk menjadikan Junjungan Nabi s.a.w. di dalam perut bonda baginda, Siti Aminah, pada malam Jumaat di bulan Rajab, Allah pun memerintahkan malaikat Ridhwan penjaga syurga untuk membuka syurga Firdaus pada malam tersebut. Dan menyerulah penyeru di segala langit dan bumi: "Ketahuilah bahawasanya Nur yang tersimpan lagi terpelihara yang merupakan kejadian nabi yang membawa petunjuk, pada malam ini akan mengambil tempat dalam perut bondanya untuk menyempurnakan kejadian ciptaannya (yakni kejadian ciptaan jasad baginda yang mulia) dan keluar kepada manusia untuk membawa berita gembira dan memberi peringatan."
    Mari kita perbanyakkan ucapan sholawat dan salam ke atas Junjungan Nabi s.a.w. sempena bulan Rajab yang mulia, bulan di mana proses kejadian jasad baginda s.a.w. bermula dan akhirnya lahirlah baginda ke alam dunia setelah sempurna 9 bulan dalam kandungan bondanya iaitu pada fajar Isnin 12 Rabi'ul Awwal tahun Gajah.

    Posted at 02:25 pm by ahlulbait
    Make a comment  

    Thursday, July 03, 2008
    AKIDAH IMPORT LAGI PELIK

    AKIDAH IMPORT LAGI PELIK

    no 1 : Muka depan Kitab Bada'i al-Fawa'id, Ibn Qayyim al-Jauziyyah w 751H, juz 4, Cet Maktabah Nizar Mustafa al-Baaz : Makkah






    No : 2 Dakwaan Ibn Qayyim : Nabi SAW duduk di atas Arasy nukilan secara makzub (dusta) dari Ibn Jarir Thabari, Mujahid, Abi Hasan DarQuthni dan lain-lain.








    No : 3 Inilah muka depan Kitab : Sawa'iq al-Mursalah ala al-Jahmiyyah Wa al-Mua'thilah, Ibn Qayyim al-Jauziyyah -murid Ibn Taimyyah al-Harrani- Juz 2, Matbaah al-Salafiyyah : Makkah




    No : 4 Garisan ini menandakan teks Ibn Qayyim al-Jauziyyah yang mendakwa Allah duduk di atas Kursi, hlm 217



    Terdapat ramai para ulamak mengingatkan kita tentang beberapa pandangan syadz dari Ibn Qayyim al-Jauziyyah. Antaranya Imam Taqiyyuddin al-Subki, Imam Ibn Hajr al-Haitsami, Imam al-Ikhmimi dan lain-lain. Ulamak melayu juga tidak ketinggalan mentahzirkan kita. Antaranya Syeikh Abdullah Fahim, Dato' Syeikh Tohir bin Alawi al-Haddad, Tok Kenali, Syeikh Abdullah Tahir, Pak Da Eil dan ramai lagi.

    Termasuklah para ulamak kontemporari. Antaranya Syeikh Wahbiy Sulaiman Ghawaji, Syeikh Syed Yusuf Hasyim, Dr Umar Abdullah al-Kamel, Syeikh Abd Rahman al-Khalifah, Syeikh Ahmad al-Kuwaiti, Syeikh Mahmud Said Mamduh, Syeikh Ali Jumaah dan lain-lain. Apakah sebabnya. Sebabnya ialah, Syeikh Ibn Qayyim al-Jauziyyah mengetengahkan pandangan yang syadz. Iaitu pendapat yang bertentangan dengan pandangan sahih lagi benar.

    Buktinya, Ibn Qayyim al-Jauziyyah secara jelas mendakwa Allah duduk di atas Kursi. Dakwaan ini terdapat di dalam kitabnya " SOWAIQUL MURSALAH 'ALA AL- JAHMIYAH WAL MU'ATTILAH " PADA JUZUK 2, hlm 217, CETAKAN MATBA'AH AS-SALAFIYAH DI MEKAH :Lihat pada paparan scan no: 3 dan 4.



    Dalam kitab ini, Syeikh Ibn al-Qayyim mendakwa : Allah duduk atas kerusi sambil menjenguk hamba-hambanya dari arah atas dan Allah turun pergi berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW. Lantas berlaku pertemuan antara Allah dengan Nabi Muhammad sekadar dua jarak sahaja.


