Sesungguhnya Allah hendak menghapuskan noda dan kotoran dari kamu sekalian, ahlulbaiyt, dan mensucikan kamu sekalian dengan sesuci-sucinya."
(al-Quran s.al-Ahzab:33)
Nabi s.a.w.bersabda, "Yang terbaik diantara kamu sekalian ialah yang terbaik perlakuaannya terhadap ahlulbaiytku, setelah aku kembali kehazirat Allah." (Hadis Sahih dari Abu Hurairah r.a. diriwayatkan oleh al-Hakim, Abu Ya'la, Abu Nu'aim dan Addailamiy)
Imam Syafi'i r.a. dalam banyak syair beliau telah melahirkan rasa cinta dan kasih sayang beliau kepada Ahlulbaiyt Rasulallah s.a.w.antara syair beliau yang banyak itu, beliau pernah bermadah:
"Wahai Ahlulbait Rasulallah !
Kecintaan kepadamu adalah kewajiban dari Allah, yang turun dalam
al-Quran. Cukuplah bukti betapa tingginya kamu sekalian. Tiada sempurna sholat tanpa shalawat untuk anda sekalian."
HADIS NABIBerkaitan Ahlulbait :
1.Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Penduduk Yaman datang, mereka lebih lembut hatinya. Iman ada pada orang Yaman. Fekah juga ada pada orang Yaman. Kemudian hikmat juga ada pada orang Yaman
2.Hadis Abi Mas'ud Uqbah bin Amru r.a katanya:
Nabi s.a.w memberi isyarat dengan tangan ke arah Yaman, seraya bersabda: Ingatlah, sesungguhnya iman ada di sana sedangkan kekerasan dan kekasaran hati ada pada orang-orang yang bersuara keras berhampiran pangkal ekor unta ketika muncul sepasang tanduk syaitan, iaitu pada Bani Rabi'ah dan Bani Mudhar
3. Nabi s.a.w. bersabda:
“Sesiapa yang dilambatkan oleh amalannya, tidaklah dia dipercepatkan oleh nasab keturunannya.”
4. Dari Abdul Muthalib ibnu Rab’ah ibnul Khariif, katanya Rasulullah SAW telah bersabda : ” Sesungguhnya sedeqah itu berasal dari kotoran harta manusia dan ia tidak dihalalkan bagi Muhammad mahupun bagi keluarga Muhammad .” (HR Muslim)
5. At-Thabarani dan lain-lain mengketengahkan sebuah Hadeeth yang bermaksud; “Belum sempurna keimanan seorang hamba Allah sebelum kecintaannya kepadaku melebihi kecintaannya kepada dirinya sendiri; sebelum kecintaannya kepada keturunanku melebihi kecintaannya kepada keturunannya sendiri; sebelum kecintaannya kepada ahli-baitku melebihi kecintaannya kepada keluarganya sendiri, dan sebelum kecintaannya kepada zatku melebihi kecintaannya kepada zatnya sendiri .”
6. Diriwayatkan oleh Ahmad dan At-Tarmizi dari `Ali RA bahawa Rasulullah SAW bersabda :”Barangsiapa mencintai kedua orang ini, yakni Hassan,Hussein dan ayah serta ibunya, maka ia bersama aku dalam darjatku di Hari Kiamat
7. Ibnu `Abbas RA berkata bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda : “Cintailah Allah atas kenikmatan yang diberikanNya kepadamu sekelian dan cintailah aku dengan mencintai Allah dan cintailah ahlul-baitku kerana mencintaiku”
8. Ad- Dailami meriwayatkan sebuah Hadeeth dari `Ali RA yang menyebut sabda Rasulullah SAW: “Di antara kalian yang paling mantap berjalan di atas sirath ialah yang paling besar kecintaannya kepada ahlul-baitku dan para sahabatku.”
9. Diriwayatkan oleh At-Thabarani, bahawa Jabir RA mendengar `Umar ibnu Khattab RA berkata kepada orang ramai ketika mengahwini Ummu Kalthum binti `Ali bin Abu Thalib : “Tidakkah kalian mengucapkan selamat untukku? Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: ` Semua sabab (kerabat) dan nasab (salasilah keturunan) akan terputus pada hari kiamat kelak kecuali kerabat dan nasabku’.
10. Hadeeth Thaqalain riwayat Zaid bin Al-Arqam RA menyebut : “Kutinggalkan di tengah kalian dua bekal. (Yang pertama): Kitabullah, di dalamnya terdapat petunjuk dan cahaya terang. Hendaklah kalian ambil dan berpegang teguh padanya.dan (kedua) :Ahli Baitku. Kalian kuingatkan kepada Allah mengenai Ahli-Baitku! Kalian kuingatkan kepada Allah mengenai Ahli-Baitku!”
11.Imam Ahmad bin Hambal meriwayatkan dalam Hadeeth lain: “Apabila bintang-bintang lenyap, lenyaplah penghuni langit; dan apabila ahli-baitku lenyap, lenyap pula penghuni bumi.”
12.Sebuah Hadeeth riwayat Al Hakim dan disahihkan oleh Bukhari & Muslim menyebut : “Bintang-bintang merupakan (sarana) keselamatan bagi penghuni bumi (yang sedang belayar) dari bahaya tenggelam/karam sedangkaan ahlul-baitku sarana keselamatan bagi umatku dari perselisihan (dalam agama). Bila ada satu kabilah Arab yang membelakangi ahlul-baitku, mereka akan berselisih kemudian menjadi kelompok Iblis.”
13. Hadeeth Rasulullah SAW dari Abu Dzar menyatakan :” Ahlul- baitku di tengah kalian ibarat bahtera Nuh. Siapa yang menaikinya ia selamat dan siapa yang ketinggalan ia binasa.”
