Sesungguhnya Allah hendak menghapuskan noda dan kotoran dari kamu sekalian, ahlulbaiyt, dan mensucikan kamu sekalian dengan sesuci-sucinya."
(al-Quran s.al-Ahzab:33)
Nabi s.a.w.bersabda, "Yang terbaik diantara kamu sekalian ialah yang terbaik perlakuaannya terhadap ahlulbaiytku, setelah aku kembali kehazirat Allah." (Hadis Sahih dari Abu Hurairah r.a. diriwayatkan oleh al-Hakim, Abu Ya'la, Abu Nu'aim dan Addailamiy)
Imam Syafi'i r.a. dalam banyak syair beliau telah melahirkan rasa cinta dan kasih sayang beliau kepada Ahlulbaiyt Rasulallah s.a.w.antara syair beliau yang banyak itu, beliau pernah bermadah:
"Wahai Ahlulbait Rasulallah !
Kecintaan kepadamu adalah kewajiban dari Allah, yang turun dalam
al-Quran. Cukuplah bukti betapa tingginya kamu sekalian. Tiada sempurna sholat tanpa shalawat untuk anda sekalian."
HADIS NABIBerkaitan Ahlulbait :
1.Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Penduduk Yaman datang, mereka lebih lembut hatinya. Iman ada pada orang Yaman. Fekah juga ada pada orang Yaman. Kemudian hikmat juga ada pada orang Yaman
2.Hadis Abi Mas'ud Uqbah bin Amru r.a katanya:
Nabi s.a.w memberi isyarat dengan tangan ke arah Yaman, seraya bersabda: Ingatlah, sesungguhnya iman ada di sana sedangkan kekerasan dan kekasaran hati ada pada orang-orang yang bersuara keras berhampiran pangkal ekor unta ketika muncul sepasang tanduk syaitan, iaitu pada Bani Rabi'ah dan Bani Mudhar
3. Nabi s.a.w. bersabda:
“Sesiapa yang dilambatkan oleh amalannya, tidaklah dia dipercepatkan oleh nasab keturunannya.”
4. Dari Abdul Muthalib ibnu Rab’ah ibnul Khariif, katanya Rasulullah SAW telah bersabda : ” Sesungguhnya sedeqah itu berasal dari kotoran harta manusia dan ia tidak dihalalkan bagi Muhammad mahupun bagi keluarga Muhammad .” (HR Muslim)
5. At-Thabarani dan lain-lain mengketengahkan sebuah Hadeeth yang bermaksud; “Belum sempurna keimanan seorang hamba Allah sebelum kecintaannya kepadaku melebihi kecintaannya kepada dirinya sendiri; sebelum kecintaannya kepada keturunanku melebihi kecintaannya kepada keturunannya sendiri; sebelum kecintaannya kepada ahli-baitku melebihi kecintaannya kepada keluarganya sendiri, dan sebelum kecintaannya kepada zatku melebihi kecintaannya kepada zatnya sendiri .”
6. Diriwayatkan oleh Ahmad dan At-Tarmizi dari `Ali RA bahawa Rasulullah SAW bersabda :”Barangsiapa mencintai kedua orang ini, yakni Hassan,Hussein dan ayah serta ibunya, maka ia bersama aku dalam darjatku di Hari Kiamat
7. Ibnu `Abbas RA berkata bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda : “Cintailah Allah atas kenikmatan yang diberikanNya kepadamu sekelian dan cintailah aku dengan mencintai Allah dan cintailah ahlul-baitku kerana mencintaiku”
8. Ad- Dailami meriwayatkan sebuah Hadeeth dari `Ali RA yang menyebut sabda Rasulullah SAW: “Di antara kalian yang paling mantap berjalan di atas sirath ialah yang paling besar kecintaannya kepada ahlul-baitku dan para sahabatku.”
9. Diriwayatkan oleh At-Thabarani, bahawa Jabir RA mendengar `Umar ibnu Khattab RA berkata kepada orang ramai ketika mengahwini Ummu Kalthum binti `Ali bin Abu Thalib : “Tidakkah kalian mengucapkan selamat untukku? Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: ` Semua sabab (kerabat) dan nasab (salasilah keturunan) akan terputus pada hari kiamat kelak kecuali kerabat dan nasabku’.
10. Hadeeth Thaqalain riwayat Zaid bin Al-Arqam RA menyebut : “Kutinggalkan di tengah kalian dua bekal. (Yang pertama): Kitabullah, di dalamnya terdapat petunjuk dan cahaya terang. Hendaklah kalian ambil dan berpegang teguh padanya.dan (kedua) :Ahli Baitku. Kalian kuingatkan kepada Allah mengenai Ahli-Baitku! Kalian kuingatkan kepada Allah mengenai Ahli-Baitku!”
11.Imam Ahmad bin Hambal meriwayatkan dalam Hadeeth lain: “Apabila bintang-bintang lenyap, lenyaplah penghuni langit; dan apabila ahli-baitku lenyap, lenyap pula penghuni bumi.”
12.Sebuah Hadeeth riwayat Al Hakim dan disahihkan oleh Bukhari & Muslim menyebut : “Bintang-bintang merupakan (sarana) keselamatan bagi penghuni bumi (yang sedang belayar) dari bahaya tenggelam/karam sedangkaan ahlul-baitku sarana keselamatan bagi umatku dari perselisihan (dalam agama). Bila ada satu kabilah Arab yang membelakangi ahlul-baitku, mereka akan berselisih kemudian menjadi kelompok Iblis.”
13. Hadeeth Rasulullah SAW dari Abu Dzar menyatakan :” Ahlul- baitku di tengah kalian ibarat bahtera Nuh. Siapa yang menaikinya ia selamat dan siapa yang ketinggalan ia binasa.”
14. Abu Dzar Al- Ghiffari RA menuturkan bahawa ia mendengar sabdaan Rasulullah SAW :”"Jadikanlah ahlul-baitku bagi kalian sebagai kepala bagi jasad dan sebagai dua belah mata bagi kepala.”
15. Hadeeth riwayat Imam At-Tarmidzi, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : “Dunia tidak akan berakhir sehingga bangsa Arab dipimpin oleh seorang lelaki dari keluargaku yang namanya menyerupai namaku.
SUMBANGAN DERMA UNTUK ANAK YATIM
Bagi yang ingin menderma dan memberi sumbangan kepada Rumah Kebajikan bagi anak yatim, bantuan pendidikan, bantuan fakir miskin, bantuan saudara baru, kaunseling, motivasi dan kem bina insan yang diuruskan oleh Pengurusan Dar Ar Rahman boleh membuat bayaran ke Maybank Akaun : 56-454-8121-325. Untuk keterangan lanjut hubungi saudara Nur Muhammad : HP: 017-2602690. Semoga sumbangan anda diberkati oleh Allah S.W.T.
web analysis Maybank Akaun : 56-454-8121-325 . Untuk keterangan lanjut hubungi saudara Nur Muhammad : HP: 017-2602690. Semoga sumbangan anda diberkati oleh Allah S.W.T.
SEMINAR PENGUKUHAN DAN KEFAHAMAN AQIDAH AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH
OBJEKTIF
Menjelaskan akidah Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah berdasarkan metadologi ulama muktabar
Menghuraikan sumber-sumber pegangan akidah Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah yang muktabar
Menonjolkan kepentingan ilmu tasawuf sebagai ilmu yang sah dalam aliran Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah
Menjelaskan beberapa cabaran pengukuhan akidah umat islam di Malaysia dan cara mengatasinya
PEMBENTANG KERTAS KERJA
al-Muhaddits Syaikh Muhammad Ibrahim Abdul Baa’its al-Husaini al-Kattani (Mesir)
Beliau dilahirkan di Iskandariah, Mesir dari kalangan keluarga ulama dan pernah menjadi murid kanan kepada muhadits yang terkenal iaitu Syaikh. Abdullah Siddiq al-Ghumari. Beliau adalah merupakan seorang ulama hadits yang terkemuka di Mesir masakini.
Dr. Osama al-Said (Universiti Al-Azhar, Mesir)
Beliau seorang pensyarah Kuliah Usuluddin, Universiti Al-Azhar, Mesir dan sering mewakili mufti Mesir, Professor Dr. Ali Jum’ah bagi menghadiri seminar-seminar di peringkat antarabangsa. Beliau juga sering menggantikan mufti Mesir dalam menyampaikan khutbah-khutbah jumaat di Mesir. Beliau juga pernah menyunting kitab-kitab yang diamanahkan kepada mufti Mesir
Prof. Madya Dr. Mohd Fauzi Hamat (Universiti Malaya)
Beliau seorang Professor Madya merangkap Ketua Jabatan di Jabatan Akidah & Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Beliau juga adalah seorang Ahli Jawatankuasa Panel Kajian Akidah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Kelulusan:- Ijazah Sarjana Muda, Universiti Al-Azhar dalam bidang Pengajian Islam & Bahasa Arab (1992); Sarjana Usuluddin dalam bidang Falsafah Islam, Universiti Malaya, K.Lumpur (1997); PhD, Universiti Malaya, Kuala Lumpur (2002)
Pernah menjadi Pengurus Jurnal Usuluddin, terbitan Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (2003 – 2005) dan Ketua Editor Jurnal Akidah & Pemikiran Islam (AFKAR) (2006 – 2009)
Ustaz Mahfuz Muhammad Al Khalil (Pendakwah Bebas)
Beliau dilahirkan di Selangor, dan merupakan lulusan dari Universiti Al-Azhar, Kaherah Mesir dalam Fakulti Bahasa Arab. Beliau juga memiliki Diploma Fatwa dari Darul Ifta’ Mesir
JADUAL SEMINAR
Tarikh 8 Julai 2008
9.00 – 10.30 - Perasmian dan Pembentangan Kertas 1 - APAKAH DALIL-DALIL AKAL DALAM MASALAH KETUHANAN, PEGANGAN AL-ASYA’IRAH BERTENTANGAN DENGAN AL HADITS? Oleh : al-Muhaddits Syaikh Muhammad Ibrahim Abdul Baes al-Kattami (Mesir)
10.30 – 11.00 – Rehat
11.00 – 12.30 - Pembentangan Kertas 2 - CABARAN PENGUKUHAN AKIDAH UMAT ISLAM DI MALAYSIA DAN CARA-CARA MENGATASINYA. Oleh : Prof. Madya Dr. Mohd Fauzi Hamat (Universiti Malaya)
12.30 – 2.00 ptg – Makan tengahari dan sholat dzuhur
2.30 – 4.30 – Perbincangan. Wacana isu-isu aqidah semasa (1). Pengerusi Sesi : Prof Madya Mohd. Kamil Bin Abd. Majid
Tarikh 9 Julai 2008
8.30 – 10.30 pagi – Pembentangan kertas kerja 3 - KEDUDUKAN TASAWUF DALAM DISIPLIN ILMU ISLAM. Oleh : Dr. Osama al-Said (Universiti Al-Azhar, Mesir)
10.30 – 11.00 – Rehat
11.00 – 12.30 – Pembentangan kertas kerja 4 - PENGERTIAN SALAFI MENURUT ULAMA ISLAM. Oleh : Ustaz Mahfuz Muhammad al-Khalil (Pendakwah Bebas)
12.30 – 2.00 – Makan Tengahari dan sholat dzuhur
2.00 – 4.00 – Perbincangan. Wacana isu-isu aqidah semasa (2). Pengerusi Sesi: Dr Luqman bin Abdullah
Untuk keterangan lanjut sila hubungi: URUSETIA SEMINAR APIUM Jabatan Akidah Ustaz Siddiq - Tel No: 03-7967 6096/6014 - Handphone No: 017-291 5476 P/S - Difahamkan para peserta akan dikenakan bayaran. Sila hubungi urusetia seminar untuk maklumat lanjut.
Di Kota Bunga, Malang, Jawa Timur, ada seorang auliya’ yang terkenal karena ketinggian ilmunya. Ia juga hafal ribuan hadits bersama dengan sanad-sanadnya.
