PONDOK HABIB

   

<< October 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31

Ya Saiyidi Ya Rasulallah - Salim Bin Hafidz dan Alwi Al-Haddad

Sesungguhnya Allah hendak menghapuskan noda dan kotoran dari kamu sekalian, ahlulbaiyt, dan mensucikan kamu sekalian dengan sesuci-sucinya." (al-Quran s.al-Ahzab:33) Nabi s.a.w.bersabda, "Yang terbaik diantara kamu sekalian ialah yang terbaik perlakuaannya terhadap ahlulbaiytku, setelah aku kembali kehazirat Allah." (Hadis Sahih dari Abu Hurairah r.a. diriwayatkan oleh al-Hakim, Abu Ya'la, Abu Nu'aim dan Addailamiy) Imam Syafi'i r.a. dalam banyak syair beliau telah melahirkan rasa cinta dan kasih sayang beliau kepada Ahlulbaiyt Rasulallah s.a.w.antara syair beliau yang banyak itu, beliau pernah bermadah: "Wahai Ahlulbait Rasulallah ! Kecintaan kepadamu adalah kewajiban dari Allah, yang turun dalam al-Quran. Cukuplah bukti betapa tingginya kamu sekalian. Tiada sempurna sholat tanpa shalawat untuk anda sekalian."

HADIS NABI Berkaitan Ahlulbait : 1.Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Penduduk Yaman datang, mereka lebih lembut hatinya. Iman ada pada orang Yaman. Fekah juga ada pada orang Yaman. Kemudian hikmat juga ada pada orang Yaman

2.Hadis Abi Mas'ud Uqbah bin Amru r.a katanya: Nabi s.a.w memberi isyarat dengan tangan ke arah Yaman, seraya bersabda: Ingatlah, sesungguhnya iman ada di sana sedangkan kekerasan dan kekasaran hati ada pada orang-orang yang bersuara keras berhampiran pangkal ekor unta ketika muncul sepasang tanduk syaitan, iaitu pada Bani Rabi'ah dan Bani Mudhar

3. Nabi s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang dilambatkan oleh amalannya, tidaklah dia dipercepatkan oleh nasab keturunannya.”

4. Dari Abdul Muthalib ibnu Rab’ah ibnul Khariif, katanya Rasulullah SAW telah bersabda : ” Sesungguhnya sedeqah itu berasal dari kotoran harta manusia dan ia tidak dihalalkan bagi Muhammad mahupun bagi keluarga Muhammad .” (HR Muslim)

5. At-Thabarani dan lain-lain mengketengahkan sebuah Hadeeth yang bermaksud; “Belum sempurna keimanan seorang hamba Allah sebelum kecintaannya kepadaku melebihi kecintaannya kepada dirinya sendiri; sebelum kecintaannya kepada keturunanku melebihi kecintaannya kepada keturunannya sendiri; sebelum kecintaannya kepada ahli-baitku melebihi kecintaannya kepada keluarganya sendiri, dan sebelum kecintaannya kepada zatku melebihi kecintaannya kepada zatnya sendiri .”

6. Diriwayatkan oleh Ahmad dan At-Tarmizi dari `Ali RA bahawa Rasulullah SAW bersabda :”Barangsiapa mencintai kedua orang ini, yakni Hassan,Hussein dan ayah serta ibunya, maka ia bersama aku dalam darjatku di Hari Kiamat

7. Ibnu `Abbas RA berkata bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda : “Cintailah Allah atas kenikmatan yang diberikanNya kepadamu sekelian dan cintailah aku dengan mencintai Allah dan cintailah ahlul-baitku kerana mencintaiku”

8. Ad- Dailami meriwayatkan sebuah Hadeeth dari `Ali RA yang menyebut sabda Rasulullah SAW: “Di antara kalian yang paling mantap berjalan di atas sirath ialah yang paling besar kecintaannya kepada ahlul-baitku dan para sahabatku.”

