PONDOK HABIB

   

<< October 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31

Ya Saiyidi Ya Rasulallah - Salim Bin Hafidz dan Alwi Al-Haddad

Sesungguhnya Allah hendak menghapuskan noda dan kotoran dari kamu sekalian, ahlulbaiyt, dan mensucikan kamu sekalian dengan sesuci-sucinya." (al-Quran s.al-Ahzab:33) Nabi s.a.w.bersabda, "Yang terbaik diantara kamu sekalian ialah yang terbaik perlakuaannya terhadap ahlulbaiytku, setelah aku kembali kehazirat Allah." (Hadis Sahih dari Abu Hurairah r.a. diriwayatkan oleh al-Hakim, Abu Ya'la, Abu Nu'aim dan Addailamiy) Imam Syafi'i r.a. dalam banyak syair beliau telah melahirkan rasa cinta dan kasih sayang beliau kepada Ahlulbaiyt Rasulallah s.a.w.antara syair beliau yang banyak itu, beliau pernah bermadah: "Wahai Ahlulbait Rasulallah ! Kecintaan kepadamu adalah kewajiban dari Allah, yang turun dalam al-Quran. Cukuplah bukti betapa tingginya kamu sekalian. Tiada sempurna sholat tanpa shalawat untuk anda sekalian."

HADIS NABI Berkaitan Ahlulbait : 1.Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Penduduk Yaman datang, mereka lebih lembut hatinya. Iman ada pada orang Yaman. Fekah juga ada pada orang Yaman. Kemudian hikmat juga ada pada orang Yaman

2.Hadis Abi Mas'ud Uqbah bin Amru r.a katanya: Nabi s.a.w memberi isyarat dengan tangan ke arah Yaman, seraya bersabda: Ingatlah, sesungguhnya iman ada di sana sedangkan kekerasan dan kekasaran hati ada pada orang-orang yang bersuara keras berhampiran pangkal ekor unta ketika muncul sepasang tanduk syaitan, iaitu pada Bani Rabi'ah dan Bani Mudhar

3. Nabi s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang dilambatkan oleh amalannya, tidaklah dia dipercepatkan oleh nasab keturunannya.”

4. Dari Abdul Muthalib ibnu Rab’ah ibnul Khariif, katanya Rasulullah SAW telah bersabda : ” Sesungguhnya sedeqah itu berasal dari kotoran harta manusia dan ia tidak dihalalkan bagi Muhammad mahupun bagi keluarga Muhammad .” (HR Muslim)

5. At-Thabarani dan lain-lain mengketengahkan sebuah Hadeeth yang bermaksud; “Belum sempurna keimanan seorang hamba Allah sebelum kecintaannya kepadaku melebihi kecintaannya kepada dirinya sendiri; sebelum kecintaannya kepada keturunanku melebihi kecintaannya kepada keturunannya sendiri; sebelum kecintaannya kepada ahli-baitku melebihi kecintaannya kepada keluarganya sendiri, dan sebelum kecintaannya kepada zatku melebihi kecintaannya kepada zatnya sendiri .”

6. Diriwayatkan oleh Ahmad dan At-Tarmizi dari `Ali RA bahawa Rasulullah SAW bersabda :”Barangsiapa mencintai kedua orang ini, yakni Hassan,Hussein dan ayah serta ibunya, maka ia bersama aku dalam darjatku di Hari Kiamat

7. Ibnu `Abbas RA berkata bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda : “Cintailah Allah atas kenikmatan yang diberikanNya kepadamu sekelian dan cintailah aku dengan mencintai Allah dan cintailah ahlul-baitku kerana mencintaiku”

8. Ad- Dailami meriwayatkan sebuah Hadeeth dari `Ali RA yang menyebut sabda Rasulullah SAW: “Di antara kalian yang paling mantap berjalan di atas sirath ialah yang paling besar kecintaannya kepada ahlul-baitku dan para sahabatku.”