    Dalam kitabnya yang lain, Ibn al-Qayyim pula mendakwa : "Nabi Muhammad pula duduk di atas Arasy" Buktinya melalui Kitab Bada'i al-Fawa'id. Lihat paparan scan no : 1 & 2 di atas.


    Sebenarnya, jika diperhalusi...dakwaan Syeikh Ibn Qayyim al-Jauziyyah ini lebih kurang sama dengan akidah golongan Yahudi. Persamaan ini seiras melalui Safar Al-Muluk Al-Ishah 22 nom 19-20 dan dalam Safar Mazamil Al-Ishah 47 nom 8). Tidak syak, ini merupakan ajaran Tajsim (memvisualisasikan) Allah. Subhanallah.


    Bukan setakat itu sahaja. Inilah intipati akidah yang diperjuangkan oleh Pelampau Wahhabiy seluruh dunia. Dan mereka begitu taksub dengan Syeikh Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah. Tak kitra..Samada Wahhabiy melayu, Cina, India, Jawa atau bangla. Pelampau tetap melampaui batasan al-Kitab, al-Sunnah dan ijmak. Turunkan temperature anda. Kembalilah ke jalan yang benar.


    Oleh itu, Jika anda benar2 Ahli Sunnah Wal Jamaah cubalah mencari satu ayat yang membuktikan ALLAH DUDUK DI ATAS ARASY. Datangkan ketentuan al-Sunnah yang sahih lagi mutawattir yg menyokong pandangan anda itu. Atau apakah akidah Allah duduk di atas Arasay itu merupakan akidah umat Islam. Ternyata...TIDAK SAMA SEKALI. BAHKAN, ALLAH WUJUD TIDAK BERTEMPAT dan TIDAK BERHAJAT KEPADA TEMPAT. SEBALIKNYA DIALAH PENCIPTA KEPADA TEMPAT.

    http://al-ghari.blogspot.com/

    Posted at 11:14 am by ahlulbait
    Make a comment  

    ULAMAK DITOHMAH LAGI

    ULAMAK DITOHMAH LAGI


    Buku Manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah mengikut takrifan & pemahaman Wahhabiy
    karangan Dr Ismail Omar, Cetakan Pertama Julai 2003, Pusat Multimedia Kiblah : Kajang






    Tohmahan 1-3 : Pelampau membandingkan Metodologi Ahli Sunnah ala Wahhabiy dgn rekaan dusta terhadap Ulamak al-Asya'irah



    Tohmahan 4-6 : Tohmahan Dusta terhadap ulamak al-Asya'irah


    Bukti Fitnah ke 7 & 8 dari Wahhabiy Melayu


    Golongan pelampau tidak habis-habis mentohmah ulamak. Mereka begitu berani mengeluarkan Ulamak Asya'irah dari golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Bahkan membuat propaganda dengan menyebarkan ceramah, risalah, web dan buku untuk membuktikannya. Sebenarnya, usaha mereka itu tidak lain kecuali menampakkan kemelampauan mereka dalam menghancurkan khazanah ulamak. Khususnya ulamak yang mempelopori aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah itu sendiri. Iaitu golongan ulamak al-ASya'irah. Nak jenamakan VERSUS Ahli Sunnah nampak ketara sangat sebagai musuh. Alih-alih..ulamak al-Asya'irah dihentam. Termasuklah hentam kromo yang dilakukan Wahhabiy melayu di atas. Kalau kena pada Zamihan..kita tak kisah sangat. Tapi, apabila terkena pada ulamak wajib atas kita untuk membela mereka.



    Perhatikan buku "MANHAJ AHLI SUNNAH WAL JAMAAH karangan Ismail Omar di atas. Beliau secara jelas membezakan antara golongan al-Asya'irah dengan Ahli Sunnah dengan 5 tohmahan utama :

    1) Dituduhnya golongan al-Asya'irah menggunakan akal sbg sumber pendalilan utama akidah. Jika bertembung antara akal dan naqal, al-Asya'irah mendahulukan akal berbanding naqal. Ditohmanya lagi bahawa al-Asya'irah menjadikan akal sbg sumber wahyu. Masya Allah!