9. Diriwayatkan oleh At-Thabarani, bahawa Jabir RA mendengar `Umar ibnu Khattab RA berkata kepada orang ramai ketika mengahwini Ummu Kalthum binti `Ali bin Abu Thalib : “Tidakkah kalian mengucapkan selamat untukku? Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: ` Semua sabab (kerabat) dan nasab (salasilah keturunan) akan terputus pada hari kiamat kelak kecuali kerabat dan nasabku’.

10. Hadeeth Thaqalain riwayat Zaid bin Al-Arqam RA menyebut : “Kutinggalkan di tengah kalian dua bekal. (Yang pertama): Kitabullah, di dalamnya terdapat petunjuk dan cahaya terang. Hendaklah kalian ambil dan berpegang teguh padanya.dan (kedua) :Ahli Baitku. Kalian kuingatkan kepada Allah mengenai Ahli-Baitku! Kalian kuingatkan kepada Allah mengenai Ahli-Baitku!”

11.Imam Ahmad bin Hambal meriwayatkan dalam Hadeeth lain: “Apabila bintang-bintang lenyap, lenyaplah penghuni langit; dan apabila ahli-baitku lenyap, lenyap pula penghuni bumi.”

12.Sebuah Hadeeth riwayat Al Hakim dan disahihkan oleh Bukhari & Muslim menyebut : “Bintang-bintang merupakan (sarana) keselamatan bagi penghuni bumi (yang sedang belayar) dari bahaya tenggelam/karam sedangkaan ahlul-baitku sarana keselamatan bagi umatku dari perselisihan (dalam agama). Bila ada satu kabilah Arab yang membelakangi ahlul-baitku, mereka akan berselisih kemudian menjadi kelompok Iblis.”

13. Hadeeth Rasulullah SAW dari Abu Dzar menyatakan :” Ahlul- baitku di tengah kalian ibarat bahtera Nuh. Siapa yang menaikinya ia selamat dan siapa yang ketinggalan ia binasa.”

14. Abu Dzar Al- Ghiffari RA menuturkan bahawa ia mendengar sabdaan Rasulullah SAW :”"Jadikanlah ahlul-baitku bagi kalian sebagai kepala bagi jasad dan sebagai dua belah mata bagi kepala.”

15. Hadeeth riwayat Imam At-Tarmidzi, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : “Dunia tidak akan berakhir sehingga bangsa Arab dipimpin oleh seorang lelaki dari keluargaku yang namanya menyerupai namaku.



SUMBANGAN DERMA UNTUK ANAK YATIM

Bagi yang ingin menderma dan memberi sumbangan kepada Rumah Kebajikan bagi anak yatim, bantuan pendidikan, bantuan fakir miskin, bantuan saudara baru, kaunseling, motivasi dan kem bina insan yang diuruskan oleh Pengurusan Dar Ar Rahman boleh membuat bayaran ke Maybank Akaun : 56-454-8121-325. Untuk keterangan lanjut hubungi saudara Nur Muhammad : HP: 017-2602690. Semoga sumbangan anda diberkati oleh Allah S.W.T.

LAMAN MENARIK :

  • FAMILY SYED
  • AL-HAWI
  • ASYRAAF
  • PONDOK HABIB
  • MAJELIS RASULULLAH
  • BAHRUS SHOFA
  • PROTAJDID
  • BICARA SUFI
  • MALAKIAN
  • AL FANSHURI
  • MUKHLIS
  • PONDOK TAMPIN
  • AL BAZRAH
  • ROUDHAH

  • web analysis
    Maybank Akaun : 56-454-8121-325 . Untuk keterangan lanjut hubungi saudara Nur Muhammad : HP: 017-2602690. Semoga sumbangan anda diberkati oleh Allah S.W.T.


    Subscribe to familysyed

    Powered by us.groups.yahoo.com


    If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed


    Wednesday, October 22, 2008
    KENALI SALAFI WAHABI YANG DITOLAK ITU

    KENALI SALAFI WAHABI YANG DITOLAK ITU

    Pelbagai tuduhan dan kecaman dilemparkan bertubi-tubi kepada para pejuang Islam yang menolak dakwah dan dakyah Salafi Lapok @ Salafi Wahhabi. Artikel ini akan menjelaskan kedudukan yang sebenarnya. Harap anda membacanya dengan sabar, hati yang jernih dan adil. Bukan setakat membaca, tetapi hingga ke peringkat merenung dan mengkaji, dan seterusnya membuat keputusan.


    Antara tuduhan dan kecaman yang biasa kedengaran ialah:

    KAMU MENENTANG PARA PEJUANG SUNNAH.
    Sebenarnya kita menyokong sepenuh hati sesiapa sahaja yang mahu memperjuangkan sunnah. Yang kita tentang ialah mereka yang menjadi pejuang ‘SUNNAH SALAFI WAHABI’ sahaja.

    KAMU MENENTANG MANHAJ SALAF
    Salah! Sebenarnya kita menentang ‘manhaj salaf versi Salafi Wahabi’ sahaja, bukannya ‘manhaj Salaf’.

    KAMU MENENTANG DAKWAH TAUHID
    Salah lagi! Kita menentang dakwah Tauhid versi Salafi Wahabi sahaja.

    KAMU MENOLAK PERJUANGAN MEMBANTERAS BIDAAH
    Salah juga! Kita menolak perjuangan membanteras bidaah cara Salafi Wahabi sahaja.
    Begitulah seterusnya. Ringkasnya, selepas ini jika para pembaca bertemu lagi dengan pelbagai dakwaan dan label, hal itu adalah kerana kita tidak menerima fahaman mereka, kerana kita ‘MENOLAK KEBENARAN VERSI MEREKA’, bukannya kerana ‘KITA MENOLAK KEBENARAN’.

    Caranya- letakkan sahaja perkatan ‘VERSI SALAFI WAHABI’ di belakang setiap tuduhan itu (mengikut kesesuaian).

    Selesai satu masalah.



    CARA MUFTI PERLIS

    Kita nilai perkataan-perkataan Dr. Asri ini dalam tulisannya bertajuk ‘Katakan Tidak Pada Wahabi’.

    Katanya:
    “Di Malaysia ini, wujud sikap yang sedemikian. Jika seseorang memberikan pandangan agama yang bukan menjadi perkara yang biasa diketahui oleh golongan agama tradisional tempatan, maka dia akan dilebelkan sebagai 'wahabi'. Sekalipun mungkin dia tidak tahu menahu wahabi itu apa?!. Bahkan yang membuat tuduhan itupun kebiasaannya tidak begitu tahu apa itu wahabi?!.”

    Hal ini jelas satu pendustaan. Mustahil “Jika seseorang memberikan pandangan agama yang bukan menjadi perkara yang biasa diketahui oleh golongan agama tradisional tempatan, maka dia akan dilebelkan sebagai 'wahabi'.”

    Ayat yang benar ialah:
    “Jika seseorang memberikan pandangan agama YANG BUKAN MENJADI PERKARA YANG BIASA diketahui oleh golongan agama tradisional tempatan, maka dia akan dilabelkan sebagai syiah, ataupun wahabi, ataupun Qadiani, ataupun ajaran sesat ataupun yang lain-lain mengikut asal datangnya pandangan tersebut.”

    Teliti baik-baik, anda pasti dapat melihat perbezaannya yang sangat jauh.

    Apa permainannya?
    Mudah saja!
    Dr. Asri cuba menggambarkan betapa antinya umat Islam yang berfahaman tradisional terhadap Salafi Wahabi, dan betapa tertekannya dakwah Salafi Wahabi ‘yang tulus’ itu hinggakan APA SAJA YANG DATANG (yang bertentangan dengan fahaman Islam Tradisional) TIDAK KIRA Syiah, sekular, liberal, ajaran sesat, Qadiani dan lain-lain, SEMUANYA akan dilabelkan sebagai WAHABI.

    Betulkah pernyataan Dr. Asri ini?

    Jawapan ikhlas anda: ………………..


    Katanya:
    “Sekalipun mungkin dia tidak tahu menahu wahabi itu apa?!. Bahkan yang membuat tuduhan itupun kebiasaannya tidak begitu tahu apa itu wahabi?!.”
    “Jika kita bertanya kepada kebanyakan yang suka melebelkan orang lain sebagai 'wahabi'; apa itu wahabi?. Berbagai jawapan diberikan.”

    Orang awam sudah tentulah begitu. Hal ini tidak boleh kita jadikan hujah.
    Cuba kita berdiri di depan masjid selepas solat Jumaat dan buat kajian. Tanyakan kepada orang ramai: “Suka Syiah tak?” majoriti akan menjawab ‘Tak suka.” Kemudian tanyakan, “Apa itu Syiah?”.

    Ini soalan definisi. Mampukah orang awam dalam keadaan tidak bersedia begitu memberi pengertian Syiah dengan tepat?
    Adakah situasi ini menjadi bukti bahawa ajaran Syiah itu benar? Adakah ia menjadi bukti bahawa umat Islam berfahaman tradisional tidak tahu tentang Syiah lalu mereka kena mengakui kebenaran Syiah? Adakah ini menjadi bukti umat Islam Tradisional berlaku tidak adil kepada Syah?

    Ulangi kajian anda dengan bertanya: “Apa definisi elektrik?”, “Apa dia ajaran Qadiani?”, “Apa dia ajaran Ayah Pin” dan lain-lain.

    Bertanya kepada orang ramai tentulah macam-macam jawapannya dan tidak tepat. Cuba tanya kepada para ulama!

    Kenapa Dr. Asri senaraikan cakap-cakap orang awam sahaja? Kenapa dia tidak menyenaraikan dalam artikelnya itu definisi ‘Wahabi’ oleh para ulama yang menolak fahaman Salafi Wahabi?

    Fahami permainannya, tahulah jawapannya.
    Mudah saja. Dia cuba menggambarkan yang rata-rata umat Islam di Malaysia ini (termasuklah para ulama) tidak faham apa itu ‘wahabi’ lalu termenentang perkara yang benar.


    Katanya:
    “Ada yang katakan wahabi ialah sesiapa yang tidak qunut subuh.”
    “Ada yang kata: wahabi tidak tahlil”
    “Ada yang kata wahabi adalah mereka yang belajar di Arab Saudi.”
    “Ada yang kata wahabi ialah golongan tidak bermazhab.”
    “Agak yang lebih pandai menyebut; wahabi adalah pengikut Muhammad bin 'Abd al-Wahhab”

    Anda bertanya definisi kepada orang awam, sudah tentulah begitu jawapannya. Cuba letakkan sebaris para pendokong fahaman Salafi Wahabi ‘bawahan’ di Malaysia ini (tanpa memberitahu tujuannya kepada mereka), kemudian kita tanyakan, “Apa itu Islam Tradisional?”

    Anda rasa mereka boleh memberi satu definisi yang jelas dan hampir-hampir sama semua orang?
    Jawapannya tentu lebih kurang sebagaimana cara jawapan yang disenaraikan oleh Dr. Asri di atas tadi. Betul kan?

    Cara begini tidak ada kesarjanaan. Sepatutnya ia tidak dimasukkan ke dalam artikel tersebut dalam usaha Dr. Asri hendak membela fahaman Salafi Wahabi. Dia kena menggunakan hujah yang ‘lebih dewasa’.


    Katanya:
    “Agak yang lebih pandai menyebut; wahabi adalah pengikut Muhammad bin 'Abd al-Wahhab. Dari situ digelar pengikutnya 'Wahhabi'.”

    PENGIKUT MUHAMMAD BIN ABDUL WAHHAB bukanlah Salafi Wahabi yang kita tolak. Yang kita tolak hanyalah fahaman Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab dan para pengikutnya YANG SALAH sahaja. Yang samar-samar kita kaji jika berpeluang dan yang lemah kita tinggalkan (kaedah Tajdid Segar ini sudah berulang kali kita jelaskan).

    Salafi Wahabi yang kita tolak BUKANLAH (apa yang salah daripada) Muhammad bin Abdul Wahhab, gerakan tentera, para pengikut dan fahaman mereka SAHAJA. Salafi Wahabi yang ditolak itu SEUMPAMA SATU PLANET yang mengandungi beberapa benua. Ajaran (yang salah daripada) Muhammad bin Abdul Wahhab dan para pengikutnya HANYALAH SALAH SATU daripada benua-benua yang ada. Ada lagi benua-benua lain. Antaranya ialah benua IBNU TAIMIYYAH yang mengandungi apa yang salah dan lemah daripada Syeikh Ibnu Taimiyyah (yang benar kita tetap sokong). Ada benua al-Albani dan lain-lain. Kesemua benua inilah yang membentuk sebuah planet bernama SALAFI LAPOK @ SALAFI WAHABI yang kita tolak itu.

    Harap jelas dengan penerangan ini. Jadi selepas ini apabila kami menyebut Salafi Wahabi, Salafi Lapok, Salafi Tua, Wahabi, Wahhabi, Salafiah Wahabiah dan seumpamanya, ia merujuk pada Salafi Wahabi yang di atas tadi. Ia tidak terhad ataupun tepat kepada yang tidak qunut Subuh, ataupun terhad ataupun tepat kepada yang tidak mahu bertahlil, yang belajar di Arab Saudi, yang tidak bermazhab, yang menjadi pengikut Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab dan lain-lain.

    Pernah saya mengatakan seorang bernama A (nama samaran)- tokoh Salafi Wahabi sebagai ‘berfaham Wahabi’. Salah seorang penyokong kuatnya mengatakan saya berbuat fitnah. Katanya si tokoh tadi pun pernah menafikan kaitannya dengan fahaman Wahabi kerana WAHABI itu ialah satu gerakan pemelihara tauhid di Arab Saudi satu ketika dahulu di bawah pimpinan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab, sedangkan si A tadi tidak pernah ke Arab Saudi dan berjuang bersama-sama Muhammad Abdul Wahhab. : )

    Inilah akibatnya kalau dia sendiri pun TIDAK FAHAM ‘siapa’ dan ‘apa’ WAHABI yang ditolak oleh umat Islam itu (umum).

    Contoh;
    Saya selaku pemerintah negeri Pahang berkata, “Sesiapa yang BERKHALWAT akan ditangkap.” Datang seorang hamba Allah berkata, “Awak pemerintah yang zalim. Orang buat ibadah pun nak ditangkap!” Padahal ‘khalwat’ yang saya maksudkan bukanlah ‘khalwat’ yang dia maksudkan. Periksa pun tidak, terus dituduhnya kita zalim. Begitulah sikap si penyokong Wahabi tadi.

    Kita lihat beberapa contoh ‘MADAH BERHELAH’ para Salafi Wahabi yang biasa kita dengar:

    “Saya bukan Wahabi, Wahabi di Arab Saudi.”
    “Saya bukan Wahabi. Wahabi ialah para pengikut Muhammad bin Abdul Wahhab.”
    “Saya bukan Wahabi. Wahabi tidak bermazhab. Padahal saya bermazhab, malah saya mengajar kitab fiqh Imam Syafie.”
    “Saya bukan Wahabi. Wahabi menolak Ikhwanul Muslimin termasuklah Qardhawi. Saya penyokong fiqh Qardhawi. Mana boleh saya dicop Wahabi.”
    “Saya bukan Wahabi. Wahabi tidak berjemaah padahal saya berada dalam Jemaah Islah Malaysia (JIM) dan PAS.”

    Dan sebagainya.

    Disangkanya ‘WAHABI’ yang dia faham itu sama dengan ‘WAHABI’ yang kita faham… : )


    Katanya:
    “Ada yang kata: wahabi tidak tahlil. Kita beritahu dia tahlil maksudnya lah ilah illa ALLAH, tahmid bermaksud Alhamd li ALLAH, tasbih bermaksud subhana ALLAH. Setahu kita mereka ini menyebutnya. Mana mungkin, jika tidak, mereka kafir. Bahkan imam-imam di Arab Saudi menghafaz al-Quran dengan begitu hebat dan bacaan-bacaan mereka diperdengarkan di sana sini. Adakah mereka kafir?!!.”

    Sempat pula sahabat kita ini membuat jenaka ‘membuli’ orang awam. : )
    Takkanlah tak faham apa dia ‘tahlil’ yang dimaksudkan oleh hamba Allah tu… Sebenarnya Dr. Asri lebih faham tapi sengaja menggunakan ‘madah berhelahnya’. Dengan cara ini, si penanya tentunya akan berasa malu kerana seolah-olah jahil sangat dalam hal ehwal agama. Maka mudahlah Asri menguasai suasana.

    Contoh:
    Suasana kampung. Sekumpulan tetamu lelaki bertandang ke rumah Mak Merah. Mak Merah tentunya akan promosikan anaknya Bawang Merah yang jahat berbanding Bawang Putih walaupun Bawang Putih lebih cantik dan berhati mulia.
    Kata Bawang Putih kepada Mak Merah, “Mak, nak masak nasi ke?”
    Mak Merah terlebih faham lagi apakah maksud ‘masak nasi’ tetapi untuk menjatuhkan saham Bawang Putih dijawabnya, “Ish engkau ni Putihhh… tak pernah aku dengar orang masak nasi. Yang orang masak- beras, bukan nasi. Kalau dah jadi nasi, buat apa nak dimasak lagi! Betul tak tuan-tuan?”
    Mereka pun tertawa beramai-ramai.
    Sudah tentulah Bawang Putih akan berasa rendah harga dirinya diperbuat begitu.

    Dalam ilmu psikologi, cara ‘menguasai keadaan’ seperti ini memanglah berkesan tetapi ‘tidak terpuji’, lebih mendekati sifat mazmumah berbanding sifat mahmudah.



    SALAFI WAHABI YANG KAMI MAKSUDKAN

    Semua manusia ada masalah mental, tapi mengapa tidak semuanya disebut ‘bermasalah mental’? Mengapa hanya individu tertentu sahaja yang kita sebut “dia tu mental sikit”. Mengapa?

    Kerana ada satu standard yang ‘disepakati umum dalam diam’ sebagai standard ‘bermasalah mental’. Apabila seseorang itu sampai ke standard ini, barulah orang ramai mengatakannya ‘bermasalah mental’.

    Semua manusia tua. Hari ini lebih tua daripada semalam. Semakin hari semakin tua tidak ada yang semakin muda. Tapi… mengapa tidak semua manusia disebut ‘orang tua’? Mengapa hanya individu tertentu yang kita iktiraf sebagai ‘tua’?

    Kerana ada satu standard atau batas tertentu yang ‘disepakati umum dalam diam’ sebagai standard ‘tua’. Apabila seseorang itu sampai ke standard ini, barulah orang ramai mengatakannya ‘tua’.

    Tiga orang memasak kari kepala ikan. Mereka menggunakan bahan-bahan yang sama. Tapi mengapa masakan A kita kata sedap, B boleh tahan dan C tak sedap?

    Kerana ada satu standard atau kayu ukur yang disepakati umum untuk mencapai tahap ‘sedap’. Sekiranya tidak mencapai standard tersebut, masakan kari tadi akan kita sebut sebagai ‘tidak sedap’ ataupun ‘boleh tahan’ sahaja.

    Begitu jugalah dalam hal Salafi Wahabi ini. Ada standard atau sempadan tertentu yang membuatkan seseorang itu kita label sebagai Wahabi, ataupun cenderung kepada Wahabi ataupun bukan Wahabi.



    SENARAI CIRI-CIRI WAHABI

    UMUMNYA, SESEORANG ITU DIKATAKAN ‘WAHABI’ APABILA DIA MEMILIKI BANYAK KRITERIA-KRITERIA BERIKUT (yang kurang daripada itu disebut CENDERUNG, yang kurang lagi disebut TIDAK DAPAT DIPASTIKAN dan setakat satu dua kriteria yang KURANG PENTING- sebagai BUKAN WAHABI):

    Biasanya (*bukan semestinya) ‘BIDAAH’ bagi mereka membawa hukum BERDOSA, tidak ada BIDAAH HASANAH (bidaah yang baik), dan ‘bidaah’ adalah SATU HUKUM selain daripada hukum-hukum sedia ada iaitu wajib, sunat, harus, makruh dan haram.

    Biasanya melabelkan BIDAAH (yang membawa hukum berdosa) ke atas sambutan Maulidrurasul, kenduri tahlil arwah, bacaan Yaasin pada malam Jumaat, berzikir dan berdoa beramai-ramai selepas solat fardhu dan lain-lain.

    Biasanya bersandar kepada tokoh-tokoh seperti Syeikh al-Albani, Ben Baz, Fauzan, Utsaimin, Rabee’ dan lain-lain. Di negara ini biasanya mereka bersandar kepada Dr. Asri, Rasul Dahri, Maszlee Malik, Hafiz Firdaus, Maulana Asri, Azwira dan lain-lain.

    Biasanya di negara ini mereka gemar mengambil ilmu daripada laman-laman web seperti al-Ahkam.net, Darul Kautsar, Institut al-Qayyim, INTIS, al-Nidaa dan lain-lain.

    Biasanya mereka menentang keras kaum sufi, dunia tasauf dan jemaah-jemaah tariqat.

    Biasanya mereka sangat tidak suka melakukan ‘qunut’ ketika solat fardhu Subuh.

    Biasanya mereka sangat tidak suka berzikir dan berdoa beramai-ramai selepas solat jemaah.

    Biasanya mereka sangat terpengaruh dengan apa yang lemah, yang samar dan yang salah daripada Syeikh Ibnu Taimiyah (yang benar daripadanya, kita juga sokong)

    Biasanya tidak suka dengan keturunan Ahlul Bait.

    Biasanya mereka sangat menyanjung perjuangan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab dan para pengikutnya termasuklah bahagian yang salah dan lemah.

    Biasanya mereka menolak jemaah-jemaah Islam seperti Tabligh, Ikhwanul Muslimin, parti-parti Islam dan lain-lain. Jemaah-jemaah ini kononnya pelengkap kepada 72 golongan yang salah daripada 73 golongan umat Islam. Dan 1 golongan yang terselamat itu ialah mereka.

    Biasanya mereka cuba mengaitkan tokoh-tokoh bukan berfahaman Salafi Wahabi dengan diri mereka menggunakan pelbagai helah seperti Imam Abu Hassan al-Asyaari, Syeikh Abdul Qadir Jilani, Imam al-Ghazali, Tok Kenali dan lain-lain. Macamlah umat Islam tidak kenal siapa tokoh-tokoh tersebut dan apa pegangan mereka.

    Biasanya mereka menghukum kafir dan sesat kepada SELURUH penganut fahaman Syiah sama ada yang ekstrem ataupun tidak.

    Biasanya mereka mengaitkan ajaran-ajaran sufi dengan Syiah.

    Biasanya mereka akan mengumpan orang baru dengan menunjukkan mereka pejuang paling aktif menentang pengaruh Syiah dan menambah-nambah cerita untuk menunjukkan betapa bahayanya fahaman Syiah di sekitar kita dan betapa pentingnya agar kita bersatu di dalam dakwah mereka. Kemudian barulah diterapkan sedikit demi sedikit fahaman Salafi Wahabi.
    Biasanya mereka bersikap lunak dengan para sekularis, lebih-lebih lagi jika pihak tersebut mempunyai ‘kuasa’.

    Biasanya mereka menyebarkan pembohongan kononnya SALAF TAK TAKWIL, KHALAF TAKWIL.

    Biasanya menolak ilmu tauhid Sifat 20, Imam Asyaari dan mazhab Asya’irah.

    Biasanya bergantung kepada Tauhid Uluhiyyah, Tauhid Rubbubiyyah dan Tauhid Asma wa Sifat.

    Biasanya bergaul rapat dengan golongan Salafi Wahabi.

    Biasanya menolak pilihanraya, parti-parti Islam dan demokrasi.

    Biasanya suka mengaitkan apa saja yang buruk dalam agama Islam dengan Syiah walaupun kadang-kadang memang tiada sebarang kaitan.

    Biasanya membenci Dakwah Tajdid Sebenar (Tajdid Segar).

    Biasanya mereka menjisimkan Allah, ataupun ‘samar-samar’- antara menjisimkan dengan tidak.

    Biasanya mereka percaya bahawa Allah terpengaruh dengan tempat, ruang dan arah. Padahal Allah berlawanan dengan makhluk. Apa saja yang terpengaruh dengan tempat, ruang dan arah ialah makhluk. Awas, jangan kita tersembah makhluk, ataupun tersembah Allah yang bercampur dengan makhluk. Sembahlah Allah SAHAJA.

    (*inysaallah akan ditambah dan diperbaiki dari semasa ke semasa)


    (*inysaallah akan ditambah dari semasa ke semasa)



    KESUDAHANNYA

    Selepas ini janganlah ada lagi ‘MADAH BERHELAH’ seperti:

    “Saya bukan Wahabi, Wahabi di Arab Saudi.”
    “Saya bukan Wahabi. Wahabi ialah para pengikut Muhammad bin Abdul Wahhab.”
    “Saya bukan Wahabi. Wahabi tidak bermazhab. Padahal saya bermazhab, malah saya mengajar kitab fiqh Imam Syafie.”
    “Saya bukan Wahabi. Wahabi menolak Ikhwanul Muslimin termasuklah Qardhawi. Saya penyokong fiqh Qardhawi. Mana boleh saya dicop Wahabi.”
    “Saya bukan Wahabi. Wahabi tidak berjemaah padahal saya berada dalam Jemaah Islah Malaysia (JIM) dan PAS.”

    Kayu ukur kami bukannya belajar di Saudi, bukannya pengikut Muhammad bin Abdul Wahhab, mengajar kitab mazhab Syafie, menyokong Qardhawi, ada jemaah ataupun lain-lain. Kayu ukur kami ialah SENARAI CIRI-CIRI WAHABI sebagaimana yang tertera di atas tadi. Jika seseorang itu memiliki banyak daripada ciri-ciri itu, maka itulah WAHABI YANG KAMI MAKSUDKAN, bukan yang lain.


    ‘PANDANG GLOBAL, BERGERAK SEBAGAI SATU UMAT’

    Alexanderwathern
    23 DISEMBER 2007
    13 ZULHJJAH 1428

    http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/gate.html?name=News&file=article&sid=283

    Posted at 12:20 pm by ahlulbait

    Nik Mohd Adham
    March 20, 2009   10:12 AM PDT
     
    Apakah Wahabi ini benar atau salah? buku yg saya baca ittiqad ahkussunnah wal jama'ah menentang fahaman wahabi dan buku tokoh-tokoh mujaddin islam bertentangan dengnnya....
     

    Leave a Comment:

    Name


    Homepage (optional)


    Comments




    Previous Entry Home Next Entry