Habib Abdul Qadir bin Ahmad Bilfaqih Al-Alawy dilahirkan di kota Tarim, Hadramaut, pada hari Selasa 15 Safar tahun 1316 H/1896 M. Saat bersamaan menjelang kelahirannya, salah seorang ulama besar, Habib Syaikhan bin Hasyim Assegaf, bermimpi bertemu Sulthanul Auliya’ Syekh Abdul Qadir Jailani. Dalam mimpi itu Syekh Abdul Qadir Jailani menitipkan kitab suci Al-Quranul Karim kepada Habib Syaikhan bin Hasyim Assegaf agar diberikan kepada Habib Ahmad bin Muhammad Bilfagih. Pagi harinya Habib Syaikhan menceritakan mimpinya kepada Habib Ahmad. Habib Ahmad mendengarkan cerita dari Habib Syaikhan, kemudian berkata, ”Alhamdulillah, tadi malam aku dianugerahi Allah SWT seorang putra. Dan itulah isyarat takwil mimpimu bertemu Syekh Abdul Qadir Jailani yang menitipkan Al-Quranul Karim agar disampaikan kepadaku. Oleh karena itu, putraku ini kuberi nama Abdul Qadir, dengan harapan, Allah SWT memberikan nama maqam dan kewalian-Nya sebagaimana Syekh Abdul Qadir Jailani.” Demikianlah, kemudian Habib Ahmad memberi nama Abdul Qadir karena mengharap berkah (tafa’ul) agar ilmu dan maqam Abdul Qadir seperti Syekh Abdul Qadir Jaelani. Sejak kecil, ia sangat rajin dan tekun dalam mencari ilmu. Sebagai murid, ia dikenal sangat cerdas dan tangkas dalam menerima pelajaran. Pada masa mudanya, ia dikenal sebagai orang yang mempunyai perhatian besar terhadap ilmu dan menaruh penghormatan yang tinggi kepada guru-gurunya. Tidaklah dinamakan mengagungkan ilmu bila tidak memuliakan ahli ilmu, demikian filosofi yang terpatri dalam kalbu Habib Abdul Qadir. Pernah suatu ketika di saat menuntut ilmu pada seorang mahaguru, ia ditegur dan diperingatkan, padahal Habib Abdul Qadir waktu itu pada pihak yang benar. Setelah memahami dan mengerti bahwa sang murid berada di pihak yang benar, sang guru minta maaf. Namun, Habib Abdul Qadir berkata, ”Meskipun saya benar, andaikan Paduka memukul muka hamba dengan tangan Paduka, tak ada rasa tidak menerima sedikit pun dalam diri hamba ini.” Itulah salah satu contoh keteladanan yang tinggi bagaimana seorang murid harus bersopan-santun pada gurunya. Guru-guru Habib Abdul Qadir, antara lain, Habib Abdullah bin Umar Asy-Syatiry, Habib Alwy bin Abdurrahman Al-Masyhur, Habib Abubakar bin Muhammad Assegaf, Habib Muhammad bin Ahmad Al-Muhdor, Syekh Segaf bin Hasan Alaydrus, Syekh Imam Muhammad bin Abdul Qadir Al-Kattany, Syekh Umar bin Harridan Al-Magroby, Habib Ali bin Zain Al-Hadi, Habib Ahmad bin Hasan Alatas, Habib Ali bin Muhammad Al-Habsy, Syekh Abubakar bin Ahmad Al-Khatib, Syekh Abdurrahman Bahurmuz. Dalam usia yang masih anak-anak, ia telah hafal Al-Quran. Tahun 1331 H/1912 M, ia telah mendapat ijazah dan berhak memberikan fatwa agama, antara lain di bidang hukum, dakwah, pendidikan, dan sosial. Ini merupakan anugerah Allah SWT yang telah diberikan kepada hamba pilihan-Nya. Maka tidak berlebihan bila salah seorang gurunya, Habib Alwi bin Abdullah bin Syihab, menyatakan, ”Ilmu fiqih Marga Bilfagih setara dengan ilmu fiqih Imam Adzro’iy, sedangkan dalam bidang tasawuf serta kesusastraan bagai lautan tak bertepi.” Sebelum meninggalkan kota Tarim untuk berdakwah, di tanah kelahirannya ia sempat mendirikan organisasi pendidikan sosial Jami’yyatul Ukhuwwah wal Mu’awanah dan Jami’yyah An-Nasr Wal Fudho’il tahun 1919 M. Sebelum berhijrah ke Indonesia, Habib Abdul Qadir menyempatkan diri beribadah haji dan berziarah ke makam Nabi Muhammad SAW. Setelah itu, ia melanjutkan perjalanan dan singgah di beberapa kota dan negara, seperti Aden, Pakistan, India, Malaysia, dan Singapura. Di setiap kota yang disinggahi, ia selalu membina umat, baik secara umum maupun khusus, dalam lembaga pendidikan dan majelis taklim. Tiba di Indonesia tepatnya di kota Surabaya tahun 1919 M/1338 H dan langsung diangkat sebagai direktur Madrasah Al-Khairiyah. Selanjutnya, ia mendirikan Lembaga Pendidikan Madrasah Ar-Rabithah di kota Solo tahun 1351 H/1931 M. Selepas bermukim dan menunaikan ibadah haji di Makkah, sekembalinya ke Indonesia tanggal 12 Februari 1945 ia mendirikan Pondok Pesantren Darul Hadits Al-Faqihiyyah dan Perguruan Islam Tinggi di kota Malang. Ia pernah diangkat sebagai dosen mata kuliah tafsir pada IAIN Malang pada 1330 H/1960 M. Keistimewaan Habib Abdul Qadir adalah, ia ahli ilmu alat, nahwu, sharaf, manthiq, ilmu kalam, serta ma’any, bayan, dan badi (tiga yang terakhir merupakan bagian ilmu sastra). Dalam bidang hadits, penguasaannya adalah bidang riwayat maupun dirayah, dan hafal ribuan hadits. Di samping itu, ia banyak mendapat hadits Al-Musalsal, yakni riwayat hadits yang tersambung langsung kepada Rasulullah SAW. Ini diperolehnya melalui saling tukar isnad (saling menukar periwayatan hadits) dengan Sayid Alwy bin Abas Al-Maliky saat berkunjung ke Makkah. Sebagai seorang ulama yang menaruh perhatian besar dalam dunia pendidikan, ia juga giat mendirikan taklim di beberapa daerah, seperti Lembaga Pendidikan Guru Agama di Sawangan, Bogor, dan Madrasah Darussalam Tegal, Jawa Tengah. Banyak santrinya yang di kemudian hari juga meneruskan jejaknya sebagai muballigh dan ulama, seperti Habib Ahmad Al-Habsy (Ponpes Ar-Riyadh Palembang), Habib Muhammad Ba’abud (Ponpes Darul Nasyi’in Malang), Habib Syekh bin Ali Al Jufri (Ponpes Al-Khairat Jakarta Timur), K.H. Alawy Muhammad (Ponpes At-Taroqy Sampang, Madura). Perlu disebutkan, Prof. Dr. Quraisy Shihab dan Prof. Dr. Alwi Shihab pun alumnus pesantren ini. Habib Abdul Qadir wafat pada 21 Jumadil Akhir 1382 H/19 November 1962 dalam usia 62 tahun. Kala saat-saat terakhirnya, ia berkata kepada putra tunggalnya, Habib Abdullah, ”… Lihatlah, wahai anakku. Ini kakekmu, Muhammad SAW, datang. Dan ini ibumu, Sayyidatunal Fatimah, datang….” Ribuan umat berdatangan untuk meyampaikan penghormatan terakhir kepada sang permata ilmu yang mumpuni itu. Setelah disemayamkan di Masjid Jami’ Malang, ia dimakamkan di kompleks makam Kasin, Malang, Jawa Timur.
diringkas dari manakib tulisan Habib Soleh bin Ahmad Alaydrus, pengajar Ponpes Darul Hadits Malang, Jawa Timur
Syaikh Ahmad Khatib bin 'Abdul Lathif bin 'Abdullah al-Minankabawi adalah salah seorang daripada ulama Jawi kita yang diberi kepercayaan menjadi khatib dan imam bagi pengikut mazhab Syafi'i di Masjidil Haram. Beliau dilahirkan di Kota Gedang, Bukit Tinggi, Sumatera Barat pada hari Isnin, 6 Zulhijjah 1276 H / 26 Jun 1860M. Beliau wafat di Makkah pada 9 Jamadilawal 1334 H / 13 Mac 1916 M. Beliau menerima didikan agama daripada ramai guru-guru yang terkemuka pada zamannya, antara guru-guru tersebut adalah Syaikhul Islam Sayyidi Ahmad Zaini Dahlan, Sayyidi Abu Bakar Syatho ad-Dimyathi dan Syaikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah Makki.
Beliau adalah seorang ulama yang luas dan dalam ilmunya serta teguh pendiriannya. Sungguhpun berilmu tinggi, beliau masih tetap berpegang dan bertaklid pada Mazhab Syafi'i dalam hukum-hakam fiqh dan mendokong Ahlus Sunnah wal Jamaah mengikut ajaran Imam Abu Hasan 'Ali al-Asy'ari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi dalam aqidah. Sebagai contoh, dalam pertikaian dua orang muridnya yang berbeza pendapat. Yang seorang berpihak kepada `Kaum Tua', beliau ialah Syeikh Hasan Ma'sum (1301 H/1884 M-1355 H/1974 M) yang berasal dari Deli, Sumatera Utara. Dan seorang lagi berpihak kepada `Kaum Muda', beliau ialah Haji Abdul Karim Amrullah (ayah kepada Prof. Dr. Hamka). Syeikh Ahmad Khatib telah berpihak kepada Syeikh Hasan Ma'sum (Kaum Tua). Bahkan dalam satu kenyataannya Syeikh Ahmad Khatib Minangkabau menolak sumber asal pegangan Haji Abdul Karim Amrullah (Kaum Muda) yang menurut beliau telah terpengaruh dengan pemikiran Ibnu Taimiyah (661 H/1263 M - 728 H/1328 M).
Dalam karya beliau "ar-Riyadhul Wardiyyah" beliau memberi penjelasan mengenai amalan "wahsyah" yang menurut keterangan beliau adalah amalan membuat kenduri di rumah orang mati, di mana pada halaman 101 dinyatakan:-
Tanbih:-Bermula memperbuat wahsyah ertinya berhimpun-himpun pada rumah mayyit, tiga malam, kerana mengaji dan menujuh hari dan meratus hari, maka segala itu bid'ah. Dan tiadalah jadi ia haram, melainkan jika diperbuat daripada harta anak yatim atau daripada harta mayyit yang ada atasnya utang. Dan serta keadaannya bid'ah, jika diniatkan dengan makan-makan itu akan sedekah, dan dijadikannya akan pahalanya bagi mayyit, dan dengan bacaan tahlil akan hadiah pahalanya kepada mayyit, maka nescaya sampai pahalanya bagi mayyit.
Maka, diharap sesiapa yang melakukan amalan kenduri arwah untuk menghiburkan diri dan keluarga si mati yang baru kehilangan orang yang dikasihi, juga menghiburkan si mati yang baru sahaja berpindah ke alam barzakh dengan iringan zikir, tahlil, doa dan sebagainya, biarlah dilakukan atas niat yang benar dan betul menurut ajaran para ulama kita yang mulia. Manakala sesiapa yang tidak berhajat untuk melakukan amalan "niga", "nujuh" dan seterusnya, maka itu adalah hak mutlak kamu, tapi jangan kamu mencela dan mencemoh mereka-mereka yang melakukannya. Bukanlah kamu orang yang boleh mengetahui isi hati orang lain
Soalan: Kenapa mazhab yang tinggal sekarang cuma empat sedangkan para ulama mujtahid itu dikatakan ramai lebih daripada sepuluh orang?
– Mohamad Suki Ahmad,
Tanah Merah, Kelantan
Jawapan: Memang para sahabat dan tabiin yang besar dan diakui sebagi ulama mujtahid itu ramai, dan yang paling menonjol dari kalangan tabiin ialah:
1- Imam Hasan bin Yasar al-Basri meninggal 110 H.
2-Imam Abu Hanifah meninggal 150H.
3-Imam Auza‘ii meninggal 157 H
4-Imam Sufyan al-thauri meninggal 160 H.
5-Imam Al-Laith meninggal 175 H.
6-Imam Malik bin Anas meninggal 179 H. 7-Imam Sufyan bin ‘Uyainah meninggal 198H.
8-Imam Syafie meninggal 204H.
9-Ahmad bin Hanbal meninggal 241H. 10-Imam Daud Zahiri meninggal 270 H
Dan ramai lagi para ulama sebelum dan selepas itu yang tidak sempat ilmu mereka itu tersebar dan dibukukan selain daripada empat orang ulama mujtahid yang terkenal itu sahaja, yang mana mazhab mereka diikuti dan diamalkan serta bertebaran di seluruh pelusuk dunia hari ini. Di sebelah Yaman dan Nusantara ini tersebarnya mazhab Syafie r.a. dan di sebelah utara India berkembangnya mazhab Hanafi r.a. dan di sebelah Afrika pula merebaknya mazhab Maliki r.a. dan di sebelah Saudi merebaknya mazhab Hanbali r.a. Ini semua berlaku kerana perkembangan sejarah umat manusia itu sendiri.
