Sesungguhnya Allah hendak menghapuskan noda dan kotoran dari kamu sekalian, ahlulbaiyt, dan mensucikan kamu sekalian dengan sesuci-sucinya."
(al-Quran s.al-Ahzab:33)
Nabi s.a.w.bersabda, "Yang terbaik diantara kamu sekalian ialah yang terbaik perlakuaannya terhadap ahlulbaiytku, setelah aku kembali kehazirat Allah." (Hadis Sahih dari Abu Hurairah r.a. diriwayatkan oleh al-Hakim, Abu Ya'la, Abu Nu'aim dan Addailamiy)
Imam Syafi'i r.a. dalam banyak syair beliau telah melahirkan rasa cinta dan kasih sayang beliau kepada Ahlulbaiyt Rasulallah s.a.w.antara syair beliau yang banyak itu, beliau pernah bermadah:
"Wahai Ahlulbait Rasulallah !
Kecintaan kepadamu adalah kewajiban dari Allah, yang turun dalam
al-Quran. Cukuplah bukti betapa tingginya kamu sekalian. Tiada sempurna sholat tanpa shalawat untuk anda sekalian."
HADIS NABIBerkaitan Ahlulbait :
1.Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Penduduk Yaman datang, mereka lebih lembut hatinya. Iman ada pada orang Yaman. Fekah juga ada pada orang Yaman. Kemudian hikmat juga ada pada orang Yaman
2.Hadis Abi Mas'ud Uqbah bin Amru r.a katanya:
Nabi s.a.w memberi isyarat dengan tangan ke arah Yaman, seraya bersabda: Ingatlah, sesungguhnya iman ada di sana sedangkan kekerasan dan kekasaran hati ada pada orang-orang yang bersuara keras berhampiran pangkal ekor unta ketika muncul sepasang tanduk syaitan, iaitu pada Bani Rabi'ah dan Bani Mudhar
3. Nabi s.a.w. bersabda:
“Sesiapa yang dilambatkan oleh amalannya, tidaklah dia dipercepatkan oleh nasab keturunannya.”
4. Dari Abdul Muthalib ibnu Rab’ah ibnul Khariif, katanya Rasulullah SAW telah bersabda : ” Sesungguhnya sedeqah itu berasal dari kotoran harta manusia dan ia tidak dihalalkan bagi Muhammad mahupun bagi keluarga Muhammad .” (HR Muslim)
5. At-Thabarani dan lain-lain mengketengahkan sebuah Hadeeth yang bermaksud; “Belum sempurna keimanan seorang hamba Allah sebelum kecintaannya kepadaku melebihi kecintaannya kepada dirinya sendiri; sebelum kecintaannya kepada keturunanku melebihi kecintaannya kepada keturunannya sendiri; sebelum kecintaannya kepada ahli-baitku melebihi kecintaannya kepada keluarganya sendiri, dan sebelum kecintaannya kepada zatku melebihi kecintaannya kepada zatnya sendiri .”
6. Diriwayatkan oleh Ahmad dan At-Tarmizi dari `Ali RA bahawa Rasulullah SAW bersabda :”Barangsiapa mencintai kedua orang ini, yakni Hassan,Hussein dan ayah serta ibunya, maka ia bersama aku dalam darjatku di Hari Kiamat
7. Ibnu `Abbas RA berkata bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda : “Cintailah Allah atas kenikmatan yang diberikanNya kepadamu sekelian dan cintailah aku dengan mencintai Allah dan cintailah ahlul-baitku kerana mencintaiku”
8. Ad- Dailami meriwayatkan sebuah Hadeeth dari `Ali RA yang menyebut sabda Rasulullah SAW: “Di antara kalian yang paling mantap berjalan di atas sirath ialah yang paling besar kecintaannya kepada ahlul-baitku dan para sahabatku.”
9. Diriwayatkan oleh At-Thabarani, bahawa Jabir RA mendengar `Umar ibnu Khattab RA berkata kepada orang ramai ketika mengahwini Ummu Kalthum binti `Ali bin Abu Thalib : “Tidakkah kalian mengucapkan selamat untukku? Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: ` Semua sabab (kerabat) dan nasab (salasilah keturunan) akan terputus pada hari kiamat kelak kecuali kerabat dan nasabku’.
10. Hadeeth Thaqalain riwayat Zaid bin Al-Arqam RA menyebut : “Kutinggalkan di tengah kalian dua bekal. (Yang pertama): Kitabullah, di dalamnya terdapat petunjuk dan cahaya terang. Hendaklah kalian ambil dan berpegang teguh padanya.dan (kedua) :Ahli Baitku. Kalian kuingatkan kepada Allah mengenai Ahli-Baitku! Kalian kuingatkan kepada Allah mengenai Ahli-Baitku!”
