PONDOK HABIB

   

<< June 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30

Ya Saiyidi Ya Rasulallah - Salim Bin Hafidz dan Alwi Al-Haddad

Sesungguhnya Allah hendak menghapuskan noda dan kotoran dari kamu sekalian, ahlulbaiyt, dan mensucikan kamu sekalian dengan sesuci-sucinya." (al-Quran s.al-Ahzab:33) Nabi s.a.w.bersabda, "Yang terbaik diantara kamu sekalian ialah yang terbaik perlakuaannya terhadap ahlulbaiytku, setelah aku kembali kehazirat Allah." (Hadis Sahih dari Abu Hurairah r.a. diriwayatkan oleh al-Hakim, Abu Ya'la, Abu Nu'aim dan Addailamiy) Imam Syafi'i r.a. dalam banyak syair beliau telah melahirkan rasa cinta dan kasih sayang beliau kepada Ahlulbaiyt Rasulallah s.a.w.antara syair beliau yang banyak itu, beliau pernah bermadah: "Wahai Ahlulbait Rasulallah ! Kecintaan kepadamu adalah kewajiban dari Allah, yang turun dalam al-Quran. Cukuplah bukti betapa tingginya kamu sekalian. Tiada sempurna sholat tanpa shalawat untuk anda sekalian."

HADIS NABI Berkaitan Ahlulbait : 1.Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Penduduk Yaman datang, mereka lebih lembut hatinya. Iman ada pada orang Yaman. Fekah juga ada pada orang Yaman. Kemudian hikmat juga ada pada orang Yaman

2.Hadis Abi Mas'ud Uqbah bin Amru r.a katanya: Nabi s.a.w memberi isyarat dengan tangan ke arah Yaman, seraya bersabda: Ingatlah, sesungguhnya iman ada di sana sedangkan kekerasan dan kekasaran hati ada pada orang-orang yang bersuara keras berhampiran pangkal ekor unta ketika muncul sepasang tanduk syaitan, iaitu pada Bani Rabi'ah dan Bani Mudhar

3. Nabi s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang dilambatkan oleh amalannya, tidaklah dia dipercepatkan oleh nasab keturunannya.”

4. Dari Abdul Muthalib ibnu Rab’ah ibnul Khariif, katanya Rasulullah SAW telah bersabda : ” Sesungguhnya sedeqah itu berasal dari kotoran harta manusia dan ia tidak dihalalkan bagi Muhammad mahupun bagi keluarga Muhammad .” (HR Muslim)

5. At-Thabarani dan lain-lain mengketengahkan sebuah Hadeeth yang bermaksud; “Belum sempurna keimanan seorang hamba Allah sebelum kecintaannya kepadaku melebihi kecintaannya kepada dirinya sendiri; sebelum kecintaannya kepada keturunanku melebihi kecintaannya kepada keturunannya sendiri; sebelum kecintaannya kepada ahli-baitku melebihi kecintaannya kepada keluarganya sendiri, dan sebelum kecintaannya kepada zatku melebihi kecintaannya kepada zatnya sendiri .”

6. Diriwayatkan oleh Ahmad dan At-Tarmizi dari `Ali RA bahawa Rasulullah SAW bersabda :”Barangsiapa mencintai kedua orang ini, yakni Hassan,Hussein dan ayah serta ibunya, maka ia bersama aku dalam darjatku di Hari Kiamat

7. Ibnu `Abbas RA berkata bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda : “Cintailah Allah atas kenikmatan yang diberikanNya kepadamu sekelian dan cintailah aku dengan mencintai Allah dan cintailah ahlul-baitku kerana mencintaiku”

8. Ad- Dailami meriwayatkan sebuah Hadeeth dari `Ali RA yang menyebut sabda Rasulullah SAW: “Di antara kalian yang paling mantap berjalan di atas sirath ialah yang paling besar kecintaannya kepada ahlul-baitku dan para sahabatku.”

9. Diriwayatkan oleh At-Thabarani, bahawa Jabir RA mendengar `Umar ibnu Khattab RA berkata kepada orang ramai ketika mengahwini Ummu Kalthum binti `Ali bin Abu Thalib : “Tidakkah kalian mengucapkan selamat untukku? Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: ` Semua sabab (kerabat) dan nasab (salasilah keturunan) akan terputus pada hari kiamat kelak kecuali kerabat dan nasabku’.