Jadi untuk mempertahankan keharmonian umat dan kesejahteraan serta perpaduan umat dalam suatu kawasan yang majoriti penduduknya berpegang pada satu-satu mazhab tertentu, maka mazhab lain tidaklah perlu lagi mengembangkan pengaruhnya. Sebagaimana juga satu tempat tertentu, tidak bersetuju kiranya orang lain atau mazhab lain menyebarkan pengaruhnya yang boleh menggugat ketenteraman di tempat dan kawasan mereka. Walahualam.
Zikir selepas solat
SOALAN: Adakah digalakkan kita berzikir selepas selesai salam? Sebahagian para jemaah di tempat saya, apabila selesai solatnya, terus bangun dan meninggalkan tempat solat kerana katanya perbuatan tersebut dianggap bidaah.
– Idris Awang Chik,
Kampung Kedondong,
Pasir Mas Kelantan.
JAWAPAN: Telah sepakat antara ulama Shafie dan lain-lain mengatakan sunat berzikir selepas selesai solat. Disunatkan semua orang dapat melakukannya, beserta doa sekali. Kata Imam Nawawi r.a. banyak wirid yang telah aku himpun untuk dibaca selesai solat dalam kitabku yang bernama “Azkar”. Dari Ibnu Abbas r.a katanya: Aku tahu selesainya solat Rasulullah saw, itu dengan suara takbir (Riwayat Bukhari &Muslim) Dan katanya laginya (Ibnu Abbas): Aku tahu selesainya para sahabat dari mendirikan solat jemaah waktu mereka bila aku dengar suara zikir mereka itu, tandanya jemaah mereka sudah selesai” (Riwayat Syaikhan) Dari Thauban r.a. katanya: Bila Rasululllah selesai dari solatnya, Baginda beristighfar tiga kali dan membaca Alhamdulillahi, anta salam waminkassalam” hingga akhir dan hadis yang diriwayatkan dari al Mughirah bin Syu‘bah r.a. Rasulullah SAW bila selesai solatnya lalu membaca ‘lailaha illa Allahu’ hingga ‘wala yanfa‘uzaljaddi minkal jaddu’ (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Hadis dari Abdullah bin Zubair r.a. katanya Rasulullah berpaling dari solatnya dan membaca “lailaha illa llahu wahdahu la syarikalhu hingga “walau karihal kafirun”. Kesimpulannya berzikir selesai solat itu, adalah digalakkan lagi sunah. Orang kita yang malas sahaja yang berdalih dengan macam-macam alasannya. Wallahualam.
Syaikh Ahmad Khatib bin Abdul Lathif bin Abdullah al-Minankabawi lahir pada hari Isnin, 6 Zulhijjah 1276H/26 Jun 1860M di Sumatera dan pada wafat 9 Jumadilawwal 1334H/13 Mac 1916M di Mekah. Salah seorang ulama melayu yang telah mengangkat martabat ulama melayu kerana beliau pernah menjadi imam dan khatib dalam Mazhab Syafie di Masjidilharam Mekah. Antara guru-guru beliau adalah Sayid Bakri Syatha, Sayid Ahmad bin Zaini Dahlan, Syeikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki. Antara muridnya pula adalah Syaikh Hasan Ma’sum dan Syaikh Abdul Karim Amrullah [ayahanda kepada Buya HAMKA]. Seketika berlaku polemik diantara kedua murid beliau iaitu Syaikh Hassan Ma’sum yang beraliran ‘kaum tua’ dan Syaikh Abdul Karim Amrullah [ dikenali juga dengan Haji Rasul Amrullah, wafat 2 Jun 1945 - gambar sebelah] yang beraliran ‘kaum muda’, Syaikh Ahmad Khatib telah menyebelahi muridnya Syaikh Hassan Ma’sum dan dengan tegas menulis Ibnu Taimiyah, Ibnu Qayyim dan Wahabiyah yang diikuti oleh anak murid beliau [Syaikh Abdul Karim Amrullah] adalah sesat. Menurut Syaikh Ahmad Khatib Minangkabau, golongan tersebut sesat kerana keluar daripada fahaman Ahl as-Sunnah wa al-Jamaah dan menyalahi pegangan mazhab yang empat. Antara tulisannya ialah al-Khiththah al-Mardhiyah fi Raddi fi Syubhati man qala Bid’ah at-Talaffuzh bian-Niyah, Nur al-Syam’at fi Ahkam al-Jum’ah dan lain-lain.
Diantara nasihatnya: “Maka betapakah akan batal dengan fikiran orang yang muqallid yang semata-mata dengan faham yang salah dengan taqlid kepada Ibnu al-Qaiyim yang tiada terpakai qaulnya pada Mazhab Syafie. ……………Maka wajiblah atas orang yang hendak selamat pada agamanya bahawa ia berpegang dengan segala hukum yang telah tetap pada mazhab kita. Dan janganlah ia membenarkan akan yang menyalahi demikian itu daripada fatwa yang palsu.”
Datuk Saiyid Alwi bin Thahir al-Haddad lahir di Bandar Qaidun, Hadhramaut, Yaman pada 14 Syawal 1301H/7 Ogos 1884M dan beliau wafat pada pada 17 Jumadilakhir 1382H bersamaan14 November 1962M. Dilantik menjadi Mufti Johor sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1934 – 1941 dan 1947 - 1961. Antara guru-guru beliau ialah Habib Ahmad bin al-Hasan al-Attas, Habib Thahir bin Umar al-Haddad, Habib Muhammad bin Thahir al-Haddad, Habib Abdullah bin Thaha al-Haddad, Habib Thahir bin Abi Bakri al-Haddad dan al-Mu'ammar Sirajuddin Umar bin Utsman bin Muhammad Ba Utsman al-Amudi ash-Shiddiqi al-Bakari.
Saiyid Alwi al-Haddad ialah seorang ulama yang berpendirian keras dan tegas mempertahankan hukum syarak menurut aliran ‘kaum tua’. Beliau sangat menyanggah pendapat dan pegangan Syaikh Ahmad bin Muhammad as-Surkati dan yang lebih keras dibantahnya ialah A. Hassan bin Ahmad Bandung, bahkan Saiyid Alwi al-Haddad yang mengharamkan karya-karya A. Hassan Bandung di Johor demi untuk membendung menularnya fahaman kaum muda @ wahabi. [Syaikh Ahmad bin Muhammad as-Surkati dan A. Hassan Bandung – wafat pada 10 November 1958 - adalah merupakan ulama ‘kaum muda’]
Didalam Fatwa Mufti Kerajaan Johor yang telah difatwakan oleh Allahyarham al-‘Allamah Dato’ Sayyid Alwi bin Thahir al-Haddad, Mufti Kerajaan Johor 1936 – 1961M = 1356 – 1381H, dikumpul dan diterbitkan oleh Bahagian Penerbitan Jabatan Agama Johor, halaman 397 – 399:
PERKARA: MENGENAL KAUM MUDA –WAHHABI-DAN MUSUH-MUSUH ISLAM.
Soalan: Bagaimanakah dapat kenal atau ketahui alamat-alamat kaum muda (wahhabi) itu? Adakah kaum muda itu terjumlah dalam golongan Islam? Jawab:Jawab Soalan Pertama:Yang dikatakan Kaum Muda (Wahhabi) pada pertuturan orang-orang zaman ini (zaman beliau) ialah suatu kumpulan orang-orang yang tiada mengerti dan faham tentang Islam, mereka bersungguh-sungguh hendak menghampir dan menyatukan agama Islam kepada agama lain. Apa jua perkara yang terbit daripada agama Kristian atau Majusi, mana yang dipandang mereka molek dan elok pada zhohirnya berkehendaklah mereka memalingkan hukum-hukum Islam kepadanya seperti berkata setengah mereka itu (wahhabi): Babi itu suatu binatang yang suci, dan berkata setengah yang lain pula; Tiada sah ruju’ dengan tiada redha perempuan, dan berkata yang lain pula; Nabi Allah ‘Isa Úáíå ÇáÓáÇã berbapa seperti perkataan orang-orang Yahudi.” Setengah dari alamat (ciri-ciri) mereka itu (wahhabi):
Mereka marahkan Imam-Imam Mazhab yang empat dan ulama’ fiqh, mereka mengaku mengetahui al-Quran dan al-Hadits Nabawi.
Mereka membangkang ijma’, menyebarkan masalah khilaf di antara umat-umat Islam supaya menambah porak peranda umat-umat Islam sebagai mana disukai oleh seteru-seteru Islam.
Apabila mereka melihat orang-orang Islam tiada menyentuh al-Quran melainkan kemudian daripada mengambil air sembahyang, mereka (wahhabi) berkata; Harus menyentuh al-Quran dengan tiada air sembahyang.
Apabila mereka melihat orang Islam tiada membaca al-Quran melainkan kemudian daripada bersuci daripada hadats besar, mereka (wahhabi) berkata; Harus membaca al-Quran kalau ada hadats besar sekalipun.
Apabila mereka melihat orang-orang Islam menjauhkan diri daripada najis seperti arak dan babi, mereka berkata ; Kedua-dua perkara itu suci. Mereka mencita-cita (bercita-cita) supaya orang Islam menjadi seperti orang Majusi. Mereka berlumur dengan lemak babi dan mencurahkan arak kepada bajunya kemudian sembahyang.
Setengah mereka itu sepanjang hari memain (bermain) kemaluannya atau menyentuh kemaluan isterinya beberapa kali kemudian boleh dia sembahyang (‘la za’mihim) dengan tiada mengambil air sembahyang.
Lagi demikian jua kalau ia membuat rantai leher daripada daging babi atau memakai kulit babi yang basah kemudian pergi sembahyang, nescaya sah sembahyang disisi mereka.
Kalau mereka bergelumbang dalam reban ayam atau kandang kambing atau lembu dan jadi baunya sebusuk-busuk manusia, kemudian ia sembahyang sah juga sembahyang disisi mereka.
Dan setengah dari ‘alamat mereka itu (wahhabi), mereka bersungguh mengamat-amati dan mengambil susah dalam perkara yang kecil-kecil seperti talqin, tahlil dan seumpamanya dan tiada menghiraukan perkara-perkara yang besar-besar seperti dosa-dosa besar yang telah membiak setengah daripadanya berzina, riba, was-was sangka pada Allah dan mengajar kanak-kanak Islam agama yang bukan Agama Islam. Perkara ini semua tiada disebut (dititik beratkan oleh wahhabi)dan tiada dihiraukannya.
Dan setengah daripada ‘alamat mereka itu, mereka berseteru dan merekakan masalah-masalah fiqh yang tiada padanya khilaf, barangsiapa menyalahi akan mereka itu pada satu daripada masalah-masalah fiqah seperti suatu hukum daripada hukum-hukum sembahyang atau sujud sahwi atau tayammum atau sunnah talqin, nescaya mereka jadikan orang itu seteru, terus diingkarkannya.
Semuanya ini ialah adat orang-orang khawarij (orang-orang yang benci akan Sayyidina ‘Ali karramahu wajhah) dan ‘adat ahlul bid’ah yang menyalahi puak-puak Islam kerana sahabat-sahabat Nabi Õáì Çááå Úáíå æÓáã, al-Tabi’in, mereka yang kemudian daripada Imam-imam mazhab yang empat dan sekalian ‘ulama’ mazhab, mereka bersalah-salahan (berselisihan pendapat) pada beberapa masalah dalam masalah fiqah (furu’ fiqhiyyah) tetapi mereka tiada berseteru diantara setengah dengan setengahnya dengan sebab bersalah-salahan ambilnya itu kerana bukannya bersalahan itu pada usul (asal masalah) bahkan pada furu’ (cawangan-cawangan) sahaja. …….