11.Imam Ahmad bin Hambal meriwayatkan dalam Hadeeth lain: “Apabila bintang-bintang lenyap, lenyaplah penghuni langit; dan apabila ahli-baitku lenyap, lenyap pula penghuni bumi.”
12.Sebuah Hadeeth riwayat Al Hakim dan disahihkan oleh Bukhari & Muslim menyebut : “Bintang-bintang merupakan (sarana) keselamatan bagi penghuni bumi (yang sedang belayar) dari bahaya tenggelam/karam sedangkaan ahlul-baitku sarana keselamatan bagi umatku dari perselisihan (dalam agama). Bila ada satu kabilah Arab yang membelakangi ahlul-baitku, mereka akan berselisih kemudian menjadi kelompok Iblis.”
13. Hadeeth Rasulullah SAW dari Abu Dzar menyatakan :” Ahlul- baitku di tengah kalian ibarat bahtera Nuh. Siapa yang menaikinya ia selamat dan siapa yang ketinggalan ia binasa.”
14. Abu Dzar Al- Ghiffari RA menuturkan bahawa ia mendengar sabdaan Rasulullah SAW :”"Jadikanlah ahlul-baitku bagi kalian sebagai kepala bagi jasad dan sebagai dua belah mata bagi kepala.”
15. Hadeeth riwayat Imam At-Tarmidzi, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : “Dunia tidak akan berakhir sehingga bangsa Arab dipimpin oleh seorang lelaki dari keluargaku yang namanya menyerupai namaku.
SUMBANGAN DERMA UNTUK ANAK YATIM
Bagi yang ingin menderma dan memberi sumbangan kepada Rumah Kebajikan bagi anak yatim, bantuan pendidikan, bantuan fakir miskin, bantuan saudara baru, kaunseling, motivasi dan kem bina insan yang diuruskan oleh Pengurusan Dar Ar Rahman boleh membuat bayaran ke Maybank Akaun : 56-454-8121-325. Untuk keterangan lanjut hubungi saudara Nur Muhammad : HP: 017-2602690. Semoga sumbangan anda diberkati oleh Allah S.W.T.
web analysis Maybank Akaun : 56-454-8121-325 . Untuk keterangan lanjut hubungi saudara Nur Muhammad : HP: 017-2602690. Semoga sumbangan anda diberkati oleh Allah S.W.T.
Haul Sulthan aali Ba `Alawi
Haul Sulthan aali Ba `Alawi
7 Dzulqaedah setiap tahun diperingati sebagai hari haulnya Imam al-Haddad rahimahUllah. Adat atau tradisi “haul” atau “hol” sudah tidak asing lagi dalam masyarakat kita di Nusantara. Tradisi ini bukanlah perkara yang dibuat-buat sendiri oleh orang-orang Melayu, tetapi adat yang telah diterima daripada para ulama terdahulu. Tradisi ini juga wujud dalam masyarakat Islam di berbagai pelosok dunia termasuklah Kota Suci Makkah al-Mahmiyyah. Syaikh Muhammad Nawawi al-Bantani rahimahUllah menulis dalam “Nihayatuz Zain” halaman 281 sebagai berikut:- “… Dan telah menjadi adat kebiasaan orang untuk bersedekah bagi si mati pada hari ke-3 dari kematiannya, hari ke-7, pada sempurnanya hari ke-20, hari ke-40, hari ke-100, dan setelah itu dilakukan setiap tahun pada genapnya haul dari tarikh kematiannya….”
Kebiasaannya dalam majlis hol ulama, akan diperdengarkan serba sedikit mengenai biografi atau riwayat hidup almarhum Shohibul Haul. Dengan pembacaan manaqib dapatlah kita mengenali Shohibul Haul dan jasa-jasa beliau. Imam al-Haddad rahimahUllah, sedikit sebanyak, pasti ada jasanya kepada kita, umat Islam Nusantara, melalui dakwah para pendakwah yang datang dari Timur Tengah khususnya Hadhramaut. Maka sewajarnya kita mengenang jasa-jasa beliau dan juga jasa-jasa sekalian ulama yang telah menyampaikan kepada kita ajaran Junjungan Nabi SAW yang menjadi suluh dalam kehidupan kita. Membaca sejarah para pemuka Islam ini mempunyai faedah dan kelebihan tersendiri. Cukuplah faedahnya jika perjalanan hidup mereka menjadi tauladan bagi kita dalam menuruti jejak langkah Junjungan Nabi SAW. Inilah antara tujuan kita untuk mengadakan haul Imam al-Haddad. Bukannya untuk bermegah-megah atau untuk pamer.