14. Abu Dzar Al- Ghiffari RA menuturkan bahawa ia mendengar sabdaan Rasulullah SAW :”"Jadikanlah ahlul-baitku bagi kalian sebagai kepala bagi jasad dan sebagai dua belah mata bagi kepala.”
15. Hadeeth riwayat Imam At-Tarmidzi, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : “Dunia tidak akan berakhir sehingga bangsa Arab dipimpin oleh seorang lelaki dari keluargaku yang namanya menyerupai namaku.
SUMBANGAN DERMA UNTUK ANAK YATIM
Bagi yang ingin menderma dan memberi sumbangan kepada Rumah Kebajikan bagi anak yatim, bantuan pendidikan, bantuan fakir miskin, bantuan saudara baru, kaunseling, motivasi dan kem bina insan yang diuruskan oleh Pengurusan Dar Ar Rahman boleh membuat bayaran ke Maybank Akaun : 56-454-8121-325. Untuk keterangan lanjut hubungi saudara Nur Muhammad : HP: 017-2602690. Semoga sumbangan anda diberkati oleh Allah S.W.T.
web analysis Maybank Akaun : 56-454-8121-325 . Untuk keterangan lanjut hubungi saudara Nur Muhammad : HP: 017-2602690. Semoga sumbangan anda diberkati oleh Allah S.W.T.
Ada orang kata: Jangan kita nak pertikaikan keilmuan Sheikh Bin Baz. Kan dia tu bekas Mufti Besar Mekah. Takkan lah Mufti Besar Mekah jahil mana yang betul dan mana yang salah..mana yang hak dan mana yang batil.
Siapakah Bin Baz ini? Seperti yang telah diceritakan sepintas lalu pada bab yang lepas, beliau adalah bekas Mufti Besar Mekah yang telah pun kembali ke rahmatullah pada tahun 1999. Nama penuhnya adalah Abdul Aziz bin Baz. Beliau adalah antara rujukan utama puak-puak Wahhabi. Dari segi kontemporari, beliau adalah rujukan nombor 2 selepas Sheikh Albani. Nama Bin Baz akan anda jumpai dengan mudah dalam hasil-hasil karya dan tulisan puak-puak Wahhabi. Begitu juga dengan nama Sheikh Albani. Jadi, kalau baca mana-mana tulisan yang ada memetik pandangan dan tulisan Sheikh Bin Baz, berhati-hatilah. Takut-takut termakan racun ideologi Wahhabi.
Menyentuh tentang kata-kata yang saya bold pada perenggan pertama, ia sebenarnya adalah kata-kata hujah yang dangkal. Yang mempertikaikan keilmuan Bin Baz bukannya orang-orang awam, tetapi sudah ramai para ulama kontemporari yang mempertikaikannya. Jawatan Mufti Besar Mekah tidak memberikannya lesen untuk menjadikan padangannya betul dan sentiasa betul.
Kalaulah jawatan itu yang dijadikan kayu ukur keilmuan, jadi mengapakah puak-puak Wahhabi ini tidak menerima, malah menolak kitab Fitnatul Wahhabiyyah yang dikarang oleh Sheikh Ahmad Bin Zaini Dahlan (biasa disebut sebagai Zaini Dahlan), yang juga merupakan bekas Mufti Besar Mekah? Sheikh Zaini Dahlan datang dari keturunan Sheikh Abdul Qadir al-Jilani, maka beliau juga adalah dari susur-galur Rasulullah saw dari sebelah cucu Baginda, iaitu Saidina Hasan. Sheikh Zaini Dahlan menghembuskan nafas yang terakhir pada tahun 1309 Hijrah.
Sheikh Zaini Dahlan hidup pada zaman awal kebangkitan Wahhabi di Arab Saudi. Maka, dengan berbekalkan keilmuan yang dimiliki, beliau telah membongkarkan kejahatan dan fitnah Wahhabi. Tetapi puak Wahhabi kata beliau itu pembohong dan sengaja ingin memfitnah Muhammad Bin Abdul Wahab yang menjadi pengasas fahaman Wahhabi. Oleh sebab itulah, puak Wahhabi amat-amat memusuhi Sheikh Zaini Dahlan yang bermazhab Shafi'i. Ini kerana, kitab Fitnatul Wahhabiyyah telah menjadi senjata kuat yang menunjukkan betapa terpesong dan melampaunya fahaman Wahhabi itu.
Kalau anda bertanya saya percaya yang mana, saya jawab, "Saya percaya kepada Sheikh Zaini Dahlan. Saya tak percaya Muhammad bin Abdul Wahab, mahu pun Bin Baz." Anda akan berjumpa hujah-hujah tipikal puak Wahhabi apabila anda memetik fakta-fakta dari kitab Fitnatul Wahhabiyyah. Hujah mereka: Sheikh Zaini Dahlan itu pembohong. Begitu juga dengan kitabnya.
Janganlah kita terikut-ikut dengan fahaman Wahhabi yang memecah-belahkan umat ini dan tak habis-habis mengaku hanya mereka sahajalah yang betul. Puak Syiah juga menganggap diri mereka sahaja yang betul, manakala yang lain semuanya sesat. Kalau nak selamat, ikutlah apa yang telah kita praktik dan amalkan sejak lebih seribu tahun lamanya. Mari ikut pandangan dan iktikad majoriti. Katakan tidak pada Wahhabi, Syiah, La Madhab dan sebagainya. InsyaAllah akan bersambung lagi pada siri-siri lain bagi membongkarkan fitnah-fitnah Wahhabi.