Syaikh Hasan Ma’shum Mufti Kerajaan Deli yang nama lengkapnya ialah Hasanuddin bin Muhammad Ma’shum bin Abi Bakar ad-Dali (Deli). Namun lebih dikenali dengan Syaikh Hasan Ma’shum. Asal keturunan dari Acheh kemudian berpindah ke Deli. Lahir di Labuhan Deli, Sumatera Utara pada tahun 1300H/1882M dan wafat di Medan pada 24 Syawal 1355H/7 Januari 1937M. Ayah dan datuknya juga merupakan ulama. Seorang pembela kamu tua ketika berlaku pertembungan pendapat antara kaum tua dan kaum muda. Antara kitab yang beliau tulis untuk menyanggah pendapat kaum muda adalah Al-Quthufat as-Saniyah fi Raddi Ba’dhi Kalam al-Fawaid al-‘Aliyah [kitab ini mendapat pujian dari gurunya Syeikh Ahmad Khatib Minangkabau dan Syeikh Abdul Qadir Shabir al-Mandaili], Beberapa Masail [untuk menangkis 19 perkara yang dilemparkan oleh Kaum Muda @ Wahabi yang dianggap bidaah oleh mereka iaitu antaranya tentang melafazkan ‘Usalli’, membaca talkin, mengaji (membaca al-Quran) di kubur,berdiri ketika marhaban, mempercayai ulama, lafaz ‘Saidina’ dalam shalawat, qadha sembahyang, mengangkat tangan ketika qunut, ziarah makam Nabi Õáì Çááå Úáíå æÓáã , membaca al-Quran untuk orang mati, fidyah sembahyang, ziarah kubur dan lain-lain lagi. Kitab ini dicetak pada tahun 1929 (cetakan kedua)]
Jelas bahawa ulama-ulama diatas menolak fahaman/ajaran yang dibawa oleh kaum muda atau Wahabi. Jika kita terima ajaran Wahhabi, maknanya kita tolak fatwa ulama-ulama kita yang dahulu-dahulu yang terkenal mereka itu dengan ke’aliman dalam pelbagai cabang ilmu, kewarakan dan ketaqwaannya.
Kata al-Marhum Tuan Guru Syaikh Wan Muhammad Shaghir bin Wan Abdullah:
“Ada orang jadi masyhur namanya kerana mempertahankan sesuatu pegangan yang diamalkan oleh orang ramai. Tidak dinafikan juga bahawa seseorang jadi masyhur kerana membantah amalan orang lain. Seseorang yang mempertahankan pegangan, sama ada yang betul ataupun yang salah, ada yang terikat dengan adab-adab yang tertentu, tetapi tidak sedikit yang tiada beradab. - Walau bagaimana hebat pun seseorang memperoleh kemasyhuran sanjungan manusia, tetapi jika pemikiran, pekerjaan dan perbuatannya tiada diredhai Allah, dia bukanlah seorang yang bijak. Hakikatnya dialah orang yang paling bodoh”
Siapakah Dia Syiekh Muhaddits Abdullah Al-Harary Al-Habashi?
AL- Harary ( As-Syeikh Muhaddits Abdullah Al-Harary Al-Habasyi) Mujaddid Manhaj Ahlus-Sunnah Wal-Jamaah Tulisan Dr. Hersi Muhammad Hailulah Pensyarah di Kuliah Dakwah Pejabat Islam Universiti Sains Islam Malaysia ……………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Bermulanya zaman moden di dunia islam ini dengan kejatuhan Daulah Kilafah dan peperangan penjajahan eropah di Negara-negara Islam. Hasil daripada perkara itu menatijahkan kepada penubuhan kumpulan-kumpulan yang mereka-rekakan perkara-perkara bid’aah dalam agama. Lalu keluarlah golongan Al-Wahhabiyah di Kepulauan Arab, Kumpulan Hizb Ikhwan di Mesir, Hizb Tahrir yang bertapak di Palestin, golongan Qaadiyaniyah di Negara Hindi, Baha-iyyah di Negara Iran, dan selainnya di beberapa tempat lain daripada Negara-negara-Islam. Golongan al-Wahhabiyah merupakan puak yang agak lama dari puak-puak sesat yang lain dari segi penubuhan. Lalu ulamak-ulamak Ahlus Sunnah Wal-Jamaah bangkit membantah dan menentang mereka untuk menghalang kemaraan mereka.
Antara kitab-kitab yang paling terkenal untuk mencapai matlamat ini (dalam menentang golongan wahhabi ini) ialah :
1. Kitab“Fitnah Al-Wahhabiyyah” karangan Mufti As-Sayyid Ahmad Zainiy Dahlan. Ia (kitab ini) merupakan sebahagian daripada bahagian kedua daripada “Kitab Al-Futuhaat Al-Islamiyyah”. Bahagian ini dicetak di Negara Turki pada Tahun 1975. Kemudian dicetak kali kedua di tempat percetakan yang sama pada tahun 1982. Ia merupakan suatu risalah yang membicarakan tentang sejarah pergerakan golongan Wahhabiyah dan peperangan yang mereka tempuhi dan setengah pandangan-pandangan pemilik kepada seruan ini (Muhammad bin Abd Wahhab) di dalam isu permasalahan tauhid. Kitab ini merupakan satu-satunya kitab yang dikira sebagai rujukan terpenting yang pernah ditulis dalam menentang golongan al-Wahhabiyah.
2. Kitab “An-Nuqul Asy-Syar’iyyah Fi roddi ‘Ala al-wahhabiyyah” Karangan Musthofa Bin Ahmad bin Hasan Asy-Sathi al-Hanbaly. Pengarang kitab membincangkan di dalamnya tentang permasalahan Ijtihad, syirik dan bahagian-bahagian kedua-dua bab ini, kehidupan para nabi dan para syuhadak di dalam qubur-qubur mereka, permasalahan berkaitan tawassul dan selainnya.
3. Kitab “Al-Minhah al-Wahhabiyah Fi roddi ‘Ala al-wahhabiyyah” karangan Dawuud bin Sulaiman Al-Baghdady. Kitab ini dicetak pada di Turki, cetakan ketiga dicetak pada tahun 1974. Pengarang kitab ini menjelaskan di dalam risalahnya tentang sabitnya pendengaran bagi orang-orang yang telah mati dan kehidupan mereka selepas kewafatan/ kematian, dan adakah bagi mereka pengurusan dalam sesetengah perkara atau pun tidak.
4. Antaranya lagi, kitab “ As-Showa’iq Ilahiyah Fi Roddi ‘Ala Al-Wahhabiyah” karangan Syeikh Sulaiman Bin Abdul Wahhab An- Najdy ( saudara kandung Muhammad Bin Abdul Wahhab-Pengasas kepada ajaran sesat wahhabi). Ini merupakan kitab terawal yang ditulis untuk menentang golongan al-wahhabiyah. Kitab ini dikarang ketika Muhammad Abdul Wahhab masih hidup lagi. (Muhammad Abdul Wahhab) sendiri pernah menentang (kitab ini) di dalam beberapa risalah-risalahnya tentang apa telah dipertikaikan tentangnya di dalam kitab tersebut. Kitab (As-Showa’iq Ilahiyah Fi Roddi ‘Ala Al-Wahhabiyah ) ini di cetak pada pertama kalinya di Iraq pada tahun 1306H/ 1888m. Antara permasalahan penting yang dibincangkan oleh penulis ialah masalah mengkafirkan orang Islam (golongan Wahhabi adalah orangnya).
5. Kitab “ Fajr Al-Shodiq Fir Roddi ‘Ala Munkiry At-Tawassul Wal-Karamat Wal Khawariq” karangan Jamil Affandy Sodafi Zuhawi W 1936. Beliau merupakan penduduk Iraq yang berkhidmat sebagai Pegawai Kerajaan Kilafah Al-Utsmaniyyah. Kitab ini ditulis dalam bentuk yang kecil sebanyak 76 muka surat. Kitab ini kemudiannya disebarkan di mesir dengan menggunakan cetakan Al-Waa-i’dz pada tahun 1323H, kemudian selepasnya diterbitkan pula dengan beberapa cetakan lain, antaranya cetakan Maktabah al-Haqiqah di Turki pada tahun 1976. Pengarang kitab ini membincangkan pada permulaan kitabnya tentang sumbangan-sumbangan Kerajaan Utsmaniyyah dan khidmatnya kepada dunia Islam. Kemudian berpindah topik kepada mengkritik keras pergerakan Al-Wahhabiyyah yang keluar daripada Khilafah Islamiyah. Penulis banyak membincangkan permasalahan-permasalahan yang banyak menjadi tajuk perdebatan, sebagai contoh permasalahan Tajsim, Ijma’, Qias dan sebagainya.
6. Kitab “ Dhiya-ul Shudur Li Munkiry Al-Tawassuli Bi Ahlil Qubur”karangan Zohir Syah Miyan Ibn ‘Abdul ‘Adzhim. Penulis membahaskan tentang permasalan-permasalahn tauhid dan syirik, tajsim dan ijtihad, dan sebagainya. Kemudian didatangkan pandangan-pandangan ulamak-ulamak yang empat mazhab untuk mengisbatkan keharusan bertawassul dengan para nabi dan ulamak-ulamak yang soleh.
7. Kitab “At-Tawassul Bi Al-Nabiy Wa Bi As-Sholihin” karangan Abu Hamid Marzuki ( nama sebenar beliau ialah Syeikh Muhammad Al-‘arabi At-Tabbany Al-Maliky W 1390H). Kitab ini dicetakkan di Turki pada tahun 1990. Kitab ini terdiri daripada dua bahagian, bahagian pertama bertajuk “ At-TAwassul Wajahlatul Wahhabiyyiin”. Pengarang menulis bahagian ini ketika mana beliau berada di Dimasq (Syiria) sebagaimana yang diberitahu oleh penerbit. Bahagian pertama ini adalah bahagian utama pada kitab tersebut yang mana mencecah sampai 304 muka surat. Diperbincangkan di dalamnya pandangan-pandangan Ibn Taimiyah al-Harrany dan Muhammad Abdul Wahhab dalam perkara Tauhid, sifat-sifat bagi Allah taala, tawassul dan sebagainya. Perbincangan yang dibawa dalam bahagian ini adalah sangat bagus. Adapun bahagian kedua, dimulakan daripada muka surat 305 sampai ke muka surat 336 dan ini adalah bahagian terakhir kitab yang diperbincangkan di dalamnya permasalahan tawassul dan dimantapkan dengan pendangan-pandangan ulamak-ulamak.
8. Kitab“ Al-basho-ir Li Munkiry At-Tawassul Bi Ahlil Maqobir” karangan Sayyid Hamidallah Al-Daajawi. Kitab ini diterbitkan di Turki pada tahun 1989. Pengarang kitab ini adalah berbangsa Pakistan. Kitabnya ini merupakan suatu penentangan kepada Syeikh Mulla Thahir yang merupakan salah seorang daripada golongan wahhabi di Pakistan. Beliau (Mulla Thahir) telah menulis sebuah kitab yang berjudul “ Al-Basho-ir lil Mutawassilin bil maqobir”. Adapun pengarang kitab ‘Al-Basho-ir Li munkiry At-Tawassul” merupakan seorang yang mempunyai akal yang cerdik dan dibukakan Allah ilmu pengetahuan. Dan ini jelas terpapar daripada kitabnya bahawa beliau adalah seorang yang mempunyai akal yang panjang dalam perdebatan dan perbincangan yang dibawanya boleh diterima pakai serta membawa beberapa faedah yang amat banyak bagi mereka yang ingin mengetahui cara-cara membantah dan menentang golongan Al-Wahhabiyah. Antara perkara yang diperbincangkan oleh penulis ialah Kehidupan selepas kematian, pandangan-pandangan Ibn Taimiyah dalam masalah tawassul, permasalahan-permasalahan iman, kufur, bida’ah, dan sebagainya. Beliau mengira Muhammad bin Abdul Wahhab Adalah seorang daripada golongan Khawarij. Selesai penulisan kitabnya itu pada tahun 1925.
Akan tetapi usaha ulamak-ulamak yang bertungkus lumus untuk menentang bid’aah golongan Wahhabiyah, tetap juaga ideologi-ideologi golongan wahhabiyah ini tersebar kerana beberapa sebab, Antaranya :
1. Perjanjian mereka yang dimeterai dengan Penjajah Britain untuk melawan Islam sebagaimana yang dibuat oleh golongan Qadiyaniyah di Hindi.
2. Perjanjian mereka dengan Keluarga Pemerintah di Saudi Arabia yang mewajibkan bida’ah mereka ke atas umat Islam di teluk Arab itu.
3. Tempat mereka merupakan strategi yang baik kepada dunia Islam yang menganggap negara contoh yang suci murni yang mana mereka menjemput bermilion-milion umat Islam pada setiap tahun dengan tujuan menunaikan kefarduan haji. (kalau mana-mana yang menentang wahhabi..tak bagi pergi haji..apa barang!!)