    2) Dituduhnya bahawa al-Asya'irah menetapkan kewujudan Allah berdasarkan dalil logik dari falsafah Yunani. Masya Allah!


    3) Mendakwa Tauhid Ahli Sunnah Wal Jamaah dibahagikan kpd 3 bahagian. Manakala al-Asya'irah ditohmah menetapkan sifat Allah hanya 7, 13 atau 20 sifat, mentakwil dan kurang memberi penekanan terhadap Tauhid Uluhiyyah. Masya Allah!


    4) Melakukan pembohongan terhadap ulamak al-Asya'irah dgn mendakwa Ulamak al-Asya'irah menetapkan iman itu hanya di dalam hati. Serta menuduh mereka mentakwil sewenang2 nas2 yang berhubung dengan pnambahan dan pengurangan iman.

    5) Melakukan pendustaan terhadap ulamak Asya'irah apabila mendakwa golongan al-Asya'irah menetapkan kalam Allah dengan makna bukan lafaz. Juga berdusta kerana mendakwa golongan al-Asya'irah berpendapat semua kalam Allah adalah makhluk.


    6) Memfitnah al-Asya'irah dgn mendakwa al-Asya'irah berpendapat bahawa seseorang manusia itu dipaksa dalam bentuk diberi pilihan.

    7) Terus berdusta dgn dakwaan bahawa al-Asya'irah mempercayai sihir dan nujum dari jenis mukjizat.
    8) Menipu dengan sengaja apabila mendakwa golongan al-Asya'irah mengingkari secara mutlak aqal dan fitrah tidak berperanan mengetahui baik dan buruk.



    Ulasan :
    Subhanallah! Lihatlah tohmahan dan pendustaan di atas. Sebenarnya, tohmahan ini lahir dari Pelampau Wahhabiy Dunia. Kemudiannya dikutip balik semula oleh pengarang ke dalam bukunya. Walhal, dia sendiri tiada pengetahuan asas tentangnya. Tiada pula rujukan disertakan. Nukilan ini ternyata ditangkap muat secara kejam lagi zalim.



    Apakah kita sanggup memejamkan mata dan memekakkan telinga sahaja terhadap apa yang dilakukan ini. Ketahuilah bahawa ulamak al-Asyai'rah merupakan pelopor kepada Metodologi Ahli Sunnah itu sendiri. Bahkan merupakan benteng dalam mempertahankan akidah yang diwarisi dari Nabi SAW dan para sahabat ridhwanullah alaihim ajma'in. Buka kitab biar banyak sikit dan cari guru untuk memahaminya. Jgn dok buka kitab Wahhabiy jek.



    Sepatutnya, Anda perlu kenal siapa Abu Hassan al-Asy'ari dan kaitannya dengan Abu Musa al-Asy'ari r.a. Anda juga harus tahu siapa murid-murid al-Asy'ari ini. Pengikut metod al-Asya'ri begitu ramai sekali. Antaranya : al-Baqillani, al-Ghazali, Ishaq al-Isfarayini, al-Nawawi, Fakhruddin al-Raziy, Taqiyuddin al-Subki, Ibn Hajr al-Haitsami, Ibn Hajr al-Asqalaniy dan ramai lagi. Metod ini kemudiannya dijadikan teras utama dalam memahami akidah di nusantara kita. Apabila Kaum Muda datang, diperangi metod ini habis-habisan. Masya Allah.



    Jika anda ingin mendaptkan sumber hakikat ini, carilah...Ia tumbuh merata seluruh pelusuk dunia dan membanjiri pentas akademik. Namun, apabila anda mengenali agama ini melalui pintu Wahhabiy...anda tidak akan memandang yang lain kecuali Wahhabiy. Untuk meneguhkan metod anda pula...anda berusaha sedaya upaya untuk meruntuhkan metod yang tidak selari dengan anda. Termasuk mentohmah dan mendustakan mereka sepenuh kebencian. Tergamakkah anda mencari kebenaran dengan memfitnah berjuta ulamak yang berada di taman2 syurga. Patutkah anda yang baru memahami agama mencari ketenangan dengan meminum darah para ulamak.? Subhanallah. Semoga Allah melindungi kita dari virus pelampau Wahhabiy

    Posted at 11:14 am by ahlulbait
    Comment (1)  

    Next Page