10. Hadeeth Thaqalain riwayat Zaid bin Al-Arqam RA menyebut : “Kutinggalkan di tengah kalian dua bekal. (Yang pertama): Kitabullah, di dalamnya terdapat petunjuk dan cahaya terang. Hendaklah kalian ambil dan berpegang teguh padanya.dan (kedua) :Ahli Baitku. Kalian kuingatkan kepada Allah mengenai Ahli-Baitku! Kalian kuingatkan kepada Allah mengenai Ahli-Baitku!”

11.Imam Ahmad bin Hambal meriwayatkan dalam Hadeeth lain: “Apabila bintang-bintang lenyap, lenyaplah penghuni langit; dan apabila ahli-baitku lenyap, lenyap pula penghuni bumi.”

12.Sebuah Hadeeth riwayat Al Hakim dan disahihkan oleh Bukhari & Muslim menyebut : “Bintang-bintang merupakan (sarana) keselamatan bagi penghuni bumi (yang sedang belayar) dari bahaya tenggelam/karam sedangkaan ahlul-baitku sarana keselamatan bagi umatku dari perselisihan (dalam agama). Bila ada satu kabilah Arab yang membelakangi ahlul-baitku, mereka akan berselisih kemudian menjadi kelompok Iblis.”

13. Hadeeth Rasulullah SAW dari Abu Dzar menyatakan :” Ahlul- baitku di tengah kalian ibarat bahtera Nuh. Siapa yang menaikinya ia selamat dan siapa yang ketinggalan ia binasa.”

14. Abu Dzar Al- Ghiffari RA menuturkan bahawa ia mendengar sabdaan Rasulullah SAW :”"Jadikanlah ahlul-baitku bagi kalian sebagai kepala bagi jasad dan sebagai dua belah mata bagi kepala.”

15. Hadeeth riwayat Imam At-Tarmidzi, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : “Dunia tidak akan berakhir sehingga bangsa Arab dipimpin oleh seorang lelaki dari keluargaku yang namanya menyerupai namaku.



SUMBANGAN DERMA UNTUK ANAK YATIM

Bagi yang ingin menderma dan memberi sumbangan kepada Rumah Kebajikan bagi anak yatim, bantuan pendidikan, bantuan fakir miskin, bantuan saudara baru, kaunseling, motivasi dan kem bina insan yang diuruskan oleh Pengurusan Dar Ar Rahman boleh membuat bayaran ke Maybank Akaun : 56-454-8121-325. Untuk keterangan lanjut hubungi saudara Nur Muhammad : HP: 017-2602690. Semoga sumbangan anda diberkati oleh Allah S.W.T.

LAMAN MENARIK :

  • FAMILY SYED
  • AL-HAWI
  • ASYRAAF
  • PONDOK HABIB
  • MAJELIS RASULULLAH
  • BAHRUS SHOFA
  • PROTAJDID
  • BICARA SUFI
  • MALAKIAN
  • AL FANSHURI
  • MUKHLIS
  • PONDOK TAMPIN
  • AL BAZRAH
  • ROUDHAH

  • web analysis
    Maybank Akaun : 56-454-8121-325 . Untuk keterangan lanjut hubungi saudara Nur Muhammad : HP: 017-2602690. Semoga sumbangan anda diberkati oleh Allah S.W.T.


    Subscribe to familysyed

    Powered by us.groups.yahoo.com


    If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed



    Tuesday, June 17, 2008
    Wahabbi 4 - Laman Web Bahaya & Sikap Suka Menyesatkan!

    Wahabbi 4 - Laman Web Bahaya & Sikap Suka Menyesatkan!



    Saya rasa ada baiknya juga jika saya menyenaraikan beberapa laman-laman web Wahabbi yang harus kita elakkan. Saya akan kemaskini dari masa ke semasa. Sila beritahu saya jika anda tahu laman-laman web lain yang mesti dielakkan - sama ada untuk mengelakkan salah faham atau kerana laman tersebut begitu mudah menyesatkan sesuatu golongan. Buat masa ini, saya tidak tahu (atau mungkin terlepas pandang) laman-laman web Malaysia yang memiliki fahaman Wahabbi yang agak keras.

    1) Fatwa-Online
    2) Allaahuakbar.Net
    3) SalafiTalk
    4) Laman Sheikh Al-Albani
    5) Laman Sheikh Bin Baz
    6) Laman Sheikh Ibnu Utyahmeen
    7) Laman Bilal Philips

    Tujuan saya menyenaraikan adalah supaya anda tidak terpengaruh dengan dakyah mereka yang begitu mudah mengelaskan saudara seIslam mereka sebagai sesat atau deviant. Kebanyakkan orang Malaysia yang berjinak-jinak dengan fahaman Wahabbi tidak begitu tahu betapa 'teruknya' fahaman ini. Jika anda duduk di luar negara atau cuba untuk mengetahui perkembangan Islam secara global, maka anda akan tahu mengapa saya mewujudkan topik ini.

    Macam-macam perkara nak dilabelkan sebagai bida'ah dan wajib dihapuskan. Buka majlis dengan surah Al-Fatihah pun ditegur bida'ah. Berzikir guna biji tasbih pun bida'ah juga. Membaca qasidah yang memuji-muji Nabi SAW juga bida'ah. Duduk berzikir dan berdoa selepas solat juga dikatakan bida'ah oleh sesetengah Wahabbi [Berdasarkan pengalaman Ustaz Fauzi ketika bersolat di Masjidil Haram (atau Masjid Nabawi, maaf saya tak ingat)].

    Tentang menuduh orang sebagai sesat, ini lagi satu perkara yang haru-biru. Kita sendiri tidak menuduh mereka sebagai sesat. Saya tidak kisah jika mereka menuduh mana-mana kumpulan/fahaman sebagai sesat jika ia menjadi ijmak para ulama sedunia. Oleh itu, saya sertakan beberapa contoh golongan/fahaman yang mereka tuduh sesat.

    1) Jemaah Tabligh
    - Ulasan dari Allaahuakbar.Net
    - Ulasan dari Fatwa-Online

    Kumpulan jemaah tabligh yang banyak berjasa kepada umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia ini mereka katakan sesat? Walaupun saya tidak berapa ' ngam dan masuk' dengan jemaah tabligh ini, tetapi mengatakan mereka sesat adalah tidak sama sekali.

    2) Sufi
    - Ulasan dari Allaahuakbar.Net

    Di Allaahuakbar. Net, mereka turut menyatakan bahawa Sheikh Hamza Yusuf dan Sheikh Nuh Ha Mim Keller sebagai The Modern Deviated Sufi!!! Maka akhirnya saya menjadi tidak hairan apabila Bilal Philips menuduh secara terbuka bahawa Sheikh Nuh Ha Mim Keller sebagai melakukan syirik. Dr Said Ramadan Al-Buti pun dilabelkan sesat juga. Na'uzubillah... Nampaknya, Hassan Al-Banna pun sesat jugalah jika mengikut kayu ukur fahaman Wahabbi. Jadi saya rasa bagi Wahabbi tegar, mungkin tak mahu baca langsung tulisan saya ini kerana saya banyak menggunakan pendapat-pendapat Sheikh Hamza Yusuf, Sheikh Nuh Ha Mim Keller, dan ulama-ulama tradisional yang lain.

    Kenapakah Wahabbi ini membenci ajaran Sufi dan Tasawwuf yang menekankan pembersihan dan penyucian hati ini? Jawapan umum mereka mudah sahaja: "Kerana ia bukan dari Rasulullah saw, ajaran Islam dah sempurna dan tak perlu sufi. Ini semua bida'ah."

    Tapi apakah mereka lupa bahawa ramai ulama-ulama agung yang memiliki pengetahuan mendalam tentang ilmu tasawwuf atau kesufian ini? Contohnya, Imam Nawawi, Taqiyuddin Al-Subki, dan Imam Suyuti. Wahabbi bilang, sufi dan tasawwuf ini sesat. Jadi apakah Imam Nawawi itu sesat? Saya berani bilang, andai Imam Nawawi masih hidup pada hari ini, tiada seorang ulama pun yang ada pada zaman ini yang mampu menandingi beliau dari segi keilmuan, kewarakan, kezuhudan, dan segala macam sifat lagi.

    Dan lupakah mereka bahawa Hasan Al-Basri, salah seorang tokoh terkenal Islam, dilahirkan pada kurun Salaf, juga adalah seorang ahli sufi?

    Semestinya, saya tidak menafikan wujud sufi yang terpesong dan terlampau. InsyaAllah, ia akan turut menjadi fokus saya di akan datang.

    3) Gerakan Ikhwanul Muslimin
    - Ulasan dari Allaahuakbar.Net

    Saya rasa ramai umat Islam di Malaysia yang tertarik dengan fahaman Wahabbi, TIDAK TAHU bahawa Wahabbi ini juga menuduh Gerakan Ikhwanul Muslimin yang digagaskan oleh As-Syahid Hassan Al-Banna, yang juga merupakan seorang ahli Sufi, sebagai sesat. Fikirkan semula wahai umat Islam di Malaysia kalau anda ini sangat terpengaruh dengan doktrin Wahhabi ini yang suka sangat menuduh orang sebagai pembuat bida'ah yang sesat.

    Adalah sesuatu yang kelakar kalau anda ini menjadikan Hassan Al-Banna sebagai tokoh yang anda kagumi, tetapi pada masa yang sama, terpengaruh pula dengan fahaman Wahabbi.

    4) Asha'ari dan Maturidi
    Secara ringkas, mazhab Hanafi, Hambali, Shafie dan Maliki mengambil doktrin akidah Asha'ari dan Maturidi. Saya tidak mahu menceritakan panjang lebar di sini tentang doktrin tersebut buat masa ini. Cuma anda perlu tahu bahawa Asha'ari dan Maturidi adalah doktrin akidah yang digunapakai dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah. Perbezaan dua doktrin ini adalah pada perkara minor sahaja. Anda boleh baca lebih lanjut jika mahu tentang doktrin tersebut di sini.

    Tetapi, mengapakah puak-puak Wahabbi dalam laman web Allaahuakbar.Net itu meletakkan Asha'ari dan Maturidi di bahagian Guard Your Faith??

    -------------------------
    Terima kasih buat Abadi kerana memberitahu tentang laman Allaahuakbar.Net. Sekarang kita boleh semakin nampak fitnah fahaman Wahabbi ini. Moga kita dielakkan.

    Saya fikir selepas ini saya mungkin patut menumpukan lebih perhatian dalam memberi penjelasan tentang Islam Tradisional berbanding aspek Fitnah Wahabbi. Penjelasan tersebut akan turut dimuatkan pada Index: Wahabbi. Tunggu dan lawat selalu ye =)

    Posted at 03:40 pm by ahlulbait

    Nadia
    October 8, 2008   10:54 AM PDT
     


    Kepada Ahli Sunnah
    ------------------

    Bahayanya dari segi asas ilmu mereka. Mereka tidak belajar fardu ain. Kitab tauhid, fiqh atau tasawwuf adalah terlarang bagi mereka. Kerana apa? Kerana pemimpin mereka iaitu Maulana Ilyas dahulunya telah lama memusuhi ulama-ulama Ahli Sunnah di India. Jadi polisi ini disebarkan kepada pengikut Tabligh ke seluruh dunia. Mereka tidak mengiktiraf ulama pondok, guru agama atau ustaz-ustaz yang tidak sealiran mereka. Guru saya juga pernah dituduhnya sebagai sami kerana hanya sibuk mengajar di pondok tetapi tidak keluar mengikut gerakan mereka.

    Pernah satu jemaah Tabligh atasan cuba berdakwah di Pondok Pasir Tumboh di Kelantan satu ketika dahulu. Mereka diberi persetujuan oleh ustaz di situ untuk menyampaikan ucapan mereka yang dinamakan bayan atas dasar menghormati tetamu. Harapan untuk mendapat seramai mungkin budak-budak pondok untuk keluar 3 hari atau 40 hari, tetapi mereka dibahas hebat oleh pelajar pondok tersebut kerana pelajar pondok tahu kesilapan dan kesesatan golongan ini. Mereka telah beredar tanpa diusir dengan muka merah padam, malu dengan kejahilan mereka sendiri.

    Tapi mereka juga ada pondok mereka sendiri. Tapi tidak banyak di Malaysia ini. Di antaranya satu pondok dekat Kuala Terengganu (Wakaf Tapai?), saya pernah ke situ dan saya lihat aktiviti gerakan Tabligh kuat di sana. Kesian saya rasa, budak-budak yang dihantar ibu-bapa ke situ untuk menghafal Quran pada masa yang sama dibrain-wash dengan fahaman Tabligh yang sesat tersembunyi. Mereka juga ada belajar kitab, tapi kitab mereka bukan isian ilmu Ahli Sunnah yang sebenar. Mereka lebih taksub kepada kitab Fadail Amal mereka, terjemahan daripada India karangan ulama mereka. Di situpun sesiapa yang faham kaedah belajar ilmu agama dapat mengesan kesilapan mereka, mereka mengambil intipati ilmu daripada sebuah kitab terjemahan, yang tidak pasti betul atau tidak terjemahannya, yang tidak pasti susur galur pengarangnya. Mereka ini mirip kepada fahaman Wahabi. Bagi mereka bidah semuanya sesat sedangkan dalam ilmu Islam bidah ada yang wajib, harus dan haram. Pemimpin mereka mempunyai kaitan rapat dengan gerakan Wahabi di Arab Saudi. Sungguh merbahaya kerana kita sedia maklum bagaimana gerakan Wahabi di Arab Saudi sana amat memusuhi Ahli Sunnah.
     

    Leave a Comment:

    Name


    Homepage (optional)


    Comments




    Previous Entry Home Next Entry