4. Berselindung sebagai pusat pengajian di Negara-negara islam disebabkan kelemahan khilafah dan peperangan Barat yang mana memberi peluang kepada mereka untuk menyebarkan bida’ah-bida’ah mereka.
Oleh kerana sebab-sebab ini dan sebab-sebab yang lainnya golongan Al-Wahhabiyah mampu menyebarkan propaganda-peropaganda yang merosakkan masyarakat Islam. Al-Wahhabiyah telah menjadikan masyarakat Islam terutamanya bagi mereka yang tidak mempelajari Islam atas manhaj atau metodologi Ahlus Sunnah Wal-jamaah mudah tertipu dan terpedaya. Maka antara yang telah terpedaya dan tertipu dengan pembawakan bid’aah-bida’ah mereka ialah Al-Maududy, Mas’uud An-Nadwi, Al-Syahsuwany yang terdiri daripada kalangan masyarakat Hindi. Mereka tidak mengenali Islam berdasarkan cara dan metodologi Ahlus Sunnah Wal Jamaah, bahkan ada yang tidak mempelajari ilmu-ilmu syarak sejak asal lagi seperti Al-Maududy.
Kesan pengaruh bid’aah baru (golongan wahhabi) ini kemudiannya merebak ke Mesir, Rashid Redha, Sayyid Qutb, Abd Al-Qadir ‘Audah, Muhammad Qutb, Sayyid Sabiq, dan selain mereka. Dan di bumi Syam Sa’id Hawa , Al-Albaany, An-Nabhany dan sebagainya. Adapun di Iroq, mereka merupakan antara penduduk yang paling sedikit menyahut ajakan seruan bida’ah golongan Al-Wahhabiyah, tiada yang banyak terpengaruh melainkan al-Alusi.
Kemudian golongan al-wahhabiyah mula menghancurkan syiar-syiar manhaj Ahlus Sunnah Wal Jamaah pada perkara-perkara yang berkaitan dengan ilmu-ilmu syarak selepas penguasaan mereka ke atas bumi Hijaz pada tahun 1920. Lalu mereka menggelar diri mereka sendiri sebagai “Salafiyah” bertujuan untuk menyembunyikan hakikat sebenar diri mereka. Bermula daripada itu, mereka mulalah mencabar ulamak-ulamak Ahlus-Sunnah Wal-Jamaah dengan cara menyebarkan tulisan-tulisan yang telah ditahzirkan oleh ulamak-ulamak ASWJ membacanya. Ini adalah kerana kitab-kitab mereka (wahhabi) mengandungi perkara-perkara syirik dan perkara-perkara bida’ah baru yang direka-reka dan mengandungi pandangan-pandangan yang bercanggah dengan akal dan naqal ( Al-Quran dan As-Sunnah) seperti kitab Ibn Taymiyyah dan anak muridnya ibn Qayyim Al-jauziyyah, Ibn Katsir dan selainnya dari kalangan golongan Musyabbihah dan Mujassimah.
Al-Marhum Al-Syeikh Musthofa ‘Abd Raazaq, merupakan Syeikhul Azhar ketika itu memperingatkan umat Islam bahawa gerakan ilmu akidah pada masa moden ini bermula dengan perlumbaan di antara pejuang golongan al-wahhabiyah dan pejuang ahlus-sunnah Wal-Jamaah, beliau menegaskan demikian daripada itu :” Adapun pembangunan terkini bagi ilmu kalam berdiri di atas landasan perlumbaan di antara pemikiran Abu Hasan Al-Asy’ary dan pemikiran Ibn Taymiyah Al-Harrany (al-Mujassim). Sesungguhnya kita benar-benar melihat wujud perlumbaan dalam menyebarkan kitab-kitab Al’Asy’ary dan kitab Ibn Taymiyah dan muridnya Ibn Qayyim Al-jauziyah, lalu pemikiran kedua ini menamakan diri mereka sendiri (perasan la pulak!!) sebagai “salafiyah”(‘ala za’mihim), moga-moga kemenangan di Negara-negara Islam kekal terpelihara berpihak kepada pemikiran Asy’ary sampai ke hari ini".
Aku mengatakan sesungguhnya perkembangan keburukan bid’aah golongan Al-wahhabiyah adalah sehingga memberi kesan dan pengaruh kepada ulamak ASWJ. Begitu juga pemikiran-pemikiran mereka sampai kepada ulamak-ulamak Syiah, sehinggakan lahir pada zaman moden ini Ulamak-ulamak ASWJ dan ulamak-ulamak Syiah ada yang membahagikan tauhid kepada 3 bahagian; Tauhid Uluhiyyah, Tauhid Rububiyah, Tauhid Asma’ Was-Sifat. Ini adalah kesan terpengaruh dengan pemikiran Ibn Taymiyah Al-Harrany yang rosak dalam perkara tauhid yang mana ini merupakan hasil porak peranda golongan Al-wahhabiyah dan sebaran yang mereka jalankan.
Maka tatkala Al-‘Allamah Al-Harary berehlah ke Negara Hijaz , beliau berhubung dengan ulamak Ahlus Sunnah Wal Jamaah di dua buah Bandar yang suci. Beliau melihat sendiri bahayanya gerakan bida’ah golongan Al-Wahhabiyah ke atas masyarakat Islam di tempat tersebut. Berkemungkinan besar ini adalah salah satu sebab kenapa beliau menentang golongan ini dengan menyebarkan ‘Aqidah Sunniyyah (akidah para rasul dan sahabat) yang sahih dan mengadakan pengajaran ilmu-ilmu syarak berteraskan mazhab ASWJ dalam bidang Akidah dan Fiqh (dan ilmu-ilmu yang lain). Oleh itu, Golongan al-wahhabiyah pada peringkat permulaan timbul di Hijaz, mereka menginkari aqidah ASWJ, begitu juga mereka menolak mentah-mentah pandangan mazhab 4 yang muktabar (Mazhab Hanafi, Maliki, syafi’ie, dan Hanbali). Kemudian golongan wahhabi ini mereka-reka perkara baru dalam agama dengan mengadakan manhaj baru (agama baru) dalam proses memahami nusus (al-Quran dan al-Hadis). Mereka membenarkan kepada orang awam untuk memperkatakan pada Al-Quran dan Al-Hadits yang mulia seperti apa yang telah mereka lakukan tanpa mempedulikan perkara tersebut bercanggah dengan Ulamak-ulamak Islam. Perkara ini sebenarnya telah di beritahu terlebih awal oleh Syeikh Sulaiman bin Abd Wahhab ( saudara kandung Muhammad Abd Wahhab) bahawa manhaj yang mereka (wahhabi) bawa merupakan mahhaj yang rosak (lagi merosakkan) yang mana golongan al-wahhabiyah membenarkan pengikut-pengikutnya berijtihad dalam mentafsirkan Nusus (Al-Quran dan Hadits) tanpa mencukupi syarat-syarat ijtihad terlebih dahulu (kadang-kadang yang amat bodoh pun nak berijtihad) walaupun mereka pada hakikatnya tidak boleh membaca dan menulis..(na’uzubillah)
Dalam menentang aliran pemikiran yang punah ini, Syeikh Al-Muhaddits Abdullah Al-Harary memulainya dengan menghidupkan Fiqh Islami dengan cara pembelajaran bertalaqqi, memberi pengajaran, memberi peringatan, memberi bimbingan di sekitar bumi Syam. Kemudian beliau menyebarkan kitab-kitabnya dalam isu akidah yang mana terkandung di dalamnya keterangan akidah ASWJ, di samping menolak fahaman golongan yang mereka-reka perkara baru di dalam agama sama ada mereka terdahulu atau di kalangan yang hidup di zaman moden terutamanya kumpulan sesat wahhabiyah yang merupakan golongan yang paling banyak membuat kekecohan dan kemudharatan kepada Islam dan masyarakatnya. Oleh kerana hasil usaha gigih beliau (Syeikh Al-Muhaddits Abdullah Al-Harary) di bumi syam, kini telah terbentuk dan tersebar fahaman Ahlus Sunnah Wal Jamaah di keseluruh pelusuk dunia Islam bahkan sampai ke Eropah, Amerika, Australia, dan sebagainya. Maka Allah Taala telah menghidup suburkan balik mazhab ASWJ yang dulunya pernah dicuba beberapa kali oleh golongan Al-wahhabiyah untuk merosakkannya dan menghancurkan syiar-syiarnya.
Maka di sini kami ingin mengatakan bahawa beliau boleh di kira sebagai seorang Mujaddid Manhaj atau metodologi Ahlus Sunnah Wal Jamaah pada zaman moden ini. Sesungguhnya mereka yang mengiktiraf beliau sebagai mujaddid adalah musuh-musuhnya sendiri (wahhabiyah) dan mensifatkan beliau sebagai Mujaddid, tetapi bila mana mereka tidak mampu menentang (Syeikh Al-Muhaddits Abdullah Al-Harary) secara terang-terangan dengan pengingkaran terhadap ahlus sunnah wal jamaah, lalu mereka mengatakan bahawa beliau (Syeikh Al-Muhaddits Abdullah Al-Harary) bekerja semata-mata untuk menghidupkan mazhab ahlul kalam!! Dan kami tidak mengetahui siapakah yang mengingkari metodologinya dalam mentajdidkan umat Islam melainkan mereka hanyalah kumpulan kecil yang terdiri daripada pelampau golongan Wahhabiah seperti Bin Baz dan seumpama dengannya. Dan begitulah juga kami mengatakan dengan rasa tenang tanpa perasaan takut bahawa Syeikh Al-Muhaddits Abdullah Al-Harary seorang mujaddid bagi metodologi Ahlus Sunnah Wal Jamaah pada zaman moden ini. Dan perkara ini adalah diambil dari penyaksian musuh-musuhnya dan mereka yang dengki kepadanya, murid-muridnya dan pembantu-pembantunya. Benarlah sabda Rasulullah,“sesungguhnya Allah taala akan membangkitkan bagi umat ini pada setiap 100 tahun, seorang yang memperbaharui baginya (umat Islam) agamanya”. Dan beliau mempunyai karya-karya dan risalah-risalah yang insyaallah akan dipertontonkan dan yang kami akan sebut setengah daripadanya sebagaimana berikut:
Karangan-karangan dan risalah-risalahnya :
Adalah kehidupan Al-‘Allamah Syeikh Muhaddits Abdullah Al-Harary pada zaman remajanya penuh dengan dengan jihad dan perjuangan untuk membebaskan negara Islam Somalia daripada penjajahan sebagai mana telah diterangkan sebelum ini. Kemudian selepas beliau turun beliau ke bumi Syam,beliau menyambung kegiatannya yang penuh dengan ilmu. Beliau tidak menghabiskan sebahagian hidupnya di penjara seperti Ibn Taimiyah dan Sayyid Qutb dan tidak juga di hukumkan kepadanya dengan kuarentin di rumahnya sebagaimana hal keadaan Al-Albaany di Jordan, bahkan beliau mengembara ke desa-desa dan ke bandar-bandar di seluruh pelusuk bumi Syam semata-mata untuk menyampaikan ilmu-ilmu Islam yang berguna dan bermanfaat dan mengajarkannya berteraskan Manhaj atau metodologi Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Beliau tidak pernah di sekat oleh pihak penguasa yang rasmi dari mana-mana Negara sebagai mana yang berlaku kepada orang lain yang mempunyai pandangan-pandangan yang buruk dan pemikiran-pemikiran yang ganjil (syaz). Bahkan kelebihan metodologi yang di bawa olehnya di dalam dakwah terbina di atas nilai-nilai yang hikmah dan contoh tauladan yang baik. Beliau mengadakan hubungan baik dengan masyarakat di bumi Syam di semua peringkat lapisan sama ada orang bawahan ataupun orang atasan. Beliau sebenarnya tidak mempunyai waktu yang mencukupi untuk mengarang banyak kitab kerana teramat sibuk dengan pengajaran dan memperbetulkan akidah-akidah manusia, disamping menentang golongan sesat yang mereka-reka perkara baru dalam agama. Walaubagaimanapun dalam kesibukan itu beliau tetap jua menulis pelbagai karangan dan risalah-risalah. Antara yang terbaik-pada tanggapan ilmu kita-ialah kitab syarah bagi aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang dinamakan “Idzhar Al-‘Aqidah As-sunniyyah bi syarah al-‘Aqidah At-Thohawiyyah”.antaranya lagi :
1. Syarh Alfiah As-Suyuthi Fi Mustholah Al-Hadits
2. Qosidah Fil I’tiqodi Taqo’u Fi Sitteena Baitan Taqriiban
3. As-Shirothul Mustaqiim Fi At-Tauhid
4. Ad-Dalilul Qawwim ‘Ala As-Shirothil Mustaqiim Fit Tauhid
Islam tidak pernah menolak amalan turun-temurun yang telah menjadi `uruf (budaya yang baik dalam masyarakat) bagi sesuatu bangsa. Justeru, di atas dasar apakah fahaman Wahhabi yang cuba menggugat amalan-amalan baik yang diamalkan dalam sesebuah masyarakat itu? Sedangkan, amalan-amalan baik yang diamalkan seperti membaca Yasin (secara beramai-ramai pada malam Jumaat) dan juga menyambut Maulidur Rasul (Maulud Nabi s.a.w) itu sebenarnya menyeru ke arah perpaduan dan mengeratkan hubungan sesama umat.