Oleh itu, diharap yang hadir mengikhlaskan niat dan begitulah juga dengan para penganjurnya. Janganlah lebih sudu dari kuah, sehingga Shahibul Haul ditenggelamkan oleh shahibul majlis. Yang diperingati Shahibul Haul, ya shahibul majlis nanti pasti lumayan ganjarannya di akhirat. Ingatilah kisah saudagar yang hendak mendirikan masjid dengan Imam al-Haddad. Majlis hol bukan sekadar menyampaikan dakwah, ya kalau dakwah ngak perlu nunggu haul, kapan saja bisa dilaksanakan. Jangan dakwahnya nunggu haul … Allahu… Allah. Jangan, jangan, dakwah itu jangan dihauli, dakwahnya biar terus hidup, dakwah ya jalan terus sepanjang masa setiap ketika, dengan bicara dan juga dengan akhlak etika. Namun jika majlis hol dijadikan sebagai media dakwah, ya memang seharusnya begitu, bahkan apa sahaja yang kita lakukan sebagai umat Islam harus diusahakan menjadi sebagai satu dakwah menyeru kepada Islam, kepada Iman, kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Sungguh manfaat memperingati ulama dan awliya` ini amat besar sehingga Imam ‘Abdul Rahman al-Masyhur rahimahUllah, mufti Hadhramaut, menulis dalam karya beliau “Bughyatul Mustarsyidin” sebagai berikut:-
Dan telah warid dalam satu atsar daripada Sayyidil Basyar SAW bahawasanya baginda bersabda: ” Sesiapa yang menulis sejarah seorang mukmin (yakni seorang yang benar-benar beriman viz. wali), maka seumpama dia menghidupkannya. Sesiapa yang membaca sejarahnya seumpama dia menziarahinya. Sesiapa yang menziarahinya, maka pasti dia memperolehi keredhaan Allah ta`ala dalam kenyamanan syurga dan menjadi hak (yakni kewajipan) bagi seseorang untuk memuliakan penziarahnya.”
Habib Muhammad bin Salim al-Hafiz, Habib Hasan bin ‘Abdullah asy-Syaathiri dan al-’Allaamah Syaikh Saalim bin Sa`id Bukair rahimahumUllah dalam ta’liq mereka atas “Bughyatul Mustarsyidin” menyatakan atsar tersebut turut disebut oleh Imam as-Sakhawi al-Hafiz rahimahUllah dalam karya beliau berjodol ” al-I’laan bi at-Tawabikh li Man Dzam at-Taarikh”.
Maka sewajarnya sedikit sebanyak manaqib atau sejarah hidup beliau diceritakan agar menjadi i’tibar dan motivasi bagi para pendengar sekalian. Dan perlu ditekankan aqidah yang menjadi pegangan Imam al-Haddad dan juga yang menjadi pegangan para saadah Ba `Alawi zaman berzaman, apatah lagi dalam suasana sekarang di mana kesesatan telah mula menjalar merata sehingga turut mengenai keluarga saadah yang mulia ini. Juga istimewa bagi holnya Imam al-Haddad, peninggalan berharga beliau yang berupa amalan ratib al-Haddad jangan dilupa. Kan sejarahnya ratib yang ma’tsur ini disusun oleh Imam al-Haddad antaranya sebagai penangkis kepada ajaran sesat Zaidiyyah. Moga Allah menyelamatkan kita sekaliannya daripada kesesatan aqidah.
Mudah-mudahan dengan menghadiri haul seorang waliyUllah dan ulama besar seumpama Imam al-Haddad, kita memperolehi madad dan nadzrah Shohibul Haul yang bermuarakan syafaat dan jah Baginda Rasul SAW. Sesungguhnya Shohibul Haul, al-Imam al-Habib al-Quthub al-Ghawts ‘Abdullah bin ‘Alawi bin Muhammad al-Haddad al-Husaini asy-Syafi`i at-Tarimi rahimahumUllah adalah seorang ulama yang tidak dipertikaikan kewaliannya. Mereka – mereka yang sezaman dengan beliau telah mempersaksikan hal ini. Tersebut dalam beberapa manaqib Imam al-Haddad, antaranya “Busyral Fuad bi tarjamah al-Imam al-Haddad” karya Habib ‘Alwi bin Hasan al-Haddad rahimahumAllah, “Nurul ‘Ain wal fuad fi ba’dh manaqib as-Sayyid ‘Abdillah bin as-Sayyid ‘Alawi al-Haddad” karangan Syaikh Muhammad Taqiyuddin bin ‘Umar bin ‘Abdul Qaadir az-Zur`ah rahimahUllah dan “Irsyaadul ‘Ibaad li ba’dhi manaqib Quthubil Irsyaad wa Ghawtsil ‘Ibaad wal Bilaad ‘Abdillah bin ‘Alawi al-Haddad” karya Habib ‘Aqiil bin Muhammad as-Saqqaf rahimahUllah, bahawa Quthubul Anfaas al-Habib ‘Umar bin ‘Abdul Rahman al-’Aththas rahimahUllah sangat memuliakan Imam al-Haddad dan memujinya dengan pujian-pujian yang tinggi. Bahkan jika Imam al-Haddad hadir, maka Imam al-Haddadlah yang akan disuruh menjadi Imam, mengepalai doa dan memulakan majlis. Begitulah ketinggian Imam al-Haddad dan kekhumulan Imam al-’Aththas. Manakala al-’Arif billah al-Habib ‘Ali bin ‘Abdullah al-’Aydrus rahimahUllah, Shohibu Surat, menyatakan bahawa Imam al-Haddad adalah SULTHAN KELUARGA BA ‘ALAWI pada zamannya.