9. Diriwayatkan oleh At-Thabarani, bahawa Jabir RA mendengar `Umar ibnu Khattab RA berkata kepada orang ramai ketika mengahwini Ummu Kalthum binti `Ali bin Abu Thalib : “Tidakkah kalian mengucapkan selamat untukku? Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: ` Semua sabab (kerabat) dan nasab (salasilah keturunan) akan terputus pada hari kiamat kelak kecuali kerabat dan nasabku’.

10. Hadeeth Thaqalain riwayat Zaid bin Al-Arqam RA menyebut : “Kutinggalkan di tengah kalian dua bekal. (Yang pertama): Kitabullah, di dalamnya terdapat petunjuk dan cahaya terang. Hendaklah kalian ambil dan berpegang teguh padanya.dan (kedua) :Ahli Baitku. Kalian kuingatkan kepada Allah mengenai Ahli-Baitku! Kalian kuingatkan kepada Allah mengenai Ahli-Baitku!”

11.Imam Ahmad bin Hambal meriwayatkan dalam Hadeeth lain: “Apabila bintang-bintang lenyap, lenyaplah penghuni langit; dan apabila ahli-baitku lenyap, lenyap pula penghuni bumi.”

12.Sebuah Hadeeth riwayat Al Hakim dan disahihkan oleh Bukhari & Muslim menyebut : “Bintang-bintang merupakan (sarana) keselamatan bagi penghuni bumi (yang sedang belayar) dari bahaya tenggelam/karam sedangkaan ahlul-baitku sarana keselamatan bagi umatku dari perselisihan (dalam agama). Bila ada satu kabilah Arab yang membelakangi ahlul-baitku, mereka akan berselisih kemudian menjadi kelompok Iblis.”

13. Hadeeth Rasulullah SAW dari Abu Dzar menyatakan :” Ahlul- baitku di tengah kalian ibarat bahtera Nuh. Siapa yang menaikinya ia selamat dan siapa yang ketinggalan ia binasa.”

14. Abu Dzar Al- Ghiffari RA menuturkan bahawa ia mendengar sabdaan Rasulullah SAW :”"Jadikanlah ahlul-baitku bagi kalian sebagai kepala bagi jasad dan sebagai dua belah mata bagi kepala.”

15. Hadeeth riwayat Imam At-Tarmidzi, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : “Dunia tidak akan berakhir sehingga bangsa Arab dipimpin oleh seorang lelaki dari keluargaku yang namanya menyerupai namaku.



SUMBANGAN DERMA UNTUK ANAK YATIM

Bagi yang ingin menderma dan memberi sumbangan kepada Rumah Kebajikan bagi anak yatim, bantuan pendidikan, bantuan fakir miskin, bantuan saudara baru, kaunseling, motivasi dan kem bina insan yang diuruskan oleh Pengurusan Dar Ar Rahman boleh membuat bayaran ke Maybank Akaun : 56-454-8121-325. Untuk keterangan lanjut hubungi saudara Nur Muhammad : HP: 017-2602690. Semoga sumbangan anda diberkati oleh Allah S.W.T.

LAMAN MENARIK :

  • FAMILY SYED
  • AL-HAWI
  • ASYRAAF
  • PONDOK HABIB
  • MAJELIS RASULULLAH
  • BAHRUS SHOFA
  • PROTAJDID
  • BICARA SUFI
  • MALAKIAN
  • AL FANSHURI
  • MUKHLIS
  • PONDOK TAMPIN
  • AL BAZRAH
  • ROUDHAH

  • web analysis
    Maybank Akaun : 56-454-8121-325 . Untuk keterangan lanjut hubungi saudara Nur Muhammad : HP: 017-2602690. Semoga sumbangan anda diberkati oleh Allah S.W.T.


    Subscribe to familysyed

    Powered by us.groups.yahoo.com


    If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed



    Monday, October 26, 2009
    Jom Haul

    Jom Haul

    Alhamdulillah, acara haul Imam al-Haddad telah menjadi acara tahunan nampaknya. Moga haul beliau dijadikan sebagai media untuk mempertingkatkan keyakinan dan keimanan kita kepada agama Allah SWT. Moga dengan meriahnya majlis-majlis dzikrus sholihin ini, rahmat Allah sentiasa mencurah ke atas sekalian umat. Sungguh memperingati orang sholeh itu adalah suatu perbuatan yang kepujian. Imam as-Sayuthi rahimahUllah menukilkan dalam "Jami`ush Shoghir" pada hadits ke-4331 bahawa Junjungan Nabi SAW bersabda:-

    "Mengingati / menyebut para nabi termasuk dalam perbuatan ibadah, mengingati orang-orang sholeh adalah kaffaarah (pelebur dosa kesalahan), mengingati mati itu adalah sedekah dan mengingati kubur itu mendekatkan kamu dengan syurga."
    Hadits ini diriwayatkan Imam ad-Dailami dalam "Musnad al-Firdaus" daripada Sayyidina Mu`adz RA dengan sanad yang dinilai sebagai dhoif. Dhoif - dhoif pun hadits jugak, tetap ada kemungkinan sabdaan Junjungan SAW. Oleh itu, mari kita raikan majlis haul Imam al-Haddad dan majlis-majlis yang seumpamanya. Mudah-mudahan majlis khair ini akan menarik kepada majlis-majlis kebajikan yang lain.

    Para saadah keturunan mulia titihan Junjungan Nabi SAW seharusnya mempertingkatkan lagi ketaqwaan untuk menurut jejak langkah Shohibul Haul Imam al-Haddad serta para leluhur beliau, juga leluhur mereka yang mulia. Meniti sirah perjalanan hidup mereka yang penuh dengan cahaya ilmu, makrifah dan amal ketaqwaan. Itulah yang sewajarnya dijadikan buruan dan carian kita sekalian. Ya nasab juga penting untuk diketahui, tapi jangan hanya pandai dan rajin menyusun-nyusun dan mencari susur galur nasab tetapi tidak pandai menjaga dan memelihara serta memuliakannya. Dua kali malang bagi seorang yang bernasab mulia tetapi tidak tahu menjaga dan memuliakan nasabnya sendiri ... Allahu ... Allah.

    Amat sedih, bila ada yang terlalu ghairah mencari susur galur nasab sehingga lupa pula mencari ilmu yang menjadi pegangan para leluhur yang mulia. Allahu ... Allah, cari nasab rajin, tetapi cari ilmu malas, apa nak jadi ni. Nasab yang mulia itu satu keutamaan, yang sewajarnya dijadikan wasilah untuk lebih mencontohi dan mengikuti para leluhur yang mulia dalam titihan nasab tersebut. Jangan pula nasab menjadi hijab yang membantut perjalanan mencari keredhaan Allah SWT dan Rasulullah SAW. Mari kita renungkan sejenak akan bait syair yang digubah oleh Shohibul Haul, Quthubul Imam, al-Habib 'Abdullah bin 'Alawi bin Muhammad al-Haddad rahimahUmullah:-

    Jangan engkau tertipu dengan nasab sendiri;
    Jangan pula berpada dengan kemuliaan leluhurmu yang wali;
    Seharusnya engkau menuruti petunjuk Sang Nabi;
    Junjungan Ahmad ke arah sunnah baginda menunjuki.

    Akhirul kalam, jika ada kata-kata alfaqir yang mengguris hati keturunan saadah yang mulia, harap dimaafkan. Bukan tujuan alfaqir untuk itu, sekadar berpesan-pesan atas kebenaran dan kerana menuruti sabdaan mahkotanya keturunan mulia. Al-`afwu minkum.
     

    Posted at 09:00 am by ahlulbait
     

    Previous Entry Home Next Entry