Sekalipun amalan-amalan tersebut dianggap sebagai bidaah, harus difahami bahawa tidak semua bidaah itu sesat. Amalan-amalan yang dinyatakan itu sebenarnya adalah termasuk dalam bidaah hasanah (bidaah yang baik). Oleh yang demikian, kita harus menerima adanya bidaah yang baik dan menolak bidaah yang buruk.
Sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam Syafie, bidaah itu ada dua, iaitu terpuji dan tercela. Apa yang sesuai dengan sunah itu, terpuji, dan apa yang tidak sesuai dengannya dianggap tercela. Demikian juga menurut Jalaluddin As-Sayuti, bahawa bidaah itu ada lima kategori iaitu, bidaah wajib, bidaah sunat, bidaah halal, bidaah haram, dan bidaah makruh.
Demikian juga dengan penegasan Nabi s.a.w dalam sebuah hadis yang bermaksud: "Sesiapa yang memberi contoh kebaikan, maka ia mendapat pahala dan pahala orang-orang yang meniru perbuatannya hingga hari kiamat; dan sesiapa yang memberi contoh kejahatan, maka ia mendapat dosa dan dosa orang-orang yang meniru perbuatannya hingga hari kiamat." (Petikan Kitab Tanbihul Ghafilin halaman 13).
Dapat difahami daripada hadis tersebut, perkara-perkara bidaah ini bukan semata-mata hanya keburukan atau dhalalah (sesat). Sebagai contoh, masyarakat hari ini membina sekolah, membangunkan pelbagai prasarana untuk kebaikan umat seluruhnya, sedangkan semuanya tidak ada pada zaman Rasulullah s.a.w. Sedangkan, pembangunan yang dilakukan itu adalah satu bidaah yang baik kerana umat Islam mendapat manfaat di atas kemudahan-kemudahan yang dilaksanakan itu.
Adakah Saidina Umar melakukan bidaah dhalalah (solat tarawih 20 rakaat)? Tentulah tidak, kerana Umar ada mengatakan sebaik-baik bidaah adalah sembahyang tarawih 20 rakaat (bidaah hasanah). Malahan di Arab Saudi pun sembahyang sunat tersebut dikerjakan sebanyak 20 rakaat. Hadis di atas juga menggambarkan betapa luasnya agama Islam ini dan janganlah kita sendiri yang menyempitkan perkara yang terbuka luas itu. Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: Engkau cuba menyempitkan benda yang luas?
Hari lain dan malam lain, masyarakat susah untuk mendekati al-Quran apatah lagi untuk sekadar membaca Yasin kerana sibuk bekerja. Jika pada malam Jumaat dianggap bidaah untuk membaca Yaasin, apakah alternatif atau program agama yang lain yang boleh dicadangkan oleh mereka (Wahhabi) untuk merapatkan hubungan di kalangan masyarakat kita pada hari ini?
Apa yang kita lakukan ini semua merupakan satu alternatif mengerjakan amalan baik dan beroleh pahala (bidaah hasanah). Sikap keterbukaan Rasulullah s.a.w sendiri yang begitu berlapang dada bukan sahaja dengan orang Islam tetapi dengan musuhnya orang Yahudi ketika baginda berhijrah ke Madinah merupakan sikap paling berharga untuk kita teladani.
Baginda menerima amalan baik yang dilakukan oleh orang Yahudi. Baginda ikut berpuasa pada hari 10 Muharam, malah sabda Baginda yang bermaksud: "Aku lebih berhak dari kamu. Oleh itu, aku akan berpuasa bukan sahaja pada 10 Muharam malah pada hari 9 Muharam." Oleh sebab itu ia disunatkan sampai hari ini dan banyak diamalkan oleh masyarakat kita.
Kesemua amalan yang dilakukan pada hari ini mempunyai asas yang kukuh sama ada secara umum atau khusus mahupun menerusi lafaz atau isyarat secara `harfi' atau `mafhum'.
Kepercayaan
Diharuskan bertawassul dengan Nabi dan orang-orang soleh kecuali amalan tawassul itu menggunakan patung berhala, kubur atau bomoh yang sudah pasti tidak diterima oleh Allah. Sebenarnya, kepercayaan yang tidak membenarkan syafaat dan tawassul ini sesuai dengan umat yang baru menemui cahaya tauhid, takut-takut mereka kembali mensyirikkan Allah dengan sesuatu yang lain sedangkan kita tahu dan yakin bahawa Allah adalah satu-satunya Tuhan yang memberi dan menegah, menyakiti dan menyembuhkan. Inilah ketetapan Allah dan tiada bagi ketetapan Allah itu berlakunya perubahan dan pertukaran. Ini adalah hukum alam, sama juga halnya dengan hubungan peraturan dalam agama. Inilah ajaran yang kita anuti sejak turun-temurun.
Kalau semuanya ini adalah bidaah, maka tidak perlulah kita pergi berjumpa doktor, tidak perlu berkereta dan tidak perlu ke sekolah atau ke pusat pengajian tinggi kerana semuanya adalah bidaah.
Apa yang kita amalkan itu bertujuan merapatkan hubungan kemesraan dan tali silaturrahim serta mewujudkan perpaduan di kalangan masyarakat. Jangan kita menyempitkan kefahaman dalam ruang yang jumud dan sempit mengenai Islam. Tidakkah kita selalu mendengar pada setiap hari Jumaat, khatib membacakan firman Allah yang bermaksud: Allah menyuruh kita berlaku adil dan cemerlang dalam semua keadaan (An-Nahl: 90). Dalam sebuah kisah, diceritakan seorang ulama dari Mesir telah pergi ke Eropah. Apabila ditanya oleh seorang paderi; "Adakah dalam al-Quran mengandungi ilmu membuat roti atau tidak?", Maka, ulama itu menjawab, "Ada". Lalu, dibacanya ayat Quran yang bermaksud: Tanyalah ahli ilmu pengetahuan sekiranya kamu tidak mengetahui. (surah An-Nahl; ayat 43)
Demikian halnya, Allah mengarahkan kita berlaku adil, cemerlang dalam segala keadaan. Maka, semua kebaikan sama ada dalam rumah tangga, masyarakat dan negara perlu kita pertahankan. Kalau kita mencari hadis yang menyuruh umat menyambut Maulidur Rasul, maka kita tidak akan terjumpa secara terang dan khusus tetapi dapat ditemui secara mafhum dan umum.
Jika pahala amalan orang lain tidak boleh diniat hadiah pahalanya kepada orang lain, maka semua amalan tidak terpakai dengan niat. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Segala amalan dikira mengikut niat dan bagi seseorang itu apa yang diniatkannya." Sedangkan fahaman Wahhabi menegakkan bahawa pahala doa hanya akan sampai kepada ahli keluarga sahaja.
Fahaman seperti ini memang tidak sesuai di Nusantara. Oleh sebab itu, kita menjemput para jemaah untuk meramaikan sembahyang jenazah tanpa mengira siapa, keluarga ataupun tidak. Itu pun semuanya dengan izin Allah jua akan kemakbulan doa dan pahala yang diperoleh si mati.
Oleh yang demikian, Islam menganjurkan amalan menolong keluarga yang dalam kesedihan akibat kematian. Amalan tersebut berupaya merapatkan lagi silaturahim dan kasih sayang di kalangan masyarakat selagi ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Kita percaya semua amalan itu ada asas dan hujah agamanya, bukan sesuatu yang direka-reka sesuka hati atau mengikut hawa nafsu sahaja.
Kita sebenarnya tidak ada masa untuk berkelahi kerana agenda kita belum selesai, iaitu perpaduan umat Islam seluruhnya dan keamanan sejagat. Penulis percaya apabila kita bersatu, tenteram dan aman makmur, musuh-musuh kita akan merana dan berasa tidak senang hati. Allah berfirman yang bermaksud: Jangan berkelahi (berselisih), kamu akan kecewa dan hilang kehebatan kamu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah bersama-sama mereka yang sabar. ( Surah al-Anfal, ayat 46)
[MOHD. SHAUKI ABD. MAJID ialah Penolong Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).]
Mazhab Wahhabi sering menimbulkan kontroversi berhubung dengan asal-usul dan kemunculannya dalam dunia Islam. Umat Islam umumnya terkeliru dengan mereka kerana mereka mendakwa mazhab mereka menuruti pemikiran Ahmad ibn Hanbal dan alirannya, al-Hanbaliyyah atau al-Hanabilah yang merupakan salah sebuah mazhab dalam Ahlus Sunnah wal Jama`ah.
Nama Wahhabi atau al-Wahhabiyyah kelihatan dihubungkan kepada nama `Abdul Wahhab iaitu bapa kepada pengasasnya, Syaikh Muhammad bin `Abdul Wahhab an-Najdi. Ia tidak dinamakan al-Muhammadiyyah yang mungkin boleh dikaitkan dengan nama Muhammad bin `Abd al-Wahhab bertujuan untuk mengelakkan persamaan di antara para pengikut Nabi Muhammad (s.a.w) dengan mereka, dan juga bertujuan untuk menghalang sebarang bentuk eksploitasi (istighlal). Bagaimanapun, nama Wahhabi dikatakan ditolak oleh para penganut Wahhabi sendiri dan mereka menggelarkan diri mereka sebagai golongan al-Muwahhidun (unitarians) kerana mereka mendakwa ingin mengembalikan ajaran-ajaran tawhid ke dalam Islam dan kehidupan murni menurut sunnah Rasulullah.
Mazhab Wahhabi pada zaman moden ini tidak lain dan tidak bukan, adalah golongan al-Hasyawiyyah kerana kepercayaan-kepercayaan dan pendapat-pendapat mereka seratus peratus sama dengan golongan yang dikenali sebagai al-Hasyawiyyah pada abad-abad yang awal.
Latar belakang Pengasas Mazhab Wahhabi Muhammad bin `Abdul Wahhab dilahirkan di perkampungan `Uyainah, salah sebuah kampung dalam Najd di bahagian selatan pada tahun 1115H/1703M. Bapanya, `Abdul Wahhab merupakan seorang Qadi di sini. Muhammad dikatakan pernah mempelajari bidang fiqh al-Hanbali dengan bapanya, yang juga adalah salah seorang tokoh ulama al-Hanabilah. Pada zaman remajanya, Muhammad selalu memperendah-rendahkan syiar agama yang biasanya dipegang oleh penduduk Najd, bukan sahaja di Najd bahkan sehingga sejauh Madinah selepas dia kembali daripada menunaikan haji. Dia sering mengada-adakan perubahan dalam pendapat dan pemikiran di dalam majlis-majlis agama, dan dia dikatakan tidak suka kepada orang yang bertawassul kepada Nabi (s.a.w) di tempat kelahiran (marqad) baginda yang suci itu. Kehidupannya selama beberapa tahun dihabiskan dengan mengembara dan berdagang di kota-kota Basrah, Baghdad, Iran, India dan Damsyik. Di Damsyik, dia dikatakan telah menemui kitab-kitab karangan Ibn Taimiyyah al-Harrani (m.728H/1328M) yang mengandungi ajaran-ajaran yang berunsur kontroversi berbanding dengan Ahlus Sunnah wal Jama`ah. Dia kembali ke Najd dan kemudian berpindah ke Basrah. Dalam perjalanannya ke Syam, di Basrah dia berjaya memenuhi matlamatnya menegah orang ramai daripada melakukan syiar agama mereka dan menghalang mereka daripada perbuatan tersebut. Justeru itu penduduk Basrah bangkit menentangnya, dan menyingkirkannya daripada perkampungan mereka. Akhirnya dia melarikan diri ke kota al-Zabir. Muhammad bin `Abd al-Wahhab berazam untuk ke Syam tetapi dia tidak mempunyai harta dan bekalan yang mencukupi, lalu bermusafir ke al-Ahsa' dan dari situ, terus ke Huraymilah (dalam kawasan Najd) juga.
Pada tahun 1139H/1726M, bapanya berpindah dari `Uyainah ke Huraymilah dan dia ikut serta dengan bapanya dan belajar dengannya tetapi masih meneruskan tentangannya yang kuat terhadap amalan-amalan agama di Najd, yang menyebabkan berlakunya pertentangan dan perselisihan yang berkecamuk di antaranya dan bapanya di satu pihak dan, di antaranya dengan penduduk-penduduk Najd di pihak yang lain. Keadaan tersebut terus berkekalan sehingga ke tahun 1153H/1740M apabila bapanya meninggal dunia. Sejak dari itu, Muhammad tidak lagi terikat. Dia telah mengemukakan akidah-akidahnya yang sesat, menolak dan mengenepikan amalan-amalan agama yang dilakukan serta menyeru mereka menyertai kumpulannya. Sebahagian tertipu manakala sebahagian lagi meninggalkannya hingga dia mengisytiharkan kekuasaannya di Madinah.
Muhammad kembali ke `Uyainah yang diperintah oleh `Uthman bin Hamad yang menerima dan memuliakannya dan berlakulah ketetapan di antara mereka berdua bahawa setiap seorang hendaklah mempertahankan yang lain dengan seorang memegang kekuasaan dalam perundangan Islam (al-tasyri`) dan seorang lagi dalam pemerintahan. Pemerintah `Uyainah mendokong Muhammad dengan kekuatan dan Muhammad bin `Abdul Wahhab pula menyeru manusia mentaati pemerintah dan para pengikutnya.
Berita telah sampai kepada pemerintah al-Ahsa` bahawa Muhammad bin `Abdul Wahhab mendakyahkan pendapat dan bid`ahnya, manakala pemerintah `Uyainah pula menyokongnya. Beliau telah memerintahkan supaya suatu risalah peringatan dan ancaman dihantar kepada pemerintah `Uyainah. Pemerintah `Uyainah telah memanggil Muhammad dan memberitahunya bahawa dia enggan membantunya. Ibn `Abdul Wahhab berkata kepadanya: "Sekiranya engkau membantuku dalam dakwah ini, engkau akan menguasai seluruh Najd." Pemerintah tersebut menyingkirkannya dan memerintahkannya meninggalkan `Uyainah dengan cara mengusirnya pada tahun 1160H/1747M.
Pada tahun itu, Muhammad keluar dari `Uyainah ke Dar`iyyah di Najd yang diperintah oleh Muhammad bin Sa`ud (m.1179H/1765M) yang kemudian menziarahi, memuliakan dan menjanjikan kebaikan kepadanya. Sebagai balasannya, Ibn `Abdul Wahhab memberikan khabar gembira kepadanya dengan jaminan penguasaan Najd keseluruhannya. Dengan cara itu, suatu ketetapan dimeterai. Penduduk Dar`iyyah mendokongnya sehingga akhirnya Muhammad ibn `Abdul Wahhab dan Muhammad bin Sa`ud memeterai perjanjian atau memorandum persefahaman (`aqd al-Ittifaqiyyah). Ibn Basyr al-Najdi yang dipetik oleh al-Alusi mengatakan: " Penduduk Dar`iyyah pada masa itu dalam keadaan sangat menderita dan kepayahan, mereka lalu berusaha untuk memenuhi kehidupan mereka ... Aku lihat kesempitan hidup mereka pada kali pertama tetapi kemudian aku lihat al-Dar`iyyah selepas itu - pada zaman Sa`ud, penduduknya memiliki harta yang banyak dan senjata disaluti emas, perak, kuda yang baik, para bangsawan, pakaian mewah dan lain-lain lagi daripada sumber-sumber kekayaan sehinggakan lidah kelu untuk berkata-kata dan gambaran secara terperinci tidak mampu dihuraikan." " Aku lihat tempat orang ramai pada hari itu, di tempat dikenali al-Batin - aku lihat kumpulan lelaki di satu pihak dan wanita di satu pihak lagi, aku lihat emas, perak, senjata, unta, kuda, pakaian mewah dan semua makanan tidak mungkin dapat digambarkan dan tempat itu pula sejauh mata memandang, aku dengar hiruk-pikuk suara-suara penjual dan pembeli ..." Harta yang banyak itu tidak diketahui datang dari mana, dan Ibn Basyr al-Najdi sendiri tidak mendedahkan sumber harta kekayaan yang banyak itu tetapi berdasarkan fakta-fakta sejarah, Ibn `Abdul Wahhab memperolehinya daripada serangan dan serbuan yang dilakukannya bersama-sama para pengikutnya terhadap kabilah-kabilah dan kota-kota yang kemudian meninggalkannya untuknya. Ibn `Abdul Wahhab merampas harta kekayaan itu dan membahagi-bahagikannya kepada penduduk Dar`iyyah. Ibn `Abdul Wahhab mengikuti kaedah khusus dalam pembahagian harta rampasan daripada umat Islam yang meninggalkannya. Ada ketikanya, dia membahagikannya di antara 2 atau 3 orang pengikutnya. Amir Najd menerima habuannya daripada ghanimah itu dengan persetujuan Muhammad bin `Abdul Wahhab sendiri. Ibn `Abdul Wahhab melakukan mu`amalah yang buruk dengan umat Islam yang tidak tunduk kepada hawa nafsu dan pendapatnya seumpama mu`amalah kafir harbi dan dia menghalalkan harta mereka.
Ringkasnya, Muhammad ibn `Abdul Wahhab kelihatan menyeru kepada agama Tawhid tetapi tawhid sesat ciptaannya sendiri, dan bukannya tawhid menurut seruan al-Qur`an dan al-Hadith. Sesiapa yang tunduk (kepada tawhidnya) akan terpelihara diri dan hartanya dan sesiapa yang enggan pula dianggap kafir harbi (yang perlu diperangi) sama ada darah dan hartanya. Di atas alasan inilah, golongan Wahhabi menguasai medan peperangan di Najd dan kawasan-kawasan di luarnya seperti Yaman, Hijaz, sekitar Syria dan `Iraq. Mereka mengaut keuntungan yang berlimpah daripada kota-kota yang mereka kuasai mengikut kemahuan dan kehendak mereka, dan jika mereka boleh menghimpunkan kawasan-kawasan itu ke dalam kekuasaan dan kehendak mereka, mereka akan lakukan semua itu, tetapi jika sebaliknya mereka hanya memadai dengan merampas harta kekayaan sahaja. Muhammad memerintahkan orang-orang yang cenderung mengikuti dakwahnya supaya memberikan bai`ah dan orang-orang yang enggan wajib dibunuh dan dibahagi-bahagikan hartanya. Oleh kerana itu, dalam proses membuang dan mengasingkan penduduk kampung di sekitar al-Ahsa` untuk mendapatkan bai`ah itu, mereka telah menyerang dan membunuh 300 orang dan merampas harta-harta mereka. Akhirnya Muhammad meninggal dunia pada tahun 1206H/1791M tetapi para pengikutnya telah meneruskan mazhabnya dan menghidupkan bid`ah dan kesesatannya kembali.
Pada tahun 1216H/1801M, al-Amir Sa`ud al-Wahhabi mempersiapkan tentera yang besar terdiri daripada 20,000 orang dan melakukan serangan ganas ke atas kota Karbala` di `Iraq. Tentera Wahhabi mengepung dan memasuki kota itu dengan melakukan pembunuhan, rampasan, runtuhan dan kebinasaan. Puak Wahhabi telah melakukan keganasan dan kekejaman di kota Karbala` dengan jenayah yang tidak mengenal batas perikemanusiaan dan tidak mungkin dapat dibayangkan. Mereka telah membunuh 5000 orang Islam atau bahkan lebih lagi. Apabila al-Amir Sa`ud menyudahi perbuatan keji dan kejamnya di sana, dia merampas khazanah harem al-Imam al-Husayn bin `Ali (r.a.) yang banyak dengan harta, perhiasan dan hadiah yang dikurniakan oleh raja, pemerintah dan lain-lain kepada maqam suci ini. Selepas melakukan keganasan yang cukup menjijikkan ini, dia kemudian menakluki Karbala` untuk dirinya sehingga para penyair menyusun qasidah-qasidah penuh dengan rintihan, keluhan dan dukacita mereka. Puak Wahhabi mengambil masa selama 12 tahun membuat serangan ke atas kota Karbala` dan kawasan sekitarnya, termasuk Najaf. Mereka kembali sebagai perampas, penyamun dan pencuri dengan memulainya pada tahun 1216H/1801M.
Jelaslah, bahawa tawhid yang diserukan oleh Muhammad bin `Abdul Wahhab dan jemaahnya adalah dengan mengharuskan darah dan harta orang yang mengingkari dakwah mereka, juga menerima kata-kata atau akidah-akidah mereka bahawa Allah berjisim, mempunyai anggota tubuh badan dan sebagainya.
Dapat dilihat dalam kitab al-Radd `ala al-Akhna’i oleh Ibn Taimiyyah bahawa dia menganggap hadith-hadith yang diriwayatkan tentang kelebihan ziarah Rasulullah (s.a.w) sebagai hadith mawdu` (palsu). Dia juga turut menjelaskan "orang yang berpegang kepada akidah bahawa Nabi masih hidup walaupun sesudah mati seperti kehidupannya semasa baginda masih hidup, dia telah melakukan dosa yang besar". Inilah juga yang diiktiqadkan oleh Muhammad bin `Abdul Wahhab dan para pengikutnya, bahkan mereka menambahkan pemalsuan dan kebatilan Ibn Taimiyyah tersebut.
Para pengikut akidah Wahhabi yang batil memberikan tanggapan kepada para pengkaji yang melakukan penyelidikan mengenai Islam - menerusi pemerhatian dan penelitian kepada kitab-kitab mereka dan mengenali Islam menerusi bahan-bahan cetakan mereka sendiri - hingga menyebabkan mereka akhirnya beranggapan bahawa Islam adalah agama yang kaku, beku, terbatas dan tidak dapat dimanfaatkan pada setiap masa dan zaman.
Para ulama al-Hanbali memberontak terhadap Muhammad bin `Abdul Wahhab dan mengeluarkan hukum bahawa akidahnya adalah sesat, menyeleweng dan batil sejak dari mula lagi. Tokoh pertama yang mengisytiharkan penentangan terhadapnya adalah bapanya sendiri, al-Syaikh `Abdul Wahhab, diikuti oleh saudaranya, al-Syaikh Sulayman. Kedua-duanya adalah daripada mazhab al-Hanabilah. Al-Syaikh Sulayman menulis kitab yang bertajuk al-Sawa`iq al-Ilahiyyah fi al-Radd `ala al-Wahhabiyyah untuk menentang dan menghentamnya. Di samping itu tentangan juga dihadapkan kepadanya oleh sepupunya, `Abdullah bin Husayn. Mufti Makkah, Syaikhul Islam, Sayyid Zaini Dahlan mengatakan: "`Abdul Wahhab, bapa kepada al-Syaikh Muhammad adalah seorang yang salih dan merupakan seorang tokoh ahli ilmu, begitulah juga dengan al-Syaikh Sulayman. Al-Syaikh `Abdul Wahhab dan al-Syaikh Sulayman, kedua-duanya dari awal lagi iaitu pada ketika Muhammad mengikuti pengajarannya di Madinah al-Munawwarah telah mengetahui pendapat dan pemikiran Muhammad yang meragukan. Kedua-duanya telah mengkritik dan mencela pendapatnya dan mereka berdua turut memperingatkan orang ramai mengenai bahayanya pemikiran Muhammad." Dalam keterangan Sayyid Zaini Dahlan yang lain dikatakan bahawa "bapanya `Abdul Wahhab, saudaranya Sulayman dan guru-gurunya telah dapat mengesani tanda-tanda penyelewengan agama (ilhad) dalam dirinya yang didasarkan kepada perkataan, perbuatan dan tentangan Muhammad terhadap banyak persoalan agama."
`Abbas Mahmud al-`Aqqad al-Misri mengatakan: "Orang yang paling kuat menentang al-Syaikh dalam persoalan ini adalah saudaranya, al-Syaikh Sulayman, penulis kitab al-Sawa`iq al-Ilahiyyah. Beliau tidak mengiktiraf saudaranya itu mencapai kedudukan berijtihad dan berkemampuan memahami al-Kitab dan al-Sunnah. Al-Syaikh Sulayman berpendapat bahawa para Imam yang lalu, generasi demi generasi tidak pernah mengkafirkan ashab bid`ah, dalam hal ini tidak pernah timbul persoalan kufur sehingga timbulnya ketetapan mewajibkan mereka memisahkan diri daripadanya dan sehingga diharuskan pula memeranginya kerana alasan tersebut." Syaikh Sulayman berkata lagi bahawa: "Sesungguhnya perkara-perkara itu berlaku sebelum zaman Imam Ahmad bin Hanbal iaitu pada zaman para Imam Islam, dia mengingkarinya manakala ada di antara mereka pula mengingkarinya, keadaan itu berterusan sehingga dunia Islam meluas. Semua perbuatan itu dilakukan orang-orang yang kamu kafirkan mereka kerananya, dan tiada seorang pun daripada para Imam Islam yang menceritakan bahawa mereka mengkafirkan (seseorang) dengan sebab-sebab tersebut. Mereka tidak pernah mengatakan seseorang itu murtad, dan mereka juga tidak pernah menyuruh berjihad menentangnya. Mereka tidak menamakan negara-negara orang Islam sebagai negara syirik dan perang sebagaimana yang kamu katakan, bahkan kamu sanggup mengkafirkan orang yang tidak kafir kerana alasan-alasan ini meskipun kamu sendiri tidak melakukannya..."
Jelaslah bahawa Muhammad bin `Abdul Wahhab bukan sahaja sengaja mengada-adakan bid`ah dalam pendapat dan pemikirannya, bahkan beberapa abad terdahulu daripadanya, pendapat dan pemikiran seperti itu telah pun didahului oleh Ibn Taimiyyah al-Harrani dan muridnya, Ibn Qayyim al-Jawzi dan tokoh-tokoh seperti mereka berdua. Ibn Taimiyyah Dia ialah Abul `Abbas bin `Abdul Halim atau lebih dikenali Ibn Taimiyyah (m.728H/1328M) termasuk dalam kalangan ulama al-Hanabilah. Pendapat dan pemikirannya bercanggah dan berlawanan dengan akidah ulama dan umat Islam pada zamannya sehingga tokoh-tokoh ulama telah mengeluarkan perisytiharan perang dan menghukumkannya fasiq dan sesat, terutama selepas akidahnya yang penuh kebatilan dituliskan dan disebarkan kepada orang ramai.
Penentangan terhadap Ibn Taimiyyah dilakukan menerusi dua cara: (1) Penulisan kitab-kitab dan tulisan-tulisan yang menjawab dan menyangkal pendapat dan pemikirannya yang batil berdasarkan pandangan al-Qur'an dan al-Hadith. Contohnya: a) Taqiyuddin as-Subki dengan kitabnya, Syifa' al-Saqam fi Ziyarah Sayyidil Anam; b) As-Subki dengan kitabnya, ad-Durrah al-Mudi'ah fi al-Radd `ala Ibn Taimiyyah; c) Taqiyuddin Abi `Abdillah al-Akhna`i, Qadi al-Qudat al-Malikiyyah; d) Fakhr bin Muhammad al-Qarsyi, Najm al-Muhtadi wa Rajm al-Mutadi; e) Taqiyuddin al-Hasani, Daf` al-Syubhah. Semua tokoh yang disebutkan di atas menolak pendapat dan pemikiran Ibn Taimiyyah dan memperlihatkan kedangkalan serta kecetekan pendapatnya. (2) Celaan dan kritikan para ulama dan fuqaha` terhadapnya dengan mengeluarkan hukum dan fatwa tentang kefasikan dan kekufurannya, dan mereka turut memberikan peringatan tentang bid`ah dalam agama yang boleh merosakkan, yang dihasilkan daripada pemikirannya. Tokoh ulama tersebut ialah al-Badr bin Jama`ah, Qadi al-Qudat di Mesir. Umat Islam telah menulis kepadanya tentang pendapat Ibn Taimiyyah mengenai ziarah kubur Nabi (s.a.w). Qadi al-Qudat tersebut menjawab: "Ziarah Nabi adalah sunat yang dituntut. Ulama bersepakat dalam hal ini dan sesiapa yang berpendapat bahawa ziarah itu adalah haram, maka para ulama wajib mengutuknya dan menegahnya daripada mengeluarkan pendapat tersebut. Sekiranya dia enggan, maka hendaklah dipenjarakan dan diperendah-rendahkan kedudukannya sehingga umat manusia tidak mengikutinya lagi." Bukan Qadi asy-Syafi`iyyah di Mesir sahaja yang mengeluarkan fatwa ini, bahkan Qadi al-Malikiyyah dan al-Hanbaliyyah turut sama mendakwa kefasikan Ibn Taimiyyah dan menghukumkannya sebagai sesat dan menyeleweng.
Az-Dhzahabi, salah seorang ulama abad ke-8H/14M, tokoh sezaman dengan Ibn Taimiyyah telah menulis sebuah risalah kepadanya, dengan menegahnya daripada mengeluarkan pendapat tersebut ... dan beliau menyamakannya dengan al-Hajjaj bin Yusuf al-Thaqafi dari segi kesesatan dan kejahatan.
Ibn Taimiyyah meninggal dunia pada tahun 728H/1328M di dalam penjara al-Syam. Ibn al-Qayyim cuba menyambung dan meneruskan usaha gurunya, tetapi tidak berjaya. Dengan kematian Ibn Taimiyyah, segala pendapat dan pemikirannya juga turut mengalami kematian, dan umat Islam terlepas daripada bid`ah dan kesesatannya. Kemudian Muhammad bin `Abdul Wahhab datang dengan membawa pemikiran Ibn Taimiyyah dan bersekongkol pula dengan keluarga Sa`ud yang saling menyokong di antara seorang dengan yang lain dari segi pemerintahan dan keislaman. Di Najd, kesesatan telah tersebar dan fahaman al-Wahhabiyyah merebak ke seluruh pelusuk tempat seumpama kanser (al-saratan) dalam tubuh badan manusia. Dia menipu kebanyakan umat manusia dan menubuhkan sebuah pertubuhan ataupun dengan kata-kata lain, mazhab atas nama Tawhid dengan menjatuhkan hukuman ke atas Ahl al-Tawhid, menumpahkan darah umat Islam atas alasan jihad menentang golongan musyrikin hingga menyebabkan beribu-ribu orang manusia, lelaki dan wanita, kecil dan besar menjadi mangsa bid`ah mereka yang sesat. Ia turut sama menyebabkan perselisihan (khilaf) yang sempit semakin membesar dan menjadi-jadi di kalangan umat Islam dan dengan cara itu, mazhab yang baru ini dihubungkan dengan mazhab-mazhab yang banyak itu.
Musibah itu akhirnya sampai ke kemuncaknya dengan jatuhnya dua buah kota suci, Makkah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawwarah. Penduduk Najd bermazhab Wahhabi memperolehi bantuan dan pertolongan Britain yang ingin melihat perpecahan negara Islam kepada negara-negara yang lebih kecil dari segi kedudukan geografi. Mereka dengan secara sengaja berusaha menghapuskan segala kesan dan tinggalan Islam di kota-kota Makkah dan Madinah dengan memusnahkan kubur para wali (awliya`) Allah, mencemarkan kehormatan kerabat Rasulullah (Al Rasulillah) dan lain-lain dengan perbuatan-perbuatan jenayah dan dosa untuk mengoncangkan hati dan perasaan umat Islam. Sesetengah ahli sejarah menyebutkan: "Kemunculan secara tiba-tiba mazhab Wahhabi dan sewaktu mereka memegang kekuasaan di Makkah, operasi pemusnahan secara besar-besaran telah dilakukan oleh mereka dengan memusnahkan pertamanya, apa sahaja yang ada di al-Mu`alla, sebuah kawasan perkuburan Quraisy yang terdiri daripada kubah-kubah (qubbah) yang begitu banyak, termasuklah kubah-kubah Sayyidina `Abdul Muttalib, datuk Nabi (s.a.w) dam Sayyidah Khadijah sebagaimana yang telah mereka lakukan kepada kubah-kubah tempat kelahiran Nabi (s.a.w), Sayyidina Abu Bakr dan Sayyidina `Ali. Mereka juga turut memusnahkan kubah zamzam dan kubah-kubah lain di sekitar Ka`bah, seterusnya diikuti oleh kawasan-kawasan lain yang mempunyai kesan dan tinggalan orang-orang salih. Semasa mereka melakukan pemusnahan itu, mereka membuang kekotoran sambil memukul gendang (al-tubul) dan menyanyi dengan mengeluarkan kata-kata mencaci dan menghina kubur-kubur ... sehingga dikatakan sebahagian daripada mereka sanggup kencing di atas kubur-kubur para salihin tersebut."
Rasulullah (s.a.w) juga bersabda: "Apabila bid`ah timbul dan orang-orang yang terkemudian daripada umat ini melaknat orang-orang yang terdahulu, maka barang siapa yang memiliki keilmuan, maka hendaklah menyampaikannya. Sesungguhnya orang yang menyembunyikan keilmuannya pada hari itu seumpama orang yang menyembunyikan apa yang diturunkan Allah kepada Muhammad." Para Siddiqin daripada kaum kerabat Rasulullah (s.a.w) mengatakan bahawa: "Apabila bid`ah lahir, maka orang alim hendaklah menzahirkan keilmuannya, sekiranya dia tidak berbuat demikian, cahaya keimanan (Nur al-Iman) akan hilang."
Atas dasar inilah, para ulama telah bersama-sama bangkit menentang serangan mazhab Wahhabi. Mereka telah menulis, menerbitkan kitab-kitab dan menjelaskan keburukan dan kejahatan tokoh-tokoh Wahhabi yang berusaha untuk merealitikan cita-cita dan harapan Britain menerusi bentuk baru. Kitab pertama yang ditulis untuk menolak dan menentang fahaman Muhammad ibn `Abd al-Wahhab ialah al-Sawa`iq al-Ilahiyyah fi al-Radd `ala al-Wahhabiyyah yang ditulis oleh al-Syaikh Sulayman, iaitu saudara kepada Muhammad sendiri. Selepas itu, kitab-kitab lain mulai menyusul satu demi satu dengan menolak dan mengkritik pemikiran Muhammad ibn `Abdul Wahhab dari perspektif yang lain sehingga ke hari ini. Pada zaman itu, golongan Wahhabi telah meningkatkan serangan mereka yang merosakkan dan berbahaya terhadap Islam dan umatnya menerusi penentangan dan peperangan yang didalangi oleh keluarga Sa`ud dengan bantuan daripada hasil keuntungan petrol mereka. Pemerintahan kesultanan Sa`udi telah memperuntukkan sejumlah besar hasil keuntungan petrol mereka untuk menyebarkan dan mengembangkan mazhab dokongan Britain ini di kalangan orang Islam. Kalaulah tidak kerana kekayaan yang besar itu tentulah mazhab Wahhabi tidak akan dapat bertahan sehingga ke hari ini.
Kelihatan bahawa unsur-unsur penjajahan (al-isti'mar) Britain begitu jelas menerusi mazhab tersebut dan mereka mengambilnya sebagai cara yang terbaik untuk mewujudkan perpecahan, pertelagahan, persengketaan, permusuhan, perselisihan dan pertentangan di kalangan umat Islam sendiri. Mazhab tersebut juga turut memperkuatkan dan memperkukuhkan matlamat penjajahan Britain dengan mengada-adakan fitnah di kalangan umat Islam seperti menuduh orang-orang Islam yang lain sebagai fasiq dan kafir. Umat Islam yang tidak prihatin dan mempunyai pemikiran yang cetek dengan mudah diperdayakan oleh mereka sehingga akhirnya mereka sama ada secara sedar atau tidak, turut sama menyokong usaha-usaha mazhab Wahhabi dan Britain, bahkan melaksanakannya dalam kehidupan mereka menerusi perbuatan dan tindakan terhadap umat Islam lain yang disangkakan sebagai lawan-lawan mereka. Keadaan yang berlanjutan ini menyebabkan umat Islam menjadi lemah dan mudah diperkotak-katikkan oleh musuh-musuh Islam yang sebenar tetapi bertopeng dengan Islam