Maka marilah kita datang memeriahkan majlis haul Sulthan aali Baa ‘Alawi ini. Datanglah kerana Allah ta`ala, kerana Rasulullah SAW, kerana al-Habib rahimahUllah, tanpa mengira siapa yang akan memberi tausyiah dalamnya nanti. Dambakanlah rahmat Allah yang akan diturunkan tatkala para sholihin diingati, dambakanlah syafaat Junjungan Nabi SAW tatkala para pewaris baginda dimuliakan, dambakanlah madad daripada al-Habib tatkala ratibnya dibaca. Insya-Allah, pasti keihsanan akan dibalas dengan keihsanan. Allah Maha Pemurah.
يا الله يا جوّاد ، جد لنا بالمراد
بالحبيب قطب الإرشاد
عبد الله الحداد
Jadual lengkap : alhawi.net
Posted at 10:44 am by ahlulbait
Monday, September 26, 2011
Pengajian Kitab Bidayatul Hidayah dan 40 Hadits Akhlak Mulia
Pengajian Kitab Bidayatul Hidayah dan 40 Hadits Akhlak Mulia
Jom Mengaji Kitab Bidayatul Hidayah dan 40 Hadits Akhlak Mulia Bersama Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari Pada 1 Oktober 2011
Khatam 40 Hadis Bersama Syeikh Muhammad bin Ibrahim al-Kittani
Jadual Program Syeikh Muhammad bin Ibrahim al-Kittani
JADUAL MAJLIS TA’LIM AL-MUHADDITS SYEIKH MUHAMAD BIN IBRAHIM KITTANI AL-HUSAINI 29/6 (RABU) – 7.30pm – Masjid al-Falah, USJ 30/6 (KHAMIS) – 7.30pm – Masjid UIA (Matrikulasi), Petaling Jaya 1/7 (JUMAAT) Khutbah Jumaat – Masjid UIA Gombak 9.00pm – Pusat Pengajian Ba’alawi KL (Pembukaan Bacaan Kitab 40 Hadith Kattani) 2/7 (SABTU) 9.00am – Sambungan Bacaan Kitab 40 Hadith Kattani 7.30pm – Sambungan Bacaan Kitab 40 Hadith Kattani 3/7 (AHAD) 9.00am – Sambungan Bacaan Kitab 40 Hadith Kattani 7.30pm – Pengkhataman & Pengijazahan Bacaan Kitab 40 Hadith Kattani, Qasidah & Selawat
Pengajian Bacaan Kitab “40 Hadith Kattani” berlangsung di tempat yang sama di Pusat Pengajian Ba’alawi KL bertempat di No 9,Jalan UP 2A Prima Ukay, Saujana Melawati 53100, Kuala Lumpur
Majlis Bersama Syeikh Muhammad bin Ibrahim al-Kittani di Masjid al-Falah, USJ9Majlis Bersama Syeikh Muhammad bin Ibrahim al-Kittani di Masjid al-Falah, USJ9
Majlis Bersama Syeikh Muhammad bin Ibrahim al-Kittani di Masjid al-Falah, USJ9
Majlis Bersama Syeikh Muhammad bin Ibrahim al-Kittani di Masjid al-Falah, USJ9
MAJLIS BERSAMA AL-’ALLAMAH SYEIKH MUHAMMAD BIN IBRAHIM AL-KITTANI ÍÝÙå Çááå (ULAMA MESIR) DI MASJID AL-FALAH USJ 9, SUBANG JAYA PADA HARI RABU 27 RAJAB 1432/29 JUN 2011 (MAGHRIB) MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR